Tuesday, November 2, 2010

JJCM 2 - Trip Ke Utara...

ingat nak tulis pasal trip ke perak, to be specific beruas (for an engagement) & zasss terus ke penang last weekends. tp malas la plak. bagi brief info je la kot (for personal notes).

the weather masa trip tu was not so ok, hujan lebat & perlu jugak berlari2 bersama hantaran + budak kecik. tp nasib baik, foods were very nice. bermula dengan makan2 secara berjemaah @ r&r rawang - nasik lemak + sambal bilis + sambal udang + ikan bilis + kacang tanah + timun (mak yg buat) & ayam goreng + telur rebus (by me yg kena bgn kul 430 pg huhuhu...). then, lunch kat kenduri pertunangan tu. macam2 lauk & kuih muih. thanks to atie & family for the warm hospitality! terasa macam keluarga sendiri plak hehehe...walaupun masa makan tu semua org tah ke mana2, tinggal lah the whole BP clan makan tanpa segan silu sampai abis semua kuih ishhh ishhh...

penat giler travel jauh2 dalam masa 2 hari je. mmg x plan nak amik cuti. kebetulan pegi engagement kat perak tu, dah dekat sgt ngan penang. so, pegi je la. kesian plak kat opel lama x jejak ke rumah dia. lagi sekali, foods mmg superb! dinner malam tu kat a place called mutiara cafe (kalau x silap la) @ kubang semang area. macam dalam hutan tp servis sgt cepat & sedap.

ni specialty dia - beriani paha kambing ordered by abah & oca.
baru tau, makan x abis...


saya punya - chicken chop with blackpepper sauce.
portion besar, makan sampai nak pengsan.

opel's chicken bolognese

ada macam2 yg diorder - fish grill la, si irfan pandai2 je order sotong goreng tepung makan macam tu je (anakku diet rupanya hehehe...), banana split pun ada & juga...

cendawan mutiara

sedap cendawan mutiara aka cendawan goreng tepung nih sampaikan si baby izryn tercengang2 tgk saya makan hahaha...specialty kat tmpt ni mmg kambing sbb dia ada ladang kambing sendiri kat sini. special drinks adalah bandung susu kambing. yukkkkssss...dengar pun saya rasa cam x sedap.

x lengkap g penang kalau x makan pesembur. tapaued pesembur for rm35 (erggghhh) untuk dimakan beramai2 @ along's, beli jeruk2 sikit untuk bbsitter, naik feri atas request budak2, berenti @ r&r bukit gantang for some fruits - alhamdulillah selamat sampai rumah along ngam2 maghrib. serius penat tp happy tgk budak2 bergembira jumpa cousins masing2. banyak gambar diaorang tp lupa nak transfer from abah.

ehhhh kata brief tadi, ni dah macam karangan beratus2 perkataan nih hehehe...

2 comments:

Tyha said...

Note makan sampai nak pengsan tu yang best...hehehhe

elly said...

hahaha tyha, nak pengsan pun makan sampai abis jugak.