Wednesday, November 23, 2011

Puas Hati Ko...

x pernah meluahkan perasaan kat sini,
& x plan pun mengadakan entry luahan perasaan kat sini...
tp mungkin sbb unstable hormon sekrg nih, aku terpaksa melepaskan segalanya kat sini setelah puas melepaskannya kat abah semlm hehe...

to Ms Melly (bkn nama sebenar & sbb aku tgh geram ngan Melly - Tentang Dhia hehe...),
please don't be selfish.
ok la, aku admit aku pun ada jugak kadang2 pentingkan diri.
tp man man la kan kalau nak sabotaj plan org lain tu.
aku bgtau ko plan aku, klu ko rs ko mcm x puas hati ngan plan tu or ko pun nak "tiru" plan aku tu, ko bgtau la kan (plan ni general beb, semua org blh tiru, i don't mind. tp consider la sape yg buat plan dulu OR at least INFORMMMMMMM).
ni, bila aku bgtau plan aku tu, ko mcm suka...ko sokong...ko kata (lbh kurang la...) "x pe, bagus."...tp senyap2 ko plak "cilok" plan aku...amboiiiiiiii...

pastu blh plak cover cakap "x pe, klu kita x capai plan bknnya ada org kesah pun".
ehhhh, suka hati ko je kan.
aku mmg le lg pentingkan keluarga berbanding keja.  tp benda yg kita blh plan (mcm yg aku buat 2 thn lepas time ko dulu), kita plan la sebaiknya.
aku rasa menyampah je bila ko kata "kita bukannya boleh stop or halang benda2 nih"...
klu aku blh consider 2 thn lepas, why not ko plak?
klu ko selfish x nak consider plan aku, sebnrnya aku x kesah utk aku yg consider semua nih & re-plan semula (seriously, i don't mind at all), bkn ko. tp masalahnya ko x bgtau aku masa aku bgtau ko plan aku dulu tu.  so, mcm mana aku nak consider bila aku sendiri x tau?
bila aku start cakap, br le ko nak bukak mulut bgtau...what the hell la kan?

a few times ko buat mcm nih, selfish & x nak share ngan aku.
kdg2 aku pun terpikir mcm x nak share apa2 ngan ko.
tp aku kan "banyak mulut".  ada je benda yg nak dishare & i don't mind.
tp bila pikir apa ko buat kat aku, rsnya aku kena "keraskan hati" kot, buat jiwa kering je pasni.

suka hati ko la Ms Melly...klu ko rs bahagia atas kesusahan dan keresahan org lain!



*puas hati meluahkan perasaan kat sini huhu...*

 

Monday, November 21, 2011

Graduation & Concert Day


last saturday 19.11.2011 was irfan's & farah's gradution cum concert day.  as early as 8am, kitaorg dah terpacak kat concert venue.  tu pun, penuh dah parking sbb ada 2-3 kindies lain pun buat concert at the same time & same place.
the penontons setia hehe...serius x berganjak dr seblm mula smpi abis.  abah lg le x berganjak sbb si kecik nih sempat tido dgn dipangku oleh abah walaupun keadaan hingar bingar hehe...quite challenging jugak bwk budak sorang nih sbb dia x reti dok diam.  kepung dia ngan kaki x bg keluar, boleh plak dia merangkak lalu celah kaki.  ehhhh budak nihhhh...the theme - GO GREEN! ikut tema x kitaorg hehe...


"my name is ku irfan fitri. i want to be a an astronaut" - sambil tarik2 seluar hehe...dah le ada "a", pastu "an" plak hehe...x pe la irfan, way to go!  seb baik x cakap cita2 dia nak bawak lori tong gas hehe...gambar irfan amik sijil & berckp atas stage x brp nak clear.  tp mama ada amik video.


irfan's performance was called "save the earth".  betul la dia jadik zombie kacau all the fairies.  farah plak tamil dance.  both performance mama ada amik video.  pictures of irfan's performance mama snap je dr jauh.  tp pictures of farah dancing, abah pegi zoom dr jauh, gambar pun jadik gelap.  tension makkk!  x pe la, at least ada video walaupun spoil tgh2 muzik blh mati plak.  bila dah sambung smula, budak2 semua dah macam confused hehe...farah nih ada bakat menari. cuma mama x galakkan la anak oiiiii...kecik2 nih menari la sepuas2nya dulu.  


alhamdulillah semuanya berjalan lancar.  kids were all happy.  siap ada orang request nak beli angry bird lagi.  kasik chance la kan, budak br konvo.  penjual nih pun, mcm konvo uni plak siap ada jual bunga2, bears, birds bagai...

Friday, November 18, 2011

Alhamdulillah...

  

alhamdulillah...kalau compare dgn results mid year exam hr tu, mmg ada improvement especially irfan.  ni, teacher dia pun admit.  mid year hr tu 2-3 papers jugak x dpt 100%, tp this time semua 5 papers dia score 100%.  based on results, mmg nmpk improvement la. tp kat rumah, tetap "pemain games tegar" hehe...serius, masa nak exam hr tu x buat revision pun.  setakat aku suruh2, pastu aku pun cam x de masa nak tgk2 dia, pasrah je la.

farah - kalau tgk results dia ok jugak as compared to mid year.  tp since teacher dia bertukar2, kejap teacher berenti la, kejap teacher share ngan abg irfan la, teacher tu pun x brp nak boleh explain camne perkembangan farah huhu...tp dia kata, farah x brp blh membaca lg.  yg tu mmg aku admit. membaca per se mmg x ok lg, tp bila mengeja tu dia tau jugak nak bunyikan camne. tp, irfan pun x reti membaca @ 5 years.  sekrg nih je dah fluent membaca in bm (english dia so so lagi...).  so, aku rasa still ada masa lg utk farah (aku dah plan dah, cuti sekolah nih will curik some time utk ajar farah membaca - 15 min per day pun aku rasa ok dah kot).  eh, nak kata aku kiasu pasal anak2 nih x jugak kot.  cuma aku x nak diaorg terlalu ketinggalan dr org lain.




ni 2 papers farah yg x dpt 100%. english dia dpt 94% sbb x tulis nama sendiri.  eh, bukan aku dah ajar ke tulis nama ...ok - latih tubi masa cuti sekolah tulis nama sendiri hehe...tp aku rasa bukan sbb dia x tau tulis nama sendiri kot nih.  nih sbb dia x reti baca & x de pilihan jawapan kot hehe...

general knowledge pun x dpt 100% sbb dia suka tulis huruf terbalik - macam "b" dia akan tulis "d".  erghhhh...risau pun ada kat sini sbb ada terbc pasal sakit apa tu ek yg dia suka tulis terbalik.  yg nih pun noted utk cuti sekolah nih utk tgk perkmbgan farah.  hopefully x de pape, or klu anything yg trigger kena jumpa pakar, aku rasa kena plan ke arah tu jugak.

ok, hr nih last day of school & the kids pun hr nih ada farewell party.  besok graduation & concert.  the kids dah x sabar2 nak perform nmpknya walaupun irfan smpi ke sudah berahsia performance dia besok hehe...yg aku tau it's a play about plants vs zombie. tp irfan jd apa aku x tau. macam dia je yg jadik zombie hahaha...

Wednesday, October 26, 2011

Family Gathering

lamanya x menulis...menjengok blog sendiri or BH tu selalu jugak bila nak release tension. tp nak menulis asik la x de mood. mmg selalunya kalau tgh audit fieldwork x de mood nak menulis.  x de masa pun ye, malam plak confirm tido awal sbb otak penat berpikir masa siang hari huhu...so, hr ni merajinkan diri...


last 2 weeks, atok & atok mak dtg putrajaya.  atok mak kan rajin masak, so dia mintak anak2 semua (kecuali yg dok nun jauh di utara) berkumpul utk lunch kat rumah along (teruk kan anak2 nih, still jgk mengharapkan mak utk masak).  see, deretan lauk kat bawah nih.  buat 3 hidang utk 8 org dewasa & 7 kanak2.  macam2 ada...




sambal udang mmg menu yg atok mak dah plan.  tauhu goreng aku request.  sedap makan cecah sambal kicap.  yg bwh tu pisang masak lemak, pun aku request.  x sangka atok mak buat semua yg direquest. seb baik x mintak macam2 lagi hehe...sebabnya atok mak kata, dia ingat aku ngidam sebab pregnant, tu yg dia buat semua tu.  adoiiiii laaaa...aku jgk yg kena hehe...





siakap steam aku yg buat.  belen kepala ikan yg aku masak hr tu. letak la karot & brokoli, licin hehe...





sementara tggu hidang2, budak2 layan transformers 3...aku malas nak layan sgt sbb dok ke hulu ke hilir, cerita pun lgsg x paham...






budak kecik nih di bawah kawalan abah.  maklum le, mkn hidang kat bawah. klu x jaga budak kecik nih, mau semua lauk pauk dipijaknya...






lepas makan, lepak, solat...abah ajak g taman tasik cyberjaya.  budak kecik nih asik main nih je. kejap je dia main swing & slide, most of the time mmg yg nih la dia aim.  tp x bg mama pegang. semua dia nak handle sendiri.  pandai sgt la ko kan?






hasil rembatan mak long kat bbw sale utk the kids.  jadik la sorang 1.  nak harapkan aku pegi menjengok ke sana mmg x sempat la.  weekends jgn harap le nak pegi ngan anak2 berciap2 nih.  weekdays plak sekrg nih mmg bz ngan fieldwork.  kalau x, mmg aku cuti kot semata2 tu pegi bbw sale nih.  x pa, x dak rezeki.  mungkin lain kali...






huhu...akhirnya, habis jugak buat entry nih walaupun lama dah dok kat draft mode saja.  sadisnya hidupku yg imbalance inih...tp this week ada lg family get together & this time is bbq time yeayyy!

Wednesday, September 21, 2011

Dinner...

masa kecik2 dulu, breakfast menu yang paling disukai ramai ialah - BUBUR NASI.  hehehe...x menarik langsung kan? tp mak punya bubur nasi nih consider special jugak la pada kami.  bubur nasi selain dimakan ngan kicap, akan ada jugak "lauk" tambahan dia macam ikan bilis goreng, kacang tanah goreng & telur masin.  yang paling penting sekali akan ada sambal (which is actually lada hidup & udang kering yang ditumbuk) dan juga caipo goreng bersama telur (tetiba kecur hehe...)


irfan macam mama, so dia mmg suka sgt makan bubur ni.  tapi aku x selalu buat sbb abah x berapa nak suka.  sekarang tidak lagi hehe...sejak bulan puasa hr tu, dah 2 kali abah request suruh masak bubur nasik for dinner.  syaratnya kena ada lauk yg "special" sket.  bukan la special sgt pun.  selalunya aku akan buat caipo+ telur, ikan bilis goreng, telur masin & ayam blackpepper.  tp hr tu aku masak lain sket - ikan bilis goreng+telur+bawang (ni kes terlupa nak beli caipo), sambal sotong, telur masin & sosej goreng.  bertambah2 makan smpi x cukup hehe...sekali sekala masak simple2 for dinner mmg mengujakan semua orang.  setakat nih kalau aku masak bubur, mmg berebut2 la semua termasuk si kecik.

 

kalau nak ikutkan, jarang sangat2 kami makan nasik for dinner during weekdays.  tapi disebabkan abah bwk balik siakap last week, pantas je kepala nih terlintas nak masak nasik.  siakap fresh nih, kena cepat2 masak hehe...g kedai beli kailan, balik keja tukar baju terus masuk dapur.  hasilnya kailan dah siap masak, tp ikan x sampai2 lagi haha...

siakap nih kawan abah dapat masa g memancing & dia jual kat abah for rm10.  murah giler...mana nak dpt ikan sebesar tu rm10.  kalau beli kat pasar yg kecik pun dah berbelas2 harga dia.  siakap steam yg aku masak nih pun separuh je.  bayangkan la betapa besarnya ikan tu.  berbaloi2 makan...

*dinner apa plak malam ni ye? dah le aku puasa nih huhu...*

Rutin Pagi Si Kecik


cer tgk apa yg budak kecik nih pakai kat kaki dia?
hehehe...kasut sekolah abang!

mmg rutin dia pagi2 bila bangun, org lain kelam kabut siap2 nak g keja/ skul, dia pun sebok jugak.  sebok pakai stokin kakak/ abang & lepas tu bila kita bukak pintu je, pantas dia amik kasut kakak/ abang & pakai.  pastu, bukan senang nak suruh dia bukak balik kasut & stokin tu.  siap mengamuk2 bagai.  mana la x stress mama pagi2 esp kalau dah lambat hehe...

Tuesday, September 13, 2011

Raya 2011 - 13 Syawal 1432H

mula2 rasa malas jugak nak join beraya since abah keja hr nih.  tp pikir2 balik, bila pulak nak beraya ke rumah sedara2 nih, gagahkan jugak la menghangkut budak2 nih semua.

1st house patutnya rumah mak ana @ kota kemuning.  last minute dapat tau mak ana balik kmpg pulak.  terus re-route ke puchong - rumah abg sharif & kak adib.  pagi2 datang menyebok rumah orang, dijamu pulak dgn mee & bihun tomyam. a bit masam tp aku suka sbb dia ala2 masam pedas (nyummm nyummm - haippp, puasa puasaaa haha...).

terus ke rumah chomel pulak @ alam suria, shah alam.  rumah chomel nih pun 1st time pegi.  cantik la rumah awak, chomel!  kesian chomel kelam kabut masak utk kitaorg.  dengan budak2 nih masing2 buat perangai (aku siap menangis time nih huhu...x tahan la dgn perangai irfan yg tetiba merajuk, farah yg buat macam rumah sendiri & fatihah yang mengamuk x tau apesal), mintak itu ini kat chomel, main ngan kucing gebu, kami dok buat tour atas bawah rumah chomel adoiiii...sorry ek chomel, jangan serik plak kami datang hehe...


sebelum mama menangis hehe...

lepas rumah chomel, balik rumah al*ong jap kat putrajaya utk solat & tenangkan perasaan aku haha...next on the list rumah kak yah @ villa sutera, bangi.  kak yah buat open house.  aku plak dah x de hati nak pegi, mengenangkan perangai anak2.  call abah, & abah setuju nak join hehe...keja kat bangi kan, boleh la keluar jap g rumah kak yah.  x jadi la aku tinggal kat rumah al*ong sbb dah ada "penyelamat" haha...

sebok menyepahkan rumah mak long hehe...

sempat berposing @ kak yah's.
 
with al*ong, kazens, mak yah & mak @ kak yah's

seb baik hr ahad x sakan sangat.  lepas rumah kak yah, singgah rumah al*ong jap & terus balik nilai.  confirm besoknya "monday blues", dengan budak2 terkocoh2 siapkan homework pagi2, aku plak plan nak puasa siap bangun awal kul 5am - raya sakan lagi ye this weekends, x serik2 hahaha...

Raya 2011 - 12 Syawal 1432H

weekends yang full giler fuhhhh...
mcm biasa, every year kalau raya, mak & ayah mmg akan memperuntukkan 1 weekend utk meronda2 rumah anak2 sedara (which are my sepupus sepapat la kan) @ klang valley area.  kalau nak ikutkan, 2 hari mmg x abis round la.  ada a few houses yg mmg "wajib" pegi, tp ada jugak a few houses yg klu ada kesempatan, pegi la.  kalau x sempat ataupun jauh sgt terpesong dr laluan, x pegi.

mak ayah sampai hr jumaat & sabtu @ 9 am dah bergerak menuju ke rumah pertama yg akan diserbu hehe...aku cakap serbu sbb konvoi kitaorg nih ada 8 adults & 7 kids.  jenuh jugak la org nak melayan kan?

1st house adalah @ batu 13 1/2 puchong - rumah pak aie.  pak aie dah bgtau awal2 dah breakfast kat rumah dia kul 930am.  jenuh jugak nak menjawab kat irfan bila dia sebok lapar2.  nak bg dia makan karang, terkenyang pulak dia.  hamikkk...kelaparan punya pasal dia boleh makan sebungkus nasik lemak & sekeping roti telur haha...

*thanks pak aie! macam2 dia sediakan for breakfast.  insyaAllah nanti kitaorg try "sebalut sosej" tu*

2nd house - kak imah's @ bandar sri permaisuri.  kak imah ajak lunch kat rumah dia.  kebetulan abg mohsien & anak2 abg lokman pun ada. meriah!!yg paling best, budak2 makan puding koktail smpi bertambah2, pastu semua x nak makan nasik. hmmmm...layann je lahhh!

after lunch, lepak rumah kak amil pulak.  dekat je ngan rumah kak imah, cuma different type of house la - kak imah's apartment, kak amil's townhouse.  makan soto pulak dahhhh...lama jugak lepak sini - solat zohor, si kecik berak la hape.  thanks a lot kak imah & kak amil.  kuih semua sedap2, habis setiap jenis kuih aku rasa haha...

random pic - in the car & @ kak amil's
cubaan mengambil gambar beramai2 - hampeh hehe...

next house rumah abg nas @ bndr tun hussien onn.  ni pun sbb mak yah call suruh pegi.  actually, rumah abg nas was not in the list.  x penah pegi pun sebelum nih.  tp since mak yah dah call bgtau abg nas buat open house, boleh la pegi kejap.  foods mmg penuh meja - beriani la, laksa la, lemang, lodeh bagai semua ada.  tp aku makan laksa je.  pastu rasa2 semua kuih2 & kerepek hehe... 

lepak jap rumah oc*a @ bukit jalil & after maghrib, gerak ke putrajaya pulak rumah kak achid.  bihun goreng, ketupat palas + serunding daging.  berebut2 makan sbb masa kitaorg dtg, kak imah & family, kak amil & hubby, abg mohsien & shafiq pun dtg "serbu" sekali.  seb baik semua dah kenyang, so ala ala cukup2 je makanan yg dihidang.  tah2 tuan rumah x makan malam tu hehe...

sampai balik ke nilai dah 10pm+.  budak2 semua kat dlm keta dah tido dah.  aku jugak yg tido lmbt sikit sbb dok iron baju & prepare barang2 & bj2 budak2 utk agenda besoknya pulak huhu...sakan ek ko beraya tahun nih haha...

Thursday, September 8, 2011

Raya 2011 - 3 Syawal 1432H

3rd day raya - konon2nya x nak g jalan mana2 sbb nak tolong mak kat rumah.  hr nih ada sedara2 nak dtg beraya & malam plak ada marhaban.  tggu punya tggu, segerombolan sedara yg dtg hylah pada waktu tghr.  pastu dok melangok kat rumah.  patutnya boleh je nak keluar beraya ke rumah pak su/ mak su kat parit raja.

kebetulan ayah suruh g beli tembikai utk marhaban.  apa lagi, terus g bp mall jalan2 cuci mata, makan mcd kat bukit pasir (tapau BigA donuts skali) & bwk the kids g playground @ tasik y.  ramai jugak org time2 raya nih.  

 
balik rumah terus sebok2 utk marhaban & kebetulan segerombolan lagi sedara2 menyerbu after maghrib.  3rd day raya nih ok sket sbb mak mmg dah prepare ngan nasi impit, daging masak kicap & kuah kacang.  so, org datang kita hidang je lah hehe...

4th day raya br la nak terhegeh2 g beraya ke parit raja.  abah plak tetiba nak beraya ke kluang.  terpaksa aku menebalkan muka beraya lg ke kluang utk teman abah pulak.  rupa2nya 4th day raya lg berduyun2 org dtg rumah mak.  kesian mak...masak nasik for lunch untuk 1st serbuan & masak plak mee hailam utk 2nd serbuan.  sape yg tolong?  mak sorang2 jugak huhu...*sorry la mak, salah bajet beraya*.

hr raya ke5 abah dah start keja.  so, pagi2 lepas subuh terus chow cin cau balik nilai.  pasni, entry raya di rumah sendiri pulakkkkk...

Wednesday, September 7, 2011

Our Anniversary

7.9.2003 - 7.9.2011 : Happy 8th Wedding Anniversary to US...

Alhamdulillah, syukur ke hadratNya kerana memanjangkan usia kami & usia perkahwinan kami.  Semoga ikatan ini berkekalan sehingga ke akhirnya, sentiasa dimurahkan rezeki, dikurniakan kesihatan yang baik dan anak-anak yang soleh & solehah...AMIN!

selalunya kalau our wed anniversary nih mmg kami berdua akan amik cuti.  tahun lepas x cuti sbb bulan puasa, tahun ni x cuti sbb br lepas cuti raya.  tp tahun lepas celebrationnya adalah berbuka puasa kat luar.  tahun ni?  rasanya x de pape kot hehe...this week abah keja shift malam, weekends plak sebok dgn aktiviti beraya.  hmmmm...akan ku fikirkan sesuatu yg simple sebagai kenangan *nak jugak tuuu hahaha...* (selain doa yg berpanjangan).


*godek godek kamera & hp, rupa2nya x byk gmbr kami berdua.  yang ada nih pun ala ala x menarik or ada terselit si kecik tu di mana2.  last amik gmbr berdua yg ada dlm simpanan pun masa bulan Mac2011 lepas huhuhu...pasni kena ingat suh irfan snapkan gambar mama & abah hehe...penat aku godek2 td x de plak gambar lama2.  kalau x boleh tgk transformasi abah dr kurus ke gemuk sikit.  aku jugak yg maintain (gemuk) hahahaha...*

UPDATED :

we did something simple yesterday jz for rememberence.  lunch together @ tes*co food court mainly because i love the nasik ayam there (org lain makan kat tmpt gempak2 bila anniversary, kitaorg kat food court je hahaha...).  nak makan kat pizza hut, takut x sempat.

petang - g beli 3 slices of cakes @ sec*ret reci*pe.  budak 3 orang tu lg byk makan dari kitaorg hehe...sempoi kan?!


 

Tuesday, September 6, 2011

Raya 2011 - 2 Syawal 1432H

 yeayyy...mlm raya pertama tu abah dah ada kat bp.  plan 2nd day raya adalah menziarah pak tam kat teluk ramunia, kak tipah kat sg rengit & pak uda kat ulu tiram.  nampak mcm sikit je rumah nak pegi. tp nak ke teluk ramunia & sg rengit tu makan 3 jam jugak huhu...


sempat jugak pagi tu bergambar sefamily.  tu pun x proper sangat.  mana x nye, si kecik izryn tu x nak kita pegang dia.  tu yg dia berada di mana2 saje yg dia suka haha...ikut la dikkk!  nak hire pro photog, masih belum dpt memujuk abah lagi dr 2 tahun lepas haha...tp x tau jugak pro photog boleh "kawal" si kecik tu ke x.  aktif bukan main, anak sapa la tu hehe...

apa yg menarik kat sg rengit/ pengerang nih sbb lokasinya kat tepi laut/ seberang ngan singapore.  sempat la singgah jap snappo2 kat tambak nih.  redah je bahang panas tengah hari demi mengambil gmbr hehe...

*baju kurung the girls adalah sumbangan ibu - tenkiu so much ibu!...& baju aku adalah sumbangan sendiri sbb konon2 nak ala ala pink purple jugak sama ngan the girls hehe...*

biasanya raya kat johor nih, 2 hari je mmg dah abis round.  tiap tahun makin kurang rumah yg nak diziarahi sbb tiap tahun mesti ada yang pulang ke Rahmatullah - Al-Fatihah utk arwah mak ngah & mak uda yang telah mengadap Yg Esa dalam bulan Ramadhan lepas.

kalau beraya di johor raya pertama, raya ke2 or ke3 akan balik kampung abah pulak.  tp this year lain sikit sbb nak blk kenduri sekali on 17 sep kat rompin.  so, balik lambat sikit.  sakan la beraya kat johor tahun nih smpi raya ke5 hehe...

Monday, September 5, 2011

Raya 2011 - 1 Syawal 1432H

raya dengan perasaan bercampur baur...alhamdulillah dapat beraya bersama mak & ayah tahun nih, tp sedih sbb abah was not around di pagi raya huhu...selama nih mmg x pernah la beraya tanpa abah di pagi raya. selalunya klu keja pun, 2nd day raya br abah keja. tetiba tahun nih co abah buat perubahan plak. 1st day raya kena keja, 2nd day raya br tutup. tp redha je lah kan. dah prepare mental & fizikal sejak tahun lepas lagi hehe...

balik kampung tanpa abah was oso a tough decision to make. ye lah kan, i am not a good mother, so having to handle the kids ALONE is so not me lah. tp memikirkan abah pun keja & kalau aku dok rumah bersama2 anak2 lagi lah haru kan. so, baiklah balik kampung. lgpun petang raya after keja abah mmg akan terus zasss balik bp.

tension kan tgk gambar kami di pagi raya? satu sbb abah x de, satu lg sebab blur yg amats. ape la u*cu nih x reti amik gambar, goyang hehe...x pe lah, kenangan nih walaupun blur haha...

macam biasa (macam tahun2 seblm nih), mmg x byk sgt bergambar di musim2 raya nih. x keruan la nak pegang kamera, nak siap itu ini adoiiiii...so, apa yg ada je lah. lepas amik gmbr nih terus x de amik gmbr lagi dah huhu...ada la gmbr sket2 yg disnap oleh either irfan or farah. tu pun tah hape2...gmbr kerusi, meja, telinga orang hmmmm...

pictures of the kids courtesy of farah hehe...dia yg dok usung camera ke sana sini. byk dia snap, tp yg x blur ada a few jek hehe...jadik laahhh!! lepas dah sebok snappo2, mintak2 maap - rutin 1st day raya bermula. 3 houses to visit @ kluang, 1 house in ayer hitam & another house @ bp town. dr pukul 10am kluar rumah, smpi balik ke rumah dalam kul 630pm lebih kurang. fuhhhhh...jenuh aku menghandle 3 org budak hehe...

Wednesday, August 24, 2011

Ramadhan 23

rasanya macam starting the 23rd day of puasa nih, dah x masak dah kot (kecuali for sahur) huhu...aku mmg dah makin malas nmpknya nih adoiiii...not because of malas semata2 la, ada reason lain *alasan alasan haha...*

sebenarnya hr nih (rabu) & khamis, abah balik lambat. aku dah x larat dah sebenarnya bila nak kena masak without abah nih. si kecik tu dah makin byk songehnya sekrg nih. dgn puasa lagi, kesabaran & kepenatan tercabar, no way la aku nak masak. dah tentu2 dua hari x masak. hr jumaat aku dah start cuti. banyak agenda - nak kemas rumah, nak g sana, nak g sini, confirm la x masak. sabtu - a few things nak kena settle jugak - kemas beg, nak potong rambut farah & izryn macam2 lah. x masak gak kot. yg penting, insyaAllah utk sahur akan masak jugak *sahur lauk sempoi2 jek, x masak x tau la kan hehe...*

ramadhan 23 - planning hr nih nak settlekan kasut budak2. buka kat rumah with roti butter+scrambled egg+smbl tumis udang & karipap. alas perut je. lepas maghrib, chow cin cau misi mencari kasut. crowded giler kedai kasut, x cukup tgn mamat kedai tu hehe...SETTLE kasut untuk tiga2. si irfan beli lg 1 kasut (this time sandal plak). wahhhh...sakan budak 1st time puasa siap ada 2 kasut hehe...

irfan nak makan kfc. beratur kat kfc, tup2 sampai turn dia kata kena tggu. hmmmm...tgk tray pun semua dah kosong, balik je lah. irfan nak mcd pulak. ramai gak org kat mcd, tp alhamdulillah dapat makan. cuma, fries abis la pulokkkkk huhu...apa la makna mcd tanpa fries hehe...

sahur = sambal tumis udang & kobis goreng.

*semalam ibu bbsitter bg bj kurung kat farah & izryn. ibu jahit sendiri. terharuuuuu sbb budak2 nih mmg x dak bj kurung baru (bj kurung depa tahun nih recycle masa kenduri ucu dulu). tgk2 dpt bj kurung warna pink+purple. cantek! dah aku pulak yg "terpaksa" beli bj baru warna pink+purple konon2 nak sedondon hahaha...*

Tuesday, August 23, 2011

The Remaining - Ramadhan 18-22

bulan2 puasa nih, makin lama makin malas masak! kenapakah? kenapakah? kenapakah?
problem is, malas masak tp x de hati nak makan kat luar. x tau kenapa, aku x suka nak makan kat luar/ tapau what to eat hari2. boleh la nak limitkan seminggu 2 kali x masak. more than that rasa macam membazir & x tau nak makan apa. end up, walaupun malas tetap masak tp yg simple2 je lah. lepas la mulut tekak aku & family.

ramadhan 18 - after series of e-mails & discussions, org tu x nak, org nih x boleh hehe...jadik jugak sesi iftar with my fellow collegues. yg penting boleh bwk family & lagi lagi penting, abah setuju nak ikut (susah ooo nak ajak abah join hehe...). so, the 3rd place yg dipersetujui adalah mat*top ba*riani @ bbb. food dia ok, cumanya x de pilihan sgt, refill lambat plak tu. last2 nasik je yg tggl, desserts & mknan sampingan lain tu licin x direfill. walaupun rm25 je sekepala, aku rasa sgt la tidak berbaloi. not much choice tu aku boleh terima la sbb rm25 je, tp bab x merefill desserts semua tu x boleh diterima la kan. sape la nak tambah beraini sampai 4-5 kali kan. tp x pe, yg penting kenyang & dpt mengeratkan lg silaturrahim haha...tp bos kitaorg x join *wink*

gambar x cukup korum. k radz dah balik while abah & the kids dah merayau ke mana tah menghandle si kecik yg merengek huhu...

ramadhan 19 - konon2 nak masak mee goreng, tgk2 mee yg dibeli a few days back mcm x brp ok je, terus rendam bihun walaupun perencah dah masak atas dapur. goreng karipap & nuggets jugak. sahur - x ingat! (wahhhh...1st time x ingat nih huhu...).

ramadhan 20 - weekends = shopping. tp this time keluar lewat sikit sbb nak terus buka kat luar. ada budak puasa request kepsi. io*i mall lagi sekali for mama! mmg plannya nak buka air je dulu, solat & br carik tmpt nak berbuka. budak puasa tu bila sampai mall x keruan plak, tukar nak buka kat piz*za hut. alhamdulillah, yg dihajati iaitu seluar for irfan & farah dah berjaya dibeli. paling syok sbb guna voucher rm50, nmpk mcm jimat sikit hehe...kebetulan terserempak ngan kawan abah yg wifey dia manager anak*ku situ. wahhhh...bukan member pun dpt hrg member. 60% tu, sambaq 3 helai baju for izryn woottt...kuciwa sbb kasut budak2 x dpt lagi adoiiii...

sahur = tapau tomyam ayam+daging, telur dadar, kacang goreng.

ramadhan 21 - abah keja. so, sape x puasa makan bihun je lah huhu...*teruk betul mama nih pemalas*...sempat basuh2 semua bj, yeayyyy...dah selamat lipat tinggal nak kemas dlm beg. sempat jugak jahit seluar farah & izryn yg terlbh panjang tu. nak potong sayang, so ala kadar je aku yg x reti menjahit nih buat. yg penting x dak org nak belek kaki seluar kan haha...tinggal jeans irfan je x tau nak htr mana utk potong. seluar bj melayu irfan dah tempah tok mak tolong jahit nanti hehe...buka with nasik goreng, nuggets, telur goreng, ikan pekasam, kuih keria! sahur = kentang+ kacang panjang masak lemak & sotong goreng kunyit.

ramadhan 22 - abah balik lambat, so bukak puasa with mee goreng + telur. aku tapau pengat pisang, karipap & cara manis. sahur with tenggiri masak kicap + kubis panjang goreng + ikan pekasam.


Thursday, August 18, 2011

Ramadhan 12 - 17

haha...gagah gak nih nak completekan ramadhan diary nih walaupun dah ketinggalan banyak hari nih...caiyok caiyokkk!!

ok...

ramadhan 12 - cuti purposely untuk bershopping hehe...x de la shopping sangat pun, tp semua org dalam rumah berjaya dibelikan at least 1 barang for raya yeaayyy...sebnrnya dah plan ngan abah nak g shopping sama2. last minute abah kena keja la pulok. puas dah membebel, tensen, masam muka semua...tp bila ingat2 balik buat sakit hati jek, baiklah...shopping sorang2 je lah. 1 je tempat yg dituju which is i*oi mall. ni mmg fav place abah masa kitaorg dok puchong dulu. mmg dah plan nak g sini ngan abah. walaupun tanpa abah, pegi jugak la sini hehe...matlamat utama - THE KIDS BAJUs! dapat la a few bajus tapi x brp nak menarik (alasan nak g shopping tmpt lain plak haha...), mama dapat handbag & kasut, abah dapat 2 t-shirts hehe...still kena shopping lagi @ ju*sco sbb dapat voucher rm30 yg tarikh spending dia between 18-31 aug 2011 (jahat kan ju*sco huhu...). disebabkan voucher ni kita postpone dulu jeans anak2 smpi la tarikh voucher nih boleh digunakan.

aku bukak pose @ italiannies mv malam tu with my school frens. thanks diana sbb tumpangkan naik mr m ko (merasa aku hehe...) & witut sbb aku lepak rumah ko di tengah2 hujan lebat giler ptg tu. 1st time makan kat italiannies. not bad la shrimp linguine yg diminati ramai. gilos smpi 5 pinggan order sl nih, last2 semua tapau bwk balik except lilen yg kuat makan hehe...smpi rumah around 1145pm, semua dah tido huhu...dah le tido kul 12, bangun plak kul 4am sbb lauk sahur x masak lagi. nasib la kan, sape suh berpoya2 hehe...

ramadhan 13 - shopping lagi hehe...this time sbb nak carik bj melayu irfan. tema adalah biru sbb aku & the 2 gals dah ada dah bj kurung biru buat masa kenduri ucu bln mac lepas. so settle for the gals, tinggal irfan je (abah x cuti raya so dia x nak bj raya *nanges*). nak suh irfan beli kaler biru gelap, mati2 dia nak biru muda. ikut ko lah nak oiiii...bukak puasa kat luar lagi @villa*geview bangi. tip top lah tmpt nih wpun mahal sikit. kul 720pm mmg semua makanan dah ready atas meja smpikan si irfan x sabo2 nak makan.

lepas break-fasting, sambung lg shopping. kejap je g alamanda carik kasut budak2. irfan berjaya dapat 1 kasut & 1 jeans, tp si kecik izryn dah mengamok, so kita tangguhkan dulu acara shopping.

ramadhan 14 - shopping lagi haha...mmg giler tahun nih, shopping sakan. bukan sakan membeli tau, tp sakan keluar g shopping. ada je ideanya haha...irfan tetiba sebok nak carik samping utk bj melayu dia. semalam carik sekali x de plak warna biru. aku ngan irfan je keluar g carik samping kat ni*lai squ*are je. x smpi 10 minit dah jumpa samping yg dia berkenan (ikut cakap irfan je sekrg nih sbb malas tgk dia merajuk2 masam muka hehe...). aku amik masa sikit round2 tgk bj. mahal2 jugak bj2 nih huhu...x sempat nak belek sgt sbb ada budak puasa yg dah x larat.

berbuka with nasik tomato, kari daging+kentang+kacang panjang+terung (sebnrnya nak buat kuah dal, tp terlupa beli kacang dal. daging plak x jumpa org jual daging, beli je minced meat campur dalam tu hehe...) & ayam masak merah. ok la utk aku yg dah lama x masak nasik berkaler nih. yg penting, cukup2 je semua habis smpi sahur besoknya.

ramadhan 15 - kue tiow goreng + sosej&kentang goreng + telur mata + kuih keria. sosej&kentang jadik lauk pulak masa sahur.

hr nih aku cuti shopping lagik (mati la tahun nih giler shopping huhu...). dapatla a few bajus lagi for the kids & my bj as well (sbb rasa macam x best plak bj raya bj yg dah penah pakai sebelum nih, nak jugak bj baru).

ramadhan 16 - beli mee konon nak buat mee goreng. tp tetiba macam bosan makan mee. so buat roti jala, sambal sardin & inti daging+kentang. sambal sardin for sahur jugak.

ramadhan 17 - aku kena join majlis iftar & sumbangan ramadhan kat us*im. siap2 belikan nasik ayam untuk abah & budak2, me berbuka nasik hujan panas+ayam masak merah+dalca+ papadom. smpi rumah dah kul 845pm, abah plak siap2 nak g keja huhu...kelam kabut ngan si kecik tu. seb baik ptg tu mmg dah siap2 tapau lauk for sahur.

fuhhh - minggu yg penat sebenarnya. tp ok la. irfan plak macam kena monitor sikit puasa dia sbb ada incidents yg dia minum air hehe...masa g shopping tu tetiba dia minum air, shopping day 2 tu dia mmg request x nak pose & kat rumah ibu pun dia penah minum air sekali sbb ibu x perasan. tp since aku pun x strict sgt kat irfan (cuma encourage je dia bgn sahur & puasa), so aku x kesah sgt. tgk next year camne...

Thursday, August 11, 2011

Ramadhan 11

ok...selamat semalam mee kerinting (sebenarnya x tau nama dia...mee dalam paket mcm mee maggi tu, tp ni jenis cutting tebal2 sket) goreng & bubur pulut hitam durian. hari nih x tau nak masak apa. rasa macam nak masak bihun singapore + ayam pedas...& kuih keria kot.

irfan berjaya puasa penuh semalam - for the 1st time. x percaya pun ada jugak, tp alhamdulillah ibu bbsitter kata mmg irfan x makan. aku rasa nak nangis sbb rasa macam dah besar sgt2 irfan sbb dah boleh puasa penuh. hr nih harap2 dia bertahan jugak. cabaran jugak nak kejut dia pagi2 utk sahur, tp still dia bangun. semalam lauk telur goreng, 2x tambah. pagi td gorengkan dia ikan, x bertambah pun. x kan le tiap2 hari telur goreng huhu...

in the process of stopping izryn from breastfeeding. alhamdulillah, dah 2 hari nih dia x minum susu ibu. sedih pun ada sbb susu ada lagi (walaupun sikit) & dah x ada dah masa aku berlepak2 disebabkan nak menyusukan izryn. tp abah kata, better stop sekarang takut nanti susah nak stopkan dia. ok lah...i follo je...

Wednesday, August 10, 2011

Ramadhan 10

alaaa...dah brp hr x update menu huhu...tp rasanya boleh recap sket2 kot menu. kita test..

ramadhan 5 - balik bp, mak masak nasik ayam. gilos laju ucu bawak keta. from ni*lai kul 530pm, smpi bp azan maghrib pun belum berkumandang lagi. syok dpt berbuka kat rumah, tp x hingat kecut sepnjg perjalanan.

ramadhan 6 - cayalah mak! memenuhi permintaan anak & suami (ni anak lelaki yg mintak, anak pompuan nih considerate sket haha...). bukak puasa with lontong kering & goreng pisang (permintaan ayah) & bihun sup & tauhu sumbat (permintaan ucu). *pengsan nak masak bulan2 puasa nih*

ramadhan 7 - caya cayalah mak!!(double caya nih hehe...). tapaued mee goreng air tangan mak for berbuka puasa. balik tinggal buat sambal tumis telur skali harung untuk sahur, sonang keja hehe...

ramadhan 8 - abah balik lambat. since aku sorang je yg puasa, bukak puasa with mee goreng mak yang x abis tu & gorengkan nasik utk irfan. abah balik keja, hidangkan pisang goreng!

ramadhan 9 - sempoi. iftar dengan jemput2 bilis je hehe...& panaskan frozen apam sikit. alhamdulillah, tetap kenyang.

hari ni ramadhan 10 - planningnya insyaAllah kue teow goreng kot. permintaan irfan. budak tu kalau x mee goreng, kue tiow goreng...x jemu agaknya. + nak buat bubur pulut hitam durian jugak. durian rompin kak mila hantar semalam. banyak jugak duriannya. aku plak, bulan2 puasa nih x lalu nak makan durian. masuk dalam bubur je la jawabnya.

- dah nampak dah suasana raya kat rumah haha...acah je lah. tp dah borong kerepek kat bp hr tu. semalam kak mila datang bg plak rempeyek & kerepek pisang. bertambah2 la...dia bg jugak durian sebekas + sebijik, rambutan, tempoyak & rebung. tempoyak & rebung atas permintaan abah, tp aku x reti masak. kena google resepi la pasni hehe...

- stock up frozen food kat rumah untuk bukak puasa. tadaaaaa...

karipap ada, keria ada, kasturi ada & apam tepung beras...cukup la stok kuih sepanjang bulan puasa nih. & oso botok2 mak untuk sahur. bila2 rasa malas nak masak sahur, ada dah frozen lauk tinggal panaskan je hehe...*dasar pemalas...*

farah's 5th birthday last saturday. celebrate kat bp petang sabtu tu. dok la tiup lilin ngan adik irin & kazen alif. org lain semua dok tido. x pe la kak, next year insyaAllah boleh sambut ngan abah. t-shirt from atok mak. yeaaayyyy...selamat 1 baju baru buat habuan raya.

irfan berjaya puasa separuh hari last 2 days. tu pun sbb ibu bbsitter kesian kat dia. hulur segelas air terus dia teguk haha...hr nih irfan bersahur dengan jayanya, 2 kali tambah nasik..& dia kata nak puasa sampai maghrib. kita tggu saja lah petang nih camne. harap2 dia ok. cumanya dia x minat makan kurma. kalau x, rasanya makan kurma masa sahur pun boleh jugak membantu dia.

Friday, August 5, 2011

Ramadhan 5

alhamdulillah, rasa sgt pantas dah ramadhan ke-5. terus rasa macam x cukup masa nak prepare baju2 for the kids. dah beli dah sorang 1 baju "omputih" (hahaha...used to say this masa kecik2 dulu, bj melayu lawannya bj omputih - means bj2 moden la tshirts jeans whatnot), so masih perlu beberapa pasang lagi. bj melayu irfan lagi belum carik. thinking of working at home this weekends. habiskan report cepat sikit utk bercuti next week in order to go shopping. abah dah bising dah nih ajak g shopping (which is so different of him). padahal bukan dia dapat cuti pun raya nih (sob...sob...). tp mungkin la kot disebabkan dia x cuti tu la, dia nak anak2 bini dia raya sakan haha...tp aku nak buat langsir baru, dia x bagi huhu...

eh, hr nih ada gambar hehe...

wajah-wajah keceriaan berbuka puasa semalam.

aku masak kue tiow goreng. berebut masing2, x cukup. selalu masak letak kicap. tp sbb irfan cp, mak tok kata x leh makan kicap. ingatkan x brp nak sedap bila x taruk kicap. tp not bad la...seb baik ada bubur lambuk yg aku dpt from ofis. tu pun licin. tengok sekali macam x nak makan je bubur tu. x de rupa bubur lambuk tu sbb warna merah. selalukan putih je. aku rasa dia letak kari. rasa ok, tp pedas sikit. aku mmg minat bubur lambuk. so, ok je hehe...

besok birthday farah yg ke-5. hr ni beli kek utk dibawak balik ke bp. yesss...aku balik bp ptg nih with farah & izryn saje, tumpang ucu. dilema meninggalkan abah & irfan kat rumah, tp abah bg permission due to menjaga hati pihak2 tertentu. aku dah siap tinggalkan lauk-lauk utk abah sahur. cuma, buka puasa je abah kena keluar g beli kat pasar. nmpknya sambut birthday farah kami 3 beranak je + family ucu + atok. nanti farah kata dia nak kek kat skul jugak. adoi la anak dara tu...yg tu blkg kira la, nanti settle ngan tecer dia camne.

Thursday, August 4, 2011

Ramadhan 4

mama : nanti kalau irfan dah baik ciken pox, irfan try la puasa.
irfan : irfan rasa irfan x boleh la...
mama : kalau irfan puasa, mama bagi sehari irfan puasa seposen
(saje je letak seposen sbb irfan belum tau sgt nilai duit)
irfan : seposen? irfan nak duit kertas...
(wahhh...budak ini dah pandai menilai duit rupanya hehe...)
mama : ok, irfan puasa 10 hari irfan dapat la duit kertas...
irfan : puasa 10 hari je? ok...
(wahhh...berlagak. puasa sehari pun x lepas lagi...)


erkkk...disebabkan dia belum baik cp, so mmg dia x puasa lagi buat masa ni. aku kena betulkan mind set dia berkaitan 10 hari puasa tu. tp since dia pun br 1st time nak try puasa, x pernah lagi puasa penuh sebelum2 nih...so kalau dia boleh complete puasa penuh selama 10 hari mmg sgt2 menakjubkan. kita tungguuuuu...

semalam bukak puasa bubur + caipo telur + telur masin + ayam masak tiram (resepi suka2 hati aku tp abah suka). irfan makan banyak alhamdulillah. kalau x, dia mmg x brp nak makan disebabkan dalam mulut dia pun ada cp jugak, macam pecah2 gitu huhu...kesian kat irfan, tu yg x tergamak lagi nak suruh dia puasa sekrg.

Wednesday, August 3, 2011

Ramadhan 3

- 1st time pegi pasar ramadhan semalam. psr yang plg dekat, on the way balik rumah from ofis. plannya mmg nak beli kuih saje. rupanya, bila kita nak beli kuih saje tu lah yg paling susah. sebabnya kebanyakan penjual mmg jual nasik nasik nasik - x nasik berlauk, merata la nasik tomato, nasik ayam bagai. 1st round ulang balik baru jumpa kuih yang "enak mata memandang" hehe...aku nih bab2 membeli makanan nih susah sikit sbb ada je nanti yang x sedap di tekak. utk elakkan benda tu, kena la carik tempat yg selalu aku pegi. tapi, mana ada kan? tetiba ternmpk org jual tepung pelita (satu2nya yg jual) yg mmg kegemaran anak2 (anak2 x puasa pun tetap mak nih teringat kat anak2 hehe...). walaupun hrg sebijik adalah 50 sen, tetap jugak dibeli rm3 huhu...ko nih dik, cuba2 la jgn cekik darah time2 bulan pose nih. kalau ko jual 40 sen pun, akak ok lagi tau. seb baik ingat anak2, beli le jugak.

- for bukak puasa & sahur, aku masak sekali harung je senang. simple2 je start masak kul 530pm, kul 645pm dah siap kemas2 dapur & hidang atas meja hehe...berbuka semalam with nasik goreng (abah tolong masak nasik sikit + nasik sahur semalam yg x abis), sambal sardin & masak lemak cendawan, kuih tepung pelita cekik darah & pengat pisang ibu bbsitter bagi. aku abiskan mee goreng semalam for buka & nasik goreng aku makan time sahur.

*eh, asik lupa je nak amik gambar. macam bosan je kan membaca tanpa gambar hehe...ok ok, hr nih insyaAllah. tp still x plan lagi nak buka apa hr nih haha...*

Tuesday, August 2, 2011

Ramadhan 2

this is just like last year...writing down a ramadhan diary hehe...

- "selamat sehari berpuasa" abah kata right after kitaorg makan kurma for berbuka semalam. selamat jugak memasak mee goreng mamak semalam (dah terpikir dah nak snap gambar, tp letih lepas memasak terus terlupa hehe...tp betul, masa kat ofis x rasa pape pun. lepas abis masak & kemas2 dapur semua, terus macam rasa nak terjelepuk giler. seb baik tgk jam dah kul 705pm hehe...).

- mee goreng mamak was ok & quite nice. tp sebenarnya aku x brp nak reti masak mee grg mamak nih, sbb x akan sama dgn mee mamak kat kedai mamak (yg mmg aku sgt2 suka). yg paling x sama sbb ada kuih tepung tu. x koser aku nak buat. ada jugak jumpa resepi2 kat internet nih yg letak serbuk kari. tp since x penah buat, takut la pulak x sedap. last2 masak cam biasa, cuma bg dia kering sikit je. jadik jugak mee mamak aku haha...

- hr nih irfan still x puasa. aku dah decide nak bg dia baik ciken pox dulu baru aku "kerah" dia untuk puasa haha...kesian pulak bila tgk dia sakit tu. quite teruk jugak ciken pox dia. so, bagi chance la kat dia.

- pg td abah balik keja awal, kul 4am. yeaaaay, boleh sahur sama2. siap bawak lauk & nasik from sri utu*san. macam2 lauk sahur diaorg - ikan kembung sweet sour, rendang ayam, kobis goreng & epal sebijik. aku pun ada masak udang sweet sour + cendawan butang + kentang utk diri sendiri. jadik meriah pulak lauk2 bersahur pagi tadi alhamdulillah.

hopefully today is better than yesterday!

Monday, August 1, 2011

Ramadhan 1

ramadhan al-mubarak to all readers!!

hari pertama berpuasa nih :

- sahur with ayam masak kurma semalam + ikan pekasam. sahur sorang2 sbb kebetulan plak 1st day puasa tahun nih abah keja shift malam huhuhu...tp at least dapat la berbuka puasa sekali. sama je pi mai pi mai : kalau keja malam x dapat sahur sama, kalau keja siang x dpt berbuka sama. dah almost 8 years kawin, redha & pasrah!

- irfan kena ciken pox!! adoiiii laaaaa...br ingatkan nak suruh dia try berpuasa tahun nih since dia pun dah 6 tahun. kejut dia pagi td utk bersahur, dia x nak bangun. dah nak dekat kul 6pg baru dia terbangun. nak pulak dia bersahur tp cuma makan roti sekeping cecah milo. td call abah, abah kata irfan x mintak makan pun. cuma dia ada tanya, minum x boleh ke hehehe...so far so good. utk 1st day nih, at least dia boleh tahan smpi tghr pun dah kira ok.

- abah request mee goreng mamak for buka. kena start list down menu for sahur & buka selama sebulan nih supaya x kelam kabut.

- dah tghr nih rasa mengantuk pulak huhu...break 1/2 hour je masa bulan puasa nih sbb blh balik kul 4.30pm. rasa mcm nak tido kejap je hehe...

updated : x tido pun sbb "diganggu" oleh panggilan telepon & kemudian mengganggu telepon org pulak hehe...irfan x poseeee!! abah kata dia bgn tido & the table is cleared - milo pg td & roti yg abah beli dah lesap. irfan kata dia lapar hehe...ok la, mama terima sbb dia pun bukannya sahur betul2. besok try lagi sekali...itu la, budak yg pandai amik makan sendiri nih pun susah jugak kan haha...tp x pe, jgn paksa sgt walaupun aku jeles sebnrnya ngan anak2 org lain yg baya2 irfan tu boleh pose penuh.

Friday, July 29, 2011

Macaroni

aku ni mmg jarang sgt2 la masak pasta disebabkan kitaorg nih semuanya tekak melayu hehe...tetiba plak anak bujang sorang tu request nak macaroni 2 hari lepas. ingatkan dia nak macaroni goreng, tup2 dia kata nak macaroni yg ada kuah which is actually macaroni stew yg mmg selalu atok mak buat. aku ngan adik beradik mmg "hantu" bila makan macaroni stew nih masa kecik2 dulu. tp x le aku buat bila dah kawin nih sbb abah mmg x brp nak terima pasta2 nih. lupa plak nak amik gambar rupa sahsiah macaroni stew nih. tp resepinya sgt senang & cepat (aku kan jenis nak masak senang2 je hehe...).

MACARONI STEW
bwg merah, bwg putih, lada merah hidup & udang kering - tumbuk & tumis.
dah garing, boleh la masukkan apa2 bahan yg disukai - macam aku hr tu masukkan fish ball & fish cake je. udang ke, sotong ke, isi ayam ke semua boleh. tp original recipe atok mak sebenarnya x de pun bahan2 nih. macaroni kosong je.
masukkan air. agak2 la sbb macaroni nih nanti akan kembang kan? so air tu biar la lebih2 sikit supaya berkuah2 sikit nanti. dah agak2 mendidih masukkan sos tomato banyak2 biar kuah dia ala2 masam. nak tambah sos cili sikit macam yg aku buat pun ok (resepi atok mak cuma sos tomato je) & garam.
masukkan kentang sampai ala2 nak empok, & masukkan macaroni & biarkan mendidih sehinggalah nak kembang. masukkan sayur-mayur yg disukai. aku ada sawi je kat rumah, tp boleh je nak masukkan brocoli ke, kobis panjang ke ikut kehendak masing2.
macaroni dan kembang & kentang dah empok, boleh la dihidang & dimakan.

irfan & farah siap bertambah2 makan, abah plak rasa sesudu je huhuhu...

lepas abis makan, irfan cakap "mama, besok masak macaroni goreng plak ek!"...so, mengikut kehendak anak, besoknya macaroni lagi hehe...tp instead of macaroni goreng, aku buat ini :
MACARONI CARBONARA

resepi aku dapat from internet digabung2kan beberapa resepi yg ada. senang giler sbb main ingredientsnya adalah campbell's mushroom carbonara + campbell's cheese & herb + udang + cendawan butang sajo.

bila irfan makan hanya 2 kali tambah, boleh plak dia cakap camni "sedapnyaaaa...tp irfan dah kenyang!" hehehe...mesti dia perasan muka mama mcm sedih sbb x abis.

irfan & farah siap bertambah2 makan, abah plak rasa 2-3 sudu je huhuhu...

*sebenarnya sebelum aku masak macaroni nih, aku dah sms abah tanya dia kenyang ke lapar. bila dia kata kenyang dah makan macam2 kat kilang, x de la aku ralat sgt masak benda yg dia x brp nak suka hehe...*

Thursday, July 28, 2011

Oh Sophie...

"hidup la dengan buku tu"...hehehe, kata2 abah bila aku asik baca buku je. currently, i'm reading this book :



aku mmg suka membaca. tp kalau ikutkan bukanlah taksub sangat membaca sampai x tido or abaikan keja. aku hanya membaca bila si izryn tengah menyusu/ "melekat" kat aku. so, boleh bayangkan la bila masanya aku membaca & berapa lama aku ambik masa untuk menghabiskan 1 buku. this year aku rasa graf membaca aku ada sedikit meningkat sbb setakat nih aku dah baca 4 buah buku (kalau x, 2 buah pun belum tentu khatam huhuhu...). rekod paling terrer setakat nih ialah membaca dalam tempoh x smpi seminggu. serius, buku nih sgt best smpi aku boleh gelak sorang2 (izryn pandang aku semacam je bila aku ketawa sorang2...gilo ko apo mak aku nih hehe...).


seb baik aku bukan kaki shopping macam si becky nih hahaha...!

aku rasa aku nak buat collection la semua buku-buku sophie nih, especially shopaholic collections nih. mmg kelakar x hingat.

ingatan utk diri sendiri : masa terluang di bulan ramadhan nanti sila la dahulukan membaca al-quran drp menghadap si sophie nih *insaf*

Wednesday, July 20, 2011

Tok Som a.k.a Tok Itam

kitaorg ni kalau nak balik kampung, mesti jadi isu. bukan isu apa pun. cuma abah, bila nak balik kampung belah dia, dia x nak la balik cuma 2 hari weekends tu je. dia kata x berbaloi sbb jauh. so selalunya mmg kena amik cuti sehari or 2 hr kalau nak balik kampung dia. whereas aku, x kesah pun blk for 2 days, asalkan dapat blk kmpg hehe...sebg isteri mithali, ikut je la kehendak abah kan (mithali la sangat huhu...). bila dah mengikut kehendak tu, mmg jarang la kan dpt balik kampung. kena tgk time x byk keja br la blh plan nak balik (aku kan keja asik kena kejar deadline jek...menyampahhh!!).


last month kitaorg balik kampung abah & sempat jugak la menjenguk tok. rumah tok from rumah mil adalah jarak dia lbh kurang setgh jam. kalau dah lepak2 rumah mil tu, amat la jarang nak keluar g rmh tok sbb malas. tp sbb dah lama sgt x jenguk tok, menjengah jugak la ke sana.

tok sgt rajin meredah pokok2 & semak2 mengutip pelam2 & kuini nih utk kitaorg. tq tok!!


tok sebenarnya tinggal sorang je kat kampung nih. bila mil ajak dok sekali, mmg dia x nak. nasib baik rmh pak lang ada kat depan tu je. boleh la menjenguk2 dia. kat rumah tok ni la dulu abah main kejar2 itik time aku mengidam nak makan itik dulu. sekrg nih sekor itik pun dah x de kat rumah tok (so paham2 je la kan, pasni kalau mengandung jgn ngada2 nak makan itik hahaha...).

yg lelaki tu cucu kesayangan tok hehe...


rumah tok kat tgh2 sawah bendang & kalau nak mandi dulu2, kena mandi kat perigi. tok dah moden sikit dah sekrg, dah ada wash room dalam rumah hehe...kalau x dulu, nak be*rak, kena angkut air sendiri. terus terbantut haha...

budak2 nih mmg seronok kalau blk rumah tok. seronok kejar ayam!


tahun nih abah x dpt cuti raya. so, mungkin dpt jenguk tok pun lepas 2-3 minggu raya huhu...suka g rumah tok masa raya sbb kuih karas tok sgt superb. kerangupannya x boleh jumpa kat mana2. ngan tok ni takkan aku nak order2 plak kan. kesian tok dah tua. yg penting dapat makan. eh, apa kes cerita raya nih. puasa pun belummmmm...

abah kata, perempuan dlm gmbr nih mmg mcm perempuan kampung.
sbbnya menyinsing baju smpi lengan hahaha...panas la wehh!

Tuesday, July 19, 2011

Si Tepung Gomak...


si tepung gomak *or as i always pronounce - komak* hehehe...


tepung gomak minum air kelapa...
(ishhh...abah sape la nih bg anak minum camni!)


sedikit updates berkaitan anak-anak...esp si kecik izryn yg kena ciken pox (hr nih day hari ke-10 kalau x silap...). dah kering semuanya, alhamdulillah! tp org kata time2 nak kering ni lah dia berjangkit. so, still lagi "membataskan pergaulan" di antara adik ngan abg & kakak. x de lah batas sgt pun sbb macamana la nak halang adik yang tgh lasak tu. most of the time mmg memerap kat dalam bilik je la. bila aku or abah bosan or time nak makan, br la adik tu keluar dr bilik. ada jugak terpikir nak amik cp jab utk budak 2 org tu. tp bila dah expose ngan cp a few days, not advisable la kan nak amik jab. so, doc kata within 2 weeks selalunya akan jangkit. sabo je lah menunggu hehe...bukan la mengharap nak bg budak2 tu kena, tp tau cp tu contagious, so bersedia je lahhh...


as for us, aku quite risau la jugak kalau kena kat aku. mc 2 minggu tu mmg le suka kan, tp keja berlambak kat ofis nih kalau ada org nak cover ok jugak. kadang2 rasa mcm tensen jugak bila keja ada deadline nih. deadline untuk 1-2 keja tu, ok jugak...tp bila deadline thru out the year, rasa nak nangis ke x? smpikan si izryn kena cp nih pun, abah yg berkorban cuti 2 hari nak jg. nak harapkan aku, mmg x dapat la kan sbb tgh kejar deadline nih. tanya dah doc hr tu, tp doc kata jgn risau sbb kalau penah kena selalunya x akan kena lagi. tawakkal je la di samping mengambil langkah2 pencegahan sket2 macam basuh tangan selalu, asingkan bj izryn dgn yg lain2...insyaAllah la kan.


abah je la yg kelakar. dia x sure dah penah kena cp ke x sebelum nih, tp siap boleh share minum air kelapa ngan adik. possibility nak kena tu mmg tinggi la kan...sekrg nih je dia dah x share dah lepas aku bg "ceramah motivasi & kesihatan" haha...insyaAllah harap2 dilindungi oleh Allah.



*macamana izryn boleh kena cp, most probably adalah disebabkan oleh seorg budak yg dihantar oleh mak dia ke rumah bbsitter on his 5th day of having cp. masa tu aku tgk mmg dah kering dah cp dia (so betul la org cakap cp berjangkit time berkuping2 tu). selang 2 weeks+-, si izryn terjangkit & the next day tu ada sorang lagi jangkit (umur 1yr+) and 2 days pastu anak bbsitter pun jangkit jugak. puas hatikah mak budak itu setelah menjangkitkan kat semua org? ada jugak aku geram sebenarnya, tp sekrg nih aku amik positif je la - kena cp masa budak2 x la seteruk kena cp masa dah tua. aku letakkan jugak la diri aku kat tmpt mak budak tu. mungkin dia pun sama cam aku susah nak dpt cuti *eh, sejak bila aku berfikiran positif nih hehehe...ok mak budak, aku maapkan ko!*

Wednesday, June 22, 2011

Happy 18 Months Old Adik!

alhamdulillah...hari nih genaplah my little baby berusia 18 bulan. rasanya dah x little baby lagi dah. bau baby langsung dah x ada, digantikan dgn bau masham bushuk (tapi masham yg boleh diterima sbb masham2 pun aku suka gomo2 & cium dia hehe...).

apa yg dia boleh buat @ 18 months old? adoiiiii laaaaa...anak sorang nih mmg sentiasa menghiburkan & at the same time ada jugak menguji kesabaran aku.

1. still developing her speech ability. perkataan paling pakar sekali adalah ABAH. even mama pun dia panggil abah huhuhu...other words are like NAK bila dia nak sesuatu (ni siap dgn jari tunjuk2 dia sekali) & ANYAM bila dia nak makan (ANYAM tu maknanya mamam la kot hehe...). mulut tu mmg bising la kan. uuuuu, aaaaahhhh macam nak bercakap, cuma mungkin belum boleh nak express words tu. sikit lagi dik, come on!

2. sangat paham apa yg kita cakap. kalau nak suruh dia amik towel sendiri, suruh amik pampers sendiri, suruh kemas mainan sendiri, suruh bukak seluar sendiri, suruh g toilet, suruh baring atas katil, suruh buang sampah - semua dia boleh buat (tp bukak seluar tu setakat pegang seluar je la kan, tarik ke bawah nak bukak tu x master lagi hehe...).

3. suka kacau orang (esp abah...mmg abah x senang nak tido kalau si kecik nih ada dlm bilik kecuali masa tu dia dah ngantuk nak tido). mmg x boleh tgk org senang, mula la dikacaunya. kalau abg or kakak tgh tido or baring2 tu, time tu la dia minat nak kacau2, puk2 or naik atas belakang org. time abg & kakak tgh main, time tu la dia menyebok kacau2. so, selalunya dia dibiarkan sorang2 sbb abg & kakak lagi suka main dalam bilik, tutup pintu. tensen sbb adik selalu kacau hehe...

4. still breastfeed walaupun susu dah x banyak. kdg2 tensennya sbb dia gigit huhu...maklumlah susu dah x brp nk ada & dia pulak suka nak "melekat" kat kita, tu yg smpi dia buat aksi tonggeng2 dia tu...

5. enjoy her food very well bak kata ibu bbsitter - tolak batu & kayu. mee goreng ke, nasi with lauk kari pun dia boleh bedal hehe...so senang jugak la. cuma, aku nih a bit conscious la jugak nak bg dia makan yg pedas2 sgt. tu yg jadiknya kalau makan kat luar tu memanjang je order nasik ayam.

6. sgt attached to mama smpi kdg2 aku nak buat keja pun susah. nak solat tu pun harus payah nak khusyuk sbb dia asik la menangis. ada masa dengan org lain semua dia x nak kecuali mama. adoiiiii...x keruan sungguh hidup aku. kdg2 terpaksa sembunyikan diri dr dia. kalau dia x nmpk aku, ok la jugak. nampak je kelibat aku, mula la merengek. geram jugak bila abah kadang2 marah kat aku sbb tunjuk muka. abis tu, dah duduk 1 rumah camne plak nak main sembunyi2...

7. serious, she can dance! anak sape la nih yg pandai gelek2 bontot bila dgr lagu. rasa nak penampar je hehehe...nanti nak kena videokan jugak la bila dia menari.

citer2 pasal si izryn nih, dan2 rindu kat keletah dia hehe...

3 beradik!! ni je gambar terbaru (taken last 2 weeks) yg ada pd aku. gambar banyak kat hp abah.

Monday, June 20, 2011

Happy Father's Day

masa ambik the kids kat rumah bbsitter jumaat lepas, irfan sebok bgtau jangan bukak beg sebab ada surprise utk abah. aku dah senyum2 dah sbb dah dapat agak. situasinya lebih kurang sama je macam masa nak sambut mother's day dulu. bila cakap kat irfan, suruh keluarkan baju dr dalam beg dia sendiri kalau x bagi bukak beg, boleh pulak dia jawab, "x pe, mama boleh bukak beg. surprise tu utk abah je". kurang asemmm...masa mother's day dulu, mmg dia yg keluarkan baju2.

sunday came...aku plak terlupa langsung pasal father's day nih sampailah irfan tanya "mama, hr nih sunday ke?" hehehe...siap tutup pintu bilik budak2 berdua tu selama seminit sebelum keluar bersama-sama surprisenya (mama x kecoh pun nak tgk sebab dah siap2 belek beg diaorg jumaat lepas hehehe...).

tadaaaaa...inilah surprisenya! yang atas tu farah punya, yg bawah irfan punya.

abah tanya apa yg ditulis & dilukis kat atas kad tu. jenuh masing2 mengexplain hehehe...

x terlambat lagi nak wish happy father's day kan?
so, to my dearest ayah kat bp & my darling abah to the kids - HAPPY FATHER'S DAY!
and Al-Fatihah to allahyarham FIL...

rasanya kad-kad yang the kids buat masa mother's day dulu x upload lagi. tapi, belek2 dalam hp nih, x de la pulak huhuhu...kad-kad utk mama lagi canggih drp kad utk abah nih sebenarnya hahahaha...(kes x puas hati gambar hilang!!).