Thursday, December 16, 2010

What For Dinner?

apa yg korang makan untuk dinner ek? nasik or lain2 yang bukan berunsurkan nasik?

saya dan family selalunya kalau weekdays, dinner mmg jenis yang sempoi2 je. nasik putih & lauk senang2 macam telur or ayam goreng + sayur sejenis, tu pun dah kira sempoi. tapi since budak2 lagi suka makan mee/ kue tiow, saya lagi suka masak apa yang diaorg suka. nasik mmg jarang sangat2 la kalau weekdays nih. abah plak bukan jenis yang makan banyak. so, kalau goreng2 tu pun dia ok (itu yg dia bagitau la, maksud2 tersirat saya x tau hehe...). so, untuk dinner, mmg menu tu lebih kurang sama la. yang penting abah & budak2 x komplen...it will either be mee/ bihun/ kue teow goreng/ berkuah with fish/ chicken/ crab nuggets, sausages, egg or apa2 je lah yg saya rasa nak masak. tak pun, roti with sambal sardin or roti gulung telur + sausages. tak pun, jemput2 bilis or cucur udang. tak pun, kalau saya letih giler2 sgt or baby irin mengalami fasa mengamuk dia sometimes - abah will tapau something. yang penting, saya x akan biarkan budak2 lapar hehehe...ada skali tu mmg x larat sgt, saya suruh je budak2 makan biskut. diaorg x nak tp x plak bising2 suruh saya masak. tapi, kesian punya pasal, saya masak jugak akhirnya.

antara sebab saya masak sempoi sbb mmg confirm abah & budak2 dah makan nasik during lunch. dah check with bbsitter (+ nursery sebelum cuti sekolah hari tu) mmg semua sediakan nasik utk budak2. fine la kan. at least dalam sehari ada makan nasik. x de la perut tu kosong sangat. maklum la, org melayu nih mesti ada nasik. lagipun, saya selalunya mmg akan tny budak2, diaorg nak makan apa (malas nak tny abah sbb jawapan dia mesti "apa2 je lah..."). kalau diaorg nak mee goreng, mee goreng lah saya akan buat. utk saya, saya x kesah sgt. x dapat makan nasik dalam sehari pun saya x brp nak heran sgt. macam2 saya boleh makan kalau lapar.

& saya rasakan, x de problem sangat kalau makan sempoi2 nih. cuma masa weekends saya akan pastikan abah & budak2 akan dapat menikmati nasik with lauk2 yang saya masak for the whole day hehe...kalau cerita kat parents saya, diaorg ok je sbb diaorg pun jenis yang x brp nak amik dinner/ dinner hanya yang sempoi/ not heavy. tp kalau cerita kat in laws, adoiiiiii...saya sangat bersalah sbb macam x bagi makan plak kat "anak kesayangan". camne ek? everytime kalau abah call in laws, soalan wajib adalah "makan apa malam nih?". errrrr...kalau abah yg jawab, ada jugak la cover2. tp kalau budak2 yg jawab, confirm jawapan adalah sejujur2nya. bayangkanlah kalau malam tu dinner hanyalah roti, utk org yang mmg menjadikan nasik sebagai makanan wajib selama nih, x ke saya nih akan dipandang serong huhuhu...

p/s ini luahan perasaan je hehehe...x de apa pun. terasa sendiri je sbb ada org tu kesian kat abg dia x makan nasik. kalau saya masak nasik x de org makan, camne? kat kampung, lain ceritanya, nasik mmg dicarik2 sbb itu je makanan yang mmg sentiasa ada hehe...

No comments: