Thursday, January 13, 2011

Dah Ada Homework!

baru 2nd week sekolah, budak2 dah ada homework! tapi saya memang x kesah pun kalau teacher bg homework nih. bukan byk pun, 1 mukasurat je. diaorg yg excited terlebih. sampai2 rumah je dr rumah bbsitter, terus nak buat homework. tp disebabkan saya nak masak dulu, selalunya saya mmg suruh diaorg tunggu sampai lepas makan baru boleh start buat homework. irfan mungkin boleh buat sendiri homework dia, tapi saya x nak la biarkan diaorang. sbbnya nanti, main je lebih. nak2 bila berdua tu kan...

irfan tgh khusyuk kaler2. farah dah siap dah sebenarnya homework dia. tu yg dia saja mengadap buku dia & suruh saya amik gambar dia hehehe...
yang atas tu tulisan farah, yang bawah tu tulisan irfan. mana yang lawa hehehe...
irfan can do his homework on his own, tapi kena jeling2 jugak la sbb lama2 dia tulis makin x lawa hehe...homework semalam saya yg monitor. lupa nak amik gambar tulisan irfan masa abah yang monitor the day before. ada beza sikit tulisan dia sbb dia takut ngan abah hahaha...ngan saya, dia byk menjawab.


cuba tgk farah kaler ayam & rumah tu. lawa kan? ayam warna pink, rumah warna warni abis semua kaler yang ada dia guna hehehe...

kalau weekdays, 930-1000pm biasanya saya dah suruh diaorg masuk tido supaya senang bgn awal besok paginya. alhamdulillah, setakat hari nih jadual saya ok lagi. cuma keja tambahan saya ialah iron skul uniform diaorg (macam dah sekolah betul plak kan?). tahun lepas tadika diaorg pakai t-shirt je, tapi tadika yg nih uniform dia kena iron plak. so masa mengiron kena tambah sikit la sbb baju saya pun nak kena iron jugak.

irfan x g sekolah hari ni sbb start malam tadi dia demam. demam2 pun gigih jugak malam tadi nak buat homework. pagi nih pun panas lagi. dah g klinik & tgh rehat kat rumah ngan abah yang amik cuti hari nih.

Wednesday, January 12, 2011

Membaca Amalan Mulia...

nak kata saya nih "pembaca buku tegar", x jugak la. sbbnya saya jarang sgt beli buku. nak2 bila dah kawin & ada anak2 nih, lagi la saya kurang membaca (kecuali baca paper, tu pun sbb nak support abah hehe...opppss, untuk tau perkembangan semasa sebnrnya). tapi kalau dah beberapa bulan x membaca atau x membeli bahan bacaan atau x pinjam buku dari sesiapa (selalunya from al-ong la kan, tp ni jarang2 jugak sbb malas nak g rumah dia), saya akan rasa lain macam. mesti saya akan ke bookshop jugak mencari bahan-bahan bacaan ringan atau berat.

saya x ingat bila saya beli buku kat bawah nih, rasanya bulan lepas kot.




tapi sampai ke hari nih saya baru baca smpi chapter 3 je huhuhu...punya la lems (tp setakat malam tadi saya dah masuk chapter 10 yeaaahhh...). mungkin jalan cerita dia x brp nak menarik la kot (pada saya la...tp sekrg dah makin menarik...) + mungkin jugak byk hal lain yang saya nak kena buat. selalunya saya akan membaca time2 menyusukan izryn or time2 nak tido. tapi sekrg nih bila buat dua2 perkara tu, mesti saya akan tertido. end up, 1 mukasurat pun x abis baca hehe....mungkin saya ketinggalan zaman, tp buku nih merupakan buku ke2 cecilia yg saya beli selepas PS I LOVE YOU sbb saya jenis org yg memilih author. buku yg org kata best x semestinya best pada saya & x semestinya saya akan beli. tp kalau buku john grisham mmg saya ada semuanya.

buku cerita adalah bahan bacaan berat pada saya sbb dia tebal (hahaha...x ilmiah langsung) & bahan bacaan ringan saya adalah...


talking about magazines, mesti saya akan capai magazine nih bila saya terasa nak baca bahan bacaan ringan. tu pun, 1 magazine nih saya akan amik masa 2 minggu jugak la nak abiskan.

disebabkan itu, saya x akan membeli buku dalam kuantiti yg byk sekaligus. paling banyak pun 2 buah je. sebabnya 2 buah buku pun berkemungkinan akan mengambil masa setahun utk saya habiskan hahaha (mungkin la kan tp x semestinya - tahun 2010, saya baca lebih dr 2 buku tau!)...bila2 dah x de buku untuk dibaca, saya akan curi2 jugak masa in between nak balik rumah from office or time2 lalu dpn bookshop masa shopping2 ngan family untuk singgah jap amik sebijik buku. abah pun dah paham kot, ada la yg saya beli bila masuk kedai buku hehehe...ehhhh, tapi sekarang dah ada org jual buku online kan? harap2 saya x terjebak sangat, takut karang buku yg dibeli tu dibaca 2 atau 3 tahun kemudian. nayaaaaa....

erkkk...baru cakap, pagi td ternmpk buku john grisham yg saya belum ada ni dijual di alam maya...

pantasss...terjebak sudahhh!! abah, jangan marah tau hehehe...yg penting, beli online termasuk delivery pun tetap murah dr harga pasaran (+ some portion of the purchase amount goes to charity - harap2 betul la). note to self : sila habiskan dua2 buku dulu sebelum beli yg lain hehehe...tp this is a john grisham book. mmg kalau buku john grisham nih, x de duit pun saya korek2 jugak wallet tu hehehe...

WW#2

Monday, January 10, 2011

End of 2010 - Early 2011

sorotan bergambar beberapa peristiwa di akhir 2010 dan awal 2011...

izryn's 1st birthday...saya beli kek & masak bihun singapore malam tu.
celebrate kami anak beranak je pun dah meriah.

bawak budak2 makan kat rasamas for the 1st time in life hehe...sebabnya saya tersilap, terpengaruh dgn agen yang datang kat ofis nih bawak vouchers - buy 1 set, free 1 set. banyak la vouchers nya, & kena bayar rm25 upfront. ishhhh...saya pun x tau macamana saya boleh terpengaruh, padahal x pernah hayat makan kat rasamas nih. x pe lah, abah kata terima je lah tertipu rm25. bukan la tertipu sebenarnya. kalau makan ramai2, ok jugak la sbb beli 1 percuma 1. cuma kami nih je jarang2 makan fast food nih apatah lagi rasamas. tp pelik macamana agen tu boleh lepas sampai masuk ke bilik saya untuk jual2 nih hmmmmm...(ni namanya x reti menari dikatakan lantai jongkang jongkit - sendiri salah, tp nak tuding jari kat orang lain hehe...)

balik batu pahat masa cuti bola hari tu, tetiba budak2 nih teringin nak naik ferris wheel ni kat bp mall. kasik chance la kan. diaorg naik berdua je sbb saya & abah x nak naik. puas la menjerit dari bawah suruh farah duduk. minah tu x dok diam langsung...

sesi persekolahan dah bermula yeaahhhh...alhamdulillah, selepas seminggu sekolah nih budak2 suka je. kan saya hantar diaorg sekolah baru, so happy jugak la sbb diaorg suka. irfan kata dia suka sbb banyak main2 kat sekolah. terpaksa la saya explain, 1st week memang la byk main sbbnya orientation week. starting this week harap2 x de la dia asik nak main je sbb this year dah 6 tahun. dah ada message book dr teacher dia inform akan ada homework everyday & abah pun dah bgtau jangan banyak sgt tgk tv time sekolah nih. rasanya tahun nih saya memang kena monitor irfan lebih sikit untuk persediaan darjah 1 tahun depan. sambil2 tu tgk2 farah sekali. cumanya mungkin sedikit mencabar sbb abah selalu balik lambat. dengan si kecik tu lagi. harap2 dipermudahkan segalanya untuk saya dan keluarga insyaAllah...aminnn!