Friday, July 29, 2011

Macaroni

aku ni mmg jarang sgt2 la masak pasta disebabkan kitaorg nih semuanya tekak melayu hehe...tetiba plak anak bujang sorang tu request nak macaroni 2 hari lepas. ingatkan dia nak macaroni goreng, tup2 dia kata nak macaroni yg ada kuah which is actually macaroni stew yg mmg selalu atok mak buat. aku ngan adik beradik mmg "hantu" bila makan macaroni stew nih masa kecik2 dulu. tp x le aku buat bila dah kawin nih sbb abah mmg x brp nak terima pasta2 nih. lupa plak nak amik gambar rupa sahsiah macaroni stew nih. tp resepinya sgt senang & cepat (aku kan jenis nak masak senang2 je hehe...).

MACARONI STEW
bwg merah, bwg putih, lada merah hidup & udang kering - tumbuk & tumis.
dah garing, boleh la masukkan apa2 bahan yg disukai - macam aku hr tu masukkan fish ball & fish cake je. udang ke, sotong ke, isi ayam ke semua boleh. tp original recipe atok mak sebenarnya x de pun bahan2 nih. macaroni kosong je.
masukkan air. agak2 la sbb macaroni nih nanti akan kembang kan? so air tu biar la lebih2 sikit supaya berkuah2 sikit nanti. dah agak2 mendidih masukkan sos tomato banyak2 biar kuah dia ala2 masam. nak tambah sos cili sikit macam yg aku buat pun ok (resepi atok mak cuma sos tomato je) & garam.
masukkan kentang sampai ala2 nak empok, & masukkan macaroni & biarkan mendidih sehinggalah nak kembang. masukkan sayur-mayur yg disukai. aku ada sawi je kat rumah, tp boleh je nak masukkan brocoli ke, kobis panjang ke ikut kehendak masing2.
macaroni dan kembang & kentang dah empok, boleh la dihidang & dimakan.

irfan & farah siap bertambah2 makan, abah plak rasa sesudu je huhuhu...

lepas abis makan, irfan cakap "mama, besok masak macaroni goreng plak ek!"...so, mengikut kehendak anak, besoknya macaroni lagi hehe...tp instead of macaroni goreng, aku buat ini :
MACARONI CARBONARA

resepi aku dapat from internet digabung2kan beberapa resepi yg ada. senang giler sbb main ingredientsnya adalah campbell's mushroom carbonara + campbell's cheese & herb + udang + cendawan butang sajo.

bila irfan makan hanya 2 kali tambah, boleh plak dia cakap camni "sedapnyaaaa...tp irfan dah kenyang!" hehehe...mesti dia perasan muka mama mcm sedih sbb x abis.

irfan & farah siap bertambah2 makan, abah plak rasa 2-3 sudu je huhuhu...

*sebenarnya sebelum aku masak macaroni nih, aku dah sms abah tanya dia kenyang ke lapar. bila dia kata kenyang dah makan macam2 kat kilang, x de la aku ralat sgt masak benda yg dia x brp nak suka hehe...*

No comments: