Monday, October 25, 2010

Weekends Bukan Masa Untuk Rehat...

sebelum kawin, mmg saya x pandai masak langsung. sbbnya mak saya sgt rajin masak. plak tu bila umur saya 13 tahun, saya dah mula duduk hostel. bila masa nak bljr masak? mmg saya rajin masuk dapur, cumanya bukan untuk masak tp tolong mak potong2 sayur, bwg apa2 je lah (termasuk basuh pinggan mangkuk, kemas meja dsb). bila kat hostel, ada member yg cerita diaorg pandai masak, mmg saya sgt2 respect kat diaorg + malu pun ada.

bila dah kawin, saya tetap x pandai masak. umur dah 20an baru nak bljr masak, mau otak x tepu hehehe...tp boleh la setakat nak masak untuk family & terima pujian dari anak2 je. weekdays saya masak jugak utk dinner. cuma ala kadar saja samada bihun/ mee/ kue tiow/ nasik goreng. x pun roti + sambal ke. kalau x larat sgt, mintak tolong abah tapau apa2 for the kids.

cuma apa yang saya suka bila weekends - saya dapat masak dalam keadaan yang lebih proper. tu pun jarang2 sgt ada weekends yang betul2 free. ada saje agendanya. weekends lepas kebetulan x de apa2 nak buat, mula la otak saya berfikir apa nak masak (kdg2 saya carik jgk resepi2 menarik kat internet) + termasuk jugak keinginan tekak saya (ni utk weekends lepas la, sbb kdg2 saya ikut jugak tekak abah or anak2).

untuk sabtu, saya masak...

lontong...

lontong versi saya sebenarnya. sambal tumis tu sepatutnya (kalau ikut apa yg mak saya ajar), sambal tumis ikan bilis + kacang tumbuk sket. tp saya sesuaikan jugak dengan tekak abah, saya buat sambal tumis udang. malam sebelumnya lagi saya dah siap2 potong2 sayur semua, nasik impit saya siap2 rebus, maka pagi2 kul 830am semua dah tersedia atas meja untuk dimakan. makan sampai ke malam terus, senang (lunch makan kat luar sbb tghr tu keluar jap konon2 nak carik baju untuk abah kat ju*co, tp x de plak yg berkenan).

ahad mmg the whole day terperuk kat rumah je. mmg x de plan apa2 & kebetulan plak hujan pagi tu, syok la dok rumah je. pagi2 saya masakkan lempeng + sambal tumis sardin + milo panas. pastu mandikan si kecik (2 org budak besar abah yang handle bab2 mandi nih hehe...). terus saya dok kat dapur lagi - siapkan menu untuk minum petang (kena buat awal sbb ianya perlu disejukkan untuk rasa yg lbh sedap), masakkan bubur untuk baby (saya buat 2 jenis bubur - bubur ayam + carrot & bubur ikan bilis + bayam. pastu frozenkan untuk bekalan ke rumah bbsitter for the whole week).

dah siap yang tu, saya teruskan masak lauk pauk pulak. nasik with bawal + kerapu sweet sour, bayam masak air & kacang panjang + tempe + sotong goreng kicap for lunch. lupa sangat nak snap gambar, tp syok makan. ikan tu saya masak banyak, saje nak buat ratah2. kacang+tempe+sotong tu pulak saja tambahan sebab nak abiskan stok kacang & tempe balance buat lodeh semalam.

menu minum petang yang saya sediakan awal2 tadi ialah...

puding trifle...

yang ni sekali hadap terus tinggal separuh. abah komplen x berapa nak lemak sbb susu cair tu saya gantikan dengan susu segar hehehe...saja nak bagi baby irin rasa sekali apa yang saya buat nih. next time saya akan buat guna susu cair khas untuk abah.

kegembiraan bapa & anak makan puding...

lepas makan, saya lipat baju yang menimbun tu. pastu kemas plak pinggan mangkuk kat dapur. pastu mandikan baby. solat semua, sediakan pulak hidangan makan malam, basuh pinggan, solat isyak, iron baju for the whole week, layan baby irin yang mmg tido lambat sampai saya pun tertido.

x tau bila masa saya berehat, tup tup dah hari isnin. tapi saya x kesah sangat. yang penting masa berkualiti dengan keluarga. dapat masak utk diaorg, makan sama2, dapat pujian anak2 (abah x suka puji, tp saya tau dalam hati dia kata sedap hahaha...), itu sangat memadai untuk saya...syukur alhamdulillah!

3 comments:

Tyha said...

Puas jiwa dan raga kalau dapat buat mcm2...bagi keluarga makan...;)

elly said...

re:
tu la kan tyha. penat2 pun, sgt best bila tgk hubby & budak2 makan beria2, berebut2, bertambah2 hehehe...

Tyha said...

Tulah Elly sebab tu Tyha x kisah kalau x rest...kalau rest banyak pon jadi mcm x tahu apa nak buat,mcm2 buat rasa terisi masa,sedar2 dah malam...;)