Friday, November 26, 2010

Cendol Di Sana Sini...

CENDOL 1

cendol nih favourite abah. kalau area bangi & nilai, mmg dia expert la jugak kat mana ada cendol yang sedap (pada tekak dia). masa balik kampung deepavali hari tu, tetiba dia request cendol buatan sendiri. mil mmg terrer buat cendol, cuma masa blk kampung tu mil sebok merewang (tolong2 kat kenduri kawin jiran sekampung). sil plak sanggup memenuhi permintaan abang tersayang. maka dapat la makan cendol buatan sendiri hehe...

abah menunjukkan kepakarannya mengisar ais

uniform lengkap nih, siap berkain pelekat mcm kat kedai mamak cendol hehehe...rumah mil mmg ada mesin pengisar ais nih. kalau rajin mmg boleh buat abc or cendol sendiri. kalau rajin la kan, selalunya mmg malas sbb kat kampung ni mmg ada org jual abc. beli je kalau rasa nak makan hehe...

ais yang telah siap dikisar

cendol yang x jadik hehe...tp belasah je asal boleh makan
aik irfan...muka mcm x suka je. x sedap ke?

peaceee!!

boleh la kita perbaiki lagi lain kali ye caq hehe...

CENDOL 2

kebetulan ada 1 weekend tu (rasanya 3 minggu lepas kot), pegi visit kawan abah kat area bangi lama. dekat plak dgn kedai cendol nih. pekena cendol (lagi) la, apa lagi! kedai ni betul2 tepi jalan menghala ke bangi lama & sentiasa penuh orang. kami nih pun kena queue tggu turn. selain cendol, tempat nih famous ngan laksa dia jugak. tp masa kami sampai (around 4+pm), laksa dah abis huhuhu...

cendol @ redup rimba cendol corner

sahsiah setelah dikacau (or digodak2 - bhs org johor)

ok la, boleh tahan jugak cendol kat sini. mangkuk dia besar, puas hati makan. saya la paling puas hati sbb budak2 x abis makan, saya jugak la yang jadik "tong".

CENDOL 3 (+ x de gambar) adalah cendol yang berdekatan ngan rumah aka dkt area nilai nih hehehe...bila dkt ngan rumah tu, selalu la pegi. dah 3 kali beli cendol kat sini (errr, mana boleh makan cendol selalu2 sgt ye tak? kata nak kurus hahaha...). sempoi je, jual cendol & rojak guna van je. tp sempoi2 tu yang best. dah byk kali nak try rojak dia pulak tp asik x kesampaian. ada je halangan - tutup la, saya kenyang la. tp cendol dia mmg sedap. kalau saya, cendol biasa je yang sedap. x minat sgt yang campur2 kacang or pulut.

cerita pasal cendol nih, terasa nak minum cendol plak. ni favourite abah ke, favourite saya sebenarnya nih hehe...

Tuesday, November 23, 2010

Concert!

the concert was held on the 15th of nov 2010. principal kata tempat dah fully booked during weekends. so terpaksa la dia buat konsert hari isnin pukul 2 ptg. terpaksa la saya & abah amik cuti jugak utk bagi moral support kat anak2. it was farah 1st concert & a 2nd one for irfan.

ready to go!

the opening!

pakai t-shirt sekolah & baca all the doas & rhymes yang diaorg belajar kat school. irfan kat blkg tu, sebelah girl bert-shirt putih. panjang jugak part nih. sempat gaduh2 lagi budak2 ni kat atas stage sebab ada yang marah kawan2 salah baca/ nyanyi hehehe...nak tergelak tgk diaorg nih!

tarian melayu yg sgt sweet. pandai budak2 nih. rsnya yang nih budak2 6 yo.

farah menari twist, couple ngan budak nih. pic blur sket sbb saya zoom dari jauh. x de sgt pic menari nih sbb saya & abah sebok rakam video hehehe...dua2 sekali sebok merakam sebab x sangka anak dara selamba je menari & enjoy herself. maklum la, farah ni pemalu. so, bila dia boleh bawak diri masa konsert nih, saya plak rasa cam nak nangis hehehe...abah kata, group farah nih yg paling best perform!

performance irfan plak tajuk dia "crazy frog". irfan & gang ni kiranya frog la kot, tu yg siap bertopi askar warna hijau tu. saya memang dah tau irfan ni jenis serius bila buat satu2 benda sbb dah pernah experienced masa last year's concert & sports day. so, this time nih pun sama. confident je atas stage, tp nmpk pelik la kan sbb orang lain cam teragak2, dia plak menari bersungguh2 hehehe...bravo irfan!!

ni pun best - african dance. budak yang tengah tu pandai sgt menari.

hawaiian dance.

farah on stage - amik hadiah utk good attendance for PH2.

irfan dapat consolation prize hehehe...semua budak dapat hadiah sebenarnya. sekolah ni x de exam. so, x de la hadiah untuk best student ke hape. tensen je time nih. nak amik pic irfan amik hadiah tp x sempat sbb mc cepat sgt panggil the next name. irfan x sempat amik hadiah lagi, budak tu dah naik stage.

kesimpulan : saya happy bila tgk anak2 happy. walaupun concert nih lambat bermula, tggu dari pukul 2pm, 3pm++ baru nak start, tp sangat enjoy tgk performance diaorg. next year irfan & farah saya tukarkan ke sekolah lain. so, graduation & concert kat sekolah lain plak la jawabnya tahun depan.

opssss...saya lupa farah ada masuk satu lagi acara - fashion show!

budak2 sebelah farah tu semuanya dah 6 yo. so, nampak la farah sgt kecik hehe...

Tuesday, November 9, 2010

JJCM 3

kalau balik ke/ dari kampung abah @ rompin mesti lalu restoran warisan nih (dekat area kuala pilah/ terachi/ seri menanti). mmg selalu tgk ada banyak kereta tp untuk kitaorang singgah makan tu mmg x pernah la. abah pernah kata, boleh la kita try singgah makan bila2. kebetulan balik rompin last weekends (sempena cuti Deepavali) & on the way balik lalu kat area situ +- kul 1pm. singgah la jugak untuk lunch. kesian kat the kids yang nak makan. macam saya, x berapa nak lapar sebab sebelum balik MIL dah hidangkan nasik (mmg kalau balik rompin, kalau kami kata nak balik pagi, mesti MIL suh makan nasik dulu. tu yang jadiknya pagi2 dah mkn nasik putih & kari ikan).

specialty kat sini memang lauk2 negori. masak lemak cili padi dia orang kata sedap. tp x de sapa plak yang terasa nak makan nasik putih with all the lauks. semua orang order masakan panas goreng2 je sbb irfan mmg dah request awal2 lagi dia nak kue tiow goreng.

irfan menikmati kue tiow gorengnya. kue tiow goreng siap ngan telur mata = rm6.
mak njang tu order abc je. mangkuk besar tu = rm4

nasik goreng ikan masin untuk abah = rm7. sambil makan sambil bebel kata x de ikan masin.
blkg tu mek farah order mee goreng = rm6.

saya makan bubur nasik je sbb share ngan baby izryn.
mmg kalau g kedai makan yg ada jual bubur, saya akan order menu nih je.


bubur nasik makan ngan ikan bilis goreng = rm8.50.
foods - ok & sedap. saya rasa nasik goreng abah tu sedap je. cuma abah komplen ikan masin x de.
harga - mahal gak la pada saya. tp restoran dia mmg nampak eksklusif so mmg boleh agak la. cuma bubur nasik & ikan bilis berharga rm8.50 tu je yg saya macam x boleh terima. & sepatutnya saya x order ikan bilis goreng tu. boleh je bubur nasik makan ngan lauk lain. salah saya jugak.
persekitaran - best!
servis - ngoi & lems. panggil byk kali kata nak order, baru terhegeh2. abah dah macam nak marah je, terus rasa cam x best je nak makan.

x tau la abah nak singgah lagi ke x lepas nih. banyak sangat komplen dia. tggu saya mengandung la kot baru dia nak layan kehendak saya hahahaha...teringin plak nak rasa ikan keli lemak cili padi dia.

Wednesday, November 3, 2010

Kerana Nila...

zaman saya sekolah2 dulu, apa yang saya tau, kalau baju sekolah kawan2 saya berwarna biru, tu maknanya mak diaorg basuh guna nila. tapi, mak saya x penah guna nila. so baju2 sekolah saya & adik beradik yang putih tu, x penah la bertukar jadik biru (bertukar jadik hitam ada la sbb kotor sgt hehehe...).

x sangka zaman sekrg nih pun org masih menggunakan nila. to be specific, the bbsitter. bbsitter ni rajin. kalau weekdays, mmg dia basuh semua baju baby izryn. rajin plak tu dia menggunakan nila, bukan sahaja untuk baju2 putih, tp yg ala2 ada setompok putih pun dinilanya. kalau putih cam baju sekolah tu, saya x kesah. tp ni yang bunga2 pun, yang ala2 cream pun semua dinila jugak hmmmmm...mungkin disebabkan saya x terbiasa dengan nila2 nih menyebabkan saya rasa cam x best tgk bj anak saya biru2.

i have no problem with nila2 nih sebenarnya & definately x akan tegur apa2 (org buat baik lagi mau demand, bukannya mati pun pakai bj bernila). terima kasih lagi ada kat bbsitter sbb rajin membasuh. kalau ikut saya, baju bb izryn tu saya kumpul seminggu baru basuh. dah la baju x banyak, lagi mau kumpul2.

saja google tadi, terbaca petua ni:

untuk mengubati - DEMAM KUNING
Ambil seketul nila baju dan rendam di dalam air mandian anak anda. Setelah ia larut mandikanlah anak anda dengan air nila itu. Di samping itu anda hendaklah juga menila lampinnya. Cubalah, insya Allah.


saya x penah dengar pun pasal nih. kalau x, lama dah saya cuba petua ni untuk izryn yang kena prolonged jaundice dulu. berguna jugak nila nih rupanya hehehe...

Tuesday, November 2, 2010

"Gumuk"

saya memang seorg yg "gumuk" sejak azali. memang x pernah beria2 pun nak kurus cekeding. cukup la saya mempunyai berat yg x begitu melampau.

sgt susah nak kurus sbb setiap kali saya pregnant, berat semasa pregnant itu akan naik sampai 20kg. lepas dah deliver tu pulak, hanya akan turun setakat 10kg je. maknanya, setakat 2 anak berat saya dah naik 20 kilo ishhhh ishhhhh...

disebabkan berat yang giler2 melampau nih, saya pernah join Fitness First (F1) +- 2-3 years back. lebih kurang 5-6 bulan saya join F1 nih berat saya turun 10kg (tetap ada lagi 10kg untuk at least sipi2 ke berat asal huhu...). tu pun, sambil bersenam, saya kurangkan makan nasik. nasik hanya saya ambil masa weekends je sbb mmg nak kena masak untuk family. saya terpaksa terminate membership saya kat F1 nih bila saya pindah nilai. mana ada F1 kat nilai nih. kalau dulu, F1 adalah bersebelahan ofis saya. maka, balik keja boleh singgah dulu F1. tp alhamdulillah, saya masih maintain berat yang sama selepas turun 10 kilo tu. kalau x, mesti saya kena marah sbb membazir duit join F1 dulu.

bila saya pregnantkan izryn, alhamdulillah berat saya x de la naik sampai 20kg. rasanya naik +- 10kg je kot. so, bila lepas bersalin, berat saya masih lagi maintain mcm sebelum saya pregnant. masa saya fully bf izryn pun, even saya makan banyak camne pun, berat tetap maintain sehinggalah bila saya timbang balik berat saya 2 hari lepas.

saya dah x fully bf dah sekarang sebab kilang pengeluaran dah x brp produktif. tp still jugak bf izryn di waktu malam. makan mmg berselera giler. saya pun takut tgk cara saya makan hehehe...hasilnya berat telah naik sebanyak 4 kilossss!!patut la baju saya cam ketat je. ingatkan shrinking sbb asik basuh je (hahahaha...alasan poyo).

untuk itu, beberapa perkara telah saya putuskan:

1. breakfast jgn nak ngada2 beli mee/ bihun/ nasik goreng or apa2 yang sewaktu dengannya. serius, lepas raya hari tu, sakan giler breakfast saya. x cukup ngan segala mala makanan berat tu, saya kadang2 beli kuih jugak. gilos sungguh. saya dah beli setin biskut weetameal & sebungkus nesvita for breakfast. for a start, semalam & hr ni saya breakfast dgn segelas nesvita & 5 keping weetameal (hari ni 8 keping weetameal sbb cam lapar je). semalam, kul 10 dah lapar, tp saya tahan. minum air kosong je.

2. sebelum puasa, ofis saya ni anjurkan senamrobik wanita setiap hari rabu. start bulan puasa, break kejap sampai ke hari nih x de pun dianjurkan lagi. kalau ada, mmg saya akan join. control makan x guna kalau x bersenam. untuk saya, at least seminggu sekali nih dapat jugak saya keluarkan peluh sikit.

3. lunch time, saya kena makan sbb breakfast dah terlalu ringan pada saya (ingat, saya seorang yg "gumuk". kalau org kurus perut kecik, nesvita tu boleh kenyang sampai ke malam hehehe...). start semalam, saya dah kurangkan ambil nasik. nasik hanyalah setengah senduk je & saya amik sayur2 je 2 jenis.

4. dinner, mmg dah dipraktikkan x ada nasik kalau weekdays. selalunya balik keja, saya lagi suka masak yg simple2 je. kalau masak nasik, dgn lauk pauk lagi, confirm kul 8pm baru makan. so, ok la. 2 hari lepas makan ubi rebus + kelapa + sambal tumis bilis for dinner, semalam keropok lekor + buah2 + getuk ubi (balance ubi rebus semlm). by 7-715pm, pinggan2 makan semua dah siap dibasuh.

4. abah kata, weekends pegi la jogging kat taman. biar dia jaga budak2 & saya berjogging hehe... setakat hari nih, belum berjalan lagi plan yg nih sbb weekends bukannya lekat kat rumah pun. tapi insyaAllah...sbb abah kata dia menyokong saya dari belakang hahaha...

saya bukan la taksub sangat bab2 kurus nih. lain org lain caranya. saya masih tetap mengekalkan konsep kekeluargaan & "menjaga hati" hehehe...so, weekends saya tetap akan makan nasik kalau x pegi mana2 sebab saya mmg memasak utk family saya, kalau balik kampung jugak kena jaga hati org tua, kalau ada jemputan kenduri ke apa saya tetap makan. konsep saya, nak kurus bukan sesuatu yg menyeksakan (mati la saya x kurus2 hahaha...). penyokong saya aka abah pun cakap - "jangan la drastik sangat nak kurus pun. pelan2"...hehehe, maknanya dia boleh terima lg ke"gumuk"an saya.

caiyok caiyok!!!harap2 bukan hangat2 taik ayam la kan hehehe...

p/s abah x sokong kalau saya nak kurus dengan cara mengeluarkan duit. so, beli PB, beli basikal, beli ubat2 kurus, beli treadmill & apa2 je lah mmg x dibenarkan. saya join F1 tu pun, saya rasa ada dalam setahun jugak la saya pujuk dia. nasib baik menampakkan hasil jugak sikit hehehe...

JJCM 2 - Trip Ke Utara...

ingat nak tulis pasal trip ke perak, to be specific beruas (for an engagement) & zasss terus ke penang last weekends. tp malas la plak. bagi brief info je la kot (for personal notes).

the weather masa trip tu was not so ok, hujan lebat & perlu jugak berlari2 bersama hantaran + budak kecik. tp nasib baik, foods were very nice. bermula dengan makan2 secara berjemaah @ r&r rawang - nasik lemak + sambal bilis + sambal udang + ikan bilis + kacang tanah + timun (mak yg buat) & ayam goreng + telur rebus (by me yg kena bgn kul 430 pg huhuhu...). then, lunch kat kenduri pertunangan tu. macam2 lauk & kuih muih. thanks to atie & family for the warm hospitality! terasa macam keluarga sendiri plak hehehe...walaupun masa makan tu semua org tah ke mana2, tinggal lah the whole BP clan makan tanpa segan silu sampai abis semua kuih ishhh ishhh...

penat giler travel jauh2 dalam masa 2 hari je. mmg x plan nak amik cuti. kebetulan pegi engagement kat perak tu, dah dekat sgt ngan penang. so, pegi je la. kesian plak kat opel lama x jejak ke rumah dia. lagi sekali, foods mmg superb! dinner malam tu kat a place called mutiara cafe (kalau x silap la) @ kubang semang area. macam dalam hutan tp servis sgt cepat & sedap.

ni specialty dia - beriani paha kambing ordered by abah & oca.
baru tau, makan x abis...


saya punya - chicken chop with blackpepper sauce.
portion besar, makan sampai nak pengsan.

opel's chicken bolognese

ada macam2 yg diorder - fish grill la, si irfan pandai2 je order sotong goreng tepung makan macam tu je (anakku diet rupanya hehehe...), banana split pun ada & juga...

cendawan mutiara

sedap cendawan mutiara aka cendawan goreng tepung nih sampaikan si baby izryn tercengang2 tgk saya makan hahaha...specialty kat tmpt ni mmg kambing sbb dia ada ladang kambing sendiri kat sini. special drinks adalah bandung susu kambing. yukkkkssss...dengar pun saya rasa cam x sedap.

x lengkap g penang kalau x makan pesembur. tapaued pesembur for rm35 (erggghhh) untuk dimakan beramai2 @ along's, beli jeruk2 sikit untuk bbsitter, naik feri atas request budak2, berenti @ r&r bukit gantang for some fruits - alhamdulillah selamat sampai rumah along ngam2 maghrib. serius penat tp happy tgk budak2 bergembira jumpa cousins masing2. banyak gambar diaorang tp lupa nak transfer from abah.

ehhhh kata brief tadi, ni dah macam karangan beratus2 perkataan nih hehehe...