Friday, November 26, 2010

Cendol Di Sana Sini...

CENDOL 1

cendol nih favourite abah. kalau area bangi & nilai, mmg dia expert la jugak kat mana ada cendol yang sedap (pada tekak dia). masa balik kampung deepavali hari tu, tetiba dia request cendol buatan sendiri. mil mmg terrer buat cendol, cuma masa blk kampung tu mil sebok merewang (tolong2 kat kenduri kawin jiran sekampung). sil plak sanggup memenuhi permintaan abang tersayang. maka dapat la makan cendol buatan sendiri hehe...

abah menunjukkan kepakarannya mengisar ais

uniform lengkap nih, siap berkain pelekat mcm kat kedai mamak cendol hehehe...rumah mil mmg ada mesin pengisar ais nih. kalau rajin mmg boleh buat abc or cendol sendiri. kalau rajin la kan, selalunya mmg malas sbb kat kampung ni mmg ada org jual abc. beli je kalau rasa nak makan hehe...

ais yang telah siap dikisar

cendol yang x jadik hehe...tp belasah je asal boleh makan
aik irfan...muka mcm x suka je. x sedap ke?

peaceee!!

boleh la kita perbaiki lagi lain kali ye caq hehe...

CENDOL 2

kebetulan ada 1 weekend tu (rasanya 3 minggu lepas kot), pegi visit kawan abah kat area bangi lama. dekat plak dgn kedai cendol nih. pekena cendol (lagi) la, apa lagi! kedai ni betul2 tepi jalan menghala ke bangi lama & sentiasa penuh orang. kami nih pun kena queue tggu turn. selain cendol, tempat nih famous ngan laksa dia jugak. tp masa kami sampai (around 4+pm), laksa dah abis huhuhu...

cendol @ redup rimba cendol corner

sahsiah setelah dikacau (or digodak2 - bhs org johor)

ok la, boleh tahan jugak cendol kat sini. mangkuk dia besar, puas hati makan. saya la paling puas hati sbb budak2 x abis makan, saya jugak la yang jadik "tong".

CENDOL 3 (+ x de gambar) adalah cendol yang berdekatan ngan rumah aka dkt area nilai nih hehehe...bila dkt ngan rumah tu, selalu la pegi. dah 3 kali beli cendol kat sini (errr, mana boleh makan cendol selalu2 sgt ye tak? kata nak kurus hahaha...). sempoi je, jual cendol & rojak guna van je. tp sempoi2 tu yang best. dah byk kali nak try rojak dia pulak tp asik x kesampaian. ada je halangan - tutup la, saya kenyang la. tp cendol dia mmg sedap. kalau saya, cendol biasa je yang sedap. x minat sgt yang campur2 kacang or pulut.

cerita pasal cendol nih, terasa nak minum cendol plak. ni favourite abah ke, favourite saya sebenarnya nih hehe...

1 comment:

Tyha said...

Saya suka cendol...tapi x boleh mkn banyak...asthma