Wednesday, December 1, 2010

Bau Bangkai...

dalam rented house kitaorg sekarang nih, mmg diperuntukkan 1 bilik utk letak semua kotak2 masa pindah hari tu. menyewa kan, so definately lepas nih mesti nak pindah lagi. mana2 barang yg saya rasa x brp nak guna, saya simpan je dalam kotak. rumah pun kecik je kan, so kalau keluarkan semua barang pun x tau nak letak mana. kotak2 nih mmg disusun kat 1 sudut je dalam bilik tu. mana yang betul2 x akan dibukak sepanjang duduk kat rumah nih, abah letak kat hujung2 & bertingkat2, & pemandangan yang menyemakkan nih ditutup dengan kabinet buku. hanya 1/4 bilik sahaja yang menempatkan kotak2 nih, selebihnya letak 2 almari baju budak2, komputer & my barang2/ peralatan dapur (my oven pun dok dalam nih sbb x de space nak letak hehe...bila rasa nak baking baru bawak keluar. sbb tu sekrg nih malas nak buat kuih. alasan sbb leceh nak bwk kluar oven).

salah satu kotak adalah kotak tempat simpan beg2. kotak nih letak kat tmpt yg senang dicapai untuk memudahkan saya ambik & simpan beg2 nih bila nak digunakan spt masa nak blk kampung ke, nak g jalan mana2 ke.

masa balik dari cuti Raya Haji hari tu, bila masuk bilik nih je - pergggghhhhh, bau busuk giler2 sgt. mmg rasa nak termuntah. saya imagine ada bangkai je dalam bilik tu walaupun x tau nak kata bangkai apa sbb binatang apa plak yang masuk kat bilik yang tertutup camtu. abah kata, ada tikus mati kot. macamana la tikus masuk dalam tu (kalau betul la sangkaan abah tu). saya suruh abah selongkar semua. jenuh la nak punggah semua kotak, so abah kata biar je la sampai dia reput & sementara tu, tahan je la nafas bila masuk bilik tu.

masalahnya, sampai ke sudah bau tu x hilang walaupun makin lama semakin berkurangan la tusukan bau ke hidung tu. 2 hari lepas, saya nak ambil beg kecik dalam kotak beg tu & bila saya bukak kotak tu je, bau busuk tu terus menusuk hidung saya. rupanya bau busuk tu datang dari kotak beg. terus saya x jadi amik beg sbb saya kan takut/ geli ngan tikus. kalau betul ada bangkai tikus dalam tu, yaikkksss...

semalam, abah dah selamat mengeluarkan "bangkai" dari dalam kotak tu. abah kata, ada "bangkai ayam" dalam tu. saya yg lurus bendul nih mati2 ingatkan ada burung mati dalam tu sbb kadang2 mmg ada burung kecik yang tersesat terbang masuk rumah. rupa2nya saya silap. bau bangkai itu datangnya dari...

"

"

"

"

"

"

"

"

"

"

"

"

"

"

"

"

"

"

"

"

"

"

"

TELUR AYAM REBUS YANG DAH BUSUK!!

ni irfan punya kerja la nih. masa balik kampung abah seminggu sebelum raya haji hr tu, mmg ada kenduri kat kampung. irfan kan peminat telur & mungkin dia nak bwk blk telur2 tu. ada ke dia simpan beberapa bijik telur dalam kocek beg baju tanpa pengetahuan saya?! masa saya kemas2 hr tu, dah keluarkan dah 2 bijik telur. x sangka plak tertinggal lagi sebijik. hamikkk...bau semerbak harum. baru saya tau kebusukan bau telur busuk. adoiiii...in this case, telur ni dah dibiarkan selama 3 minggu huhu...beg tu dah diletakkan kat blkg rumah. agak2nya kalau basuh beg tu hilang x bau dia? cuma x tahan bau je la bila nak membasuh tu. tp alhamdulillah, bilik dah x de bau lagi! ye la kan, dah la saya mmg tiap2 hari kena masuk bilik tu utk amik/ kemas baju budak2...kesian hidung saya hehe...

No comments: