NuffnangAds

Wednesday, October 27, 2010

Konvoi Jelajah 1Malaysia

250 peserta konvoi Jelajah 1Malaysia dilepaskan



JOHOR BAHRU 26 Okt. - Seramai 250 ahli kelab Persatuan Bermotosikal Negeri Johor menyertai siri kedua program Jelajah 1Malaysia 'Kami Prihatin Dengan Anak' menggunakan 180 motosikal berkuasa tinggi berlepas dari Hotel New York, di sini, hari ini.

Konvoi yang merupakan kesinambungan kempen Kami Prihatin yang digerakkan Utusan Malaysia dilepaskan Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri, Md. Jais Sarday.

Turut hadir Pengerusi Persatuan Bermotosikal Negeri Johor, Abdul Rahim Ahmad, penyanyi terkenal dan duta kempen Kami Prihatin, Fauziah Latiff serta Timbalan Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Rosdi Amir.

Konvoi yang dijadual tamat Ahad ini bergerak ke Universiti Teknikal Melaka (UTeM) dan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) sebelum bermalam di Kuala Lumpur.

Keesokannya ekspedisi itu meneruskan perjalanan ke Kolej Islam Antarabangsa (KIA) dan hari berikutnya singgah di Kolej Komuniti Kepala Batas (KKKB) dan Universiti Utara Malaysia (UUM).

Pada Jumaat pula mereka menuju ke Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dan hari terakhir ke Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KIPSAS) sebelum kembali ke Johor.

Menerusi siri jelajah itu, ahli konvoi akan menyerahkan risalah mengenai kempen Kami Prihatin kepada penuntut di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) yang terlibat untuk bersama-sama membanteras kes pembuangan bayi kepada warga IPTA dan masyarakat.

Program itu adalah anjuran bersama MHM Excellents (M) Sdn. Bhd., serta turut mendapat kerjasama Jabatan Belia dan Sukan Johor dan GPMS.

Sementara itu, Fauziah yang mengiringi ekspedisi tersebut ke semua universiti terlibat berharap kempen Kami Prihatin akan diteruskan ke IPTA lain pada masa depan.

Menurutnya, ia merupakan satu tanggungjawab sosial dan memuji langkah persatuan itu yang prihatin dengan keadaan sosial masa kini.

"Kita harap semua komuniti dan masyarakat akan terlibat dengan kempen seperti in

i, bukan sahaja golongan artis, persatuan bermotosikal, penuntut IPTA tetapi semua pihak," katanya.

Dalam pada itu, Abdul Rahim berkata, peserta konvoi tersebut telah melakukan pe

rsiapan rapi sejak sebulan lalu dari segi mental dan fizikal.

"Selain itu, kita juga membawa seorang mekanik khas untuk mengiringi ekspedisi jika berlaku sebarang kemungkinan," ujarnya sambil memberitahu konvoi itu akan menjelajah sejauh 3,200 kilometer membabitkan kos RM25

0,000.

Utusan Malaysia, Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan Sinar.FM adalah media rasmi ekspedisi tersebut selain turut mendapat kerjasama jabatan serta agensi kerajaan.

Kempen Kami Prihatin merupakan inisiatif Utusan Malaysia bersama Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Astro serta Karyawan untuk meningkatkan kesedaran dan menangani kes pembuangan bayi.

DI SEREMBAN, konvoi tersebut tiba di USIM, Nilai kira-kira pukul 4 petang ini dengan disambut Naib Canselornya, Profesor Datuk Dr. Muhamad Muda serta lebih 200 pelajar universiti berkenaan.

Dr. Muhammad ketika berucap di Foyer Pavilion Pusat Sukan USIM berkata, peranan dan tanggungjawab USIM terhadap penglibatan aktiviti sosial dan kemasyarakatan tidak pernah diabaikan.

"Kami menyokong penuh pembinaan dan penonjolan bakat serta sahsiah bertera

skan pembangunan insan bertaraf global melalui penyertaan dalam pelbagai aktiviti dan persatuan yang diiktiraf," katanya.

Turut hadir Penaung Program Jelajah 1Malaysia, Tunku Hassan Tunku Mohammed Archibald.


saya amik berita nih dr utusan online!

sebabnya saya menyaksikan sendiri konvoi ni...

dr tingkap bilik ofis saya...

macam best je berkonvoi naik motor. tapi kena la naik motor besar mcm diaorg nih. kalau naik motor abah, x nak la saya hehehe...x perasan plak saya fauziah latiff pun join sekali (mana nak perasan kan, semua pakai helmet).

1 comment:

arman said...

Bangga dengan Kak Gee yg sanggup menyertai konvoi ini. Semoga usaha murni para peserta konvoi ini akan memberi impak terhadap masyarakat.