Friday, October 29, 2010

Murtabak Uniten...

sms di antara seorang suami dan seorang isteri di suatu petang. si isteri kat ofis, si suami dah kat rumah...

S: td minum kat uniten, teringat mertabak hang, tp org ramai sgt.
I: klu teringat patutnya beratur pun sanggup.
S: beratur pnjg tengah2 panas tu, gilos ke hapa. klu bercinta blh la lautan api ku renangi, ni dah anak 3 dah...

maka, kempunan lagi la si isteri nak makan murtabak uniten. x tau la sedap sgt ke apa murtabak nih. tp penah pegi stalls depan uniten ni a few times jugak, mmg beratur giler2 punya. kalau dah beratur x kira hujan ke panas pun sanggup, confirm sedap la kan...

rupa2nya sms itu hanyalah 1 penipuan. si suami belikan jugak murtabak utk si isteri tercinta hehehe...

rupa sahsiah murtabak itu...

pada saya, ok la murtabak nih, boleh tahan sedap. harga rm4 untuk setebal & sebesar nih sgt2 berpatutan sbb yg kecik kat pasar malam tu pun dah rm2.50. penat jugak nak menghabiskan murtabak nih semalam sbb abah makan sikit, irfan x minat (dia dah request suh buat jemput2 ikan bilis je utk dia), farah kalau makan 2-3 kunyah je dah kenyang, last2 saya jugak la yg gemuk.

baru saya tau, ada orang yg dah biasa dgn penjual murtabak nih main call je utk booking. patut la hr tu saya pegi, penjual tu kata dah abis padahal ramai org beratur. kebetulan, abah kenal plak dgn org yang main call je tu hmmm...apa2 pun tetap x boleh lawan muratabak batu pahat, sampai saya boleh mengidam murtabak batu pahat nih, request mak saya tlg belikan masa dia dtg sini dulu (saya x ingat masa saya pregnantkan siapa, rasanya izryn kot).

Wednesday, October 27, 2010

Konvoi Jelajah 1Malaysia

250 peserta konvoi Jelajah 1Malaysia dilepaskan



JOHOR BAHRU 26 Okt. - Seramai 250 ahli kelab Persatuan Bermotosikal Negeri Johor menyertai siri kedua program Jelajah 1Malaysia 'Kami Prihatin Dengan Anak' menggunakan 180 motosikal berkuasa tinggi berlepas dari Hotel New York, di sini, hari ini.

Konvoi yang merupakan kesinambungan kempen Kami Prihatin yang digerakkan Utusan Malaysia dilepaskan Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri, Md. Jais Sarday.

Turut hadir Pengerusi Persatuan Bermotosikal Negeri Johor, Abdul Rahim Ahmad, penyanyi terkenal dan duta kempen Kami Prihatin, Fauziah Latiff serta Timbalan Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Rosdi Amir.

Konvoi yang dijadual tamat Ahad ini bergerak ke Universiti Teknikal Melaka (UTeM) dan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) sebelum bermalam di Kuala Lumpur.

Keesokannya ekspedisi itu meneruskan perjalanan ke Kolej Islam Antarabangsa (KIA) dan hari berikutnya singgah di Kolej Komuniti Kepala Batas (KKKB) dan Universiti Utara Malaysia (UUM).

Pada Jumaat pula mereka menuju ke Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dan hari terakhir ke Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KIPSAS) sebelum kembali ke Johor.

Menerusi siri jelajah itu, ahli konvoi akan menyerahkan risalah mengenai kempen Kami Prihatin kepada penuntut di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) yang terlibat untuk bersama-sama membanteras kes pembuangan bayi kepada warga IPTA dan masyarakat.

Program itu adalah anjuran bersama MHM Excellents (M) Sdn. Bhd., serta turut mendapat kerjasama Jabatan Belia dan Sukan Johor dan GPMS.

Sementara itu, Fauziah yang mengiringi ekspedisi tersebut ke semua universiti terlibat berharap kempen Kami Prihatin akan diteruskan ke IPTA lain pada masa depan.

Menurutnya, ia merupakan satu tanggungjawab sosial dan memuji langkah persatuan itu yang prihatin dengan keadaan sosial masa kini.

"Kita harap semua komuniti dan masyarakat akan terlibat dengan kempen seperti in

i, bukan sahaja golongan artis, persatuan bermotosikal, penuntut IPTA tetapi semua pihak," katanya.

Dalam pada itu, Abdul Rahim berkata, peserta konvoi tersebut telah melakukan pe

rsiapan rapi sejak sebulan lalu dari segi mental dan fizikal.

"Selain itu, kita juga membawa seorang mekanik khas untuk mengiringi ekspedisi jika berlaku sebarang kemungkinan," ujarnya sambil memberitahu konvoi itu akan menjelajah sejauh 3,200 kilometer membabitkan kos RM25

0,000.

Utusan Malaysia, Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan Sinar.FM adalah media rasmi ekspedisi tersebut selain turut mendapat kerjasama jabatan serta agensi kerajaan.

Kempen Kami Prihatin merupakan inisiatif Utusan Malaysia bersama Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Astro serta Karyawan untuk meningkatkan kesedaran dan menangani kes pembuangan bayi.

DI SEREMBAN, konvoi tersebut tiba di USIM, Nilai kira-kira pukul 4 petang ini dengan disambut Naib Canselornya, Profesor Datuk Dr. Muhamad Muda serta lebih 200 pelajar universiti berkenaan.

Dr. Muhammad ketika berucap di Foyer Pavilion Pusat Sukan USIM berkata, peranan dan tanggungjawab USIM terhadap penglibatan aktiviti sosial dan kemasyarakatan tidak pernah diabaikan.

"Kami menyokong penuh pembinaan dan penonjolan bakat serta sahsiah bertera

skan pembangunan insan bertaraf global melalui penyertaan dalam pelbagai aktiviti dan persatuan yang diiktiraf," katanya.

Turut hadir Penaung Program Jelajah 1Malaysia, Tunku Hassan Tunku Mohammed Archibald.


saya amik berita nih dr utusan online!

sebabnya saya menyaksikan sendiri konvoi ni...

dr tingkap bilik ofis saya...

macam best je berkonvoi naik motor. tapi kena la naik motor besar mcm diaorg nih. kalau naik motor abah, x nak la saya hehehe...x perasan plak saya fauziah latiff pun join sekali (mana nak perasan kan, semua pakai helmet).

Tuesday, October 26, 2010

Si Kecik Lagi...

x abis2 cerita pasal budak kecik nih kan hehehe...hr tu cerita pasal dia main bakul baju. kali nih, ada 1 lagi kemahiran dia iaitu...

bukak laci & punggah semua barang di dalamnya huhuhu...

laci dalam bilik nih cam biasa la kan, saya letak macam2 khazanah saya. bila main bukak & punggah keluar nih, satu hal jugak la nak mengemas. itu x pe lagi, kalau malas sangat boleh campak2 je. cuma apa yg kena extra keja sikit ialah kena tgk2 jugak sbb si kecik nih - apa yg dia jumpa semua dia masuk mulut. benda besar2 kadang2 saya buat x kesah je. takut dia jumpa benda kecik2 je. setakat nih, saya ada korek2 mulut dia saya dapat cebisan ikan x tau mana dia amik, mungkin abg/ kakak makan bersepah, maruku (yg ni saya makan, dia tgk je. rupa2nya ada yg jatuh atas seluar saya, boleh plak dia amik & makan hehehe...) & semalam saya dapat duit syiling 10sen dalam mulut dia. terkejut giler saya mana dia kutip x tau. mmg kena mengadap dia je la 24 jam + kena pastikan jugak rumah sentiasa bersih (abah kata, tiap2 hari la kena sapu camni hehehe...). risau plak saya! pagi td ada kumbang kecik masuk rumah pun, boleh dia kutip & nak masuk mulut jugak huhuhu...

sebenarnya irfan & farah dulu masa kecik2 bukan seorang yg suka kutip2 & bukan jugak seorg yang main bukak2 laci nih. ada la baca pasal babies yg suka kutip2 nih, tp x pernah experience lagi sampai la anak ke3 nih. betul la, setiap anak ada perbezaannya.

si kecik nih, cubit karang...

Monday, October 25, 2010

Weekends Bukan Masa Untuk Rehat...

sebelum kawin, mmg saya x pandai masak langsung. sbbnya mak saya sgt rajin masak. plak tu bila umur saya 13 tahun, saya dah mula duduk hostel. bila masa nak bljr masak? mmg saya rajin masuk dapur, cumanya bukan untuk masak tp tolong mak potong2 sayur, bwg apa2 je lah (termasuk basuh pinggan mangkuk, kemas meja dsb). bila kat hostel, ada member yg cerita diaorg pandai masak, mmg saya sgt2 respect kat diaorg + malu pun ada.

bila dah kawin, saya tetap x pandai masak. umur dah 20an baru nak bljr masak, mau otak x tepu hehehe...tp boleh la setakat nak masak untuk family & terima pujian dari anak2 je. weekdays saya masak jugak utk dinner. cuma ala kadar saja samada bihun/ mee/ kue tiow/ nasik goreng. x pun roti + sambal ke. kalau x larat sgt, mintak tolong abah tapau apa2 for the kids.

cuma apa yang saya suka bila weekends - saya dapat masak dalam keadaan yang lebih proper. tu pun jarang2 sgt ada weekends yang betul2 free. ada saje agendanya. weekends lepas kebetulan x de apa2 nak buat, mula la otak saya berfikir apa nak masak (kdg2 saya carik jgk resepi2 menarik kat internet) + termasuk jugak keinginan tekak saya (ni utk weekends lepas la, sbb kdg2 saya ikut jugak tekak abah or anak2).

untuk sabtu, saya masak...

lontong...

lontong versi saya sebenarnya. sambal tumis tu sepatutnya (kalau ikut apa yg mak saya ajar), sambal tumis ikan bilis + kacang tumbuk sket. tp saya sesuaikan jugak dengan tekak abah, saya buat sambal tumis udang. malam sebelumnya lagi saya dah siap2 potong2 sayur semua, nasik impit saya siap2 rebus, maka pagi2 kul 830am semua dah tersedia atas meja untuk dimakan. makan sampai ke malam terus, senang (lunch makan kat luar sbb tghr tu keluar jap konon2 nak carik baju untuk abah kat ju*co, tp x de plak yg berkenan).

ahad mmg the whole day terperuk kat rumah je. mmg x de plan apa2 & kebetulan plak hujan pagi tu, syok la dok rumah je. pagi2 saya masakkan lempeng + sambal tumis sardin + milo panas. pastu mandikan si kecik (2 org budak besar abah yang handle bab2 mandi nih hehe...). terus saya dok kat dapur lagi - siapkan menu untuk minum petang (kena buat awal sbb ianya perlu disejukkan untuk rasa yg lbh sedap), masakkan bubur untuk baby (saya buat 2 jenis bubur - bubur ayam + carrot & bubur ikan bilis + bayam. pastu frozenkan untuk bekalan ke rumah bbsitter for the whole week).

dah siap yang tu, saya teruskan masak lauk pauk pulak. nasik with bawal + kerapu sweet sour, bayam masak air & kacang panjang + tempe + sotong goreng kicap for lunch. lupa sangat nak snap gambar, tp syok makan. ikan tu saya masak banyak, saje nak buat ratah2. kacang+tempe+sotong tu pulak saja tambahan sebab nak abiskan stok kacang & tempe balance buat lodeh semalam.

menu minum petang yang saya sediakan awal2 tadi ialah...

puding trifle...

yang ni sekali hadap terus tinggal separuh. abah komplen x berapa nak lemak sbb susu cair tu saya gantikan dengan susu segar hehehe...saja nak bagi baby irin rasa sekali apa yang saya buat nih. next time saya akan buat guna susu cair khas untuk abah.

kegembiraan bapa & anak makan puding...

lepas makan, saya lipat baju yang menimbun tu. pastu kemas plak pinggan mangkuk kat dapur. pastu mandikan baby. solat semua, sediakan pulak hidangan makan malam, basuh pinggan, solat isyak, iron baju for the whole week, layan baby irin yang mmg tido lambat sampai saya pun tertido.

x tau bila masa saya berehat, tup tup dah hari isnin. tapi saya x kesah sangat. yang penting masa berkualiti dengan keluarga. dapat masak utk diaorg, makan sama2, dapat pujian anak2 (abah x suka puji, tp saya tau dalam hati dia kata sedap hahaha...), itu sangat memadai untuk saya...syukur alhamdulillah!

Wednesday, October 20, 2010

JJCM 1 - Nasi Ayam Gemas

ahad lepas saya ada nak beli barang2 dapur sikit. diskus2 ngan abah, dia ajak pegi tes*o kat semenyih (jauh sungguh kan hehe...). sbbnya saya x nak g gia*t kat bbn nih. kalau saya pegi, ada je barang yg x de. saya malas nak g tmpt lain plak carik barang yg saya nak tu. baik saya pegi 1 tmpt je yg mmg ada semua barang.

kebetulan masa tu dah tghr. dpn tes*o plak ada kedai nasi ayam gemas. maka, makan la kat situ.

kalau ikutkan, ni kali ke3 kami makan nasi ayam gemas di tempat2 yg berlainan. x tau la mmg francais ke apa. tp rasanya bukan francais la kot sbb menu & facilities masing2 berbeza.

Kedai Nasi Ayam Gemas 1
kedai ni kat senawang. kami makan kat sini masa on the way balik puchong from rompin. lama dah nih, rasanya masa baby izryn baru 2-3 mons kot (or muda lg dr tu hehe...). kedai ni saya bagi 5star. sebabnya nasi & ayam dia byk sgt. mmg puas hati makan. rasanya harga pun dalam rm5+ je kot. mmg berbaloi.
& lg satu yg plg best, dia ada bouncer utk baby! mana penah jumpa kedai camni kan? dgn happynya saya dapat makan tanpa perlu memegang baby izryn. masa tu dia kecik lagi, so bila letak dalam bouncer, senyap je dia.

Kedai Nasi Ayam Gemas 2
disebabkan pengalaman 5star kat senawang tu, abah ajak makan kat kedai nih plak yg masa tu baru je bukak kat bangi. ok jugak kedai nih tp x de bouncer. x ingat baby izryn brp bulan, tp still belum boleh duduk. mmg mengharapkan bouncer tp x de.
boleh bg 4star la sbb portion nasik & ayam banyak + side dish dia ada steam taufu (saya mmg peminat taufu, so sgt best taufu yg besar tu saya hadap sorang sbb budak2 semua x nak).

Kedai Nasi Ayam Gemas 3
ni yg kat semenyih depan tes*o tu lah. nasi ayam sedap cuma portion adalah sgt sikit. makan x puas, rasa cam nak curik je sket yg abah punya. tp kesian sebab abah pun mesti x puas makan kan hehehe...side dishes x de. eh, ada tp cuma kerabu mangga & kerabu taugeh rasanya. x best nak mkn ngan nasik ayam. baru ingat nak order taufu boleh share ngan baby izryn. irfan nak order nasik goreng tp dia kata kul 2pm baru start (time tu kul 130pm).
rating malas nak bagi. judge sendiri laaa...yg penting, kalau saya tgh kelaparan cam nak pengsan, saya x akan makan kat sini hehe...

mamat mana plak nih hehehe...
portion nasik tu nmpk byk. tp kalau kat nag senawang, lg byk dr tu...

budak ni boleh habiskan sepinggan nasik ayam tanpa ayam...

budak ni hirup sup je, x makan nasik pun...
budak ni plak belum cukup besar lg nak makan nasik ayam.
saya dah suapkan dia rice cereal...


*tapi cendol yang abah bwk saya g makan masa sampai kat bbn sangat sedap. siap makan dalam keta sambil memangku baby izryn yg tgh tido*



Tuesday, October 19, 2010

Dah Besar Rupanya Anak Dara Saya...

baby izryn dah makin besar. dah nak masuk 10 mons old pun this week. anak dara yg sgt lasak sama macam abang & kakak dia dulu. so, saya mmg dah biasa dah keadaan macam nih walaupun kadang2 letih jugak...

kalau siang, saya biasanya tidokan dia dalam buai sbb banyak keja nak buat. kalau x masukkan dalam buai, alamatnya kejap je la dia tido. dalam buai pun mmg selalu kena jenguk2 dia. sejak dah makin besar nih, macam2 stail dia tido walaupun dalam buai.

betul x cakap saya?

kalau malam, dia tido ngan saya kat atas toto. tp sgt la susah nak suruh dia tido. kalau weekdays selalunya saya mmg penat & nak tido awal. kadang2 sampai saya terlelap dulu, dia masih lagi main2 dalam bilik. sejak dah besar nih jugak, abis 1 bilik diexplorenya. kena tgk2 jugak takut la dia buat apa2 yg x sepatutnya. so, either saya, abah or abang kena ada yg tgk2kan dia. kalau x...

...inilah jadinya.
abis baju dalam bakul dipunggahnya & bakul tu dia buat main...


selalunya saya x kesah sgt dia main ngan bakul nih daripada dia punggah sampah dalam bakul sampah!! adoiiii la anak dara sorang nih...

nak tau bila masa dia nak tido ialah bila dia merengek2 & garu2 kepala. masa tu baringkan dia, bagi dia susu ibu...insyaAllah dia tido. malam2 macam biasa, bila ada anak kecik nih mmg saya x tido sgt. dia akan nangis malam2 bila nak susu (semestinya susu ibu), 1 hal lg dia nangis sebab dia tido golek2 sedar2 dah kat bawah katil. 1 hal lagi plak malam2 saya berusaha mengeluarkan dia dr bawah katil hehehe...

itulah anak dara kecik saya...dialah pengubat keletihan saya!!
(melayan dia sampai letih pun x terasa hehehe...)

Monday, October 18, 2010

Baby Harraz Yg Comey!

rumah saya & rumah zully x de la jauh sgt. tp dari sehari ke sehari nak g melawat zully & her new baby harraz asik la tertangguh. dr ramadhan bwk ke syawal, dr dlm pantang smpi abis pantang barulah sabtu lepas berkesempatan nak g tgk bb harraz.

so comey bb harraz tido...
tatak nuha kat blkg tu mamai2 br bgn tido...

sampai2 rumah zully semua kids tgh tido. bb harraz tgh nangis nak tido. bg susu, terus tido. baik sangat anak kecik zully nih. senang nak tido. bising hingar bingar ngan suara irfan & farah, tetap jugak baby tido ngan lenanya. kalau my baby izryn, bunyi sikit je dah terjaga.

irfan main buat cam rumah sendiri...

sorry sgt2 zully!!irfan & farah buat cam rumah sendiri plak. abis diaorg buat sepah rumah zully. kemas je rumah zully x de mainan sepah2. dtg budak 2 org tu, abis!!

me & zully (yg dah slim)...

thanks ye zully. mcm2 dibwk keluar. kuih2 la, keropok la (siap farah request nak sos plak hehe...), carrot cheese (sedap la carrot cheese tu...). sorry la perangai anak2 i...

Friday, October 15, 2010

B Yang Rosak...

B stands for Blender...
blender yg dah saya gunakan selama 7 tahun huhu...masa hari kejadian, i updated my status in FB about this blender. x sangka ada ramai org yang menggunakan blender lagi lama dari saya. ada yg dah lebih 8 tahun, & my mom plak kata, dia dah guna blender dia berbelas2 tahun!

ni la blender yg rosak tu...

blender ni my sis yg hadiahkan masa kawin dulu. mmg sgt2 berjasa. sebenarnya bukan motor yg rosak. cuma blend jar dia tu je, bawah dia dah longgar. masa rosak nih, saya tgh blend sambal kicap dlm kuantiti yang banyak (utk dimakan dgn soto masa jamuan raya hr tu). habis penuh air dr sambal kicap keluar & mengotorkan dapur. tp saya teruskan jugak memblend sambal tu sbb x kan la nak biarkan sambal tu half way siap. aBah blk solat jumaat ptg tu, terus saya kerah betulkan blender tu (sorry ek aBah). sbbnya saya nak kena blend rempah ratus utk rendang plak.

aBah x berjaya nak betulkan huhu...terus je kami keluar ptg tu nak carik kedai betulkan tp x de la plak kedai yang boleh betulkan kat nilai nih. nak carik jar yang sama, x de kluar lg rasanya model yg sama camni. last solution, kena beli barulah nampaknya. takkan saya nak tumbuk plak rempah ratus utk 3kg daging yg nak dibuat rendang tu. matikkk!!!

blender baru bersama modelnya skali...
si kecik nih org ke dapur, dia mengekor je kat blkg...


sedap giler rendang yg saya buat sbb rencah2 dia diblend dgn blender baru hahaha...blender lama tu saya x akan lupakan. nanti nak carik kedai ke*wood, tgk ada x spare part yg boleh menggantikan bahagian yg rosak tu...

Tuesday, October 12, 2010

Dah Jumpa...

...kedai kelantan yg menjual makanan2 pantai timur termasuk la makanan yang saya carik2 - nasik kerabu hehehe...jauh la sikit dari rumah tp boleh la sbb kat area bbn ni jugak. cuma, still x boleh lawan nasik kerabu bsp huhuhu...missnya nak balik bsp makan nasik kerabu!

my nasik kerabu...
aBah kata - "aparaaa, nasik kerabu x de budu" hehehe...


kedai ni self service. amik sendiri ikut suka hati, yg penting bayar hehe...masalahnya saya bkn org pantai timur. teragak2 jugak nak amik bahan2 utk nasik kerabu nih. kebetulan masa saya pegi awal pg lagi, x ramai org & x ada plak org amik nasik kerabu. belasah je laaaa...yg penting sayur mayur tu saya amik byk with ayam masak merah yg saya asingkan dalam plastik lain. khusyuk makan sampai terlupa nak offer kat aBah. sorry ye aBah...len kali kita g makan sama2.

Monday, October 11, 2010

Makan2 @ DI

masa baru pindah nilai, officemates sebok suh buat housewarming party. mmg x terpikir pun nak buat. dgn kelam kabutnya with si kecik, malas pun ada. tp bila a fren @ office suggest suh buat makan2 potluck among office collegues, came in the idea nak jemput diaorg ke rumah. mula2 mmg ingat nak buat potluck. tp bila musim2 raya nih, cam x syok pulak potluck2 nih. biar je la diaorg dtg makan & since mmg nak masak utk diaorg, ada jugak la jemput adik beradik & some kawan2 aBah. the makan2 session was held last sat 9.10.2010 (org kata dah abis raya, tp mine was not an open house - nama dia makan tghr/ ptg hehehe...).

since rumah saya kecik je, jemputan dibuat secara berperingkat. family members kul 12pm, my office collegues kul 2pm & aBah's frens kul 4pm. tp a few of kawan2 aBah ramai yg dtg around 2-3pm. mmg penuh la rumah time tu. bila kul 4 tu plak x ramai yang datang especially frens from bsp aka jiran2 lama. mungkin sebab jauh kot, & some ada occasions lain - so mmg majority x dtg. berapa kerat je yg dtg (thanks a lot adi & asni, zul & azwa, jamal & ann - walaupun jauh korang sampai jugak).

saya masak soto (nasi impit/ bihun, sup, taugeh, daun sup, begedil frozen mak, ayam siat & sambal kicap). for those invited in the afternoon, saya order nasi tomato, ayam masak merah, dalca & papadom sbb x best plak org dtg tghr tp x de nasik. saya buat rendang daging jugak, aBah order lemang from his fren, karipap, trifle yg x jadik, tembikai, kerepeks & marukus, air sarsi.

1st time buat trifle, kastard dia x jadik. tensen jek!
tp pastu buat lagi 2nd round baru ok, cuma lupa nak snap pic...


my rendang buatan sendiri using the recipe from internet.
kerisik plak x
brp nak sedap, spoil betul...

soto section, featuring my mom's begedil hehehe...

all in all, syok jugak jemput orang dtg makan2 nih. this is our 1st time handling a lot of people dtg rumah. walaupun baru jemput dalam 25 families, tp ok la for a start. belum rasa "mampu" fizikal & mental lagi kalau nak jemput semua orang. walaupun rasa sedih jugak sikit bila foods banyak x abis & ramai yang dijemput x dtg, tp ok la sbb my frens from office (including my boss) semuanya datang. yang dekat2 dok area nilai (aBah's frens) pun dtg sampai ada yg dtg waktu malam.

my observation - ramai org suka makan nasik (seb baik order nasik tomato. cumanya kesian kat diaorg sbb nasik tu hanya utk yg dtg tghr. nasik & dalca ada byk, tp ayam je la yg dah abis), ramai yang makan soto with bihun & not nasi impit (bihun tu sj je buat sikit, tgk2 kena celur lagi & nasik impit plak yg berlebih2), begedil x ramai org yg reti makan rasanya sbbnya walaupun ada sikit je begedil tu - x abis pun.

thanks a lot to frens yang datang (esp my officemates & fizah sbb bwk sate). makanan yg x abis selamat diulang makan pada 10.10.10...masa breakfast hidangkan bihun soto, farah kata "ni bihun sup yg semalam tadi ke?" hehehehe...jgn membazir anak2, kita makan je apa yg ada.

Thursday, October 7, 2010

Belen2 Kuih...

tahun ni saya mengurangkan kuantiti kuih2 raya yang diorder sbb mengambil iktibar tahun lepas byk kuih yg x abis. mmg ada a few kuih yang mmg saya rasa nak order (esp batang buruk kacang tanah dari kampung yg best), tp sebab saya cuba jugak menahan nafsu, maka batang buruk tu saya x order, cuma amik sikit yang mak saya punya hehehe...

sejak keja semula slps cuti raya, tiap2 hari ada je kuih2 raya yg saya hangkut ke ofis semata2 nak abiskan stok/ belen2 kuih. so, hari ni saya bawak sebekas...


kuih bangkit & batang buruk...

kejap je dah boleh abis sebekas nih. asik keja melantak je saya nih. mmg gemok mencanak2...& alhamdulillah, dah byk bekas2 kuih yang telah dibasuh dan disimpan. tggl kerepek2 je yg boleh simpan utk tetamu yang mungkin terasa nak singgah...

Wednesday, October 6, 2010

Dilema Lagi (Tak Abis2)...

x abis2 dgn dilema pasal education for my 2 kiddos. br je rasanya bulan 5 hari tu sebok2 survey for their kindergarten kat nilai nih. tup2 sekrg nih kena survey semula for another new kindergarten to enroll for next year. bukannya nak demand sgt pasal nih, tp nak la apa yang kita bayar tu berbaloi.

tadika yg the kids join sekrg nih is a new tadika yg baru je bukak awal tahun 2010. so, mmg x brp nak organize la. tp sebab principal dia yg ok jugak la (ni my 1st impression la kan, sbb tu terus je daftar my kids kat sini), environment tadika pun ok, kids pun x ramai (masa daftar hr tu ada dalam 25 org kot from 4-6 years), terus je daftar.

tgk2 towards the end of the year nih - the principal is the only tecer kat skul tu (since june hari tu, dah 3 org tecer bertukar2 & plg teruk - ada 2-3 months jugak la principal tu sorang2 handle 25 org. wonder camne dia bahagi2kan masa antara 3 kelas hmmm...). sekolah ni jugak x de nursery, tp ada beberapa org budak yg principal ni accept la utk nursery sbb dia kata kesiankan parents (termasuk la saya sbb my kids pun terus je stay kat situ smpi ptg, malas nak pikir2 pasal transport). tp kalau cuti sekolah kena carik sendiri nursery lain utk diaorg. masa tu saya ok je la sbb dah kautim ngan bbsitter baby irin utk cuti sekolah. tgk2 dia buat plak senang dia sendiri - untuk bulan 11 nih, sekolah will be from 1-14 nov tp nursery x de. abis tu camne? nak kena pikir plak transport dr sekolah ke rmh bbsitter for 2 weeks. adoiiii laaaa....

sekolah ni x penah bg homework for my kids. mmg saya x brp nak setuju klu bg homework byk2 kat budak2 4-5 tahun ni. tp kalau dah x de homework lgsg, mcmana la kita nak assess perkembangan anak2? plak tu, bila saya tanya x de exam ke akhir tahun ni? dia kata, x ada sbb macamana nak exam klu budak2 x tau baca lagi? abis tu, yg irfan ada exam kat sekolah lama dia tu, camne plak? bukan la utk membaca, tp test simple2 utk maths ke, alphabets ke, saya rasa boleh je kalau nak buat.

irfan, masa kat sekolah lama mmg byk yg dia belajar. kalau tny dia dulu, setakat tulis sikit2 tu mmg dia dah boleh. tp lps about 1-2 mons after dia kat sekolah baru nih, bila kita suruh dia tulis, dia macam x brp nak sure dgn alphabets (meaning that kurang latihan la tu kat skolah baru nih). aBah pun mcm dah x brp nak suka sekolah nih (tp dia senang la kan sbb nak deal dgn principal ni saya yg kena buat huhuhu...). so aBah kata dari 1-14 nov tu x yah g skolah (lgpun mmg x de exam). bila saya bgtau principal mmg dia x setuju la kan sbb dia kata effect duit dia nak byr kat tecer la (ada seorg tecer baru join sekolah tu this week), budak2 still x abis silibus la, siap gertak tu x nak terima budak2 nih daftar tahun depan. mmg saya nak cari skolah lain pun, cumanya malas nak bgtau dia apa2 sbb takut karang mana la tau x jadi ke.

sebenarnya saya dah abis survey dah tadika kat area rumah saya tu. so x tau camne lagi nak buat nih. nak kena buat 2nd survey plak la kot. adoiiii la saya nih, dilema sungguh. kalau bgtau aBah, dia main lepas ke saya je bab mencari2 nih. pening saya...nak kena amik cuti lepas siap semua report saya nih utk mensettlekan dilema ini (pastu ada plak dilema lain).

Tuesday, October 5, 2010

Cabaran!

saya memang suka snap gambar the kids. dengan kecanggihan hp zaman sekrg yg ada kamera (wpun hp saya paling cikai skali), almost everyday akan ada gambar yg saya snap especially gmbr si kecik tu. motip gambar si kecik yg banyak sbb dia yang slalu ada ngan saya. lepak dalam bilik bila saya letih pun mmg ngan dia. nak tido camne kalau dia segar bugar explore the whole bilik. so baik la saya snap gmbr dia sambil2 baring tu...

menjadi idaman saya untuk mengambil gambar 3 beradik yang "cantik". bukan cantik macam pro photographer tu sbb saya pun x de camera canggih2 nih. cuma nak gambar yang semua org tgk camera dengan senyuman yang menawan, background yang ok sket (bukannya dengan keadaan bantal bersepah kat blkg ataupun ada aBah terselit tgh baring hehehe...). malangnya belum berjaya lagi. weekends lepas sebelum keluar beraya, a few attempts mengambil gambar telah dilakukan...

my 2 anak daras...ni testing!

with abang plak...cam cun je semua pandang camera kan. tp x syok sbb adik kecik tgh gigit hair clips plak. haippp...

alaaaa...kakak ni pandang bawah buat pe...

memang mencabar nak suh diaorg tgk camera. bila yang sorang ready, yg sorang lagi mula la pandang tempat lain. yang adik tu plak kecik lagi x tau apa2, lama2 sgt dia mula la x dok diam. tu abang dia pegang tu mmg dia x suka. mula la dia meronta2, cepat2 saya snap. kakak la plak buat spoil huhuhu...ok la, last try...

goyang la pulak...

x kuasa dah la saya!! lain kali la cuba lagi...