Tuesday, November 2, 2010

"Gumuk"

saya memang seorg yg "gumuk" sejak azali. memang x pernah beria2 pun nak kurus cekeding. cukup la saya mempunyai berat yg x begitu melampau.

sgt susah nak kurus sbb setiap kali saya pregnant, berat semasa pregnant itu akan naik sampai 20kg. lepas dah deliver tu pulak, hanya akan turun setakat 10kg je. maknanya, setakat 2 anak berat saya dah naik 20 kilo ishhhh ishhhhh...

disebabkan berat yang giler2 melampau nih, saya pernah join Fitness First (F1) +- 2-3 years back. lebih kurang 5-6 bulan saya join F1 nih berat saya turun 10kg (tetap ada lagi 10kg untuk at least sipi2 ke berat asal huhu...). tu pun, sambil bersenam, saya kurangkan makan nasik. nasik hanya saya ambil masa weekends je sbb mmg nak kena masak untuk family. saya terpaksa terminate membership saya kat F1 nih bila saya pindah nilai. mana ada F1 kat nilai nih. kalau dulu, F1 adalah bersebelahan ofis saya. maka, balik keja boleh singgah dulu F1. tp alhamdulillah, saya masih maintain berat yang sama selepas turun 10 kilo tu. kalau x, mesti saya kena marah sbb membazir duit join F1 dulu.

bila saya pregnantkan izryn, alhamdulillah berat saya x de la naik sampai 20kg. rasanya naik +- 10kg je kot. so, bila lepas bersalin, berat saya masih lagi maintain mcm sebelum saya pregnant. masa saya fully bf izryn pun, even saya makan banyak camne pun, berat tetap maintain sehinggalah bila saya timbang balik berat saya 2 hari lepas.

saya dah x fully bf dah sekarang sebab kilang pengeluaran dah x brp produktif. tp still jugak bf izryn di waktu malam. makan mmg berselera giler. saya pun takut tgk cara saya makan hehehe...hasilnya berat telah naik sebanyak 4 kilossss!!patut la baju saya cam ketat je. ingatkan shrinking sbb asik basuh je (hahahaha...alasan poyo).

untuk itu, beberapa perkara telah saya putuskan:

1. breakfast jgn nak ngada2 beli mee/ bihun/ nasik goreng or apa2 yang sewaktu dengannya. serius, lepas raya hari tu, sakan giler breakfast saya. x cukup ngan segala mala makanan berat tu, saya kadang2 beli kuih jugak. gilos sungguh. saya dah beli setin biskut weetameal & sebungkus nesvita for breakfast. for a start, semalam & hr ni saya breakfast dgn segelas nesvita & 5 keping weetameal (hari ni 8 keping weetameal sbb cam lapar je). semalam, kul 10 dah lapar, tp saya tahan. minum air kosong je.

2. sebelum puasa, ofis saya ni anjurkan senamrobik wanita setiap hari rabu. start bulan puasa, break kejap sampai ke hari nih x de pun dianjurkan lagi. kalau ada, mmg saya akan join. control makan x guna kalau x bersenam. untuk saya, at least seminggu sekali nih dapat jugak saya keluarkan peluh sikit.

3. lunch time, saya kena makan sbb breakfast dah terlalu ringan pada saya (ingat, saya seorang yg "gumuk". kalau org kurus perut kecik, nesvita tu boleh kenyang sampai ke malam hehehe...). start semalam, saya dah kurangkan ambil nasik. nasik hanyalah setengah senduk je & saya amik sayur2 je 2 jenis.

4. dinner, mmg dah dipraktikkan x ada nasik kalau weekdays. selalunya balik keja, saya lagi suka masak yg simple2 je. kalau masak nasik, dgn lauk pauk lagi, confirm kul 8pm baru makan. so, ok la. 2 hari lepas makan ubi rebus + kelapa + sambal tumis bilis for dinner, semalam keropok lekor + buah2 + getuk ubi (balance ubi rebus semlm). by 7-715pm, pinggan2 makan semua dah siap dibasuh.

4. abah kata, weekends pegi la jogging kat taman. biar dia jaga budak2 & saya berjogging hehe... setakat hari nih, belum berjalan lagi plan yg nih sbb weekends bukannya lekat kat rumah pun. tapi insyaAllah...sbb abah kata dia menyokong saya dari belakang hahaha...

saya bukan la taksub sangat bab2 kurus nih. lain org lain caranya. saya masih tetap mengekalkan konsep kekeluargaan & "menjaga hati" hehehe...so, weekends saya tetap akan makan nasik kalau x pegi mana2 sebab saya mmg memasak utk family saya, kalau balik kampung jugak kena jaga hati org tua, kalau ada jemputan kenduri ke apa saya tetap makan. konsep saya, nak kurus bukan sesuatu yg menyeksakan (mati la saya x kurus2 hahaha...). penyokong saya aka abah pun cakap - "jangan la drastik sangat nak kurus pun. pelan2"...hehehe, maknanya dia boleh terima lg ke"gumuk"an saya.

caiyok caiyok!!!harap2 bukan hangat2 taik ayam la kan hehehe...

p/s abah x sokong kalau saya nak kurus dengan cara mengeluarkan duit. so, beli PB, beli basikal, beli ubat2 kurus, beli treadmill & apa2 je lah mmg x dibenarkan. saya join F1 tu pun, saya rasa ada dalam setahun jugak la saya pujuk dia. nasib baik menampakkan hasil jugak sikit hehehe...

4 comments:

azq said...

go ellerq! aku sgt setuju.. bersenam bukan utk kurus cekeding, tapi utk kesihatan (+ tone up our body).. aku dpt green light drpd hubby utk belajar swimming & pegi swimming malam2 twice a week (dia tolong jaga anak2). kalau takde support, susah woo...

elly said...

betul betul azq. mmg kena ada support hubby, tu yg penting. kalau x, mmg x jalan. x kan nak bersenam hangkut anak2 kan? last2 tensen, apa pun x jadik hahaha...

Tyha said...

Ellly,bagus2 I pon sokong elly.Beruntunglah elly sebab husband bagi sokongan dan nak jaga anak.Yang penting sihat.Cuma alangkah seronoknya jika badan kurus,sihat dan cantik...;).Bukan nak soh seksa diri sampai makan pon bercatu,ini yang selalu org perli Tyha bila Tyha sebut bab diet,derang kata nak sangat cantik sampai seksa diri,x sangguplah...mashaallah...sangatlah tipikal...abih badan berisi tu...x terseksa ke? derang ada hati nak kurus...tapi x nak jaga pemakanan,lepas tu dok ckp,awak x pelah dah memang kurus cuba badan mcm kami ni ha...sanggup ke nak diet?.Bukan nak soh sampai x makan cuma bersederhana,ambik mana yang perlu saja,kawal nafsu yang kadang2 tu berlebih2 bila masuk bab makan.

Tyha selama ni pon jenis x de masalah berat badan hinggalah 6 bulan yang lepas..berat naik mencanak2...dari 54 kg menjadi 61kg.So jgn ingat badan x pernah naik...x de masalah berat sampai bila2!Insaf bila tengok diri sendiri dalam cermin.Kenapa mesti biarkan berat sampai naik mcm tu. Dan paling utama...semput dah kembali kerap menyerang...jln sikit dah mengah...apatah lagi kalau nak berlari2!Sangat menyeksakan + pakai baju semua dah x nampak cantik!

So Tyha mulakan diet...alhamdullillah dah turun sampai 55kg.Makan nasi sekali sehari,banyak minum air dan makan buah.Pagi sarapan nesvita dgn biskut IKO je,Tyha elak makan nasi je...lapar tetap makan roti,makan mee,bihun, spagetti.Mkn tu bagi kenyang gak le, x delah sesenduk saje.I x sanggup juga seksa diri melampau2 sebab nak maiantain kurus...kesian badan,dahlah nak pakai lamakan;).Lama2 perut pon dah serasi....makan x boleh banyak2...jadi mcm tersekat nak bernafas.

elly said...

waahhhh tyha, dah turun byk tu. bagus bagus. tu la, selagi boleh mmg x makan nasik la. kalau kat rumah sendiri mmg saya try maintain la x makan nasik byk. tp makanan lain tetap makan hehehe...alhamdulillah, setakat ni x de la berlapar cam nak pengsan. saya tetap makan je apa2 pun.