Tuesday, March 22, 2011

Cuti-Cuti Langkawi - Day 2

bangun awal pagi sbb banyak agenda (kononnya la...). since hotel kitaorg kat pantai tengah, so abah kata, kita g tempat yg jauh dulu - which is oriental village : cable car! eh, kalau sapa2 x penah jejak ke langkawi or dah lama x pegi langkawi & x sure jalan, boleh amik je free maps bersepah2 kat airport. banyak version, ada yg very detail giler smpi susah nak baca & ada jugak yg simple je highlighting hanya tempat2 yang menarik. sepanjang kat sana, mmg aku refer je maps nih. bawak ke hulu ke hilir sampai lunyai hehe...

pukul 8 camtu dah keluar from hotel. susah jugak nak carik tempat makan pagi2 nih. terus je jalan menuju ke oriental village, konon2nya kalau jumpa gerai makan tepi jalan boleh la berenti. x jumpa pun gerai makan. ada la jugak 1-2 gerai tepi jalan, tapi banyak yang terlepas je, malas nak patah balik. sampai kat petro*nas betul2 dah nak dekat ngan oriental village tu, irfan plak sakit perut nak g toilet (kan aku ada bgtau, budak2 nih sakit perut masa day 1 tu, mmg get ready je la kena berenti kat mana2). berenti la kat situ, konon2 nak la makan kfc breakfast je pagi tu sbb kat situ ada kfc. tgk2 kfc bukak kul 10.30 am (masa tu baru kul 9 am). sementara tggu irfan & abah, aku with farah & izryn jalan2 kat area deck utk private boats kat situ. sempat berangan kalau ada bot sendiri. seb baik x turun smpi bwh jenguk2 bot kat situ hehe...


last2, jumpa la kedai kat simpang nak masuk ke oriental village sebelah mutiara burau. seb baik hehe...tp biasa la kat utara nih, mmg nasik putih & lauk2 je la. blasah je...

lepas makan, off terus nak naik cable car. berkobar2 nih dtg pagi2 sbb takut ramai orang. sampai2 tu, parking kosong giler. ok la kan...sekali tu tgk2 rupanya cable car tutup on wednesday hehehe...bukan la tutup sepenuhnya. hari rabu, cable car hanya akan bukak start pukul 12 pm. tapi, kebetulan hari yg kitaorg dtg tu dia tutup the whole day sbb nak buat maintenance. jalan2 je la kat oriental village tu sambil amik2 gambar & melawat toilet jugak nak memenuhi hajat farah & irfan (lagi sekali hehe...). sempat la jugak tgk harimau yg ada kat situ. ingatkan banyak la harimaunya, tgk2 ada sekor je. org kat situ kata, harimau nih belum matang lagi, so x de "kawan" dulu, nanti diaorg carikkan "kawan" hehe...


x tercapai hajat nak naik cable car. so, teruskan perjalanan ke crocodile farm plak. masa nih izryn dah tertido. kejut2 pun x nak bangun, hangkut je la berdukung. kitaorg x bwk stroller pun utk izryn sbb izryn nih susah jugak nak duduk lama2 dlm stroller. so, abah kata baik x yah bawak & dia yg akan dukung. lenguh jugak weh, kalau dokong izryn tu lama2 huhuhu...kalau izryn suka dok dlm stroller, mmg harus la bwk stroller je sbb senang dia nak tido ke apa.

tiket nak masuk crocodile farm nih quite expensive jugak la. kitaorg 2 adults 2 kids (izryn free) pun dah rm50, semata2 nak tgk buaya je. tapi, since irfan dah sebok2 nak jugak masuk, abah kata ok je. after all, pegi langkawi pun mmg nak memuaskan hati budak2. ok jugak la crocodile farm nih. kebetulan ada crocodile show masa tu (abah mmg rakam aksi2 penjaga & buaya nih dr mula smpi abis) & bagi makan buaya. so, berbaloi jugak la berpanas tgk buaya di tghr (+ aku plak masa tu la perut mula memulas2 haha...).

teruskan perjalanan je kuah plak. mmg dah plan nak tour terus 1 langkawi dari hujung belah sini (hotel kitaorg) pusing terus patah balik ke hotel semula. dalam perjalanan tu, ingat nak singgah bird paradise tapi, terfikir macam malas plak nak tgk burung2 semua tu tghr buta nih. aku nak carik atma alam konon2nya sbb nak tgk batik2 yg menarik. tapi, smpi kesudah x jumpa huhuhu...x pe, rasanya batik kat situ mahal kot (sedapkan hati...).

sampai kuah, kita lunch duluuuu...deret2 kedai dkt ngan roundabout kuah tu ada 1 kedai nasik ayam yg ramai sgt org. decide makan kat situ je la, senang. kalau aku la, nasik ayam nih mmg menu yg selalu diorder sbb senang boleh makan sekali ngan izryn. bila ada anak kecik nih, mmg x memilih sgt makanan. kalau ada bubur, mmg itu la yg selalunya aku order. nak order makanan lain karang, izryn bukan makan banyak mana pun.

ngam2 abis makan, lagi sekali farah nak g toilet. seb baik toilet kedai makan tu bersih. dah siap semua, terus cross jalan pegi beli ikan bilis plak. org kata, langkawi nih ikan bilis dia murah. ikan bilis putih dah siap kupas tu sekilo rm30. ok la tu sbb hr tu aku pegi psr malam - 100 gram pun dah rm4.80. kalau sekilo, dah rm48. beli dlm 5 kilo sbb ada org pesan & belikan jugak utk mak & bbsitter. tgh2 beli abah plak nak g toilet (fuhhh...penangan makan tepi jalan, semua sakit perut kecuali izryn hehe...). jenuh jgk jaga 3 budak2 smbl beli ikan bilis sementara abah g toilet haha...

dah siap2 semua, g dataran lang plak.

sebok budak2 suruh aku posing macam helang hehe...layan je lahhh...

lepas round2 kat dataran lang, pekena aiskrim plak kat situ sbb time panas2 nih terasa nak makan aiskrim. beli fridge magnet untuk mak & terus chiow ke hj ismail group nak beli coklat plak. eh, teringat masa on the way tadi lalu depan idaman suri yg mmg sentiasa disebut2 org. tapi, mmg x plan langsung nak bershopping pinggan mangkuk, so abah buat dek je x singgah pun hehe...beli coklat pun x banyak, saje la belikan officemates sikit & diri sendiri sikit (share sikit2 dgn my siblings), itu je. kalau suka ferrero rocher boleh la beli kat langkawi sbb murah kat sini.

dah nak dekat pukul 4pm masa tu, terus heading back ke hotel sbb plan nak bawak budak2 mandi laut plak. on the way tu, singgah jap makan laksa tepi jalan. mmg banyak kat langkawi nih van2 jual laksa, mee rebus, air kelapa kat tepi2 jalan. sangat2 kuciwa sbb tmpt yg kitaorg singgah tu, laksa dia x brp nak kick. tp ok lagi la berbanding mee rebus abah yg langsung x rasa mcm mee rebus. aku order air kelapa, ok jugak la. abah order cendol, hampeh terus dgn x ada santannya. makan je la, jgn membazir hehe...

alhamdulillah, petang tu x hujan. so, budak2 mandi dr kul 6-7 pm. petang2 macam tu pun still panas melenting.

day 2 ditamatkan dengan jalan2 cari makan malam. nmpk ada 1 kedai makan haji jelani seafood kalau x silap, so aim makan kat situ. nama haji jelani mcm nampak real melayu je kan? bila masuk2 situ, mmg cakap thailand je semua pekerja2 dia. haji jelani thailand rupanya hehe...x makan seafood pun sbb abah kata kalau nak makan seafood pegi bagan lalang je. lepas makan, balik hotel. lepak2 kejap tgk tv. budak2 semua terus tertido kepenatan.

No comments: