Friday, July 29, 2011

Macaroni

aku ni mmg jarang sgt2 la masak pasta disebabkan kitaorg nih semuanya tekak melayu hehe...tetiba plak anak bujang sorang tu request nak macaroni 2 hari lepas. ingatkan dia nak macaroni goreng, tup2 dia kata nak macaroni yg ada kuah which is actually macaroni stew yg mmg selalu atok mak buat. aku ngan adik beradik mmg "hantu" bila makan macaroni stew nih masa kecik2 dulu. tp x le aku buat bila dah kawin nih sbb abah mmg x brp nak terima pasta2 nih. lupa plak nak amik gambar rupa sahsiah macaroni stew nih. tp resepinya sgt senang & cepat (aku kan jenis nak masak senang2 je hehe...).

MACARONI STEW
bwg merah, bwg putih, lada merah hidup & udang kering - tumbuk & tumis.
dah garing, boleh la masukkan apa2 bahan yg disukai - macam aku hr tu masukkan fish ball & fish cake je. udang ke, sotong ke, isi ayam ke semua boleh. tp original recipe atok mak sebenarnya x de pun bahan2 nih. macaroni kosong je.
masukkan air. agak2 la sbb macaroni nih nanti akan kembang kan? so air tu biar la lebih2 sikit supaya berkuah2 sikit nanti. dah agak2 mendidih masukkan sos tomato banyak2 biar kuah dia ala2 masam. nak tambah sos cili sikit macam yg aku buat pun ok (resepi atok mak cuma sos tomato je) & garam.
masukkan kentang sampai ala2 nak empok, & masukkan macaroni & biarkan mendidih sehinggalah nak kembang. masukkan sayur-mayur yg disukai. aku ada sawi je kat rumah, tp boleh je nak masukkan brocoli ke, kobis panjang ke ikut kehendak masing2.
macaroni dan kembang & kentang dah empok, boleh la dihidang & dimakan.

irfan & farah siap bertambah2 makan, abah plak rasa sesudu je huhuhu...

lepas abis makan, irfan cakap "mama, besok masak macaroni goreng plak ek!"...so, mengikut kehendak anak, besoknya macaroni lagi hehe...tp instead of macaroni goreng, aku buat ini :
MACARONI CARBONARA

resepi aku dapat from internet digabung2kan beberapa resepi yg ada. senang giler sbb main ingredientsnya adalah campbell's mushroom carbonara + campbell's cheese & herb + udang + cendawan butang sajo.

bila irfan makan hanya 2 kali tambah, boleh plak dia cakap camni "sedapnyaaaa...tp irfan dah kenyang!" hehehe...mesti dia perasan muka mama mcm sedih sbb x abis.

irfan & farah siap bertambah2 makan, abah plak rasa 2-3 sudu je huhuhu...

*sebenarnya sebelum aku masak macaroni nih, aku dah sms abah tanya dia kenyang ke lapar. bila dia kata kenyang dah makan macam2 kat kilang, x de la aku ralat sgt masak benda yg dia x brp nak suka hehe...*

Thursday, July 28, 2011

Oh Sophie...

"hidup la dengan buku tu"...hehehe, kata2 abah bila aku asik baca buku je. currently, i'm reading this book :



aku mmg suka membaca. tp kalau ikutkan bukanlah taksub sangat membaca sampai x tido or abaikan keja. aku hanya membaca bila si izryn tengah menyusu/ "melekat" kat aku. so, boleh bayangkan la bila masanya aku membaca & berapa lama aku ambik masa untuk menghabiskan 1 buku. this year aku rasa graf membaca aku ada sedikit meningkat sbb setakat nih aku dah baca 4 buah buku (kalau x, 2 buah pun belum tentu khatam huhuhu...). rekod paling terrer setakat nih ialah membaca dalam tempoh x smpi seminggu. serius, buku nih sgt best smpi aku boleh gelak sorang2 (izryn pandang aku semacam je bila aku ketawa sorang2...gilo ko apo mak aku nih hehe...).


seb baik aku bukan kaki shopping macam si becky nih hahaha...!

aku rasa aku nak buat collection la semua buku-buku sophie nih, especially shopaholic collections nih. mmg kelakar x hingat.

ingatan utk diri sendiri : masa terluang di bulan ramadhan nanti sila la dahulukan membaca al-quran drp menghadap si sophie nih *insaf*

Wednesday, July 20, 2011

Tok Som a.k.a Tok Itam

kitaorg ni kalau nak balik kampung, mesti jadi isu. bukan isu apa pun. cuma abah, bila nak balik kampung belah dia, dia x nak la balik cuma 2 hari weekends tu je. dia kata x berbaloi sbb jauh. so selalunya mmg kena amik cuti sehari or 2 hr kalau nak balik kampung dia. whereas aku, x kesah pun blk for 2 days, asalkan dapat blk kmpg hehe...sebg isteri mithali, ikut je la kehendak abah kan (mithali la sangat huhu...). bila dah mengikut kehendak tu, mmg jarang la kan dpt balik kampung. kena tgk time x byk keja br la blh plan nak balik (aku kan keja asik kena kejar deadline jek...menyampahhh!!).


last month kitaorg balik kampung abah & sempat jugak la menjenguk tok. rumah tok from rumah mil adalah jarak dia lbh kurang setgh jam. kalau dah lepak2 rumah mil tu, amat la jarang nak keluar g rmh tok sbb malas. tp sbb dah lama sgt x jenguk tok, menjengah jugak la ke sana.

tok sgt rajin meredah pokok2 & semak2 mengutip pelam2 & kuini nih utk kitaorg. tq tok!!


tok sebenarnya tinggal sorang je kat kampung nih. bila mil ajak dok sekali, mmg dia x nak. nasib baik rmh pak lang ada kat depan tu je. boleh la menjenguk2 dia. kat rumah tok ni la dulu abah main kejar2 itik time aku mengidam nak makan itik dulu. sekrg nih sekor itik pun dah x de kat rumah tok (so paham2 je la kan, pasni kalau mengandung jgn ngada2 nak makan itik hahaha...).

yg lelaki tu cucu kesayangan tok hehe...


rumah tok kat tgh2 sawah bendang & kalau nak mandi dulu2, kena mandi kat perigi. tok dah moden sikit dah sekrg, dah ada wash room dalam rumah hehe...kalau x dulu, nak be*rak, kena angkut air sendiri. terus terbantut haha...

budak2 nih mmg seronok kalau blk rumah tok. seronok kejar ayam!


tahun nih abah x dpt cuti raya. so, mungkin dpt jenguk tok pun lepas 2-3 minggu raya huhu...suka g rumah tok masa raya sbb kuih karas tok sgt superb. kerangupannya x boleh jumpa kat mana2. ngan tok ni takkan aku nak order2 plak kan. kesian tok dah tua. yg penting dapat makan. eh, apa kes cerita raya nih. puasa pun belummmmm...

abah kata, perempuan dlm gmbr nih mmg mcm perempuan kampung.
sbbnya menyinsing baju smpi lengan hahaha...panas la wehh!

Tuesday, July 19, 2011

Si Tepung Gomak...


si tepung gomak *or as i always pronounce - komak* hehehe...


tepung gomak minum air kelapa...
(ishhh...abah sape la nih bg anak minum camni!)


sedikit updates berkaitan anak-anak...esp si kecik izryn yg kena ciken pox (hr nih day hari ke-10 kalau x silap...). dah kering semuanya, alhamdulillah! tp org kata time2 nak kering ni lah dia berjangkit. so, still lagi "membataskan pergaulan" di antara adik ngan abg & kakak. x de lah batas sgt pun sbb macamana la nak halang adik yang tgh lasak tu. most of the time mmg memerap kat dalam bilik je la. bila aku or abah bosan or time nak makan, br la adik tu keluar dr bilik. ada jugak terpikir nak amik cp jab utk budak 2 org tu. tp bila dah expose ngan cp a few days, not advisable la kan nak amik jab. so, doc kata within 2 weeks selalunya akan jangkit. sabo je lah menunggu hehe...bukan la mengharap nak bg budak2 tu kena, tp tau cp tu contagious, so bersedia je lahhh...


as for us, aku quite risau la jugak kalau kena kat aku. mc 2 minggu tu mmg le suka kan, tp keja berlambak kat ofis nih kalau ada org nak cover ok jugak. kadang2 rasa mcm tensen jugak bila keja ada deadline nih. deadline untuk 1-2 keja tu, ok jugak...tp bila deadline thru out the year, rasa nak nangis ke x? smpikan si izryn kena cp nih pun, abah yg berkorban cuti 2 hari nak jg. nak harapkan aku, mmg x dapat la kan sbb tgh kejar deadline nih. tanya dah doc hr tu, tp doc kata jgn risau sbb kalau penah kena selalunya x akan kena lagi. tawakkal je la di samping mengambil langkah2 pencegahan sket2 macam basuh tangan selalu, asingkan bj izryn dgn yg lain2...insyaAllah la kan.


abah je la yg kelakar. dia x sure dah penah kena cp ke x sebelum nih, tp siap boleh share minum air kelapa ngan adik. possibility nak kena tu mmg tinggi la kan...sekrg nih je dia dah x share dah lepas aku bg "ceramah motivasi & kesihatan" haha...insyaAllah harap2 dilindungi oleh Allah.



*macamana izryn boleh kena cp, most probably adalah disebabkan oleh seorg budak yg dihantar oleh mak dia ke rumah bbsitter on his 5th day of having cp. masa tu aku tgk mmg dah kering dah cp dia (so betul la org cakap cp berjangkit time berkuping2 tu). selang 2 weeks+-, si izryn terjangkit & the next day tu ada sorang lagi jangkit (umur 1yr+) and 2 days pastu anak bbsitter pun jangkit jugak. puas hatikah mak budak itu setelah menjangkitkan kat semua org? ada jugak aku geram sebenarnya, tp sekrg nih aku amik positif je la - kena cp masa budak2 x la seteruk kena cp masa dah tua. aku letakkan jugak la diri aku kat tmpt mak budak tu. mungkin dia pun sama cam aku susah nak dpt cuti *eh, sejak bila aku berfikiran positif nih hehehe...ok mak budak, aku maapkan ko!*