Monday, January 10, 2011

End of 2010 - Early 2011

sorotan bergambar beberapa peristiwa di akhir 2010 dan awal 2011...

izryn's 1st birthday...saya beli kek & masak bihun singapore malam tu.
celebrate kami anak beranak je pun dah meriah.

bawak budak2 makan kat rasamas for the 1st time in life hehe...sebabnya saya tersilap, terpengaruh dgn agen yang datang kat ofis nih bawak vouchers - buy 1 set, free 1 set. banyak la vouchers nya, & kena bayar rm25 upfront. ishhhh...saya pun x tau macamana saya boleh terpengaruh, padahal x pernah hayat makan kat rasamas nih. x pe lah, abah kata terima je lah tertipu rm25. bukan la tertipu sebenarnya. kalau makan ramai2, ok jugak la sbb beli 1 percuma 1. cuma kami nih je jarang2 makan fast food nih apatah lagi rasamas. tp pelik macamana agen tu boleh lepas sampai masuk ke bilik saya untuk jual2 nih hmmmmm...(ni namanya x reti menari dikatakan lantai jongkang jongkit - sendiri salah, tp nak tuding jari kat orang lain hehe...)

balik batu pahat masa cuti bola hari tu, tetiba budak2 nih teringin nak naik ferris wheel ni kat bp mall. kasik chance la kan. diaorg naik berdua je sbb saya & abah x nak naik. puas la menjerit dari bawah suruh farah duduk. minah tu x dok diam langsung...

sesi persekolahan dah bermula yeaahhhh...alhamdulillah, selepas seminggu sekolah nih budak2 suka je. kan saya hantar diaorg sekolah baru, so happy jugak la sbb diaorg suka. irfan kata dia suka sbb banyak main2 kat sekolah. terpaksa la saya explain, 1st week memang la byk main sbbnya orientation week. starting this week harap2 x de la dia asik nak main je sbb this year dah 6 tahun. dah ada message book dr teacher dia inform akan ada homework everyday & abah pun dah bgtau jangan banyak sgt tgk tv time sekolah nih. rasanya tahun nih saya memang kena monitor irfan lebih sikit untuk persediaan darjah 1 tahun depan. sambil2 tu tgk2 farah sekali. cumanya mungkin sedikit mencabar sbb abah selalu balik lambat. dengan si kecik tu lagi. harap2 dipermudahkan segalanya untuk saya dan keluarga insyaAllah...aminnn!

No comments: