Tuesday, October 19, 2010

Dah Besar Rupanya Anak Dara Saya...

baby izryn dah makin besar. dah nak masuk 10 mons old pun this week. anak dara yg sgt lasak sama macam abang & kakak dia dulu. so, saya mmg dah biasa dah keadaan macam nih walaupun kadang2 letih jugak...

kalau siang, saya biasanya tidokan dia dalam buai sbb banyak keja nak buat. kalau x masukkan dalam buai, alamatnya kejap je la dia tido. dalam buai pun mmg selalu kena jenguk2 dia. sejak dah makin besar nih, macam2 stail dia tido walaupun dalam buai.

betul x cakap saya?

kalau malam, dia tido ngan saya kat atas toto. tp sgt la susah nak suruh dia tido. kalau weekdays selalunya saya mmg penat & nak tido awal. kadang2 sampai saya terlelap dulu, dia masih lagi main2 dalam bilik. sejak dah besar nih jugak, abis 1 bilik diexplorenya. kena tgk2 jugak takut la dia buat apa2 yg x sepatutnya. so, either saya, abah or abang kena ada yg tgk2kan dia. kalau x...

...inilah jadinya.
abis baju dalam bakul dipunggahnya & bakul tu dia buat main...


selalunya saya x kesah sgt dia main ngan bakul nih daripada dia punggah sampah dalam bakul sampah!! adoiiii la anak dara sorang nih...

nak tau bila masa dia nak tido ialah bila dia merengek2 & garu2 kepala. masa tu baringkan dia, bagi dia susu ibu...insyaAllah dia tido. malam2 macam biasa, bila ada anak kecik nih mmg saya x tido sgt. dia akan nangis malam2 bila nak susu (semestinya susu ibu), 1 hal lg dia nangis sebab dia tido golek2 sedar2 dah kat bawah katil. 1 hal lagi plak malam2 saya berusaha mengeluarkan dia dr bawah katil hehehe...

itulah anak dara kecik saya...dialah pengubat keletihan saya!!
(melayan dia sampai letih pun x terasa hehehe...)

No comments: