Wednesday, August 24, 2011

Ramadhan 23

rasanya macam starting the 23rd day of puasa nih, dah x masak dah kot (kecuali for sahur) huhu...aku mmg dah makin malas nmpknya nih adoiiii...not because of malas semata2 la, ada reason lain *alasan alasan haha...*

sebenarnya hr nih (rabu) & khamis, abah balik lambat. aku dah x larat dah sebenarnya bila nak kena masak without abah nih. si kecik tu dah makin byk songehnya sekrg nih. dgn puasa lagi, kesabaran & kepenatan tercabar, no way la aku nak masak. dah tentu2 dua hari x masak. hr jumaat aku dah start cuti. banyak agenda - nak kemas rumah, nak g sana, nak g sini, confirm la x masak. sabtu - a few things nak kena settle jugak - kemas beg, nak potong rambut farah & izryn macam2 lah. x masak gak kot. yg penting, insyaAllah utk sahur akan masak jugak *sahur lauk sempoi2 jek, x masak x tau la kan hehe...*

ramadhan 23 - planning hr nih nak settlekan kasut budak2. buka kat rumah with roti butter+scrambled egg+smbl tumis udang & karipap. alas perut je. lepas maghrib, chow cin cau misi mencari kasut. crowded giler kedai kasut, x cukup tgn mamat kedai tu hehe...SETTLE kasut untuk tiga2. si irfan beli lg 1 kasut (this time sandal plak). wahhhh...sakan budak 1st time puasa siap ada 2 kasut hehe...

irfan nak makan kfc. beratur kat kfc, tup2 sampai turn dia kata kena tggu. hmmmm...tgk tray pun semua dah kosong, balik je lah. irfan nak mcd pulak. ramai gak org kat mcd, tp alhamdulillah dapat makan. cuma, fries abis la pulokkkkk huhu...apa la makna mcd tanpa fries hehe...

sahur = sambal tumis udang & kobis goreng.

*semalam ibu bbsitter bg bj kurung kat farah & izryn. ibu jahit sendiri. terharuuuuu sbb budak2 nih mmg x dak bj kurung baru (bj kurung depa tahun nih recycle masa kenduri ucu dulu). tgk2 dpt bj kurung warna pink+purple. cantek! dah aku pulak yg "terpaksa" beli bj baru warna pink+purple konon2 nak sedondon hahaha...*

Tuesday, August 23, 2011

The Remaining - Ramadhan 18-22

bulan2 puasa nih, makin lama makin malas masak! kenapakah? kenapakah? kenapakah?
problem is, malas masak tp x de hati nak makan kat luar. x tau kenapa, aku x suka nak makan kat luar/ tapau what to eat hari2. boleh la nak limitkan seminggu 2 kali x masak. more than that rasa macam membazir & x tau nak makan apa. end up, walaupun malas tetap masak tp yg simple2 je lah. lepas la mulut tekak aku & family.

ramadhan 18 - after series of e-mails & discussions, org tu x nak, org nih x boleh hehe...jadik jugak sesi iftar with my fellow collegues. yg penting boleh bwk family & lagi lagi penting, abah setuju nak ikut (susah ooo nak ajak abah join hehe...). so, the 3rd place yg dipersetujui adalah mat*top ba*riani @ bbb. food dia ok, cumanya x de pilihan sgt, refill lambat plak tu. last2 nasik je yg tggl, desserts & mknan sampingan lain tu licin x direfill. walaupun rm25 je sekepala, aku rasa sgt la tidak berbaloi. not much choice tu aku boleh terima la sbb rm25 je, tp bab x merefill desserts semua tu x boleh diterima la kan. sape la nak tambah beraini sampai 4-5 kali kan. tp x pe, yg penting kenyang & dpt mengeratkan lg silaturrahim haha...tp bos kitaorg x join *wink*

gambar x cukup korum. k radz dah balik while abah & the kids dah merayau ke mana tah menghandle si kecik yg merengek huhu...

ramadhan 19 - konon2 nak masak mee goreng, tgk2 mee yg dibeli a few days back mcm x brp ok je, terus rendam bihun walaupun perencah dah masak atas dapur. goreng karipap & nuggets jugak. sahur - x ingat! (wahhhh...1st time x ingat nih huhu...).

ramadhan 20 - weekends = shopping. tp this time keluar lewat sikit sbb nak terus buka kat luar. ada budak puasa request kepsi. io*i mall lagi sekali for mama! mmg plannya nak buka air je dulu, solat & br carik tmpt nak berbuka. budak puasa tu bila sampai mall x keruan plak, tukar nak buka kat piz*za hut. alhamdulillah, yg dihajati iaitu seluar for irfan & farah dah berjaya dibeli. paling syok sbb guna voucher rm50, nmpk mcm jimat sikit hehe...kebetulan terserempak ngan kawan abah yg wifey dia manager anak*ku situ. wahhhh...bukan member pun dpt hrg member. 60% tu, sambaq 3 helai baju for izryn woottt...kuciwa sbb kasut budak2 x dpt lagi adoiiii...

sahur = tapau tomyam ayam+daging, telur dadar, kacang goreng.

ramadhan 21 - abah keja. so, sape x puasa makan bihun je lah huhu...*teruk betul mama nih pemalas*...sempat basuh2 semua bj, yeayyyy...dah selamat lipat tinggal nak kemas dlm beg. sempat jugak jahit seluar farah & izryn yg terlbh panjang tu. nak potong sayang, so ala kadar je aku yg x reti menjahit nih buat. yg penting x dak org nak belek kaki seluar kan haha...tinggal jeans irfan je x tau nak htr mana utk potong. seluar bj melayu irfan dah tempah tok mak tolong jahit nanti hehe...buka with nasik goreng, nuggets, telur goreng, ikan pekasam, kuih keria! sahur = kentang+ kacang panjang masak lemak & sotong goreng kunyit.

ramadhan 22 - abah balik lambat, so bukak puasa with mee goreng + telur. aku tapau pengat pisang, karipap & cara manis. sahur with tenggiri masak kicap + kubis panjang goreng + ikan pekasam.


Thursday, August 18, 2011

Ramadhan 12 - 17

haha...gagah gak nih nak completekan ramadhan diary nih walaupun dah ketinggalan banyak hari nih...caiyok caiyokkk!!

ok...

ramadhan 12 - cuti purposely untuk bershopping hehe...x de la shopping sangat pun, tp semua org dalam rumah berjaya dibelikan at least 1 barang for raya yeaayyy...sebnrnya dah plan ngan abah nak g shopping sama2. last minute abah kena keja la pulok. puas dah membebel, tensen, masam muka semua...tp bila ingat2 balik buat sakit hati jek, baiklah...shopping sorang2 je lah. 1 je tempat yg dituju which is i*oi mall. ni mmg fav place abah masa kitaorg dok puchong dulu. mmg dah plan nak g sini ngan abah. walaupun tanpa abah, pegi jugak la sini hehe...matlamat utama - THE KIDS BAJUs! dapat la a few bajus tapi x brp nak menarik (alasan nak g shopping tmpt lain plak haha...), mama dapat handbag & kasut, abah dapat 2 t-shirts hehe...still kena shopping lagi @ ju*sco sbb dapat voucher rm30 yg tarikh spending dia between 18-31 aug 2011 (jahat kan ju*sco huhu...). disebabkan voucher ni kita postpone dulu jeans anak2 smpi la tarikh voucher nih boleh digunakan.

aku bukak pose @ italiannies mv malam tu with my school frens. thanks diana sbb tumpangkan naik mr m ko (merasa aku hehe...) & witut sbb aku lepak rumah ko di tengah2 hujan lebat giler ptg tu. 1st time makan kat italiannies. not bad la shrimp linguine yg diminati ramai. gilos smpi 5 pinggan order sl nih, last2 semua tapau bwk balik except lilen yg kuat makan hehe...smpi rumah around 1145pm, semua dah tido huhu...dah le tido kul 12, bangun plak kul 4am sbb lauk sahur x masak lagi. nasib la kan, sape suh berpoya2 hehe...

ramadhan 13 - shopping lagi hehe...this time sbb nak carik bj melayu irfan. tema adalah biru sbb aku & the 2 gals dah ada dah bj kurung biru buat masa kenduri ucu bln mac lepas. so settle for the gals, tinggal irfan je (abah x cuti raya so dia x nak bj raya *nanges*). nak suh irfan beli kaler biru gelap, mati2 dia nak biru muda. ikut ko lah nak oiiii...bukak puasa kat luar lagi @villa*geview bangi. tip top lah tmpt nih wpun mahal sikit. kul 720pm mmg semua makanan dah ready atas meja smpikan si irfan x sabo2 nak makan.

lepas break-fasting, sambung lg shopping. kejap je g alamanda carik kasut budak2. irfan berjaya dapat 1 kasut & 1 jeans, tp si kecik izryn dah mengamok, so kita tangguhkan dulu acara shopping.

ramadhan 14 - shopping lagi haha...mmg giler tahun nih, shopping sakan. bukan sakan membeli tau, tp sakan keluar g shopping. ada je ideanya haha...irfan tetiba sebok nak carik samping utk bj melayu dia. semalam carik sekali x de plak warna biru. aku ngan irfan je keluar g carik samping kat ni*lai squ*are je. x smpi 10 minit dah jumpa samping yg dia berkenan (ikut cakap irfan je sekrg nih sbb malas tgk dia merajuk2 masam muka hehe...). aku amik masa sikit round2 tgk bj. mahal2 jugak bj2 nih huhu...x sempat nak belek sgt sbb ada budak puasa yg dah x larat.

berbuka with nasik tomato, kari daging+kentang+kacang panjang+terung (sebnrnya nak buat kuah dal, tp terlupa beli kacang dal. daging plak x jumpa org jual daging, beli je minced meat campur dalam tu hehe...) & ayam masak merah. ok la utk aku yg dah lama x masak nasik berkaler nih. yg penting, cukup2 je semua habis smpi sahur besoknya.

ramadhan 15 - kue tiow goreng + sosej&kentang goreng + telur mata + kuih keria. sosej&kentang jadik lauk pulak masa sahur.

hr nih aku cuti shopping lagik (mati la tahun nih giler shopping huhu...). dapatla a few bajus lagi for the kids & my bj as well (sbb rasa macam x best plak bj raya bj yg dah penah pakai sebelum nih, nak jugak bj baru).

ramadhan 16 - beli mee konon nak buat mee goreng. tp tetiba macam bosan makan mee. so buat roti jala, sambal sardin & inti daging+kentang. sambal sardin for sahur jugak.

ramadhan 17 - aku kena join majlis iftar & sumbangan ramadhan kat us*im. siap2 belikan nasik ayam untuk abah & budak2, me berbuka nasik hujan panas+ayam masak merah+dalca+ papadom. smpi rumah dah kul 845pm, abah plak siap2 nak g keja huhu...kelam kabut ngan si kecik tu. seb baik ptg tu mmg dah siap2 tapau lauk for sahur.

fuhhh - minggu yg penat sebenarnya. tp ok la. irfan plak macam kena monitor sikit puasa dia sbb ada incidents yg dia minum air hehe...masa g shopping tu tetiba dia minum air, shopping day 2 tu dia mmg request x nak pose & kat rumah ibu pun dia penah minum air sekali sbb ibu x perasan. tp since aku pun x strict sgt kat irfan (cuma encourage je dia bgn sahur & puasa), so aku x kesah sgt. tgk next year camne...

Thursday, August 11, 2011

Ramadhan 11

ok...selamat semalam mee kerinting (sebenarnya x tau nama dia...mee dalam paket mcm mee maggi tu, tp ni jenis cutting tebal2 sket) goreng & bubur pulut hitam durian. hari nih x tau nak masak apa. rasa macam nak masak bihun singapore + ayam pedas...& kuih keria kot.

irfan berjaya puasa penuh semalam - for the 1st time. x percaya pun ada jugak, tp alhamdulillah ibu bbsitter kata mmg irfan x makan. aku rasa nak nangis sbb rasa macam dah besar sgt2 irfan sbb dah boleh puasa penuh. hr nih harap2 dia bertahan jugak. cabaran jugak nak kejut dia pagi2 utk sahur, tp still dia bangun. semalam lauk telur goreng, 2x tambah. pagi td gorengkan dia ikan, x bertambah pun. x kan le tiap2 hari telur goreng huhu...

in the process of stopping izryn from breastfeeding. alhamdulillah, dah 2 hari nih dia x minum susu ibu. sedih pun ada sbb susu ada lagi (walaupun sikit) & dah x ada dah masa aku berlepak2 disebabkan nak menyusukan izryn. tp abah kata, better stop sekarang takut nanti susah nak stopkan dia. ok lah...i follo je...

Wednesday, August 10, 2011

Ramadhan 10

alaaa...dah brp hr x update menu huhu...tp rasanya boleh recap sket2 kot menu. kita test..

ramadhan 5 - balik bp, mak masak nasik ayam. gilos laju ucu bawak keta. from ni*lai kul 530pm, smpi bp azan maghrib pun belum berkumandang lagi. syok dpt berbuka kat rumah, tp x hingat kecut sepnjg perjalanan.

ramadhan 6 - cayalah mak! memenuhi permintaan anak & suami (ni anak lelaki yg mintak, anak pompuan nih considerate sket haha...). bukak puasa with lontong kering & goreng pisang (permintaan ayah) & bihun sup & tauhu sumbat (permintaan ucu). *pengsan nak masak bulan2 puasa nih*

ramadhan 7 - caya cayalah mak!!(double caya nih hehe...). tapaued mee goreng air tangan mak for berbuka puasa. balik tinggal buat sambal tumis telur skali harung untuk sahur, sonang keja hehe...

ramadhan 8 - abah balik lambat. since aku sorang je yg puasa, bukak puasa with mee goreng mak yang x abis tu & gorengkan nasik utk irfan. abah balik keja, hidangkan pisang goreng!

ramadhan 9 - sempoi. iftar dengan jemput2 bilis je hehe...& panaskan frozen apam sikit. alhamdulillah, tetap kenyang.

hari ni ramadhan 10 - planningnya insyaAllah kue teow goreng kot. permintaan irfan. budak tu kalau x mee goreng, kue tiow goreng...x jemu agaknya. + nak buat bubur pulut hitam durian jugak. durian rompin kak mila hantar semalam. banyak jugak duriannya. aku plak, bulan2 puasa nih x lalu nak makan durian. masuk dalam bubur je la jawabnya.

- dah nampak dah suasana raya kat rumah haha...acah je lah. tp dah borong kerepek kat bp hr tu. semalam kak mila datang bg plak rempeyek & kerepek pisang. bertambah2 la...dia bg jugak durian sebekas + sebijik, rambutan, tempoyak & rebung. tempoyak & rebung atas permintaan abah, tp aku x reti masak. kena google resepi la pasni hehe...

- stock up frozen food kat rumah untuk bukak puasa. tadaaaaa...

karipap ada, keria ada, kasturi ada & apam tepung beras...cukup la stok kuih sepanjang bulan puasa nih. & oso botok2 mak untuk sahur. bila2 rasa malas nak masak sahur, ada dah frozen lauk tinggal panaskan je hehe...*dasar pemalas...*

farah's 5th birthday last saturday. celebrate kat bp petang sabtu tu. dok la tiup lilin ngan adik irin & kazen alif. org lain semua dok tido. x pe la kak, next year insyaAllah boleh sambut ngan abah. t-shirt from atok mak. yeaaayyyy...selamat 1 baju baru buat habuan raya.

irfan berjaya puasa separuh hari last 2 days. tu pun sbb ibu bbsitter kesian kat dia. hulur segelas air terus dia teguk haha...hr nih irfan bersahur dengan jayanya, 2 kali tambah nasik..& dia kata nak puasa sampai maghrib. kita tggu saja lah petang nih camne. harap2 dia ok. cumanya dia x minat makan kurma. kalau x, rasanya makan kurma masa sahur pun boleh jugak membantu dia.

Friday, August 5, 2011

Ramadhan 5

alhamdulillah, rasa sgt pantas dah ramadhan ke-5. terus rasa macam x cukup masa nak prepare baju2 for the kids. dah beli dah sorang 1 baju "omputih" (hahaha...used to say this masa kecik2 dulu, bj melayu lawannya bj omputih - means bj2 moden la tshirts jeans whatnot), so masih perlu beberapa pasang lagi. bj melayu irfan lagi belum carik. thinking of working at home this weekends. habiskan report cepat sikit utk bercuti next week in order to go shopping. abah dah bising dah nih ajak g shopping (which is so different of him). padahal bukan dia dapat cuti pun raya nih (sob...sob...). tp mungkin la kot disebabkan dia x cuti tu la, dia nak anak2 bini dia raya sakan haha...tp aku nak buat langsir baru, dia x bagi huhu...

eh, hr nih ada gambar hehe...

wajah-wajah keceriaan berbuka puasa semalam.

aku masak kue tiow goreng. berebut masing2, x cukup. selalu masak letak kicap. tp sbb irfan cp, mak tok kata x leh makan kicap. ingatkan x brp nak sedap bila x taruk kicap. tp not bad la...seb baik ada bubur lambuk yg aku dpt from ofis. tu pun licin. tengok sekali macam x nak makan je bubur tu. x de rupa bubur lambuk tu sbb warna merah. selalukan putih je. aku rasa dia letak kari. rasa ok, tp pedas sikit. aku mmg minat bubur lambuk. so, ok je hehe...

besok birthday farah yg ke-5. hr ni beli kek utk dibawak balik ke bp. yesss...aku balik bp ptg nih with farah & izryn saje, tumpang ucu. dilema meninggalkan abah & irfan kat rumah, tp abah bg permission due to menjaga hati pihak2 tertentu. aku dah siap tinggalkan lauk-lauk utk abah sahur. cuma, buka puasa je abah kena keluar g beli kat pasar. nmpknya sambut birthday farah kami 3 beranak je + family ucu + atok. nanti farah kata dia nak kek kat skul jugak. adoi la anak dara tu...yg tu blkg kira la, nanti settle ngan tecer dia camne.

Thursday, August 4, 2011

Ramadhan 4

mama : nanti kalau irfan dah baik ciken pox, irfan try la puasa.
irfan : irfan rasa irfan x boleh la...
mama : kalau irfan puasa, mama bagi sehari irfan puasa seposen
(saje je letak seposen sbb irfan belum tau sgt nilai duit)
irfan : seposen? irfan nak duit kertas...
(wahhh...budak ini dah pandai menilai duit rupanya hehe...)
mama : ok, irfan puasa 10 hari irfan dapat la duit kertas...
irfan : puasa 10 hari je? ok...
(wahhh...berlagak. puasa sehari pun x lepas lagi...)


erkkk...disebabkan dia belum baik cp, so mmg dia x puasa lagi buat masa ni. aku kena betulkan mind set dia berkaitan 10 hari puasa tu. tp since dia pun br 1st time nak try puasa, x pernah lagi puasa penuh sebelum2 nih...so kalau dia boleh complete puasa penuh selama 10 hari mmg sgt2 menakjubkan. kita tungguuuuu...

semalam bukak puasa bubur + caipo telur + telur masin + ayam masak tiram (resepi suka2 hati aku tp abah suka). irfan makan banyak alhamdulillah. kalau x, dia mmg x brp nak makan disebabkan dalam mulut dia pun ada cp jugak, macam pecah2 gitu huhu...kesian kat irfan, tu yg x tergamak lagi nak suruh dia puasa sekrg.

Wednesday, August 3, 2011

Ramadhan 3

- 1st time pegi pasar ramadhan semalam. psr yang plg dekat, on the way balik rumah from ofis. plannya mmg nak beli kuih saje. rupanya, bila kita nak beli kuih saje tu lah yg paling susah. sebabnya kebanyakan penjual mmg jual nasik nasik nasik - x nasik berlauk, merata la nasik tomato, nasik ayam bagai. 1st round ulang balik baru jumpa kuih yang "enak mata memandang" hehe...aku nih bab2 membeli makanan nih susah sikit sbb ada je nanti yang x sedap di tekak. utk elakkan benda tu, kena la carik tempat yg selalu aku pegi. tapi, mana ada kan? tetiba ternmpk org jual tepung pelita (satu2nya yg jual) yg mmg kegemaran anak2 (anak2 x puasa pun tetap mak nih teringat kat anak2 hehe...). walaupun hrg sebijik adalah 50 sen, tetap jugak dibeli rm3 huhu...ko nih dik, cuba2 la jgn cekik darah time2 bulan pose nih. kalau ko jual 40 sen pun, akak ok lagi tau. seb baik ingat anak2, beli le jugak.

- for bukak puasa & sahur, aku masak sekali harung je senang. simple2 je start masak kul 530pm, kul 645pm dah siap kemas2 dapur & hidang atas meja hehe...berbuka semalam with nasik goreng (abah tolong masak nasik sikit + nasik sahur semalam yg x abis), sambal sardin & masak lemak cendawan, kuih tepung pelita cekik darah & pengat pisang ibu bbsitter bagi. aku abiskan mee goreng semalam for buka & nasik goreng aku makan time sahur.

*eh, asik lupa je nak amik gambar. macam bosan je kan membaca tanpa gambar hehe...ok ok, hr nih insyaAllah. tp still x plan lagi nak buka apa hr nih haha...*

Tuesday, August 2, 2011

Ramadhan 2

this is just like last year...writing down a ramadhan diary hehe...

- "selamat sehari berpuasa" abah kata right after kitaorg makan kurma for berbuka semalam. selamat jugak memasak mee goreng mamak semalam (dah terpikir dah nak snap gambar, tp letih lepas memasak terus terlupa hehe...tp betul, masa kat ofis x rasa pape pun. lepas abis masak & kemas2 dapur semua, terus macam rasa nak terjelepuk giler. seb baik tgk jam dah kul 705pm hehe...).

- mee goreng mamak was ok & quite nice. tp sebenarnya aku x brp nak reti masak mee grg mamak nih, sbb x akan sama dgn mee mamak kat kedai mamak (yg mmg aku sgt2 suka). yg paling x sama sbb ada kuih tepung tu. x koser aku nak buat. ada jugak jumpa resepi2 kat internet nih yg letak serbuk kari. tp since x penah buat, takut la pulak x sedap. last2 masak cam biasa, cuma bg dia kering sikit je. jadik jugak mee mamak aku haha...

- hr nih irfan still x puasa. aku dah decide nak bg dia baik ciken pox dulu baru aku "kerah" dia untuk puasa haha...kesian pulak bila tgk dia sakit tu. quite teruk jugak ciken pox dia. so, bagi chance la kat dia.

- pg td abah balik keja awal, kul 4am. yeaaaay, boleh sahur sama2. siap bawak lauk & nasik from sri utu*san. macam2 lauk sahur diaorg - ikan kembung sweet sour, rendang ayam, kobis goreng & epal sebijik. aku pun ada masak udang sweet sour + cendawan butang + kentang utk diri sendiri. jadik meriah pulak lauk2 bersahur pagi tadi alhamdulillah.

hopefully today is better than yesterday!

Monday, August 1, 2011

Ramadhan 1

ramadhan al-mubarak to all readers!!

hari pertama berpuasa nih :

- sahur with ayam masak kurma semalam + ikan pekasam. sahur sorang2 sbb kebetulan plak 1st day puasa tahun nih abah keja shift malam huhuhu...tp at least dapat la berbuka puasa sekali. sama je pi mai pi mai : kalau keja malam x dapat sahur sama, kalau keja siang x dpt berbuka sama. dah almost 8 years kawin, redha & pasrah!

- irfan kena ciken pox!! adoiiii laaaaa...br ingatkan nak suruh dia try berpuasa tahun nih since dia pun dah 6 tahun. kejut dia pagi td utk bersahur, dia x nak bangun. dah nak dekat kul 6pg baru dia terbangun. nak pulak dia bersahur tp cuma makan roti sekeping cecah milo. td call abah, abah kata irfan x mintak makan pun. cuma dia ada tanya, minum x boleh ke hehehe...so far so good. utk 1st day nih, at least dia boleh tahan smpi tghr pun dah kira ok.

- abah request mee goreng mamak for buka. kena start list down menu for sahur & buka selama sebulan nih supaya x kelam kabut.

- dah tghr nih rasa mengantuk pulak huhu...break 1/2 hour je masa bulan puasa nih sbb blh balik kul 4.30pm. rasa mcm nak tido kejap je hehe...

updated : x tido pun sbb "diganggu" oleh panggilan telepon & kemudian mengganggu telepon org pulak hehe...irfan x poseeee!! abah kata dia bgn tido & the table is cleared - milo pg td & roti yg abah beli dah lesap. irfan kata dia lapar hehe...ok la, mama terima sbb dia pun bukannya sahur betul2. besok try lagi sekali...itu la, budak yg pandai amik makan sendiri nih pun susah jugak kan haha...tp x pe, jgn paksa sgt walaupun aku jeles sebnrnya ngan anak2 org lain yg baya2 irfan tu boleh pose penuh.