Thursday, March 17, 2011

Cuti-Cuti Langkawi - Day 1

dari tahun lepas lagi dah confirmed booking ticket airasia ke lang*kawi nih. biasa la, masa promosi RM0 tu la. alhamdulillah dapat (walaupun x dapat nak pilih tarikh cun2). mula2 dah dapat dah tarikh yang ok jugak (weekends). sekali tu, nak double confirm ngan abah la, nak check itu ini la, bila masuk balik website airasia, dah x de dah free ticket utk tarikh2 tu huhuhu...booking je ticket masa weekdays sbb nak jugak pegi bercuti masa bulan kasih sayang nih hahaha...(my birthday month la tu...). so, our holiday tahun nih was on the 8-11 march 2011. eh, lama jugak kitaorg x berholiday nih. rasanya cuti2 mesia seblm nih was 2-3 years back i.e. cuti2 melaka. lps nih, tggu 2-3 years lagi la kot.

plan nak bercuti2 naik flight nih pun sbb irfan nih asik sebok je nak naik aeroplane. ye la kan, rumah dekat ngan klia/ lcct. memanjang je la tgk aeroplane. tu yang dia sebok nak naik tu. seb baik ada airasia promotion. kalau x, tggu la dah beso nanti, beli la tiket sendiri, naik sendiri hehe...kebetulan abah pun x penah naik flight. ok la, bagi chance semua org test 1st time naik flight hehehe...

nak cerita pasal abah. dia nih mmg ada masalah mabuk bila naik kenderaan - x kira la darat or laut (udara x penah test lagi sebelum nih, so x tau...). ingatkan ok la bila naik flight. sekali tu, 2x5 jugak mabuk dia, cuma x la kronik sangat. dia cuma pening bila aeroplane tu bergoyang2 and bila aeroplane tu baru nak start naik. tu pun, dia dah bg hint lepas ni x nak naik aeroplane lagi. adoiiii...punah la harapanku nak bercuti2 sabah or hongkong or london pasnih hahaha...

baru sampai lcct, dah bersepah-sepah ambik gambar hehe...ye la kan, sampai lcct kul 12.30 pm, flight kul 2.05 pm. plak tu delay lebih kurang 20 minit. mana la budak2 x bosan. farah siap boleh amik gmbr 1 couple mat saleh yg jalan depan dia hahaha...

sampai je langkawi, terus amik gmbr wajib - latarbelakang kapalterbang hehe...nih pun curi2 nak cepat sbb ada org amik gmbr kat blkg kitaorg nih, siap kena sound.

sampai2 terus jumpa mamat agen kereta. abah dah siap2 booking & mamat tu pun dah tggu since pukul 1.30 pm. sangat efisien, padahal kitaorg dah bgtau dah flight landing kul 3. kereta wira auto at the rate of rm60. x tau la ok ke x. my bro kata, kereta patutnya rm40 pun boleh dapat. tp, x terjumpa plak rate mcm tu. my sis plak kata, dia booking vios rm70 sehari tahun lepas. tanya mamat tu, dia kata vios rm100. mungkin dah naik harga kot tahun nih. x pe lah. walaupun bumper wira tu macam nak jatuh, kira ok la keta tu boleh jalan. aircond pun sgt sejuk. pasrah!

budak2 dah lapar. amik keta & terus g hotel. on the way g hotel, main singgah je kat 1 kedai tepi jalan nih, yg masih ada lauk2 lagi walaupun masa tu dah pukul 4 pm. tgk2 besoknya semua sakit perut, buang2 air esp si irfan & farah. yg susahnya aku & abah le kan. g mana2, kena get ready bawak diaorg g toilet. susah jgk la, sbb masa tgh beli2 coklat, si farah nak g toilet. plak tu, kedai tu x de toilet. terpaksa tinggal semua barang yg dibeli kat dalam bakul, letak kat tepi dinding, bawak diaorg g toilet kat pet*ronas, pastu datang balik kedai & amik balik bakul tepi dinding tu, sambung balik shopping hehe...seb baik bakul tu still lagi ada kat situ.

petang tu, lepas check-in, ingat nak bawak budak2 g mandi kat pantai. tgk2 petang tu hujan plak. punah harapan budak2 yg dah siap pakai swimming suit masing2. malam tu, cuma keluar g makan je sbb hujan. nanti pasni cerita pasal hotel & kedai makan plak.



2 comments:

Tyha said...

Cik abe pon dok mengajak gi langkawi naik flight! Dia x pernah gi langkawi...sian betul

elly said...

pegi la tyha. airasia selalu buat promotion, boleh la booking hehe...