Friday, April 29, 2011

Kris*ta Sports Day 2011

sekitar kris*ta sports day 2011 last saturday, 23 apr 2011. 1st time aku pegi sports day budak2 sorang2 disebabkan abah kena pegi kursus btn korporat. terpaksa mintak jasa baik ibu bbsitter tgkkan bb irin untuk setgh hari (thanks ye kak hehehe...mcm le kak yanti bc blog nih)


pictures not in order :

1. irfan & his fren (x tau nama hehe...). irfan masa nih berdiri seblh budak nih, so aku suh je la amik gmbr sama2. budak nih cam x de perasaan, tp sempat jgk di jeling tgk camera hehe...

2. my anak dara - si farah. masa nih tgh queue nyanyi lagu sekolah and nursery songs , tp budak sorang nih melilau je pusing sana sini.

3. farah with her frens. happy je dia. teringat masa 1st sports day dia dulu, dia menangis meraung smpi dikecualikan drp games hehe...dah besar rupanya anak dara nih sekrg wpun still lagi ada manja2 dia sometimes.

4. showing what she gets - wallet & medal. terrer team girls K1 nih, dapat gold medal.

5. ni 1st game yg farah join. nama game dia - mix & match. tutup blk 3 bekas yang disediakan ikut penutup dia yang betul. kelakar je game nih, tp dah namanya budak2 x kan nak game susah2 plak kan...

6. irfan tukang pegang bendera rupanya hehe...he represents the green team (farah - yellow team). dia sorang je ala ala mat rap pakai topi terbalik huhuhu...

7. sempat senyum pandang mama sebelum start acara tarik tali. time nih parents semua over sbb krista DI lawan krista DA. siap ada yang tolong tarik sama. so, 1st round tu disqualified. 2nd round selepas mak bapak dinyah ketepi, baru la ok. yeaaahhhh...krista DI menang! tu pun si irfan dah sebok2 cakap kasut dia licin hehe...seb baik menang, kalau x confirm dia request kasut baru hahaha...

8. salah satu game for irfan - waiter boy. "kacang" je game nih hahaha...tp ada jugak gelas yg terjatuh. spoil je team irfan dpt no 2.

Tuesday, April 12, 2011

Cuti-Cuti Langkawi - Day 4

ok, nak tamatkan kisah cuti-cuti nih hehe...day 4 adalah hr terakhir di langkawi huhu...flight pukul 1230 pm, so boleh la kita bangun lewat sikit. x de la lewat sgt pun sbb budak2 semua dah lapar. seb baik dah siap2 tapau roti the day before. around 9 am camtu, dah check out!

terus menuju ke kedai makan yang dah di usha semalam, & lepas makan kita menuju ke tmpt menarik yang ada kat area2 situ iaitu Beras Terbakar hahaha...lawak pun ada nak melawat tmpt nih, tp ok la saje2 nak abiskan masa. aku penah pegi beras terbakar nih zaman dulu2 masa belajar kat uu*m. so, macam x teruja sgt nak pegi. tapi, rupa2nya kawasan beras terbakar nih dah lain, dah buat pagar baru. kalau dulu boleh masuk & carik2 beras terbakar tu, this time dia buat pagar & x boleh masuk. baru terperasan kawasan nih kat dalam area rumah org. dulu, macam x perasan plak ada rumah org *musykil*. sempat jugak aku sambar kain batik 1 kat kedai2 depan tu. saje nak buat kain baju kurung.

dah tgk kawasan beras terbakar (at least dpt gak tau sejarah beras terbakar hehe...), terus pegi airport. agen keta cakap, parking je kat mana2 kawasan airport tu & tinggalkan kunci dalam kereta. dia kata, kat langkawi nih x ada org curik keta. ye x ye jugak kan? kalau curik keta, nak bwk lari ke mana plak. x kan nak terjun laut. x sempat nak lari ke mana, dah ada org jumpa. bukan besar sgt pun langkawi tu.

dah check-in bag semua, lepak2 kejap & terus masuk. flight delay setgh jam lebih kurang kot. ada plak budak kecik mengamuk dlm flight sbb ngantuk. seb baik awal2 tu je, lepas tu dia tido smpi la kat lcct (40 minit je pun haha...). budak 2 org tu plak, nak jugak2 beli makanan. ye la kan, dah stewardess tu berentikan troli makanan betul2 dpn diaorg, mana la x meroyan nak beli. beli la jugak sebungkus cashew nuts kecik rm4 utk diaorg (yeaaa...boleh berbangga dpt beli makanan kat atas awan haha...)

sampai lcct, semua dah lapar. ramai plak umat kat airport tu. abah terus carik cab nak balik. tny kat luar tu, dia suh tanya kat dalam tp lebih kurang harga dalam rm42 camtu smpi rumah. bila tny kat dalam, dia kata rm100. waaaaaaaaaaa...gilos la lcct - nilai rm100. abah call kawan dia sana sini & akhirnya cik shidy tolong amik kitaorg (thanks a lot cik shidy, nah amik sebungkus ikan bilis langkawi hehe...). sebelum cik shidy sampai, g makan kat kfc lcct sbb dah kemaruk sgt nak mkn kfc masa kat langkawi (x sempat2...). mana la best makan kfc kat lcct, semua x lengkap/ limited choice. hamik je la apa yg ada. whipped potato pun boleh jatuh terlangkup atas lantai. adoiiii laaaaa...

yeaaaa...tamat dah percutian kami tahun nih. mungkin agak susah nak pegi berjoli2 camni lagi dalam masa terdekat or 4-5 tahun nih sbb nak kumpul duit hahaha...banyak agenda dlm kepala nih (konon hahahaha...).


Monday, April 11, 2011

Hujung Minggu...

what we did last weekends?

dinner @ kfc malam jumaat tu (memenuhi permintaan anak dara...). keluar2 rumah je nmpk lampu spotlight kat langit. budak2 dah excited dah. aku ingatkan lampu tu dr dataran nilai sbb weekends tu mmg ada karnival dataran nilai. rupa2nya spotlight tu dr funfair. baru teringat mmg ada nmpk tapak funfair hr tu. hehehe...nak tergelak sbb nilai ada funfair. last aku pegi funfair dulu masa kecik2 kat kampung ayah. x terpikir plak akan bawak anak2 ke funfair plak bila dah "tua" nih.

layan je kehendak anak2. main2 je pun, apa la sgt. tapi mmg ramai org la kan. for rm20, budak2 nih dapat main 3 rides. the 1st ride, train kat atas nih. sorang 1 token = rm2. kalau dewasa, 2 token. ingat nak bwk izryn naik, terus malas sbb rm4 mcm x berbaloi naik train bodo nih. 2nd ride - diaorg naik kapalterbang & last ride - ferris wheel. ok la, dah pegi sekali nih x de diaorg request2 lagi nak pegi hehehe...

*farah pegi funfair pakai baju kurung? hehehe...hasil dr kemalasan aku nak tkr bj dia lepas abis mengaji ptg td. ingatkan saje je kluar dinner kejap, x sangka plak akan terjebak ke funfair. nasib la kan haha...*

hr sabtu pegi alamanda. kat concourse area tu ada plak promosi colgate.


beli berus gigi. nmpk ada wheel of fortune kat situ. budak tu kata kalau beli rm15 ke atas br boleh putar. aku beli berus gigi rm14.90. budak tu kesian kot kat makcik yg nak sgt putar nih, dia bg gak la wpun kurang seposen. irfan yg putar & dapat ubat gigi kayu sugi haha...

ahad lepak kat rumah. masak2, basuh baju, lipat baju, aku x brp nak sihat smpi hr ni hmmmm...malas nak g klinik tp sakit tekak & batuk nih dah berpanjangan & badan pun cam rasa x sedap - so petang nih, kena gak g klinik.

Thursday, April 7, 2011

Tak Nak!

mama : kakak, tolong kemas mainan ni semua.
kakak farah : TAK NAK!

mama : kakak, pegi mandi.
kakak farah : TAK NAK!

mama : kakak, baik-baik naik tangga tu.
kakak farah : TAK NAK!

eh eh, dah melampau nih. org suh berhati2 pun, jawab x nak. dah kena "rotan" dah ngan abah hr tu sbb pantas sgt mulutnya dengan jawapan x nak tu. adoiiii la anak dara sorang nih. lama jugak x dgr dia jawab x nak lepas kena rotan hr tu. tetiba pg td.

kakak farah : hr nih nak pakai cekak la g sekolah.
mama : x payah la. nanti cekak tu hilang plak.
kakak farah : TAK NAK!

eh, ada lagi x naknya tu rupanya. aku rasa nak cili je mulut dia tu (rasa je la kan, x smpi hati plak nak buat betul2 hehe...). dah pegang rotan dah pg td. belum kena rotan dah nangis dulu. hmmmm...biar abah je lah yg rotan2 nih. aku kalau pgg rotan teragak2 je nak rotan carik tmpt yg x brp nak sakit. budak2 pun x brp nak takut hehe...tp serius sakit hati bila dgr dia jawab x nak tu. pantasnya dia jawab tu, mcm x sempat abis ayat dia dah cakap x nak dulu. x ke hangin pagi2 tadi huhuhu...


erggghh...ke aku yg masa kecik2 dulu suka cakap x nak??

Wednesday, April 6, 2011

(Not So) WW #3


HER favorite!
& SHE said this to me yesterday night after watching the kfc advertorial in the tv :

"bila nak makan kfc nih. asik makan kat rumah je, makan la kat luar plak!!" (eh, mama kan rajin masak? *wink*)

Tuesday, April 5, 2011

Air Dicincang Tak Akan Putus...


2 beradik yang sangat suka bergaduh huhuhu...si abang akan "kacau" si adik, & si adik plak akan menjerit menangis bak halilintar (mana tumpahnya kuah kalau x ke nasik haha...).

pagi td sebok berlari2, si abang tolak plak si adik, dah jatuh terjelepuk menangis. adoiiiii...dengan dah berbj sekolahnya, sampai sekolah airmata masih lagi bergenang.

end of last year, pernah si abang baling mainan ke apa, dah berdarah kat atas bibir si adik. hmmmmm...

pernah jugak bila si adik nak makan, abang main amik je makanan adik tu. dah la si adik meraung2...

bab2 gaduh memang no 1 la. tp bab2 teman meneman plak, si abang yg penakut tu mula la nak berbaik2 ngan si adik suh teman. nak g amik air kat dapur (yg saya boleh nmpk dr ruang tamu pun), still jugak ajak adik teman. adik nih mengikut je la cakap abang.

teringat saya masa kecik dulu mmg selalu sgt bergaduh ngan kakak. si kakak mmg suka mengacau si adik. macam tu la jugak sekrg nih, si abang mengacau si adik. tapi, bak kata pepatah - air dicincang x akan putus.

note to self : saya yg kena bersabar sikit. sbb bila diaorg gaduh, saya akan marah. bila marah, saya menjerit (sekrg ni saya sakit tekak, tetap saya menjerit jugak...seksanyaaaaa!). tapi tetap jugak diaorg gaduh, saya jugak yg darah tinggi. kena tukar approach la kot utk handle diaorg nih.