Thursday, December 30, 2010

Demam Tak Abis Lagi!!

*blogging @ my hometown yeaaahhhhh...x tau abah bc luahan hati saya ke apa, dia ajak balik kampung nak tgk ayah. thanks a lot to the PM oso sbb isytihar cuti hari ni, kalau x mmg confirm x blk kmpg*
terasa nak buat ulasan pasal final aff piala suzuki 2 hari lepas. dah basi, tp yg penting KITA dah menang hoooyeeeeaaaaaa!! eh, i am not a football fan. cuma kenal a few names je - national & international (setakat tau nama je tau, player kelab mana, negara mana, negeri mana x sure sgt hehe...). saya x selalu tgk bola. even utk temankan abah tgk bola pun, boleh la sekadar teman tp saya tido depan tv. lagipun abah bukan fanatik bola. so, x de la sgt pun menghadap tv tu. cuma utk piala suzuki nih saya sgt2 teruja nak tgk & saya la yg plg kuat jerit kat rumah sampai budak2 pun tercengang2 tgk saya hehehe...

sekrg nih saya dah kenal a few malaysian football players wpun seblm ni saya x amik port pun pasal diaorg hehehe...dah tau dah saf*e sali sbb dia jaringkan byk gol, musl*m sbb dia hensem (saya minat yg ala ala chinese look sket), nor*hahrul i*lan tal*ha sbb saya suka dia gelecek bola masa malaysia menang 3-0 kat bkt jalil, tp kat bung karno dia x brp menyengat - still saya ingat dia, sab*e mat ab* sbb muka dia sgt familiar, ala ala seorg lelaki yg saya minat masa zaman kat uni dulu opsssss..., ku*alan & sa*iq sbb saya tensen giler tgk diaorg main semalam (tp saya dah lupakan sbb KITA dah menang kan?), iz*aq sbb dia masuk lagi berapa minit je perlawanan nak abis - cuma saya rs kalau dia pakai jersey br saya kenal, kalau x saya x ingat hehehe...jersey kan ada nama, am*i ya*yah mmg saya "kenal" sejak dulu hahahaha...pemain senior yg mmg saya minat dulu2 & x sangka dia still lg ada dalam skuad negara, as*ari pun saya ingat - abah kata, muka dia mmg terang2 muka org ganu hehehe...

eh, ni dah macam semua saya kenal nih hahaha...tetiba lepas aff nih terrer terus semua nama. sambil tgk bola sambil hafal nama diaorg hahaha...(eh, saya mmg camtu...sbb tu saya kenal david backham & dia x kenal saya hehe..). tp yg saya paling "minat" buat masa ni ialah...



yessssss....k*airul fa*mi!!!!
saya rasa kalau x kerana keterreran dia nih, confirm kita susah nak menang. indonesia mmg main pulun habis hari tu. byk sgt aksi2 dpn pintu gol. kalau bukan kerana keeper yg sgt terrer macam dia nih, isssss...x tau laaaa. so, sementara demam bola masih melanda, fa*mi la pemain kesukaan saya hehehe...
harap2 "demam" nih cepat baik...nak tukar minat org lain plak!!!

Wednesday, December 29, 2010

Keluarkan Apa Ada Dalam Fikiran...

bzzzz...tp for future reference, kena jugak coret sikit2 kat sini hehehe...

birthday baby irin 22.12.2010. beli kek, the whole family tiup lilin sekali ngan irin (kecuali saya sbb sebok snappo sana sini hehe...). x de hadiah dr saya & abah, tp irin dapat 2 presents dr ibu bbsitter. syok si kecik tu main benda bulat2 yang ibu bagi. 1 lagi doll (mcm barbie) dah selamat jadi hak kakak. doa saya - agar baby irin sentiasa dikurniakan dgn kesihatan yg baik, membesar dengan sempurna & cerdik. her development - 9 mons old br tumbuh gigi tp dah boleh menapak sikit2 @ 11 mons old. sekarang ni, dah berjalan dgn jayanya.

ayah x sihat. sakit kaki dia dah kembali menyerang + this time around, paling teruk berbanding sebelum2 nih. hr tu dah ok sikit, tp semalam teruk balik sbb dia byk sgt bergerak. sepatutnya ayah kena byk berehat. x de kesempatan lagi nak blk kampung jenguk ayah. mak kata, x pe tp rasanya dalam hati saya x tau. saya tau, mmg x boleh bg alasan x sempat. ada la alasan lain, tp saya rasa semua tu alasan saja. saya cuba, saya cuba, saya akan cuba huhuhu...

something turned up in the department. x nak fikir sgt, tp sentiasa terfikir sbb ia memberi kesan kepada saya & semua. adoiiii...tp itu mmg lumrahnya di mana2 saja sbb saya rasa sebelum nih, keja kat tmpt lain pun ada jugak problem lain yg menimpa. cuma boleh bermohon agar saya diberikan kesabaran & kekuatan utk terus bekerja kuat. enough said...

apa lagi ye...

next week the kids nak mula sekolah dah. saya saja beli beberapa buah buku utk diaorg saja2 nak fresh up balik apa yg dipelajari sebelum2 nih. maklum lah sepanjang cuti sekolah nih mmg diaorg main je. tp x sempat lg nak luangkan masa dgn diaorg utk buat latihan tu. teruk betul saya...saya tukarkan diaorg kat tadika lain, harap2 tadika nih (+ the kids jugak) lagi ok dr tadika sebelum nih. persiapan sekolah x de sgt sbb beg masih ok lagi, stationaries dah termasuk dalam skul fees, kasut sekolah pun ok lagi. cuma 1st day of school tu kena tgk diaorg naik van. next year ada leceh sket sbb new skul tu x de nursery. so, kena naik van g rumah bbsitter skali ngan bb irin. ok jugak la sbb x perlu saya pergi 2 tempat nak amik diaorg petang2.

nanti saya sambung lagi...

Thursday, December 16, 2010

What For Dinner?

apa yg korang makan untuk dinner ek? nasik or lain2 yang bukan berunsurkan nasik?

saya dan family selalunya kalau weekdays, dinner mmg jenis yang sempoi2 je. nasik putih & lauk senang2 macam telur or ayam goreng + sayur sejenis, tu pun dah kira sempoi. tapi since budak2 lagi suka makan mee/ kue tiow, saya lagi suka masak apa yang diaorg suka. nasik mmg jarang sangat2 la kalau weekdays nih. abah plak bukan jenis yang makan banyak. so, kalau goreng2 tu pun dia ok (itu yg dia bagitau la, maksud2 tersirat saya x tau hehe...). so, untuk dinner, mmg menu tu lebih kurang sama la. yang penting abah & budak2 x komplen...it will either be mee/ bihun/ kue teow goreng/ berkuah with fish/ chicken/ crab nuggets, sausages, egg or apa2 je lah yg saya rasa nak masak. tak pun, roti with sambal sardin or roti gulung telur + sausages. tak pun, jemput2 bilis or cucur udang. tak pun, kalau saya letih giler2 sgt or baby irin mengalami fasa mengamuk dia sometimes - abah will tapau something. yang penting, saya x akan biarkan budak2 lapar hehehe...ada skali tu mmg x larat sgt, saya suruh je budak2 makan biskut. diaorg x nak tp x plak bising2 suruh saya masak. tapi, kesian punya pasal, saya masak jugak akhirnya.

antara sebab saya masak sempoi sbb mmg confirm abah & budak2 dah makan nasik during lunch. dah check with bbsitter (+ nursery sebelum cuti sekolah hari tu) mmg semua sediakan nasik utk budak2. fine la kan. at least dalam sehari ada makan nasik. x de la perut tu kosong sangat. maklum la, org melayu nih mesti ada nasik. lagipun, saya selalunya mmg akan tny budak2, diaorg nak makan apa (malas nak tny abah sbb jawapan dia mesti "apa2 je lah..."). kalau diaorg nak mee goreng, mee goreng lah saya akan buat. utk saya, saya x kesah sgt. x dapat makan nasik dalam sehari pun saya x brp nak heran sgt. macam2 saya boleh makan kalau lapar.

& saya rasakan, x de problem sangat kalau makan sempoi2 nih. cuma masa weekends saya akan pastikan abah & budak2 akan dapat menikmati nasik with lauk2 yang saya masak for the whole day hehe...kalau cerita kat parents saya, diaorg ok je sbb diaorg pun jenis yang x brp nak amik dinner/ dinner hanya yang sempoi/ not heavy. tp kalau cerita kat in laws, adoiiiiii...saya sangat bersalah sbb macam x bagi makan plak kat "anak kesayangan". camne ek? everytime kalau abah call in laws, soalan wajib adalah "makan apa malam nih?". errrrr...kalau abah yg jawab, ada jugak la cover2. tp kalau budak2 yg jawab, confirm jawapan adalah sejujur2nya. bayangkanlah kalau malam tu dinner hanyalah roti, utk org yang mmg menjadikan nasik sebagai makanan wajib selama nih, x ke saya nih akan dipandang serong huhuhu...

p/s ini luahan perasaan je hehehe...x de apa pun. terasa sendiri je sbb ada org tu kesian kat abg dia x makan nasik. kalau saya masak nasik x de org makan, camne? kat kampung, lain ceritanya, nasik mmg dicarik2 sbb itu je makanan yang mmg sentiasa ada hehe...

Monday, December 13, 2010

Trip To Fraser's Hill

weekends lepas saya kena attend bengkel kat bukit fraser. saya tau, abah mmg x suka nak ikut kalau saya ada kursus2 macam nih. but this time around, saya pujuk2 jugak abah utk ikut. takut jugak nak drive sorang2 ke sana. saya x penah jejak lagi ke atas bukit tu, jalan nak pegi tu pun saya x sure - sgt2 x confident utk drive sorang2. seb baik abah memahami. boleh jugak la sambil2 tu bwk budak2 berjalan walaupun saya tau schedule mesti packed punya.

sebelum pegi, ada jugak saya check2 sikit info pasal bukit fraser kat internet. ada jugak saya dimaklumkan, ada jadual naik & turun kat bukit fraser nih - waktu ganjil utk naik & waktu genap utk turun. terlepas waktu naik pukul 11 am, kena beratur kat GAP lebih kurang sejam jugak la untuk gate bukak pukul 1 pm plak.


sempat jugak ambik2 gmbr bunga2 yg ada, walaupun saya x jumpa sgt banyak2 bunga kat sana. mungkin rasanya perlu jugak pegi jungle tracking kalau nak tgk flora & fauna. org kata, bukit fraser mmg tmpt pencinta alam. tp saya dengan anak kecik, rasanya x dapat la kot nak mencinta2 alam nih hehehe...sempat jugak bawak budak2 g main2 kat taman awam bukit fraser. boleh la jugak menghilangkan kebosanan diaorg terperuk dalam bilik.


2nd day bengkel, abis awal sikit dr yg dijadualkan. dapat jugak ajak abah round2 sekitar bukit fraser. ada air terjun yg jauhnya 4km dari hotel. tp sebab dah petang, saya rasa x perlu nak ke sana sbb ada baby irin. sempat jugak ke allen's water - boleh naik bot. sampai sana dah pukul 515 ptg & dah nak tutup dah tmpt tu. kesian budak2 x sempat nak naik. ke the paddocks jugak, kot la budak2 boleh naik kuda. frust jugak sbb dah tutup jugak. kat fraser's nih, kebanyakan tempat mmg tutup around 430 - 530 ptg.

3rd day or the last day tu abis pukul 1130 am. terus check-out & terus ke allen's water semula. frust lagi budak2 sbb queue panjang sangat & rasanya mmg x sempat la nak naik sbb tempat tu tutup pukul 1230 tghr & setiap 1 trip boat tu mengambil masa 15 minit. next time la anak2 ye, boat tu kat titiwangsa pun ada, saja la kan nak mengayuh di bukit fraser hehe...tp alhamdulillah, sempat budak2 naik kuda @ the paddocks. x de la diaorg frust sangat.


utk 2 hari tu, kami bermalam kat shahzan inn. x tau nak kata ok ke x tempat tu. tp utk bilik berharga rm190 semalam, the quality is much lower than seri malaysia. seri malaysia pun x mahal camtu. kira ok je la in terms of bilik. malas nak complain byk2 (walaupun saya mmg x puas hati). tp dah namanya tempat sejuk, air-cond & kipas mmg x de. 1 je x puas hati sgt2 ttg servis dia. peserta bengkel mmg semua dapat makan & saya dah siap tanya, utk adult in case abah nak makan, it will be rm23 sekepala & budak2 semua free sbb bawah 6 tahun. 1st day g makan tu, saya bwk irfan & farah sbb abah x nak makan. lepas makan, terus je saya chiow & masa smpi kat lif tu, tetiba mamat cashier nih kejar saya dgn bil, bgtau saya x byr. amaun bil = rm23. pelik jugak saya sbb kata budak2 free. rupa2nya dia ingat saya outsider. helllooooo...kot ye pun, tanya la dulu. nih main kejar saya sampai ke lif, macam la saya nih pencuri makan x bayar. abah dah siap lodge complain on behalf of me, tp tempat macam tu, saya rasa mmg jenis x layan complain org. perlu upgrade servis tu, at least bg la kupon utk peserta bengkel ke, or kalau teruk sgt pun, ada list participants. x de la ko main serbu serkap jarang je org x bayar. errgghhh...i'm still mad at this as it was a shameful incident. bodohhhh!!!rasanya nih 1st & the last time saya pegi situ (kecuali la kalau ofis saya buat bengkel kat situ lagi, no choice la kan hehe...).


ada org kata bukit fraser nih sejuk. saya baca kat internet, dia lg sejuk dr CH. tp saya rasa biasa je. x la sejuk sgt waktu siang. tp malam, mmg sejuk. walaupun saya pakaikan sweater, siap ngan stokin lagi utk baby irin, tetap dia selsema jugak + sekrg nih dah mula batuk2. x hujan pun kat fraser's. 2nd day tu je hujan setgh jam. 3rd day tu mmg panas. tgk la pic kat menara jam fraser's yang famous tu, mata semua x boleh nak bukak sbb panas sgt.

food @ fraser's - x de pilihan sgt, tp setakat nak makan boleh la. ada food court dkt2 ngan masjid. dinner mmg kami beli kat sana. lunch makan kat hotel je & breakfast budak2 makan cake/ biscuits/ roti yg mmg dah siap2 bwk dr rumah.

note : saya ada beli key-chain & fridge magnet utk kenang2an sbb saya cakap kat abah, rasanya saya x nak dah g fraser's nih (kalau diberi pilihan la kan...) hehehe...

Monday, December 6, 2010

JJCM 5

lately nih asik JJCM je kan? mesti ada yang tertanya2 apa jadik ngan my diet scheme yang diwar2kan sebelum nih hehehe...utk makluman, diet still on for breakfast during weekdays (nesvita + biskut/ kadang2 kuih). on jugak utk lunch (nasik seciput + sayur banyak2). tapi sekali sekala kalau abah ajak makan luar/ saya yang nak makan kat luar bila malas masak, saya tetap makan cuma bukan nasik la or kalau tmpt tu mmg kena makan nasik, makan jugak la seciput nasik. tapi jogging x start2 lagi huhuhu...kan selalu hujan ptg sekrg nih. so, mmg terbatas la aktiviti keluar rumah.

weekends lepas, tetiba abah ajak makan kat bagan lalang. dah a few times dah makan kat sini, tapi kali ni test makan kat kedai yang x pernah makan. selalu makan kat kedai hujung belah kiri. kali nih makan kat kedai pertama belah kanan. ramai org bgtau kedai nih sedap jugak & murah sikit berbanding yang lain. nama kedai dia SENANDUNG MALAM.

silap la pegi makan kat bagan lalang time cuti2 sekolah nih. sampai sana kul 630pm dah penuh giler orang & susah sgt nak carik tempat duduk. nak pilih ikan pun beratur panjang. kul 7pm dah siap order & solat maghrib bergilir2 ngan abah. dua2 dah siap solat pun makanan x dpt lagi. mana x nya, setiap sorang yang order mau untuk 20-30 orang makan. waiting time dalam 35-40 minit time2 ramai orang nih kira acceptable jugak la utk kitaorg.

jenahak sweet sour

pepahat sweet sour + telur

udang sambal

sotong goreng tepung (sebnrnya nak amik gmbr sotong, abah perasan nak amik gmbr dia amik kuah hehe... tu yg tetiba ada sudu menyebok kat situ)

budak-budak enjoy makan kerang rebus

semua skali yg kitaorg makan nih + 3 pinggan nasi + 1 jug fresh orange + 2 gelas air sirap (punya lah banyak minum kan hehe...) berharga rm89. ok ke x ek? rasanya yg nih portion dia lagi banyak drp yg kitaorg makan sebelum nih (kat kedai lain dgn hrg yg lebih kurang sama). puas hati la makan, cuma mungkin kesilapannya sbb pegi time cuti sekolah. mmg packed giler!

Friday, December 3, 2010

JJCM 4

sempena MAHA2010, JJCM 4 adalah di sini...

tapi bukanla kitaorg pegi makan time2 MAHA nih hehe...ni masa awal nov10 hari tu & it was a steamboat buffet dinner.

menggelegak di atas dapur...

dah tinggal sikit, baru teringat nak amik gambar hehe...
kerang & udang...


the sauce...

irfan mesti nak makan mee/ bihun...

besides steamboat, ada jugak bihun goreng, nasik goreng, fries, nuggets, fruits (2 jenis) & kuih/ jelly (rasanya 2 jenis jugak kot).

mine...best makan sup cendawan + mee nih panas2!

minah ni bukan nak makan sangat.
abc & some kuih je kot. rugi2...


mine jugak!!

irfan & his ice-cream!

ok la makan kat sini. yang paling best sebab diaorg mmg akan refill semua makanan. so x de la kalau kita datang lambat, semua makanan dah abis. saya suka segala jenis balls yang ada kat sini - ketam/udang/ ikan. so, yang itu paling saya banyak makan. udang & ketam pun ada. tp udang & ketam tu kecik2, x best sgt. cuma kalau rasa nak makan byk, boleh amik banyak hehe...

the price - RM19.90 seorg utk dewasa & RM9.90 seorang utk kanak2 above 5 years. kitaorg cuma bayar RM39.80 & the kids semua free. x la berbaloi sgt sbb farah & izryn bukannya makan sgt pun. irfan pun x byk makan macam selalu. mungkin dia kenyang makan kat rumah bbsitter (klakar sbb abah kata, dia ingat nak ckp kat bbsitter jgn bg budak2 makan petang hehe...punya la nak dpt pulangan maksimum mkn kat sini). tp ok la.

facilities - yang nih paling x syok. surau sgt x best sbb x de yang proper utk perempuan. dah le kitaorg dtg sebelum maghrib, so mmg kena jugak solat maghrib kat tmpt yang x proper tu. sedikit susah sbb dia share ngan lelaki & tmpt solat utk perempuan tu plak muat2 utk sorang 2 je. helloooo...ingat lelaki je ke yang solat? toilets pun x ok. plak tu farah nak yak yak plak. ergggghhh...terus saya moody! seb baik dah abis makan...

cuba teka siapa yang hanya makan jelly & kuih?

"
"
"
"
"
ye betullll...

budak kecik nih dah ngantuk!

abah kata boleh la g makan kat sini lagi. in fact, dia dah pegi dah utk kali ke2 dgn geng2 dia. saya rasa, saya nak cuba makan kat restoran steamboat kat subang jaya (nih sbb abah penah ajak pegi dulu, tp x terpegi2 lagi) & steamboat q-thai kat nilai (nih sbb saya tgk sentiasa ramai org, mesti best) nih dulu hehehe...

Wednesday, December 1, 2010

Bau Bangkai...

dalam rented house kitaorg sekarang nih, mmg diperuntukkan 1 bilik utk letak semua kotak2 masa pindah hari tu. menyewa kan, so definately lepas nih mesti nak pindah lagi. mana2 barang yg saya rasa x brp nak guna, saya simpan je dalam kotak. rumah pun kecik je kan, so kalau keluarkan semua barang pun x tau nak letak mana. kotak2 nih mmg disusun kat 1 sudut je dalam bilik tu. mana yang betul2 x akan dibukak sepanjang duduk kat rumah nih, abah letak kat hujung2 & bertingkat2, & pemandangan yang menyemakkan nih ditutup dengan kabinet buku. hanya 1/4 bilik sahaja yang menempatkan kotak2 nih, selebihnya letak 2 almari baju budak2, komputer & my barang2/ peralatan dapur (my oven pun dok dalam nih sbb x de space nak letak hehe...bila rasa nak baking baru bawak keluar. sbb tu sekrg nih malas nak buat kuih. alasan sbb leceh nak bwk kluar oven).

salah satu kotak adalah kotak tempat simpan beg2. kotak nih letak kat tmpt yg senang dicapai untuk memudahkan saya ambik & simpan beg2 nih bila nak digunakan spt masa nak blk kampung ke, nak g jalan mana2 ke.

masa balik dari cuti Raya Haji hari tu, bila masuk bilik nih je - pergggghhhhh, bau busuk giler2 sgt. mmg rasa nak termuntah. saya imagine ada bangkai je dalam bilik tu walaupun x tau nak kata bangkai apa sbb binatang apa plak yang masuk kat bilik yang tertutup camtu. abah kata, ada tikus mati kot. macamana la tikus masuk dalam tu (kalau betul la sangkaan abah tu). saya suruh abah selongkar semua. jenuh la nak punggah semua kotak, so abah kata biar je la sampai dia reput & sementara tu, tahan je la nafas bila masuk bilik tu.

masalahnya, sampai ke sudah bau tu x hilang walaupun makin lama semakin berkurangan la tusukan bau ke hidung tu. 2 hari lepas, saya nak ambil beg kecik dalam kotak beg tu & bila saya bukak kotak tu je, bau busuk tu terus menusuk hidung saya. rupanya bau busuk tu datang dari kotak beg. terus saya x jadi amik beg sbb saya kan takut/ geli ngan tikus. kalau betul ada bangkai tikus dalam tu, yaikkksss...

semalam, abah dah selamat mengeluarkan "bangkai" dari dalam kotak tu. abah kata, ada "bangkai ayam" dalam tu. saya yg lurus bendul nih mati2 ingatkan ada burung mati dalam tu sbb kadang2 mmg ada burung kecik yang tersesat terbang masuk rumah. rupa2nya saya silap. bau bangkai itu datangnya dari...

"

"

"

"

"

"

"

"

"

"

"

"

"

"

"

"

"

"

"

"

"

"

"

TELUR AYAM REBUS YANG DAH BUSUK!!

ni irfan punya kerja la nih. masa balik kampung abah seminggu sebelum raya haji hr tu, mmg ada kenduri kat kampung. irfan kan peminat telur & mungkin dia nak bwk blk telur2 tu. ada ke dia simpan beberapa bijik telur dalam kocek beg baju tanpa pengetahuan saya?! masa saya kemas2 hr tu, dah keluarkan dah 2 bijik telur. x sangka plak tertinggal lagi sebijik. hamikkk...bau semerbak harum. baru saya tau kebusukan bau telur busuk. adoiiii...in this case, telur ni dah dibiarkan selama 3 minggu huhu...beg tu dah diletakkan kat blkg rumah. agak2nya kalau basuh beg tu hilang x bau dia? cuma x tahan bau je la bila nak membasuh tu. tp alhamdulillah, bilik dah x de bau lagi! ye la kan, dah la saya mmg tiap2 hari kena masuk bilik tu utk amik/ kemas baju budak2...kesian hidung saya hehe...