Monday, December 13, 2010

Trip To Fraser's Hill

weekends lepas saya kena attend bengkel kat bukit fraser. saya tau, abah mmg x suka nak ikut kalau saya ada kursus2 macam nih. but this time around, saya pujuk2 jugak abah utk ikut. takut jugak nak drive sorang2 ke sana. saya x penah jejak lagi ke atas bukit tu, jalan nak pegi tu pun saya x sure - sgt2 x confident utk drive sorang2. seb baik abah memahami. boleh jugak la sambil2 tu bwk budak2 berjalan walaupun saya tau schedule mesti packed punya.

sebelum pegi, ada jugak saya check2 sikit info pasal bukit fraser kat internet. ada jugak saya dimaklumkan, ada jadual naik & turun kat bukit fraser nih - waktu ganjil utk naik & waktu genap utk turun. terlepas waktu naik pukul 11 am, kena beratur kat GAP lebih kurang sejam jugak la untuk gate bukak pukul 1 pm plak.


sempat jugak ambik2 gmbr bunga2 yg ada, walaupun saya x jumpa sgt banyak2 bunga kat sana. mungkin rasanya perlu jugak pegi jungle tracking kalau nak tgk flora & fauna. org kata, bukit fraser mmg tmpt pencinta alam. tp saya dengan anak kecik, rasanya x dapat la kot nak mencinta2 alam nih hehehe...sempat jugak bawak budak2 g main2 kat taman awam bukit fraser. boleh la jugak menghilangkan kebosanan diaorg terperuk dalam bilik.


2nd day bengkel, abis awal sikit dr yg dijadualkan. dapat jugak ajak abah round2 sekitar bukit fraser. ada air terjun yg jauhnya 4km dari hotel. tp sebab dah petang, saya rasa x perlu nak ke sana sbb ada baby irin. sempat jugak ke allen's water - boleh naik bot. sampai sana dah pukul 515 ptg & dah nak tutup dah tmpt tu. kesian budak2 x sempat nak naik. ke the paddocks jugak, kot la budak2 boleh naik kuda. frust jugak sbb dah tutup jugak. kat fraser's nih, kebanyakan tempat mmg tutup around 430 - 530 ptg.

3rd day or the last day tu abis pukul 1130 am. terus check-out & terus ke allen's water semula. frust lagi budak2 sbb queue panjang sangat & rasanya mmg x sempat la nak naik sbb tempat tu tutup pukul 1230 tghr & setiap 1 trip boat tu mengambil masa 15 minit. next time la anak2 ye, boat tu kat titiwangsa pun ada, saja la kan nak mengayuh di bukit fraser hehe...tp alhamdulillah, sempat budak2 naik kuda @ the paddocks. x de la diaorg frust sangat.


utk 2 hari tu, kami bermalam kat shahzan inn. x tau nak kata ok ke x tempat tu. tp utk bilik berharga rm190 semalam, the quality is much lower than seri malaysia. seri malaysia pun x mahal camtu. kira ok je la in terms of bilik. malas nak complain byk2 (walaupun saya mmg x puas hati). tp dah namanya tempat sejuk, air-cond & kipas mmg x de. 1 je x puas hati sgt2 ttg servis dia. peserta bengkel mmg semua dapat makan & saya dah siap tanya, utk adult in case abah nak makan, it will be rm23 sekepala & budak2 semua free sbb bawah 6 tahun. 1st day g makan tu, saya bwk irfan & farah sbb abah x nak makan. lepas makan, terus je saya chiow & masa smpi kat lif tu, tetiba mamat cashier nih kejar saya dgn bil, bgtau saya x byr. amaun bil = rm23. pelik jugak saya sbb kata budak2 free. rupa2nya dia ingat saya outsider. helllooooo...kot ye pun, tanya la dulu. nih main kejar saya sampai ke lif, macam la saya nih pencuri makan x bayar. abah dah siap lodge complain on behalf of me, tp tempat macam tu, saya rasa mmg jenis x layan complain org. perlu upgrade servis tu, at least bg la kupon utk peserta bengkel ke, or kalau teruk sgt pun, ada list participants. x de la ko main serbu serkap jarang je org x bayar. errgghhh...i'm still mad at this as it was a shameful incident. bodohhhh!!!rasanya nih 1st & the last time saya pegi situ (kecuali la kalau ofis saya buat bengkel kat situ lagi, no choice la kan hehe...).


ada org kata bukit fraser nih sejuk. saya baca kat internet, dia lg sejuk dr CH. tp saya rasa biasa je. x la sejuk sgt waktu siang. tp malam, mmg sejuk. walaupun saya pakaikan sweater, siap ngan stokin lagi utk baby irin, tetap dia selsema jugak + sekrg nih dah mula batuk2. x hujan pun kat fraser's. 2nd day tu je hujan setgh jam. 3rd day tu mmg panas. tgk la pic kat menara jam fraser's yang famous tu, mata semua x boleh nak bukak sbb panas sgt.

food @ fraser's - x de pilihan sgt, tp setakat nak makan boleh la. ada food court dkt2 ngan masjid. dinner mmg kami beli kat sana. lunch makan kat hotel je & breakfast budak2 makan cake/ biscuits/ roti yg mmg dah siap2 bwk dr rumah.

note : saya ada beli key-chain & fridge magnet utk kenang2an sbb saya cakap kat abah, rasanya saya x nak dah g fraser's nih (kalau diberi pilihan la kan...) hehehe...

1 comment:

Tyha said...

Betul2...bila bab makan kena sergah2 ni memang pantang datok nenek.Kalau Tyha memang kena kat situ juga!