Monday, December 31, 2012

Bulan Hari Jadi...


disember - bulan hari jadi untuk keluargaku.
bday atok mak on 21st, birthday izryn on 22nd & birthday paei on 25th.
kebetulan 21hb tu atok mak & atok dtg ni.lai sbb ada kenduri on 22nd.
x de nak celebrate pun.
utk izryn pun, plannya cuma nak beli kek je.

plan mengejut, ajak along sekeluarga dtg makan.
tapau sate (order 100, dapat lbh krg 180 cucuk erkkk*...)
beli kek (nak beli pecan butterscotch SR dah discontinued plak. giler blank x tau nak beli apa, terus beli black forest kat kings haha...padahal SR pun ada black forest - ngokngek)
along request nak rojak (x tau mana mr abah beli, tp mmg x sedap huhu...),
itu la dinner kami malam tu.





the cake & the birthday "girls" & boy...
(firas tu menyebok je haha...)






belikan present untuk atok mak.
mintak si izryn tolong bagi.
berkobar2 turun tangga, sampai kat atok mak malu nak bg pulak haha...





in return, atok mak pun bg present jugak - 
t-shirt & tights.
(lupa plak nak amik gmbr masa izryn test fitting)


*sate tu mr abah order 100.
masa nak amik tu mmg dia ada tny kat penjual tu sbb nampak mcm byk sgt.
penjual tu kata, betul la tu.
bila balik, aku pun macam pelik apesal byk semacam.
kira2 tgk > 100 cucuk.
the next day, mr abah call penjual tu nak byr balik jumlah yg terlebih tu 
sbb rasa x sedap plak bila melibatkan benda2 makan nih.
penjual tu kata, HALAL je x pe.
alhamdulillah, rezeki yg Allah berikan pada kami.
budak2 pun mmg suka sate, so x de pembaziran pun walaupun byk.
sate nih bila masuk peti ais & panaskan, x keras pun.  sedap je...*


Thursday, December 27, 2012

Hari Pertama...



pendaftaran sekolah untuk tahun 2013 SKDJ was held yesterday.
nak byr yuran ke apa, SEPATUTNYA dibuat semalam.
pelajar tahun 1 pulak diminta hadir skali dgn memakai bj sekolah.
excited la si farah nak g skul semalam.
mama lg la excited haha...
beria malam sebelum tu mengiron bj sekolah,
siap readykan pencil case sbb sekolah kata kena bwk alatulis.


ready to go!

dalam kereta ok je.
sampai sekolah kena q untuk daftar nama pun ok jugak.
sampai kelas pun macam ok.
tp berdiri je depan pintu.
bila suruh duduk, mula lah...dah bergenang air mata.
abah pulak pegi tny "farah nak nangis ke?"
aku kalau rs nak menangis, pastu org tny nak nangis ke...
confirm dan2 tu jgk air mata mengalir.
seb baik x mengalir air mata si farah hahaha...


 


nazeera si penyelamat duduk seblh farah haha...
zeera ni anak jiran masa kat DI dulu.
mmg dah kenal.
terus dia ok.  ada a few jugak yg dia kenal dlm kelas nih
sbb sekolah sama masa kat kris.ta.


masa ni kena duduk je dalam kelas x buat apa.
mula la dia bosan.
panas nak bukak tudung la, haus nak air la...


 

masa mama & mr abah dgr taklimat, ada aktiviti mewarna.
(seb baik mama bwkkn pencil colour)
ni lepas dgr taklimat mr abah betul2kan tudung anak dara hehe...
ntah camne la keadaan tudung dia kalau dah start sekolah nanti.
ni x sampai 2-3 jam, rambut dah keluar sana sini.
kalau ikutkan surat yg sekolah bg hr tu,
semalam patutnya ada ujian saringan.
tp x de pun.  2hb nanti br ada ujian.
kononnya pendaftaran untuk semua kelas + byr yuran.
tp bila pegi kelas irfan, cikgu kelas dia x de.
cikgu ganti tu pulak x nak kutip duit, suruh tggu cikgu kelas.
makanya 1st day sekolah nanti br bayar.
apakah fungsinya buat 1 hari khas untuk bayar yuran kalau camni keadaannya?!
seb baik aku ada anak yg masuk darjah 1.
ada la jugak fungsinya dtg sekolah.
kalau parents yg datang semata2 nak byr yuran anak kelas lain selain tahun 1,
x ke hangin!
sabar sabar....

Monday, December 24, 2012

#4 : 6 Bulan



si kecik pagi ni
(baru bangun tido...)






alhamdulillah, hr ni genaplah baby isyraf berusia 6 bulan.

dah pandai nak main sbb dah boleh capai & pegang apa yg dihulur pada dia.
belum menyelar mahupun merangkak.
tp kalau nak tgk dia angkat bontot tinggi2,
cuba lah biarkan dia menangis hehehe...
(mr abah la yg selalu buat macam nih haha...).


aku dah mula bg isyraf makan 2 hr lepas.
nak test dulu makan kat rumah seblm bg taska handle.
aku mulakan dengan puri pisang (pisang lenyek + ebm).
alhamdulillah, isyraf boleh terima.
aku x bg banyak pun, sj bg dia rasa2 dulu.

hr ni bg puri carrot kat taska.
(aku dah frozenkan puri nih cukup for the whole week).
tgk cikgu kata apa petang nih.

Thursday, December 20, 2012

Persiapan Sekolah 2013


tahun depan irfan darjah 2 & farah akan masuk darjah 1.
teringat aku dulu...masa darjah 1 satu sekolah dgn along darjah 2.
mak pun x berapa nak tggu kat sekolah masa mula2 masuk darjah 1 tu.
mak kata, apa2 g jumpa along haha...

tapi irfan nih garang sket ngan adik2.
risau jugak, kot la dia buat dek je dgn adik dia.
tp along pun garang jugak dulu haha...
x ingat pulak along ada marah2 aku kat sekolah.
kalau kat rumah ye lah, mana pernah x bergaduh.


baju sekolah dah settle...





dapat mama yg x reti menjahit nih, padan muka diri sendiri haha...
sbbnya 1 beg nih semua baru amik from tailor.
seluar irfan kena potong sbb panjang, baju farah kena alter sket panjang tgn dia, batch & name tag tu skali harung aku htr kat tailor.
mahal jugak la kalau ikutkan keja yg tailor nih buat, bukan susah pon.
tp dah x reti menjahit tu kan, pasrah je lah!

(tp tahun lepas aku jahit sendiri name tag irfan tu.
walaupun buruk, tp x de plak tertanggal ke apa sepanjang tahun.
elok je pun.  cuma tahun nih x brp nak sempat nak jahit.
aku jahit 4 name tag mau makan 3-4 jam hahaha...)





stationeries & all.
beli je, tp x sempat lagi nak kemas betul2.
beg sekolah farah x beli pun lagi.
x jumpa yg berkenan huhu...





aku dah beli buku2 kat kedai buku sekolah.
nasib sekolah ngan ofis dekat.
jumaat lepas masa lunch break sempat jugak la menjengah ke sekolah.
x de orang, kejap je dah settle beli.
kalau tunggu next week masa registration tu, mau beratoq panjang.


book cover pun dah beli, cuma nak menyampul tu je masih belum berkesempatan.
next week mmg kena all out
(last minute jugak akhirnya hahaha...)





buku teks irfan dah dapat sebelum cuti hari tu.
banyak yg dah ada cover.
ada 2-3 yg kena tukar cover.


huhu...dah terasa dah bahang2 tensen bila anak nak mula sekolah nih.
dah start praktis bersabar banyak2 dari sekrg haha...
& kuat kan semangat nak mula balik sesi membasuh baju sekolah di tgh2 minggu & menggosok baju selambak banyak masa weekends.
adoiiii laaaaa...

(mama kena pegi kelas motivasi hahaha...)

Wednesday, December 19, 2012

Jom Tonton...



sebenarnya ada lagi sikit nak sambung pasal Jalan-Jalan Utara.
tp terlupa nak transfer gmbr from hp mr abah.
so, besok la kot nmpknya 
(klu x terlupa la...sbb cerita yg x brp nak menarik kena diselang seli dgn gmbr haha...)


semalam aku tgk cerita ini...


image from http://perekacipta.com

layan sorang2 dalam bilik sambil melipat baju
(yg melambak & bergunung2 disbbkan trip berjalan sakan hr tu.
tu pun sempat lipat 1st round dulu - bj budak2 je huhu...)


ok la cerita nih pada aku...
(org lain dah tgk lama dah, aku br terhegeh2 nak tgk...)
dah boleh agak dah, typical cerita melayu - happy ending walaupun nampak macam ala2 nak sad ending.


malam ni (kalau x ngantuk la),
nak tgk cerita ini pulak... 
 


image from http://fuh.my


sambil melipat baju round 2 - bj mak bapak plak.

ramai orang kata cerita nih best.
bila tanya kat mr abah dah tgk ke cerita nih, dia jawab :


mr abah : dah! endingnya dia kawin...
aku : wehhhh, jangan lah citerrr!!


hahaha...teruk betul terus nak crita ending.
org baru nak feeling tgk.  anti-climax betul laaaa...


sebenarnya, filem2 ni semua mr abah "pinjam" dr kawan2 dia.
x ku sangka org2 lelaki pun minat nak donlod crita2 macam nih.
tp serius...kalau nak tgk crita2 melayu nih tanpa pegi GSC ke hape,
bgtau je la kat mr abah.
dia willingly akan try carik from kawan2 dia.
sbbnya dia pun tau kompem x de masa nak bwk anak bini g tgk wayang kan?


ada lagi berderet cerita yg dah lama pinjam, tp x tengok2...
aku kan bila ada anak kecik nih, mana tgk tv/ cerita2 sangat.
(tv rosak pun aku x heran nak beli baru hehe...)
konon2 nak follow "Dalam Hati Ada Taman",
2 episod je mampu follow betul2.
pastu kalau sempat tgk ulangan, aku tengok.  kalau x, x kesah sgt pun.

aku pun heran mana pergi "hantu tv" dalam diri aku.
kalau sebelum ada izryn dulu, semua cerita aku follow.
ke aku dah insap sbb dah tua.  mata pun x mampu nak bertahan tgk tv, baik tido!
tp, kalau aku ada dpn tv, remote mesti kat tangan aku.
x de chan budak2 nak tgk katun hehe...


image googled - http://ceritamaster.com; http://sedut.org; http://sinarharian.com.my; http://thedisneyblog.com.my


ni sikit je yg aku ingat,
rasanya ada lagi kot.

brave tu budak2 dah tgk 3-4 round dah.  aku x tgk lg...
hantu kapcai tu aku rasa macam nak tengok.
(i kan peminat jozan hahaha...tetiba)
tp sorang2 malam2 nak tgk bila budak2 semua dah tido, adalah sedikit seram.
padahal bukan hantu pon hahaha...


Monday, December 17, 2012

Jalan-Jalan Utara - Part II


kalau dok hotel nih, budak2 mesti demand nak mandi pool.
dah le masa breakfast, cafe tu betul2 sebelah pool.
memang budak2 sambil makan, sambil jeling2 pool hehe...

masalahnya, kami mmg tgh rushing huhu...
dah le pg tu turun breakfast pun dah nak dkt kul 830 pg.
masing2 semua belum mandi plak tu.
karang kalau mandi pool, confirm lagi lambat.

kesudahannya, bagi "can" la budak2 mandi dalam bath tub sajo haha...
muncung jugak budak2 tu.
tp dr x de berendam lgsg, pasrah je la berendam dalam tub. 





walaupun berendam dalam tub, amik masa jugak
sbb buat 2 round.
ni 1st round, patutnya irfan sorang...tp si kecik tu mana boleh lawan cakap dia kan?
so, berendam la dia skali.
2nd round - kakak farah plak berendam sorang2.  lg syok...


check-out kul 1130 pg, terus kami menuju ke penang hill/ bukit bendera.
aku siap call dulu sebelum pegi sbb takut tutup.
alhamdulillah, bukak!!
at least ada la jugak "tempat menarik" yg kami pegi kat penang nih hehe...




jenuh jugak memanjat bukit dgn baby nih.
walaupun guna carrier, mula2 tu ok la.
lama2 isyraf dah mula marah.  mungkin sbb panas kot.
so, gilir2 ngan mr abah dokong dia.


budak2 request pulak nak masuk owl museum.
budak2 masuk free, tp dewasa kena byr rm10.
sangat la tidak berbaloi kena byr rm10 tu.
bukannya ada apa pun.
tp dah budak2 bising nak masuk, terpaksa laaaa...
seb baik mr abah x join skali.  kalau x, rugi rm20 huhu...

 



turun dr bukit bendera pun dah pukul 2 ptg ++.
agenda seterusnya - nak g carik "jeruk halal" - jeruk pak ali.
kalau ikut addressnya kat bayan lepas.
giler guna gps, tp sesat barat.  mmg x jumpa.
 last2, chowrasta jugak la jawabnya.
sampai chowrasta, rupanya ada 1 kedai jeruk pak ali kat situ.
hahahaha...giler meredah sana sini dgn panasnya, rupanya chowrasta pun ada.



 


pastu, g carik pulak restoran hameediyah.
dekat je ngan chowrasta.
disebabkan budak2 semua tgh tido + kami pun nak cepat
(dah nak dkt kul 4 kot rasanya time nih),
maka tapau je la nasik kandaq.
(hahahaha...giler x best nasik kandaq bungkus).
aku x minat sangat nasik kandar.
so, beli murtabak 2 untuk share ngan budak2.
 kempunan pesemboq, so tapau jugak sebungkus pesemboq.
(pedas giler pesemboq dia, tp boleh la dr x de.
pesemboq gurney tutup semalam masa kami pegi *frust*).

kami mmg plan nak naik feri masa keluar.
dah kul 4 ptg++ time tu, mmg giler jem la nak naik feri.
disebabkan jem, maka kami makan je dalam keta di tgh jem.
sempoi je percutian kami kali nih kan? haha...

kami menuju ke kulim petang tu (rumah mak lang mr abah).
730 ptg baru kami sampai kulim.
mak lang siap bg makan durian malam tu.
x larat la aku tgk durian malam2 + penat tu.
mr abah je layan durian dgn 2 anak2 daranya...

*bersambung (kalau rajin hehe...)


Friday, December 14, 2012

Jalan-Jalan Utara - Part I

balik dr melaka, penat pun x brp nak reda lagi,
kami berjalan pulak ke utara
(ni.lai - penang - kulim - perlis - ipoh - sg besar - ni.lai)
fuhhhh...serius penat.
baju2 selama 5 hari berjalan tu x habis basuh pun lagi.
pulak tu cuaca x brp nak menentu.
almost everyday hujan.

tujuan sebnr pegi utara nih sbb nak attend kenduri kawin apit (kawan mr abah) kat arau.
mr abah nih kalau ada jemputan kenduri kawin,
mmg dia rajin pegi wpun jauh.
mcm tahun lepas kami penah attend kenduri kat tganu.
x de ke kawan mr abah kat sabah ke sarawak ek?
boleh kami berjalan ke sana pulak hahaha...

dah terlanjur berjalan, aku pun amik kesempatan hehe...
ajak mr abah bercuti ke penang.
tu pun sehari je + singkat sangat.  apa pun x blh buat huhu...
konon dok kat batu ferenggi, tp laut pun x sempat nak jengok hahaha...

kami bertolak dr rumah dlm pukul 9 pg kot.
siap singgah breakfast dulu, maka masuk highway pun dah pukul 10pg++.
terus je x berenti pun.
hujan pulak kat area lepas bukit merah.
seb baik hujan sekejap je sbb kami ada plan sebelum masuk "pulau".

plan makan mee udang kat sungai dua hehe...

aku ada buat "homework" sikit sebelum g utara nih.
jangan main2...aku siap ada tentative program lagi haha...
sebelum pegi, tunjuk kat mr abah plan tu, dia ok je...

ramai orang suggest pegi restoran aur gading nih.
ok la, senang jugak nak carik wpun mula2 tu macam x sure sbb ada kedai2 lain sebelum2 tu macam tutup je.
 bila sampai, mr abah siap tanya kat org kedai tu bukak ke x seblm bg kami semua turun keta.
dah sah2 kat entrance tu dia tulis "OPEN" haha...
tp yg buat x sure tu sbb x de orang.
kami sampai dlm kul 2 ptg camtu.
lepas kami tu, baru la ada 2-3 group sampai.



kami order mee udang untuk 2 org makan.
budak2 x nak makan mee.
jadiknya aku order nasik goreng cina (for kids) + kerang rebus + sotong goreng tepung + air laici sejag.

ok la mee udang, sedap.
udang utk 2 org makan ada 8 ekor.
harganya RM31 utk 2 org makan.
mahal sikit la pada aku sbb portionnya x de la banyak sangat.
 ada kazen mr abah kat perlis cakap, kalau nak makan mee udang yg murah sikit ada kat taiping.
in sha Allah, nanti la kami try pulak yg taiping tu.


aku booking kat hydro hotel batu ferenggi.
masuk2 je lobby from basement parking, kami jumpa pokok krismas besar.
apa lagiiii...




mama pun jakun skali haha...

 malam tu saje jalan2 carik makan kat area night market batu ferenggi.
x tau nak makan kat mana.
mostly kedai2 melayu tepi jalan penuh je aku tgk.
jumpa kedai nih (x ingat nama), betul2 depan HRH.


 


baby tido, so kita letak dia dalam carrier & boleh makan dengan aman hehe...
turun keta, naik keta, turun keta lagi, naik hotel - baby tetap tido.
penat sangat la tu kot...

*bersambung...*

Thursday, December 13, 2012

Donuts vs Crepe

aku mmg jenis yg ketinggalan zaman sket.
(hahaha...giler mengaku ketinggalan zaman).
mksdnya x de la up-to-date sangat, 
x kira la dr segi pakaian ke (mcm sekrg org sebok dgn shawl ke hape tu, aku setia dgn ariani & bawal-bkn-2tone lagi hehe...) ataupun
dr segi makanan (like chatime? - mmg x penah try).

shawl tu mmg aku x berani nak try lagi sbb takut macam x sesuai dgn aku.
tp bab makanan, sbb aku dok jauh dr kl, x de la beria2 semata2 nak g kl or area2 sekitar kl utk carik makanan yg tgh "digilai" sekrg nih.
(kebykan "makanan2 baru" nih mmg kat area kl kan?)

ingat x dulu org sebok pasal Big A & Krispy Kreme donuts?
aku penah kot makan Big A dulu.  tu pun dah brp lama org dok heboh, br aku try sbb kebetulan masa tu g MidV.
tu la sekali.
sekrg nih bila org x sebok lg pasal donuts nih,
terjelma lah Big A dkt ni.lai nih hehe...

maka, sakan la aku membeli sbb mr abah suka
(hahaha...anak2 x minat sgt, org tua yg lebih).
sakan x sakan la...selang 2-3 bulan beli la 1 kotak 6-pieces tu utk memenuhi kehendak tekakku & mr abah + paksa anak2 makan sorang 1 haha...






yg ni aku beli 3 minggu lepas kot.
yg hujung warna hijau tu perisa green tea.
sj beli sbb ada my fren kata sedap.
erkkk...tidak la sedap sgt pada tekakku sbb dia pahit + manis huhuhu...
not so wierd, tp aku x brp nak suka.


sekrg ni plak org tgh hantu dgn durian crepe.
sampaikn mr abah tanya "susah sgt ke buat durian crepe tu?"
hahaha...x tau la susah ke x.
tp dah mmg x pandai masak, + aku tau kemampuan aku.
setakat nak buat lempeng biasa, lepas la.
tp nak buat crepe yg ala2 nipis macam kain dalam tu, huhuhu...
lg pun ada baby nih, x koser la nak mencuba2 resepi nih.
karang kuih ke mana, anak ke mana...
(wahhhh...banyak alasan ko ek haha...).

 
last week g beli breakfast kat restoran mama dpn rumah nih.
tgk2 ada jual plak durian crepe.
x pikir panjang, terus beli...

 
  

sedap, boleh tahan la.
drp 5 ketul, aku makan 1, mr abah makan 4.
pastu dia suh beli lagi.
tp nak yg azza buat sbb dia tgk pic durian crepe azza sgt gemuk & gebu.
wahhhh...demand!
masalahnya, azza dok jauhhhhh...
pastu restoran mama pun dah x jual dah.
maka, meleleh air liur je lah jawabnya haha...

Wednesday, December 12, 2012

Jalan-Jalan Melaka

dah 2 tahun berturut2 pihak pengurusan kat agensi aku nih sponsor staf2 utk pergi retreat/ team building/ what-so-call "bengkel hala tuju".  for this year 2012, sorang staf diberi rm500 untuk pegi retreat kat mana2 yang disukai.  yg penting, x over-budget.

tahun lepas kami pergi janda baik je.
tp last year macam strict sket.  kena buat bengkel.
kluar dr environment ofis pun, dok jugak berbincang dlm meeting room.  
apa kelassss hehe...
tp this year ada sikit kelonggaran.
x yah bengkel pun x pe.  cuma lebih kepada retreat utk staf + masukkan la unsur2 team building sket.

macam biasa la.  dept aku ni kecik je.
so nak buat kat tempat yg grand sgt pun, bila x smpi 30 org, susah jugak nak nego ngan pihak hotel.
last2 kami decide pegi melaka je (29 nov - 1 dis 2012).
ada 2 orang kat deptku ada baby (1 tu aku la...), so nak travel jauh2 sangat tu agak x digalakkan.

kami dok kat d village resort ayer keroh.
chalet betul2 depan pool.  tp sekali je budak2 dapat "terjun" disbbkan masa yg singkat + banyak aktiviti lain.




masuk2 chalet je, masing2 terus landing atas katil.
baby pun tido je sepanjang jalan.

 


petang tu aktivitinya naik river cruise.
masing2 berminat nak naik waktu malam.  
aku pun teringin gak nak rasa pengalaman naik night cruise.
tp mengenangkan baby, lain kali la kot.
in sha Allah, ada rezeki nanti boleh pegi melaka lagi...




baby aku letak dalam carrier.
syok plak dia tido sepanjang dalam cruise hehe...

  malamnya = aktiviti bebas.
yg ada anak kecik nih, aktiviti bebasnya mmg confirm la dok dalam bilik hehe...
tp yg muda2 semuanya g lepak kat dataran pahlawan.
zamanku sudah berlalu huhu...




pagi besoknya, aktiviti team building kami - boling @ mibc!
budak2 pun kami booking 1 lane.
syok diaorg main baling2 bola walaupun semua ke longkang haha...
(eh, mama pun byk masuk longkang jugak huhu...).
 



kami main 2 game.
budak kecik ni mula2 ok la dok dalam buggy.
lama2, mula la dia x selesa.
aku punya turn pun, ada yg aku suruh mr abah tolong balingkan haha...
sbb sebok "memenuhi kehendak" budak kecik ini.

eh, kami ada hadiah untuk semua team.
team aku dapat no 4/ 4 hahaha...
tp mr abah dpt anugerah jatuhan pin terbanyak.
kesian...dia sorang je yg terer, team mates yg lain hampeh haha...
anugerah jatuhan pin terbanyak team kami yg menang.
anugerah paling banyak masuk longkang pun team kami jugak hahaha...

 


budak2 main 1 game je.
so sementara tggu game adults abis, kena la melayan kehendak kanak2 milenia nih!

 


petang tu lepas solat jumaat, kami pegi makan beramai2 (bayar sendiri2)
kat asam pedas selera kampung.
pastu terus g naik menara taming sari.
serabut ramai orang kat area situ sampaikan izryn hilang.
memang giler x perasan izryn x de.
lama jugak rasanya izryn hilang sbb kami sempat berposing sakan.
tiba2 baru terperasan (kalau tgk gmbr beramai2 tu, mmg izryn x de).
alhamdulillah, jumpa dia semula tgh menangis dekat dgn area nak amik gambar kat pintu masuk taming sari huhu...
masa jumpa tu mamat cameraman tu tgh pujuk2 si izryn.
adoiii la mama...kena lebih alert pasni.


malam tu, aktiviti night zoo.
aku x join sbb x berani nak bwk baby masuk hutan.

pagi sabtu mmg x de aktiviti.
tp kami check-out awal sbb nak kena g JB untuk wedding
shafiq - fatinah - my dear anak sepupu.
(dah tua weh...anak sepupu pun dah kawin).

alang2 pegi JB, terus je balik BP.
cukuplah walaupun untuk semalam je.

*penat...tp the following week lg penat.
in sha Allah, nanti citer*

Monday, November 26, 2012

Durian...

hari sabtu lepas saja2 la round2 carik durian.
lama rasanya x makan durian.
masa pregnant, mmg x sentuh langsung durian.
itu sendiri pun dah 9 bulan.  isyraf pun dah 5 bulan.
mau setahun jugak la x sentuh durian nih.

area nilai ni rata2 durian ni hrg dia rm5/ sekilo.
boleh la setakat nak beli sebijik, puas hati makan.
bukan nak byk pun...
tp mengenangkan izryn yg batuk + br nak baik demam, hasrat hati sendiri dipendamkan.
bukannya "hantu durian" sgt pun.
abah kata "bukan mengidam pun" (amboiiii...)...

tp dah kata rezeki nak makan durian kan...
hr ahad tu boleh pulak ucu dtg hantar durian kampung (beruas mari...)
alhamdulillahhh...

ada la sebijik besar nih...
(sebenarnya ada 10 bijik kot.  1 je yg gedabak ni.  yg lain cute2 je.
tp 3 bijik je kami amik termasuk yg besar ni.
yg lain2 sedekah makan kat kawan2 abah sbb tau sendiri makan mau x abis.
jgn tamak hehe...)


giler susah nak bukak, tp orang kata, yg susah tu yg sedap!





setia menanti budak2 nih haha...

 


yeayyy...dah boleh makan.
boleh tahan jugak budak2 nih makan.
farah rasanya 5 ulas kot.  izryn 3 ulas.
irfan?  seulas pun x abis hehe...
irfan mmg x minat durian.  tp bila semua org makan, dia nak rasa jugak.
tp lemah je dia makan.  pastu terus x nak...

mama?  rasa nak makan byk, tp terhad 3 ulas je sbb kesian kat baby.
karang x pasal2 baby plak yg demam.
durian ni besar.  makan byk camtu pun ada dalam 6-7 ulas jugak balance dia kena simpan.
hr ni kita plan buat something ye...ngan durian tu.

durian crepe???

hahahaha...berangan je la.  bubur kacang durian pun buat x brp nak sedap, lagi berangan nak buat crepe...

Friday, November 23, 2012

#4 (Lagi...)


rasa tenang je bila tgk DIA tido...
 



yeayyy...dah bangun!!

 


*rambut DIA dah panjang...rasa nak botakkan je, tp abah x nak pulak.
klu tgk bhgn blkg lg la rasa nak cukur semua time2 tu jugak.
cukur bantal!!!*

*happy 5 months old baby...(besok 24.11.2012 genaplah DIA berusia 5 bulan).
kejap je masa berlalu.  susu mama pun dah makin merudum huhu...
bertahanlah bertahanlah utk tempoh sebulan lagi (sekurang2nya...) - banyak2 berdoa!*


Tuesday, November 20, 2012

Kuah Kacang

aku mmg minat sangat kuah kacang.
kalau cafe kat ofis nih buat nasi himpit & kuah kacang, mmg confirm aku beli...

taraaaa...breakfast pg nih (dah tggl seketul hehe...)






kalau ikutkan, aku boleh je buat sendiri kuah kacang nih.
tp disebabkan jarang sgt buat, so bila sekali2 buat tu, kadang2 rasa ok, kadang2 x brp ok (mmg x pandai masak punnnn...)

MIL pandai buat kuah kacang.
i mean, kena ngan taste aku la. ada manis2 sket sbb dia letak gula kabung.

masa kat ofis lama dulu pun, ada sorang collegue nih pandai jugak buat kuah kacang.
tp versi dia yg ada campur2 ngan "haiwan".
kuah kacang kerang, kuah kacang ayam, kuah kacang daging...
mmg sedap sangat...

pagi2 cerita pasal makan, karang nak buat kerja pun terliuq haha...