Thursday, March 17, 2011

Hari Jadi 2 Orang Tua...

feb & march adalah bulan penuh kasih sayang hahaha (poyos!)...feb : bulan birthday abah & march bulan birthday aku!

birthday abah jatuh hari ahad. tp sunday is a working day utk abah. so, nak masak special utk abah or nak kluar g beli kek/ something utk abah adalah sesuatu yg mustahil utk aku. aku mmg surrender la kalau nak handle 3 orang budak sorang2 nih huhu...terpikir jugak nak buat kek sendiri, tapi bahan2 pulak x beli. adoiiii...ingat nak belanja abah makan kat luar ke, dia pulak balik keja dah around 10 pm. kesian kat abah sbb x de kek pun utk birthday dia
(pada aku, paling koman pun masa birthday, harus ada kek utk dijamu ramai2 hehe...).
sgt rasa bersalah walaupun abah x kesah, hari isnin tu aku g beli barang2 & cuti maulidur rasul hari selasa tu, aku buat la kek coklat khas utk abah. seb baik mood irin ok jugak hari selasa tu. kalau mood dia x ok, harus satu keja pun aku x boleh buat. lama dah x buat kek coklat, tp alhamdulillah, jadik (niat mmg ikhlas nak buat utk abah & anak2).

decorate simple2 je kek tu sbb x pandai sgt. yang penting puas hati makan. irfan cakap sedap & aku suh dia promote kat sekolah, "mama jual nih harga rm60" hahaha...

birthday aku pulak, mmg aku dah siap2 bgtau abah aku nak kek tapi x nak kek coklat. teruk kan? tapi aku kenal sgt abah, kena bgtau nak apa. kalau bg dia pikir sendiri benda2 macam nih, mmg dia jenis x kesah je. dah paham sgt dia macamana. hasilnya...


yg nih mmg surprise. sebabnya balik keja aku terus bukak peti ais nak tgk kek ada ke x (hehehe...punyalah berharap!). ye la kan, ni dah mmg betul2 mintak, x kan x beli kot. tgk2 mmg x ada kek dalam peti. plak tu, berpuluh2 sms masuk wish happy birthday tp x satu pun sms tu dr abah (ye betul...dia x wish pun happy birthday utk saya huhu...). sekali tu, masa tgh breastfeed irin dalam bilik, 3 orang manusia lain dalam rumah tu bukak pintu bilik & nyanyi happy birthday dgn sebijik kek siap ngan lilin. waaahaaaaa...sgt terharu. sampai sekrg saya x tau kat mana abah sembunyikan kek tu hehe...

malam tu, abah belanja makan steamboat kat q thai. foods were ok, puas hati makan (sampai terlupa nak snap gambar, 1 pun x de gmbr...) tp silap, patutnya order sizzling - baru best boleh bakar2 seafood. cumanya, kejadian yang x diingini bila abah pegi tanya kat sorang mamat pekerja nih nak mintak baby chair, boleh plak mamat nih buat derk je. x tau la dia x dengar ke apa, tp abah dah angin dah lepas tu. x syok la nak makan bila ada unsur marah nih kan? suruh abah cool down sket, biar aku je yg bercakap2 dgn pekerja2 nih sbb bila ada sorang pekerja lain nak amik order, abah yg masih marah nih mgkn tercakap kasar sket kot, mamat nih tetiba blah & pastu mamat lain plak entertain kitaorg hahaha...

next time x pegi lagi kot q thai kat sini sbb abah macam dah blacklist. x pe, q thai byk franchise lain. dari segi pilihan untuk steamboat, aku rasa q thai nih mmg byk pilihan, tp dari segi makanan2 lain selain steamboat, rasanya maeps lg ok kot.

2 comments:

azq said...

wow, siap buat surprise tu... very2 sweet... :D

elly said...

hahaha azq...kek tu aku yg mintak. tp bab2 surprise sembunyikan kek tu, aku pun x sangka dia boleh terpikir nak buat camtu hahahaha...lawak lawak!