Wednesday, March 30, 2011

Cuti-Cuti Langkawi - Day 3

bgn pg mcm day 2 jugak & tetiba jumpa plak gerai tepi jalan dkt dgn hotel, terus makan kat situ. abah siap tny owner kedai tu semalam x bukak kedai ke (motip : sbb x perasan plak ada kedai nih semlm hehe...). pakcik tu kata, x bukak semalam. patut laaaa...

lepas makan, terus menuju ke oriental village - cable car sbb semalam kan tutup. sampai2 parking dah penuh & dah ramai dah umat yg beratur. mmg dah tau, quite expensive jgk nak naik cable car nih. tapi kalau ada mykad, diskaun 50% tau. so, ok la.

mmg explore abis bila naik cable car nih. siap naik smpi atas sekali & berjalan jugak menyusur tangga untuk naik jambatan gantung. jmbtan nmpk mcm kukuh sbb dibuat drp besi, tapi kat atas tu, bila kena tiup angin bergoyang2 jugak. kesian kat irfan sbb dia kan penakut haha...turun tangga masa nak pegi jambatan nih laju je semua, tp bila bab nak naik tangga masa balik tu, fuhhhh...jenuh jugak. abah lagi la letih kan, sbb dia terpaksa dukung izryn. lepas naik tangga tu, ada 1 lagi level naik tangga lagi untuk ke atas (ada restoran/ tmpt makan kat atas tu). aku dah x larat, so duduk je kat bawah tu dgn izryn while abah & 2 budak lagi tu g naik sampai atas. turun bawah, bila lalu kat souvenir shop tu beli jugak la 3 helai t-shirt utk aku & budak2 (konon2 bukti dah naik cable car hahaha...).


keluar je dr oriental village, dah tghr. so, abah kata makan kat situ je la. nasik ayam lagi untuk aku sbb nak senang share ngan izryn. mmg confirm badan cam ayam gemuk dah nih hehe...eh, kat langkawi nih aku giler order air roselle. mana2 g makan mesti nak order roselle smpi abah pun pelik. sebenarnya, sejak tau yg roselle nih bagus utk org darah tinggi, mmg mana2 jumpa selalunya aku mmg order. best tau sbb kalau kat kedai nih dia mesti ada bunga roselle yg rasanya rangup2. air dia plak rasa ala ala macam air asam boi.

lepas makan, terus heading back ke area2 pantai cenang sbb nak pegi underwater world plak. tp sempat jugak la jengah2 kat mana atma alam. still jugak x jumpa wpun dah ikut map. tetiba terjumpa buffalo farm macam kat m3. punya lah meredah masuk jln kampung kecik2 nak g situ, bila sampai je tgk2 x de org dtg pun dtg situ (serius, 1 keta pun x de, padahal tgk kat m3 tu mcm best sbb boleh makan2 kat situ & dia jugak buat cheese drp susu kerbau), terus patah balik. kat area tu, banyak kedai2 makan tepi jalan & tetiba lepas roundabout tu ternmpk airport. aku & abah terus jakun tp happy giler sbb tau dah nak makan kat mana besok seblm naik flight hahaha...on the way tu, singgah kat van tepi jalan yg lain plak sbb x puas hati yg semalam haha...tpnya x order pun laksa sbb dah kenyang. order rojak buah je & abah order cendol. seb baik cendol kali nih ok drp semlm.


underwater world langkawi quite ok jugak, tp aku prefer lagi aquaria klcc. kebetulan masa pegi tu berpeluang jugak tgk sea lion punya show & tgk penguin feeding session, jadik laaaa.

abis jalan2 kat underwater world, terus balik hotel sbb petang tu nak sambung lagi mandi2 laut semalam. sempat jugak abah bwk g tgk2 awana porto malai kat hujung tu. frust sbb masa tu star cruise x de hehe...x de gambar mandi laut petang tu sbb kali nih, aku pun join berendam hehe...lama x mandi manda nih, so sekali sekala nih syok jugak!

trip ke langkawi nih x de sesi naik boat or island hopping bagai sbb mmg dah plan x nak naik. alasan : sbb izryn kecik lagi, so agak susah nak handle dia & diri sendiri di tengah lautan. may be next time kalau ada rezeki walaupun sedikit tergugat jugak masa kat cable car tu, ada org promote naik bot rm150 utk sefamily selama sejam utk pegi gua kelawar, fish feeding & apa tah 1 lagi. try jugak inform kat abah, tp x approved *sob sob...*.

dinner malam tu ulang makan kat kedai makan masa 1st day tu. tp kali nih x hujan so pilih duduk dalam bangsal kecik bwh pokok. balik hotel, lepak2 tgk tv. masing2 lmbt jugak tido sbb hr nih x penat sgt mcm semlm.




Thursday, March 24, 2011

Cuti-Cuti Langkawi - Hotel & Tmpt Makan

nak share pasal hotel tempat kitaorg duduk masa kat langkawi, iaitu Federal Villa Langkawi @ Pantai Tengah. aku booking hotel nih sejak awal bulan 12 lagi. since keja gomen nih, ada jugak la org suggest suh booking kat hotel nih under bah. pengurusan hartanah, jpm. ada orang kata, tempat nih jauh. tapi, rasanya depends pada tujuan kita la kot. kalau org dtg langkawi sbb nak shopping, mmg jauh la tmpt nih dr kuah or tempat2 lain. mcm kitaorg, plannya mmg nak happykan budak2 je, mandi2 semua tu. so, jauh dr kuah tp dekat ngan pantai - sgt sesuai hehe...

federal villa nih diuruskan oleh holiday villa. mamat agen keta tanya hotel apa, bila jawab federal villa dia x tau, bila sebut holiday villa pantas je dia tau hehehe...tmpt nih sebelah menyebelah je, cuma bila federal villa = rumah persekutuan, mungkin dia x biasa dgr kot.

at the rate of rm77 semalam for duluxe room, mmg sgt2 puas hati. mana nak dapat rate camni kat langkawi. even chalet yg cam ok sket pun mau rm80 ke atas. lagipun, bukan lepak kat dlm bilik sgt pun. eh, aku check kat internet, federal villa nih kalau bukan gomen rate tu rm200++ jugak tau. so, boleh bayangkan la keadaan dia macamana. so, utk gomen staffs gunakanlah kemudahan kerajaan nih esp yg under federal gov. sbb macam aku nih keja kat bdn berkanun, susah sikit. ni pun disebabkan booking masa weekdays & bukan cuti sekolah. dia kata, kalau weekends & cuti sekolah, mmg x lepas la.

lupa nak snap keadaan bilik bila mula2 masuk sbb sebok kemas2 masukkan pasu & bakul smph dlm locker disebabkan si kecik yg rajin sungguh memunggah2. karang x pasal2 kena bayar plak pasu pecah. here's some pictures of us di dalam & di luar bilik hotel. hotel ni dekat je ngan pantai, so mmg syok la petang2 bwk budak2 main tepi pantai. basah2 lepas mandi tu terus je balik bilik hehe...


pasal tempat makan plak, pada aku la, susah jugak nak carik tempat makan yang memenuhi "kriteria" nih. bukan la memilih sgt. tapi area pantai tengah & pantai cenang nih ramai foreigners. tgk kedai macam ok, tapi rupa2nya chinese yg punya. kena pandai pilih jugak la. jauh2 sikit macam kat kuah mungkin banyak la tmpt makan kot. tapi, kitaorg nih bila dah malam tu x larat jugak nak drive jauh2 nih. makan je mana yg jumpa. 1st day tu terpusing2 jgk la carik kedai makan. last2 jumpa 1 kedai nih yg servisnya sgt pantas, terus kami pilih kedai tu je tiap2 malam (kecuali malam day 2 - makan kat kedai haji jelani tu). x ingat plak apa nama kedainya. tapi kat area2 pantai cenang tu la, dekat ngan aseania.

x abis2 lagi cerita langkawi ek. ada 2 lagi entries utk langkawi nih (kalau ada masa) : day 3 and day 4 (hari balik).



Tuesday, March 22, 2011

Cuti-Cuti Langkawi - Day 2

bangun awal pagi sbb banyak agenda (kononnya la...). since hotel kitaorg kat pantai tengah, so abah kata, kita g tempat yg jauh dulu - which is oriental village : cable car! eh, kalau sapa2 x penah jejak ke langkawi or dah lama x pegi langkawi & x sure jalan, boleh amik je free maps bersepah2 kat airport. banyak version, ada yg very detail giler smpi susah nak baca & ada jugak yg simple je highlighting hanya tempat2 yang menarik. sepanjang kat sana, mmg aku refer je maps nih. bawak ke hulu ke hilir sampai lunyai hehe...

pukul 8 camtu dah keluar from hotel. susah jugak nak carik tempat makan pagi2 nih. terus je jalan menuju ke oriental village, konon2nya kalau jumpa gerai makan tepi jalan boleh la berenti. x jumpa pun gerai makan. ada la jugak 1-2 gerai tepi jalan, tapi banyak yang terlepas je, malas nak patah balik. sampai kat petro*nas betul2 dah nak dekat ngan oriental village tu, irfan plak sakit perut nak g toilet (kan aku ada bgtau, budak2 nih sakit perut masa day 1 tu, mmg get ready je la kena berenti kat mana2). berenti la kat situ, konon2 nak la makan kfc breakfast je pagi tu sbb kat situ ada kfc. tgk2 kfc bukak kul 10.30 am (masa tu baru kul 9 am). sementara tggu irfan & abah, aku with farah & izryn jalan2 kat area deck utk private boats kat situ. sempat berangan kalau ada bot sendiri. seb baik x turun smpi bwh jenguk2 bot kat situ hehe...


last2, jumpa la kedai kat simpang nak masuk ke oriental village sebelah mutiara burau. seb baik hehe...tp biasa la kat utara nih, mmg nasik putih & lauk2 je la. blasah je...

lepas makan, off terus nak naik cable car. berkobar2 nih dtg pagi2 sbb takut ramai orang. sampai2 tu, parking kosong giler. ok la kan...sekali tu tgk2 rupanya cable car tutup on wednesday hehehe...bukan la tutup sepenuhnya. hari rabu, cable car hanya akan bukak start pukul 12 pm. tapi, kebetulan hari yg kitaorg dtg tu dia tutup the whole day sbb nak buat maintenance. jalan2 je la kat oriental village tu sambil amik2 gambar & melawat toilet jugak nak memenuhi hajat farah & irfan (lagi sekali hehe...). sempat la jugak tgk harimau yg ada kat situ. ingatkan banyak la harimaunya, tgk2 ada sekor je. org kat situ kata, harimau nih belum matang lagi, so x de "kawan" dulu, nanti diaorg carikkan "kawan" hehe...


x tercapai hajat nak naik cable car. so, teruskan perjalanan ke crocodile farm plak. masa nih izryn dah tertido. kejut2 pun x nak bangun, hangkut je la berdukung. kitaorg x bwk stroller pun utk izryn sbb izryn nih susah jugak nak duduk lama2 dlm stroller. so, abah kata baik x yah bawak & dia yg akan dukung. lenguh jugak weh, kalau dokong izryn tu lama2 huhuhu...kalau izryn suka dok dlm stroller, mmg harus la bwk stroller je sbb senang dia nak tido ke apa.

tiket nak masuk crocodile farm nih quite expensive jugak la. kitaorg 2 adults 2 kids (izryn free) pun dah rm50, semata2 nak tgk buaya je. tapi, since irfan dah sebok2 nak jugak masuk, abah kata ok je. after all, pegi langkawi pun mmg nak memuaskan hati budak2. ok jugak la crocodile farm nih. kebetulan ada crocodile show masa tu (abah mmg rakam aksi2 penjaga & buaya nih dr mula smpi abis) & bagi makan buaya. so, berbaloi jugak la berpanas tgk buaya di tghr (+ aku plak masa tu la perut mula memulas2 haha...).

teruskan perjalanan je kuah plak. mmg dah plan nak tour terus 1 langkawi dari hujung belah sini (hotel kitaorg) pusing terus patah balik ke hotel semula. dalam perjalanan tu, ingat nak singgah bird paradise tapi, terfikir macam malas plak nak tgk burung2 semua tu tghr buta nih. aku nak carik atma alam konon2nya sbb nak tgk batik2 yg menarik. tapi, smpi kesudah x jumpa huhuhu...x pe, rasanya batik kat situ mahal kot (sedapkan hati...).

sampai kuah, kita lunch duluuuu...deret2 kedai dkt ngan roundabout kuah tu ada 1 kedai nasik ayam yg ramai sgt org. decide makan kat situ je la, senang. kalau aku la, nasik ayam nih mmg menu yg selalu diorder sbb senang boleh makan sekali ngan izryn. bila ada anak kecik nih, mmg x memilih sgt makanan. kalau ada bubur, mmg itu la yg selalunya aku order. nak order makanan lain karang, izryn bukan makan banyak mana pun.

ngam2 abis makan, lagi sekali farah nak g toilet. seb baik toilet kedai makan tu bersih. dah siap semua, terus cross jalan pegi beli ikan bilis plak. org kata, langkawi nih ikan bilis dia murah. ikan bilis putih dah siap kupas tu sekilo rm30. ok la tu sbb hr tu aku pegi psr malam - 100 gram pun dah rm4.80. kalau sekilo, dah rm48. beli dlm 5 kilo sbb ada org pesan & belikan jugak utk mak & bbsitter. tgh2 beli abah plak nak g toilet (fuhhh...penangan makan tepi jalan, semua sakit perut kecuali izryn hehe...). jenuh jgk jaga 3 budak2 smbl beli ikan bilis sementara abah g toilet haha...

dah siap2 semua, g dataran lang plak.

sebok budak2 suruh aku posing macam helang hehe...layan je lahhh...

lepas round2 kat dataran lang, pekena aiskrim plak kat situ sbb time panas2 nih terasa nak makan aiskrim. beli fridge magnet untuk mak & terus chiow ke hj ismail group nak beli coklat plak. eh, teringat masa on the way tadi lalu depan idaman suri yg mmg sentiasa disebut2 org. tapi, mmg x plan langsung nak bershopping pinggan mangkuk, so abah buat dek je x singgah pun hehe...beli coklat pun x banyak, saje la belikan officemates sikit & diri sendiri sikit (share sikit2 dgn my siblings), itu je. kalau suka ferrero rocher boleh la beli kat langkawi sbb murah kat sini.

dah nak dekat pukul 4pm masa tu, terus heading back ke hotel sbb plan nak bawak budak2 mandi laut plak. on the way tu, singgah jap makan laksa tepi jalan. mmg banyak kat langkawi nih van2 jual laksa, mee rebus, air kelapa kat tepi2 jalan. sangat2 kuciwa sbb tmpt yg kitaorg singgah tu, laksa dia x brp nak kick. tp ok lagi la berbanding mee rebus abah yg langsung x rasa mcm mee rebus. aku order air kelapa, ok jugak la. abah order cendol, hampeh terus dgn x ada santannya. makan je la, jgn membazir hehe...

alhamdulillah, petang tu x hujan. so, budak2 mandi dr kul 6-7 pm. petang2 macam tu pun still panas melenting.

day 2 ditamatkan dengan jalan2 cari makan malam. nmpk ada 1 kedai makan haji jelani seafood kalau x silap, so aim makan kat situ. nama haji jelani mcm nampak real melayu je kan? bila masuk2 situ, mmg cakap thailand je semua pekerja2 dia. haji jelani thailand rupanya hehe...x makan seafood pun sbb abah kata kalau nak makan seafood pegi bagan lalang je. lepas makan, balik hotel. lepak2 kejap tgk tv. budak2 semua terus tertido kepenatan.

Monday, March 21, 2011

The Kids @ Kenduri Kawin...


suka sgt tgk pic nih. farah with her cousins [from left : syakirah (4 yo bulan feb hr tu), farah (will be 5 this coming aug, anis (kakak syakirah will be 6 next mth) & alif (birthdate dia selang 2 minggu dari birthday farah)]. nampak semua lebih kurang sebaya kan? cousins yang jarang sgt jumpa, kadang2 raya pun x jumpa, so bila sekali sekala jumpa, gamat jugak dibuatnya. sampai ada yg kena marah sbb bising sgt & main x hingat dunia hehe...

picture was taken last saturday, masa kenduri cousin aku kat kluang, johor. cousin mama maksudnya makcik sedara the kids la kot (aku mmg fail bab2 susur galur nih...). eh, pelamin kat blkg tu simple je, tapi cantik. sempat jugak aku posing duduk kat pelamin tu sbb masa tu x de orang hehe...

since mood sekrg nih mood kawin (hahaha...sbb adik aku nak nikah hujung minggu nih), nak cerita sket what i observe masa kenduri kawin yang aku attend kebelakangan ni...

1. bunga telur sekrg nih x main la telur rebus or telur pindang je. sekrg nih org dah guna telur masin jugak (
sampai ayah pun boleh terjebak nak bagi telur masin utk kenduri ucu nanti hehehe...)

2. kalau dulu, kenduri kawin cuma makan nasik with lauk pauk kenduri biasa. paling gah pun, ada oren or tembikai & agar2 biasa. tapi zaman sekrg, fuhhhh...pegi kenduri kawin mmg sgt meriah dengan makanan. kuih bermacam2 jenis, siap letak bekas2 atas meja lagi. pastu mesti ada bubur kacang ke, bubur pulut hitam ke...macam2. ada pernah g kenduri one of cousin jugak, siap dia panggil mamat jual putu bambu & putu piring bukak gerai lagi. syok makan putu bambu panas2. ada jugak selain nasik minyak semua tu, buat pulak sampingan mee rebus. mmg syok la jadik tetamu hehehe...

alhamdulillah, org zaman sekrg berkemampuan nak buat macam2 masa kenduri kawin. cuma diharapkan perbelanjaan tu biarlah berpada2, tidak boros dan tidak membazir.

Thursday, March 17, 2011

Cuti-Cuti Langkawi - Day 1

dari tahun lepas lagi dah confirmed booking ticket airasia ke lang*kawi nih. biasa la, masa promosi RM0 tu la. alhamdulillah dapat (walaupun x dapat nak pilih tarikh cun2). mula2 dah dapat dah tarikh yang ok jugak (weekends). sekali tu, nak double confirm ngan abah la, nak check itu ini la, bila masuk balik website airasia, dah x de dah free ticket utk tarikh2 tu huhuhu...booking je ticket masa weekdays sbb nak jugak pegi bercuti masa bulan kasih sayang nih hahaha...(my birthday month la tu...). so, our holiday tahun nih was on the 8-11 march 2011. eh, lama jugak kitaorg x berholiday nih. rasanya cuti2 mesia seblm nih was 2-3 years back i.e. cuti2 melaka. lps nih, tggu 2-3 years lagi la kot.

plan nak bercuti2 naik flight nih pun sbb irfan nih asik sebok je nak naik aeroplane. ye la kan, rumah dekat ngan klia/ lcct. memanjang je la tgk aeroplane. tu yang dia sebok nak naik tu. seb baik ada airasia promotion. kalau x, tggu la dah beso nanti, beli la tiket sendiri, naik sendiri hehe...kebetulan abah pun x penah naik flight. ok la, bagi chance semua org test 1st time naik flight hehehe...

nak cerita pasal abah. dia nih mmg ada masalah mabuk bila naik kenderaan - x kira la darat or laut (udara x penah test lagi sebelum nih, so x tau...). ingatkan ok la bila naik flight. sekali tu, 2x5 jugak mabuk dia, cuma x la kronik sangat. dia cuma pening bila aeroplane tu bergoyang2 and bila aeroplane tu baru nak start naik. tu pun, dia dah bg hint lepas ni x nak naik aeroplane lagi. adoiiii...punah la harapanku nak bercuti2 sabah or hongkong or london pasnih hahaha...

baru sampai lcct, dah bersepah-sepah ambik gambar hehe...ye la kan, sampai lcct kul 12.30 pm, flight kul 2.05 pm. plak tu delay lebih kurang 20 minit. mana la budak2 x bosan. farah siap boleh amik gmbr 1 couple mat saleh yg jalan depan dia hahaha...

sampai je langkawi, terus amik gmbr wajib - latarbelakang kapalterbang hehe...nih pun curi2 nak cepat sbb ada org amik gmbr kat blkg kitaorg nih, siap kena sound.

sampai2 terus jumpa mamat agen kereta. abah dah siap2 booking & mamat tu pun dah tggu since pukul 1.30 pm. sangat efisien, padahal kitaorg dah bgtau dah flight landing kul 3. kereta wira auto at the rate of rm60. x tau la ok ke x. my bro kata, kereta patutnya rm40 pun boleh dapat. tp, x terjumpa plak rate mcm tu. my sis plak kata, dia booking vios rm70 sehari tahun lepas. tanya mamat tu, dia kata vios rm100. mungkin dah naik harga kot tahun nih. x pe lah. walaupun bumper wira tu macam nak jatuh, kira ok la keta tu boleh jalan. aircond pun sgt sejuk. pasrah!

budak2 dah lapar. amik keta & terus g hotel. on the way g hotel, main singgah je kat 1 kedai tepi jalan nih, yg masih ada lauk2 lagi walaupun masa tu dah pukul 4 pm. tgk2 besoknya semua sakit perut, buang2 air esp si irfan & farah. yg susahnya aku & abah le kan. g mana2, kena get ready bawak diaorg g toilet. susah jgk la, sbb masa tgh beli2 coklat, si farah nak g toilet. plak tu, kedai tu x de toilet. terpaksa tinggal semua barang yg dibeli kat dalam bakul, letak kat tepi dinding, bawak diaorg g toilet kat pet*ronas, pastu datang balik kedai & amik balik bakul tepi dinding tu, sambung balik shopping hehe...seb baik bakul tu still lagi ada kat situ.

petang tu, lepas check-in, ingat nak bawak budak2 g mandi kat pantai. tgk2 petang tu hujan plak. punah harapan budak2 yg dah siap pakai swimming suit masing2. malam tu, cuma keluar g makan je sbb hujan. nanti pasni cerita pasal hotel & kedai makan plak.



Hari Jadi 2 Orang Tua...

feb & march adalah bulan penuh kasih sayang hahaha (poyos!)...feb : bulan birthday abah & march bulan birthday aku!

birthday abah jatuh hari ahad. tp sunday is a working day utk abah. so, nak masak special utk abah or nak kluar g beli kek/ something utk abah adalah sesuatu yg mustahil utk aku. aku mmg surrender la kalau nak handle 3 orang budak sorang2 nih huhu...terpikir jugak nak buat kek sendiri, tapi bahan2 pulak x beli. adoiiii...ingat nak belanja abah makan kat luar ke, dia pulak balik keja dah around 10 pm. kesian kat abah sbb x de kek pun utk birthday dia
(pada aku, paling koman pun masa birthday, harus ada kek utk dijamu ramai2 hehe...).
sgt rasa bersalah walaupun abah x kesah, hari isnin tu aku g beli barang2 & cuti maulidur rasul hari selasa tu, aku buat la kek coklat khas utk abah. seb baik mood irin ok jugak hari selasa tu. kalau mood dia x ok, harus satu keja pun aku x boleh buat. lama dah x buat kek coklat, tp alhamdulillah, jadik (niat mmg ikhlas nak buat utk abah & anak2).

decorate simple2 je kek tu sbb x pandai sgt. yang penting puas hati makan. irfan cakap sedap & aku suh dia promote kat sekolah, "mama jual nih harga rm60" hahaha...

birthday aku pulak, mmg aku dah siap2 bgtau abah aku nak kek tapi x nak kek coklat. teruk kan? tapi aku kenal sgt abah, kena bgtau nak apa. kalau bg dia pikir sendiri benda2 macam nih, mmg dia jenis x kesah je. dah paham sgt dia macamana. hasilnya...


yg nih mmg surprise. sebabnya balik keja aku terus bukak peti ais nak tgk kek ada ke x (hehehe...punyalah berharap!). ye la kan, ni dah mmg betul2 mintak, x kan x beli kot. tgk2 mmg x ada kek dalam peti. plak tu, berpuluh2 sms masuk wish happy birthday tp x satu pun sms tu dr abah (ye betul...dia x wish pun happy birthday utk saya huhu...). sekali tu, masa tgh breastfeed irin dalam bilik, 3 orang manusia lain dalam rumah tu bukak pintu bilik & nyanyi happy birthday dgn sebijik kek siap ngan lilin. waaahaaaaa...sgt terharu. sampai sekrg saya x tau kat mana abah sembunyikan kek tu hehe...

malam tu, abah belanja makan steamboat kat q thai. foods were ok, puas hati makan (sampai terlupa nak snap gambar, 1 pun x de gmbr...) tp silap, patutnya order sizzling - baru best boleh bakar2 seafood. cumanya, kejadian yang x diingini bila abah pegi tanya kat sorang mamat pekerja nih nak mintak baby chair, boleh plak mamat nih buat derk je. x tau la dia x dengar ke apa, tp abah dah angin dah lepas tu. x syok la nak makan bila ada unsur marah nih kan? suruh abah cool down sket, biar aku je yg bercakap2 dgn pekerja2 nih sbb bila ada sorang pekerja lain nak amik order, abah yg masih marah nih mgkn tercakap kasar sket kot, mamat nih tetiba blah & pastu mamat lain plak entertain kitaorg hahaha...

next time x pegi lagi kot q thai kat sini sbb abah macam dah blacklist. x pe, q thai byk franchise lain. dari segi pilihan untuk steamboat, aku rasa q thai nih mmg byk pilihan, tp dari segi makanan2 lain selain steamboat, rasanya maeps lg ok kot.

Tuesday, March 15, 2011

Bizi Bee...

february 2011 - bz gilers dgn new assignment, birthday abah, x sempat siap 1 kerja : 1 kerja lagi menjelma (keja gomen tapi kena bwk balik keja kat rumah? smpi boleh tertido kat kerusi plak tu huhuhu...).

march 2011 - my birthday tapi kena jaga booth plak utk the 1st time ever hari terbuka u*sim, cuti2 mesia and many more events susulan sepanjang bulan yeaahaaaa...opsssss, tgh bz siapkan report jugak bulan nih.

ishhhh...bila la boleh update blog nih! rindunya nak "meluahkan perasaan"...