Tuesday, October 26, 2010

Si Kecik Lagi...

x abis2 cerita pasal budak kecik nih kan hehehe...hr tu cerita pasal dia main bakul baju. kali nih, ada 1 lagi kemahiran dia iaitu...

bukak laci & punggah semua barang di dalamnya huhuhu...

laci dalam bilik nih cam biasa la kan, saya letak macam2 khazanah saya. bila main bukak & punggah keluar nih, satu hal jugak la nak mengemas. itu x pe lagi, kalau malas sangat boleh campak2 je. cuma apa yg kena extra keja sikit ialah kena tgk2 jugak sbb si kecik nih - apa yg dia jumpa semua dia masuk mulut. benda besar2 kadang2 saya buat x kesah je. takut dia jumpa benda kecik2 je. setakat nih, saya ada korek2 mulut dia saya dapat cebisan ikan x tau mana dia amik, mungkin abg/ kakak makan bersepah, maruku (yg ni saya makan, dia tgk je. rupa2nya ada yg jatuh atas seluar saya, boleh plak dia amik & makan hehehe...) & semalam saya dapat duit syiling 10sen dalam mulut dia. terkejut giler saya mana dia kutip x tau. mmg kena mengadap dia je la 24 jam + kena pastikan jugak rumah sentiasa bersih (abah kata, tiap2 hari la kena sapu camni hehehe...). risau plak saya! pagi td ada kumbang kecik masuk rumah pun, boleh dia kutip & nak masuk mulut jugak huhuhu...

sebenarnya irfan & farah dulu masa kecik2 bukan seorang yg suka kutip2 & bukan jugak seorg yang main bukak2 laci nih. ada la baca pasal babies yg suka kutip2 nih, tp x pernah experience lagi sampai la anak ke3 nih. betul la, setiap anak ada perbezaannya.

si kecik nih, cubit karang...

1 comment:

Anonymous said...

Cuba potong cili or apa2 food yg rasa x sedap n tabur so that bila dia rase pedas next time dia x kutip masuk mulut....that's what my mom did kat anak sedara n berjaya