Wednesday, June 22, 2011

Happy 18 Months Old Adik!

alhamdulillah...hari nih genaplah my little baby berusia 18 bulan. rasanya dah x little baby lagi dah. bau baby langsung dah x ada, digantikan dgn bau masham bushuk (tapi masham yg boleh diterima sbb masham2 pun aku suka gomo2 & cium dia hehe...).

apa yg dia boleh buat @ 18 months old? adoiiiii laaaaa...anak sorang nih mmg sentiasa menghiburkan & at the same time ada jugak menguji kesabaran aku.

1. still developing her speech ability. perkataan paling pakar sekali adalah ABAH. even mama pun dia panggil abah huhuhu...other words are like NAK bila dia nak sesuatu (ni siap dgn jari tunjuk2 dia sekali) & ANYAM bila dia nak makan (ANYAM tu maknanya mamam la kot hehe...). mulut tu mmg bising la kan. uuuuu, aaaaahhhh macam nak bercakap, cuma mungkin belum boleh nak express words tu. sikit lagi dik, come on!

2. sangat paham apa yg kita cakap. kalau nak suruh dia amik towel sendiri, suruh amik pampers sendiri, suruh kemas mainan sendiri, suruh bukak seluar sendiri, suruh g toilet, suruh baring atas katil, suruh buang sampah - semua dia boleh buat (tp bukak seluar tu setakat pegang seluar je la kan, tarik ke bawah nak bukak tu x master lagi hehe...).

3. suka kacau orang (esp abah...mmg abah x senang nak tido kalau si kecik nih ada dlm bilik kecuali masa tu dia dah ngantuk nak tido). mmg x boleh tgk org senang, mula la dikacaunya. kalau abg or kakak tgh tido or baring2 tu, time tu la dia minat nak kacau2, puk2 or naik atas belakang org. time abg & kakak tgh main, time tu la dia menyebok kacau2. so, selalunya dia dibiarkan sorang2 sbb abg & kakak lagi suka main dalam bilik, tutup pintu. tensen sbb adik selalu kacau hehe...

4. still breastfeed walaupun susu dah x banyak. kdg2 tensennya sbb dia gigit huhu...maklumlah susu dah x brp nk ada & dia pulak suka nak "melekat" kat kita, tu yg smpi dia buat aksi tonggeng2 dia tu...

5. enjoy her food very well bak kata ibu bbsitter - tolak batu & kayu. mee goreng ke, nasi with lauk kari pun dia boleh bedal hehe...so senang jugak la. cuma, aku nih a bit conscious la jugak nak bg dia makan yg pedas2 sgt. tu yg jadiknya kalau makan kat luar tu memanjang je order nasik ayam.

6. sgt attached to mama smpi kdg2 aku nak buat keja pun susah. nak solat tu pun harus payah nak khusyuk sbb dia asik la menangis. ada masa dengan org lain semua dia x nak kecuali mama. adoiiiii...x keruan sungguh hidup aku. kdg2 terpaksa sembunyikan diri dr dia. kalau dia x nmpk aku, ok la jugak. nampak je kelibat aku, mula la merengek. geram jugak bila abah kadang2 marah kat aku sbb tunjuk muka. abis tu, dah duduk 1 rumah camne plak nak main sembunyi2...

7. serious, she can dance! anak sape la nih yg pandai gelek2 bontot bila dgr lagu. rasa nak penampar je hehehe...nanti nak kena videokan jugak la bila dia menari.

citer2 pasal si izryn nih, dan2 rindu kat keletah dia hehe...

3 beradik!! ni je gambar terbaru (taken last 2 weeks) yg ada pd aku. gambar banyak kat hp abah.

No comments: