NuffnangAds

Wednesday, May 15, 2013

Si #3









setiap pagi, bila nak mandi mesti dia tanya soalan nih :


"mama, boleh tak nak mandi nyanyi?"
"bolehhhh..."


& kedengaran lah suara dia menjerit2 nyanyi dalam toilet hehehe...




Tuesday, May 14, 2013

Ar.abian Ho.use




banyak agenda nak kena selesaikan weekends lepas.
semuanya nak kena settlekan hari sabtu.
sebab ahad kan, mr abah keja!


pagi, ir.fan & fa.rah ada kelas intensif KAFA.
jadiknya, amik diaorg pukul 1130pg terus pegi bangi.
baru tersedar road tax mati semalamnya haha...
buat kat agen et.iqa, 10 minit je siap.


tetiba mr abah ajak lunch kat ar.abian house yang baru bukak kat ka.jang.






aku order chicken kabshah - 1 pinggan besar nih rm20.
(sebenarnya si iz.ryn kat hujung tu tengah merajuk.
x nak bagi kakak dia amik gambar skali.
x tau la...iz.ryn ngan kakak fa.rah mmg x ngam langsung. 
dok la bergaduh x sudah2 huhu...)






pastu order chicken kebab + roti.
yang ni berebut2 fa.rah & iz.ryn.
mmg diaorg berdua je lah pun yg habiskan.
fa.rah kan mmg jenis yang x berapa sangat nak makan nasik.
tp kalau roti, mmg laju je dia.


nak senang, order je 1 jug mango juice.
mango juice dia mmg pure lah, pekat giler!
puas hati minum.
budak2 x berapa sangat nak minum mango nih.
dia org kalau x milo, bandung, air suam hihi...
sekali skala order juice, terkulat2 masing2 nak abiskan.






pictures of us sebelum & selepas makan!








1st time budak kecik ni makan nasik arab hihi...
kurus kan dia huhu...
mmg berat dia x naik pon.
aku tengah berusaha nih nak naikkan berat badan dia.


overall, ok lah...sedap!
ramai jugak orang yang datang sini.
penuh jugak la meja2 yang ada.
insyaAllah next time boleh datang lagi.


Monday, May 13, 2013

Juice




biasanya breakfast pagi2 kat ofis nih,
aku suka tapau je.


& selalunya aku akan singgah 7E jugak utk beli
either soya, dutch lady coffee or soya cappuccino.

pagi tadi as usual singgah 7E.
cadangnya nak amik soya.
tp bila sampai kaunter, ehhh...






macamana boleh salah nih hehe...
(berangan je ko nih kan?)


aku x minum air karot nih, be it karot susu or karot kosong.
sbb mmg aku x boleh terima rasa dia.

tp yg ini, sedapppp!
boleh la len kali "tersalah amik" lagi haha...
(kalau x tersalah amik, mmg aku x akan minum la air nih.
tp ok apa, pagi2 minum juice lagi sehat kan?)


*teringat entries yang bersepah2 dalam fb last week.
pasal sakit mental kalau ambil gambar makanan & share it in social media.
eh, suka hati la kan?
kalau aku, x de la setiap kali nak makan tu aku amik gambar.
tp certain blogs yg aku follow, aku suka je kalau ada cerita pasal makan.
resepi yang dikongsi, aku boleh cuba.
tempat makan yang best, boleh aku pegi.
lagipun petanda mental je pon, bukan mental betul hahaha...(x nak kalah ko kan hihi...)*



Wednesday, May 8, 2013

TV Kotak




ada x orang yang masih menggunakan tv kotak nih?

jawapannya : adaaa...
kami lah tuuuu hehe...





x ingat la tahun bila beli tv nih.
tp rasanya sebaya dengan fa.rah kot, nak dekat 7 tahun.


tv ni dah bengong dah sekrg.
bukan baru2 ni dia bengong, tp dah berbulan2 lamanya.
cuma aku x rasa nak beli tv baru lagi.
selain bajet yang lari (itu le masalah utamanya pon...),
aku meletakkan diri aku kat tmpt orang yang cuma mampu pki tv 14inci.
sama kan, bila skrin tu menjadi kecik hihi...


kadang2 bila ketuk2 dia normal la semula.
ketuk2 lagi, dia jadik makin kecik pulak.
(dah katanya bengong kennn...)


*tetiba tulis entry nih, aku terasa nak beli tv baru pulak haha...*

Tuesday, May 7, 2013

Kami & Alkisah GE.13




tidak le aku nak menghangatkan lagi suasana selepas hari mengundi nih.
sebabnya dah bersepah sangat cerita2 yang menjatuhkan dan menaikkan semangat nih.
aku ada pegangan aku sendiri siapa aku nak sokong.
jadiknya, apa2 yang aku baca & dengar, aku jadikan pengajaran dan pengetahuan.
untuk menghentam, ehmmm...bukan aku la kot.
at least not in writing.
(bercakap & berdebat sesama ahli keluarga & sahabat terdekat itu lain creta hehe...).



beberapa kisah dalam kehidupan seharianku sepanjang tempoh GE.13 :


Kisah 1

Irfan : Nape banyak sangat bendera nih?
         (ni masa bawak dia teman g pasar bulan lepas).
Mama : Oh, ni nak pilihanraya bla bla bla...
           Sekarang ni DN (eh, dia mmg kenal DSN sbb selalu tgk kat paper & tv tp dia sebut 
           DN je) bla bla...
           Tapi kita boleh pilih orang lain kalau kita nak bla bla...
           Kalau kita rasa DN ok, kita pilih la dia bla bla...
           (wahhhh...terer sangat mak ko explain kat budak kecik ek haha...)

           Yg bendera biru tu DN, yg warna lain tu orang lain.

Irfan : Oh, irfan sokong DN lah.
          Mama sokong siapa?
Mama : Mana boleh cakap.
Irfan : Alaaa...mama!!!

hahahaha...undi rahsia nak oiiiii!
tp aku cakap jugak sebenarnya kat dia hehe...



Kisah 2

Irfan : Mama ada kawan irfan kata parti ***** ni dia penipu, dia ambik duit orang.
         Betul ke mama?
Mama : (Ya Allah anakku, soalan apakah ini?)
            X baik tuduh orang. Berdosa kan?
            Kalau dia ambik duit orang, mesti polis tangkap kan?
            Selagi kita x de bukti, x boleh percaya semua nih.


anak siapa la yang disogokkan dengan politik2 nih?
aku nih, kadang2 tengok x tengok je berita sbb malas nak bg budak2 dgr macam2 kat tv tu.

bendera yang berkibar sepanjang jalan tu je aku explain sikit2 sbb itu mmg dpn mata.
tp untuk nak sebar2kan fitnah bagai, tidak lah aku nak join skali apatah lg nak cerita kat budak2 haihhh...
biar lah anak2 faham sendiri bila sampai waktunya.



Kisah 3

budak2 kata, KAFA x sekolah hari isnin lepas hari mengundi tu.
mr abah call la ustaz sbb nak confirmkan. 
(x de surat hokeh, main bgtau je kat budak2).

ustaz kata, x sekolah sbb sek keb pun x sekolah jugak.
eh, bila pulak sek keb x sekolah?
van KAFA nih sebenarnya mmg amik & hantar budak2 g sek keb jugak.
so, bila dia kata cuti tu, maknanya dia x amik la budak2 g sekolah.
(kami x duduk kat selangor ye...).


terkocoh kacah la aku nih pagi2 hantar budak2 g sek.
& tengahari jugak kelam kabut bagai sebab nak amik budak2 from skul.
mmg aku cuti, tp aku ada plan nak g shopping barang sket.
tergendala plan aku & x complete barang2 yang aku nak beli huhu...


sebenarnya, x paham dengan KAFA nih.
suka suki cuti, suka suki x amik budak sekolah.
kalau aku boleh hantar pagi2, x de le aku bayo van sekolah kan?


& hari ni plak katanya tayar van sekolah pecah & x dapat amik budak2.
aku nih mula la berfikiran negatif nih.
tp sabar sabar (walaupun membebel jugak dalam hati nih!).
hr nih aku keja hokehhh...
semput aku bila keja kelam kabut nih.


ok dahhhh...
ini lah penangan GE.13 dalam hidupku & keluarga...
(x de kena mengena langsung dengan calon bertanding, calon menang, calon kalah or dakwat kekal hehehe...).


*aku balik jo.hor untuk mengundi
(for the 1st time hehe...).
sampai tmpt mengundi kul 8pg, selesai mengundi kul 830pg.
ada sorang yang beratur dpn aku nih kata, kul 715pg dia dah terpacak kat depan dewan mengundi nih.  mak aiiii...berkobar2!*