Wednesday, September 21, 2011

Dinner...

masa kecik2 dulu, breakfast menu yang paling disukai ramai ialah - BUBUR NASI.  hehehe...x menarik langsung kan? tp mak punya bubur nasi nih consider special jugak la pada kami.  bubur nasi selain dimakan ngan kicap, akan ada jugak "lauk" tambahan dia macam ikan bilis goreng, kacang tanah goreng & telur masin.  yang paling penting sekali akan ada sambal (which is actually lada hidup & udang kering yang ditumbuk) dan juga caipo goreng bersama telur (tetiba kecur hehe...)


irfan macam mama, so dia mmg suka sgt makan bubur ni.  tapi aku x selalu buat sbb abah x berapa nak suka.  sekarang tidak lagi hehe...sejak bulan puasa hr tu, dah 2 kali abah request suruh masak bubur nasik for dinner.  syaratnya kena ada lauk yg "special" sket.  bukan la special sgt pun.  selalunya aku akan buat caipo+ telur, ikan bilis goreng, telur masin & ayam blackpepper.  tp hr tu aku masak lain sket - ikan bilis goreng+telur+bawang (ni kes terlupa nak beli caipo), sambal sotong, telur masin & sosej goreng.  bertambah2 makan smpi x cukup hehe...sekali sekala masak simple2 for dinner mmg mengujakan semua orang.  setakat nih kalau aku masak bubur, mmg berebut2 la semua termasuk si kecik.

 

kalau nak ikutkan, jarang sangat2 kami makan nasik for dinner during weekdays.  tapi disebabkan abah bwk balik siakap last week, pantas je kepala nih terlintas nak masak nasik.  siakap fresh nih, kena cepat2 masak hehe...g kedai beli kailan, balik keja tukar baju terus masuk dapur.  hasilnya kailan dah siap masak, tp ikan x sampai2 lagi haha...

siakap nih kawan abah dapat masa g memancing & dia jual kat abah for rm10.  murah giler...mana nak dpt ikan sebesar tu rm10.  kalau beli kat pasar yg kecik pun dah berbelas2 harga dia.  siakap steam yg aku masak nih pun separuh je.  bayangkan la betapa besarnya ikan tu.  berbaloi2 makan...

*dinner apa plak malam ni ye? dah le aku puasa nih huhu...*

No comments: