Tuesday, November 9, 2010

JJCM 3

kalau balik ke/ dari kampung abah @ rompin mesti lalu restoran warisan nih (dekat area kuala pilah/ terachi/ seri menanti). mmg selalu tgk ada banyak kereta tp untuk kitaorang singgah makan tu mmg x pernah la. abah pernah kata, boleh la kita try singgah makan bila2. kebetulan balik rompin last weekends (sempena cuti Deepavali) & on the way balik lalu kat area situ +- kul 1pm. singgah la jugak untuk lunch. kesian kat the kids yang nak makan. macam saya, x berapa nak lapar sebab sebelum balik MIL dah hidangkan nasik (mmg kalau balik rompin, kalau kami kata nak balik pagi, mesti MIL suh makan nasik dulu. tu yang jadiknya pagi2 dah mkn nasik putih & kari ikan).

specialty kat sini memang lauk2 negori. masak lemak cili padi dia orang kata sedap. tp x de sapa plak yang terasa nak makan nasik putih with all the lauks. semua orang order masakan panas goreng2 je sbb irfan mmg dah request awal2 lagi dia nak kue tiow goreng.

irfan menikmati kue tiow gorengnya. kue tiow goreng siap ngan telur mata = rm6.
mak njang tu order abc je. mangkuk besar tu = rm4

nasik goreng ikan masin untuk abah = rm7. sambil makan sambil bebel kata x de ikan masin.
blkg tu mek farah order mee goreng = rm6.

saya makan bubur nasik je sbb share ngan baby izryn.
mmg kalau g kedai makan yg ada jual bubur, saya akan order menu nih je.


bubur nasik makan ngan ikan bilis goreng = rm8.50.
foods - ok & sedap. saya rasa nasik goreng abah tu sedap je. cuma abah komplen ikan masin x de.
harga - mahal gak la pada saya. tp restoran dia mmg nampak eksklusif so mmg boleh agak la. cuma bubur nasik & ikan bilis berharga rm8.50 tu je yg saya macam x boleh terima. & sepatutnya saya x order ikan bilis goreng tu. boleh je bubur nasik makan ngan lauk lain. salah saya jugak.
persekitaran - best!
servis - ngoi & lems. panggil byk kali kata nak order, baru terhegeh2. abah dah macam nak marah je, terus rasa cam x best je nak makan.

x tau la abah nak singgah lagi ke x lepas nih. banyak sangat komplen dia. tggu saya mengandung la kot baru dia nak layan kehendak saya hahahaha...teringin plak nak rasa ikan keli lemak cili padi dia.

1 comment:

Tyha said...

Saya suka tengok sawah padinya je Elly....x pernah singgah Restoran Warisan...;)