Wednesday, September 21, 2011

Dinner...

masa kecik2 dulu, breakfast menu yang paling disukai ramai ialah - BUBUR NASI.  hehehe...x menarik langsung kan? tp mak punya bubur nasi nih consider special jugak la pada kami.  bubur nasi selain dimakan ngan kicap, akan ada jugak "lauk" tambahan dia macam ikan bilis goreng, kacang tanah goreng & telur masin.  yang paling penting sekali akan ada sambal (which is actually lada hidup & udang kering yang ditumbuk) dan juga caipo goreng bersama telur (tetiba kecur hehe...)


irfan macam mama, so dia mmg suka sgt makan bubur ni.  tapi aku x selalu buat sbb abah x berapa nak suka.  sekarang tidak lagi hehe...sejak bulan puasa hr tu, dah 2 kali abah request suruh masak bubur nasik for dinner.  syaratnya kena ada lauk yg "special" sket.  bukan la special sgt pun.  selalunya aku akan buat caipo+ telur, ikan bilis goreng, telur masin & ayam blackpepper.  tp hr tu aku masak lain sket - ikan bilis goreng+telur+bawang (ni kes terlupa nak beli caipo), sambal sotong, telur masin & sosej goreng.  bertambah2 makan smpi x cukup hehe...sekali sekala masak simple2 for dinner mmg mengujakan semua orang.  setakat nih kalau aku masak bubur, mmg berebut2 la semua termasuk si kecik.

 

kalau nak ikutkan, jarang sangat2 kami makan nasik for dinner during weekdays.  tapi disebabkan abah bwk balik siakap last week, pantas je kepala nih terlintas nak masak nasik.  siakap fresh nih, kena cepat2 masak hehe...g kedai beli kailan, balik keja tukar baju terus masuk dapur.  hasilnya kailan dah siap masak, tp ikan x sampai2 lagi haha...

siakap nih kawan abah dapat masa g memancing & dia jual kat abah for rm10.  murah giler...mana nak dpt ikan sebesar tu rm10.  kalau beli kat pasar yg kecik pun dah berbelas2 harga dia.  siakap steam yg aku masak nih pun separuh je.  bayangkan la betapa besarnya ikan tu.  berbaloi2 makan...

*dinner apa plak malam ni ye? dah le aku puasa nih huhu...*

Rutin Pagi Si Kecik


cer tgk apa yg budak kecik nih pakai kat kaki dia?
hehehe...kasut sekolah abang!

mmg rutin dia pagi2 bila bangun, org lain kelam kabut siap2 nak g keja/ skul, dia pun sebok jugak.  sebok pakai stokin kakak/ abang & lepas tu bila kita bukak pintu je, pantas dia amik kasut kakak/ abang & pakai.  pastu, bukan senang nak suruh dia bukak balik kasut & stokin tu.  siap mengamuk2 bagai.  mana la x stress mama pagi2 esp kalau dah lambat hehe...

Tuesday, September 13, 2011

Raya 2011 - 13 Syawal 1432H

mula2 rasa malas jugak nak join beraya since abah keja hr nih.  tp pikir2 balik, bila pulak nak beraya ke rumah sedara2 nih, gagahkan jugak la menghangkut budak2 nih semua.

1st house patutnya rumah mak ana @ kota kemuning.  last minute dapat tau mak ana balik kmpg pulak.  terus re-route ke puchong - rumah abg sharif & kak adib.  pagi2 datang menyebok rumah orang, dijamu pulak dgn mee & bihun tomyam. a bit masam tp aku suka sbb dia ala2 masam pedas (nyummm nyummm - haippp, puasa puasaaa haha...).

terus ke rumah chomel pulak @ alam suria, shah alam.  rumah chomel nih pun 1st time pegi.  cantik la rumah awak, chomel!  kesian chomel kelam kabut masak utk kitaorg.  dengan budak2 nih masing2 buat perangai (aku siap menangis time nih huhu...x tahan la dgn perangai irfan yg tetiba merajuk, farah yg buat macam rumah sendiri & fatihah yang mengamuk x tau apesal), mintak itu ini kat chomel, main ngan kucing gebu, kami dok buat tour atas bawah rumah chomel adoiiii...sorry ek chomel, jangan serik plak kami datang hehe...


sebelum mama menangis hehe...

lepas rumah chomel, balik rumah al*ong jap kat putrajaya utk solat & tenangkan perasaan aku haha...next on the list rumah kak yah @ villa sutera, bangi.  kak yah buat open house.  aku plak dah x de hati nak pegi, mengenangkan perangai anak2.  call abah, & abah setuju nak join hehe...keja kat bangi kan, boleh la keluar jap g rumah kak yah.  x jadi la aku tinggal kat rumah al*ong sbb dah ada "penyelamat" haha...

sebok menyepahkan rumah mak long hehe...

sempat berposing @ kak yah's.
 
with al*ong, kazens, mak yah & mak @ kak yah's

seb baik hr ahad x sakan sangat.  lepas rumah kak yah, singgah rumah al*ong jap & terus balik nilai.  confirm besoknya "monday blues", dengan budak2 terkocoh2 siapkan homework pagi2, aku plak plan nak puasa siap bangun awal kul 5am - raya sakan lagi ye this weekends, x serik2 hahaha...

Raya 2011 - 12 Syawal 1432H

weekends yang full giler fuhhhh...
mcm biasa, every year kalau raya, mak & ayah mmg akan memperuntukkan 1 weekend utk meronda2 rumah anak2 sedara (which are my sepupus sepapat la kan) @ klang valley area.  kalau nak ikutkan, 2 hari mmg x abis round la.  ada a few houses yg mmg "wajib" pegi, tp ada jugak a few houses yg klu ada kesempatan, pegi la.  kalau x sempat ataupun jauh sgt terpesong dr laluan, x pegi.

mak ayah sampai hr jumaat & sabtu @ 9 am dah bergerak menuju ke rumah pertama yg akan diserbu hehe...aku cakap serbu sbb konvoi kitaorg nih ada 8 adults & 7 kids.  jenuh jugak la org nak melayan kan?

1st house adalah @ batu 13 1/2 puchong - rumah pak aie.  pak aie dah bgtau awal2 dah breakfast kat rumah dia kul 930am.  jenuh jugak nak menjawab kat irfan bila dia sebok lapar2.  nak bg dia makan karang, terkenyang pulak dia.  hamikkk...kelaparan punya pasal dia boleh makan sebungkus nasik lemak & sekeping roti telur haha...

*thanks pak aie! macam2 dia sediakan for breakfast.  insyaAllah nanti kitaorg try "sebalut sosej" tu*

2nd house - kak imah's @ bandar sri permaisuri.  kak imah ajak lunch kat rumah dia.  kebetulan abg mohsien & anak2 abg lokman pun ada. meriah!!yg paling best, budak2 makan puding koktail smpi bertambah2, pastu semua x nak makan nasik. hmmmm...layann je lahhh!

after lunch, lepak rumah kak amil pulak.  dekat je ngan rumah kak imah, cuma different type of house la - kak imah's apartment, kak amil's townhouse.  makan soto pulak dahhhh...lama jugak lepak sini - solat zohor, si kecik berak la hape.  thanks a lot kak imah & kak amil.  kuih semua sedap2, habis setiap jenis kuih aku rasa haha...

random pic - in the car & @ kak amil's
cubaan mengambil gambar beramai2 - hampeh hehe...

next house rumah abg nas @ bndr tun hussien onn.  ni pun sbb mak yah call suruh pegi.  actually, rumah abg nas was not in the list.  x penah pegi pun sebelum nih.  tp since mak yah dah call bgtau abg nas buat open house, boleh la pegi kejap.  foods mmg penuh meja - beriani la, laksa la, lemang, lodeh bagai semua ada.  tp aku makan laksa je.  pastu rasa2 semua kuih2 & kerepek hehe... 

lepak jap rumah oc*a @ bukit jalil & after maghrib, gerak ke putrajaya pulak rumah kak achid.  bihun goreng, ketupat palas + serunding daging.  berebut2 makan sbb masa kitaorg dtg, kak imah & family, kak amil & hubby, abg mohsien & shafiq pun dtg "serbu" sekali.  seb baik semua dah kenyang, so ala ala cukup2 je makanan yg dihidang.  tah2 tuan rumah x makan malam tu hehe...

sampai balik ke nilai dah 10pm+.  budak2 semua kat dlm keta dah tido dah.  aku jugak yg tido lmbt sikit sbb dok iron baju & prepare barang2 & bj2 budak2 utk agenda besoknya pulak huhu...sakan ek ko beraya tahun nih haha...

Thursday, September 8, 2011

Raya 2011 - 3 Syawal 1432H

3rd day raya - konon2nya x nak g jalan mana2 sbb nak tolong mak kat rumah.  hr nih ada sedara2 nak dtg beraya & malam plak ada marhaban.  tggu punya tggu, segerombolan sedara yg dtg hylah pada waktu tghr.  pastu dok melangok kat rumah.  patutnya boleh je nak keluar beraya ke rumah pak su/ mak su kat parit raja.

kebetulan ayah suruh g beli tembikai utk marhaban.  apa lagi, terus g bp mall jalan2 cuci mata, makan mcd kat bukit pasir (tapau BigA donuts skali) & bwk the kids g playground @ tasik y.  ramai jugak org time2 raya nih.  

 
balik rumah terus sebok2 utk marhaban & kebetulan segerombolan lagi sedara2 menyerbu after maghrib.  3rd day raya nih ok sket sbb mak mmg dah prepare ngan nasi impit, daging masak kicap & kuah kacang.  so, org datang kita hidang je lah hehe...

4th day raya br la nak terhegeh2 g beraya ke parit raja.  abah plak tetiba nak beraya ke kluang.  terpaksa aku menebalkan muka beraya lg ke kluang utk teman abah pulak.  rupa2nya 4th day raya lg berduyun2 org dtg rumah mak.  kesian mak...masak nasik for lunch untuk 1st serbuan & masak plak mee hailam utk 2nd serbuan.  sape yg tolong?  mak sorang2 jugak huhu...*sorry la mak, salah bajet beraya*.

hr raya ke5 abah dah start keja.  so, pagi2 lepas subuh terus chow cin cau balik nilai.  pasni, entry raya di rumah sendiri pulakkkkk...

Wednesday, September 7, 2011

Our Anniversary

7.9.2003 - 7.9.2011 : Happy 8th Wedding Anniversary to US...

Alhamdulillah, syukur ke hadratNya kerana memanjangkan usia kami & usia perkahwinan kami.  Semoga ikatan ini berkekalan sehingga ke akhirnya, sentiasa dimurahkan rezeki, dikurniakan kesihatan yang baik dan anak-anak yang soleh & solehah...AMIN!

selalunya kalau our wed anniversary nih mmg kami berdua akan amik cuti.  tahun lepas x cuti sbb bulan puasa, tahun ni x cuti sbb br lepas cuti raya.  tp tahun lepas celebrationnya adalah berbuka puasa kat luar.  tahun ni?  rasanya x de pape kot hehe...this week abah keja shift malam, weekends plak sebok dgn aktiviti beraya.  hmmmm...akan ku fikirkan sesuatu yg simple sebagai kenangan *nak jugak tuuu hahaha...* (selain doa yg berpanjangan).


*godek godek kamera & hp, rupa2nya x byk gmbr kami berdua.  yang ada nih pun ala ala x menarik or ada terselit si kecik tu di mana2.  last amik gmbr berdua yg ada dlm simpanan pun masa bulan Mac2011 lepas huhuhu...pasni kena ingat suh irfan snapkan gambar mama & abah hehe...penat aku godek2 td x de plak gambar lama2.  kalau x boleh tgk transformasi abah dr kurus ke gemuk sikit.  aku jugak yg maintain (gemuk) hahahaha...*

UPDATED :

we did something simple yesterday jz for rememberence.  lunch together @ tes*co food court mainly because i love the nasik ayam there (org lain makan kat tmpt gempak2 bila anniversary, kitaorg kat food court je hahaha...).  nak makan kat pizza hut, takut x sempat.

petang - g beli 3 slices of cakes @ sec*ret reci*pe.  budak 3 orang tu lg byk makan dari kitaorg hehe...sempoi kan?!


 

Tuesday, September 6, 2011

Raya 2011 - 2 Syawal 1432H

 yeayyy...mlm raya pertama tu abah dah ada kat bp.  plan 2nd day raya adalah menziarah pak tam kat teluk ramunia, kak tipah kat sg rengit & pak uda kat ulu tiram.  nampak mcm sikit je rumah nak pegi. tp nak ke teluk ramunia & sg rengit tu makan 3 jam jugak huhu...


sempat jugak pagi tu bergambar sefamily.  tu pun x proper sangat.  mana x nye, si kecik izryn tu x nak kita pegang dia.  tu yg dia berada di mana2 saje yg dia suka haha...ikut la dikkk!  nak hire pro photog, masih belum dpt memujuk abah lagi dr 2 tahun lepas haha...tp x tau jugak pro photog boleh "kawal" si kecik tu ke x.  aktif bukan main, anak sapa la tu hehe...

apa yg menarik kat sg rengit/ pengerang nih sbb lokasinya kat tepi laut/ seberang ngan singapore.  sempat la singgah jap snappo2 kat tambak nih.  redah je bahang panas tengah hari demi mengambil gmbr hehe...

*baju kurung the girls adalah sumbangan ibu - tenkiu so much ibu!...& baju aku adalah sumbangan sendiri sbb konon2 nak ala ala pink purple jugak sama ngan the girls hehe...*

biasanya raya kat johor nih, 2 hari je mmg dah abis round.  tiap tahun makin kurang rumah yg nak diziarahi sbb tiap tahun mesti ada yang pulang ke Rahmatullah - Al-Fatihah utk arwah mak ngah & mak uda yang telah mengadap Yg Esa dalam bulan Ramadhan lepas.

kalau beraya di johor raya pertama, raya ke2 or ke3 akan balik kampung abah pulak.  tp this year lain sikit sbb nak blk kenduri sekali on 17 sep kat rompin.  so, balik lambat sikit.  sakan la beraya kat johor tahun nih smpi raya ke5 hehe...

Monday, September 5, 2011

Raya 2011 - 1 Syawal 1432H

raya dengan perasaan bercampur baur...alhamdulillah dapat beraya bersama mak & ayah tahun nih, tp sedih sbb abah was not around di pagi raya huhu...selama nih mmg x pernah la beraya tanpa abah di pagi raya. selalunya klu keja pun, 2nd day raya br abah keja. tetiba tahun nih co abah buat perubahan plak. 1st day raya kena keja, 2nd day raya br tutup. tp redha je lah kan. dah prepare mental & fizikal sejak tahun lepas lagi hehe...

balik kampung tanpa abah was oso a tough decision to make. ye lah kan, i am not a good mother, so having to handle the kids ALONE is so not me lah. tp memikirkan abah pun keja & kalau aku dok rumah bersama2 anak2 lagi lah haru kan. so, baiklah balik kampung. lgpun petang raya after keja abah mmg akan terus zasss balik bp.

tension kan tgk gambar kami di pagi raya? satu sbb abah x de, satu lg sebab blur yg amats. ape la u*cu nih x reti amik gambar, goyang hehe...x pe lah, kenangan nih walaupun blur haha...

macam biasa (macam tahun2 seblm nih), mmg x byk sgt bergambar di musim2 raya nih. x keruan la nak pegang kamera, nak siap itu ini adoiiiii...so, apa yg ada je lah. lepas amik gmbr nih terus x de amik gmbr lagi dah huhu...ada la gmbr sket2 yg disnap oleh either irfan or farah. tu pun tah hape2...gmbr kerusi, meja, telinga orang hmmmm...

pictures of the kids courtesy of farah hehe...dia yg dok usung camera ke sana sini. byk dia snap, tp yg x blur ada a few jek hehe...jadik laahhh!! lepas dah sebok snappo2, mintak2 maap - rutin 1st day raya bermula. 3 houses to visit @ kluang, 1 house in ayer hitam & another house @ bp town. dr pukul 10am kluar rumah, smpi balik ke rumah dalam kul 630pm lebih kurang. fuhhhhh...jenuh aku menghandle 3 org budak hehe...