Wednesday, August 10, 2011

Ramadhan 10

alaaa...dah brp hr x update menu huhu...tp rasanya boleh recap sket2 kot menu. kita test..

ramadhan 5 - balik bp, mak masak nasik ayam. gilos laju ucu bawak keta. from ni*lai kul 530pm, smpi bp azan maghrib pun belum berkumandang lagi. syok dpt berbuka kat rumah, tp x hingat kecut sepnjg perjalanan.

ramadhan 6 - cayalah mak! memenuhi permintaan anak & suami (ni anak lelaki yg mintak, anak pompuan nih considerate sket haha...). bukak puasa with lontong kering & goreng pisang (permintaan ayah) & bihun sup & tauhu sumbat (permintaan ucu). *pengsan nak masak bulan2 puasa nih*

ramadhan 7 - caya cayalah mak!!(double caya nih hehe...). tapaued mee goreng air tangan mak for berbuka puasa. balik tinggal buat sambal tumis telur skali harung untuk sahur, sonang keja hehe...

ramadhan 8 - abah balik lambat. since aku sorang je yg puasa, bukak puasa with mee goreng mak yang x abis tu & gorengkan nasik utk irfan. abah balik keja, hidangkan pisang goreng!

ramadhan 9 - sempoi. iftar dengan jemput2 bilis je hehe...& panaskan frozen apam sikit. alhamdulillah, tetap kenyang.

hari ni ramadhan 10 - planningnya insyaAllah kue teow goreng kot. permintaan irfan. budak tu kalau x mee goreng, kue tiow goreng...x jemu agaknya. + nak buat bubur pulut hitam durian jugak. durian rompin kak mila hantar semalam. banyak jugak duriannya. aku plak, bulan2 puasa nih x lalu nak makan durian. masuk dalam bubur je la jawabnya.

- dah nampak dah suasana raya kat rumah haha...acah je lah. tp dah borong kerepek kat bp hr tu. semalam kak mila datang bg plak rempeyek & kerepek pisang. bertambah2 la...dia bg jugak durian sebekas + sebijik, rambutan, tempoyak & rebung. tempoyak & rebung atas permintaan abah, tp aku x reti masak. kena google resepi la pasni hehe...

- stock up frozen food kat rumah untuk bukak puasa. tadaaaaa...

karipap ada, keria ada, kasturi ada & apam tepung beras...cukup la stok kuih sepanjang bulan puasa nih. & oso botok2 mak untuk sahur. bila2 rasa malas nak masak sahur, ada dah frozen lauk tinggal panaskan je hehe...*dasar pemalas...*

farah's 5th birthday last saturday. celebrate kat bp petang sabtu tu. dok la tiup lilin ngan adik irin & kazen alif. org lain semua dok tido. x pe la kak, next year insyaAllah boleh sambut ngan abah. t-shirt from atok mak. yeaaayyyy...selamat 1 baju baru buat habuan raya.

irfan berjaya puasa separuh hari last 2 days. tu pun sbb ibu bbsitter kesian kat dia. hulur segelas air terus dia teguk haha...hr nih irfan bersahur dengan jayanya, 2 kali tambah nasik..& dia kata nak puasa sampai maghrib. kita tggu saja lah petang nih camne. harap2 dia ok. cumanya dia x minat makan kurma. kalau x, rasanya makan kurma masa sahur pun boleh jugak membantu dia.

2 comments:

Tyha said...

Elly rebung tu buatmasak goreng pedas pon sedap...hehehehe

elly said...

tyha, dah selamat dah rebung tu. i buat masak lemak cili padi udang + rebung. seb baik hubby kata ok hehe...goreng pun sedap ke? i ingatkan rebung kena masak berkuah2 je mcm masak lemak or kari. ok next time bleh try...