Thursday, March 22, 2012

American Dinner...

masa kecik2 dulu, mak aku penah buat 1 menu breakfast nih - dia ala2 american breakfast yg dimelayukan hehe...menu dia mengandungi...

roti paung (kalau aku, biasanya mmg roti gardenia putih tu la...)
kacang panggang (dalam tin)
telur mata
kentang (bkn fries tau.  ni ala2 wedges buat sendiri...)
sos tomato

cara makan...

semua bahan2 kat atas tu (kecuali roti) akan disusun dalam pinggan.  kena buat sorang 1 pinggan la kan... sos tomato kita letak atas telur tu.  amik roti, makan la bersama2 bahan2 di atas...x kira la nak letak dlm roti pastu lipat roti tu ke, nak cubit2 roti & cubit2 telur ke - x kesah! yg penting licin pinggan hehe...& brp keping roti nak makan pun ikut suka.  sempoi x breakfast kitaorg dulu2?  tp syok makan ramai2...& rasanya menu nih antara yg menarik perhatian kitaorg.

semalam tetiba aku rasa nak makan american breakfast nih.  kebetulan abah blk lambat & dah makan kat luar.  boleh la aku buat american dinner sempoi2 nih.  anak2 ok je sbb diaorg punya taste ala2 mama diaorg sket.  terima seadanya apa yg mama hidangkan hahaha..

taraaaaaaa...


cuma aku x buat sepinggan sorang sbb rasa macam membazir tenaga nak basuh pinggan nanti hehe...
tau dah!! yg beria2 makan - aku & irfan je huhu...anak dara 2 org tu makan main2 je.  anak dara kecik aku x heran sbb dia makan macam2 dah petang tu.  siap ngan susu bagai.  anak dara besar tu yg aku risau sket.  susah bebeno nak makan.  ala2 makan sekeping roti pun x habis, macamana la badan nak beso huhu...

Monday, March 19, 2012

Ragam Anak-Anak...

anak2 = macam2 perangai, macam2 ragam...kalau weekends tu, cukup la sehari dok dgn diaorg kat rumah, bertukar2 karektor aku nih hah...kejap jd singa, kejap jd bibik.  namanya nak berehat, x dapek laaa...tapi kadang2 kelakar jugak bila layan bercakap ngan diaorg nih.

insiden masa aku tgh sebok mengiron baju petang semalam...

irfan : lamanya mama iron baju...
aku : memang la lama. kan byk nak iron nih.
(huhu...hr ahad je mesti nak nangis sbb kena iron bj sekolah irfan, bj sekolah farah & bj keja aku sendiri. sekali duduk mengiron, makan dekat 2 jam jugak la. dengan perut memboyot nih, senak!).
irfan : kesian mama...nanti irfan dah tua, irfan iron baju irfan sendiri.
aku : dah tua tu bila?
irfan : bila irfan umur 24 tahun...

mati la mak ko irfan oiiii, nak tggu 24 thn baru nak iron bj sendiri!!!

insiden masa aku dok lepak dalam bilik lepas siap mandikan si irin. dengar irfan dok borak ngan farah...

irfan : farah, adik pakai bj farah lah.
(semalam aku pakaikan irin bj lama farah.  penuh dah drawer irin ngan bj lama2 farah smpi x muat2).
farah : ye lah. kita mana muat lagi, dah kecik.
irfan : lain kali farah jaga la baju elok2. jgn bagi kecik!

wahahahahaha...aku senyum sorang2 dlm bilik.  apa la irfan nih...farah pun confused kot x tau nak jawab apa.

insiden farah berborak ngan abah tru phone...

abah : abah makan kambing tadi.
(abah g kenduri rumah kawan dia, ada lauk kambing kot).
farah : kambing tu bergerak ke x bergerak?

hehehe...nak jawab camne soklan camtu ek? mesti dia imagine kambing yg dok berkeliaran kat kampung2 tu.

Monday, March 12, 2012

Jalan2 Ke MV...

sapa2 yg kenal abah mesti tau tmpt yg plg dia x suka pegi ialah kl.  bkn apa, dia x suka nk menempuh jem.  rasanya org yg x sabar je yg x suka jem nih hehehe...

last week ada kawan aku bgtau ttg maternity expo kat midvalley.  jarang aku pegi ekspo2 camni sbb malas nak hadap org bersesak2.  tp x tau kenapa ekspo yg ni terasa nak pegi plak.  mgkn sbb masa g kursus kat renaissance kl last month ternmpk banner maternity ekspo kat klcc tp tau x leh pegi kot.  tu yg bila ada ekspo kat tmpt lain terus keinginan tu membuak2 hehe...


ajak jgk la abah pegi walaupun tau jawapan dia mcm x de harapan je...blh dia jwb macam nih "tgk la kalau besok terbukak hati nak pegi" huhuhu...tp akhirnya pegi jgk hehe...tu pun quite lmbt jgk la sbb tggu irfan abis english class dia @ 1pm.

hasil rembatan...

tujuan utamanya nak beli steam sterilizer je.  abah kata, anak nak masuk 4 baru nak beli sterilizer huhu...anak2 seblm nih bajet semua lari macam2 nak beli.  so, yg nih kebanyakan barang besar2 semua dah ada, tu yg nak carik gak sterilizer tu.  sebelum2 nih main rebus je botol hehe...x pe, dah pasang niat, kalau still ok, sterilizer nih blh hand-down kat adik2 ipar, insyaAllah.
ada 3 bag lg tu - 2 bag tu barang2 pureen.  macam2 la : the kids shower gel, standby beli breast pads & milk storage bags, bottle warmer, barang2 kecik2 yg lain.  actually, 1 hape pun aku x beli lg utk baby.  pegi nih pun bkn beli sgt sbb aku pun x sempat nak list down lagi apa nak beli.  within this 2-3 weeks, rasanya kena list down dah kot & check balik apa2 yg x de/ ada.
pada aku la, maternity expo nih x de apa sgt pun.  ke, sbb ramai org & nak jalan pun x boleh menyebabkan aku x brp nak menghayati apa yg dijual hehe...tp yg penting aku dpt apa yg aku nak.
macamana org update guna tab ek? sbb aku rasa mcm leceh je nak update guna tab.  bila enter, kadang2 cursor lari sana sini.  end up melecehkan nak betulkan sana sini.  ke, aku yg jakun x reti guna hehe...

Thursday, March 8, 2012

Rangkuman 4 In 1

lama x bercerita kat sini walaupun byk sgt insiden yg berlaku within these 2 months.

agenda jjcm ke melaka sempena birthday abah in early feb.  x plan pun, tp sbb aku teringat abah penah cakap dia nak g makan asam pedas melaka & seafood kat umbai, terus otak terpikir nak blanja the whole family ke melaka (sbbnya x tau nak bg hadiah apa kat abah hehe...letih pikir).  seb baik birthday abah bkn waktu cuti sekolah.  so, walaupun last minute senang jgk la nak dpt hotel.  pegi pun during weekends je.  kejap tp puas hati la dpt mkn apa yg dihajati, + bdk2 pun dpt mandi kat swimming pool (serious, walaupun dapat mandi kejap pun dah nmpk keseronokan diaorg berendam), naik menara taming sari & masuk muzium samudera (budak2 kan, bila nmpk kapal besar tepi jalan, mesti la sebok ajak pegi.  kalau ikutkan aku, x kuasa la nak naik2 kapal tghr buta tu).


dinner @ ikan bakar parameswara, umbai (birthday boy request nak g kedai nih, so i follo hehe...).  ni makan mmg sampai tersandar kekenyangan.  org tamak order sampai sekor ikan jenahak sweet sour.  amik ko, makan, rehat jap, makan lagi hehehehe....

cerita x best masa nih...irfan plak ada masalah kesihatan, asik muntah je.  so, dia x makan.  minum milo je & rasa ikan sikit.  tu pun, semuanya dia muntahkan balik.  rugi seorg "pemakan", tinggal aku & abah je...mana la larat nak abiskan semua huhuhu...


lepas makan & solat, zoommmm terus ke "night zoo".  ok la jugak experience pegi zoo malam, x penah2 umuq pegi sebelum ni.  menakutkan pun ada lalu celah2 hutan/ pokok2 dlm zoo tu hehe...


the next day, naik menara taming sari, pegi muzium samudera & lunch @ asam pedas selera kampung (berhadapan dengan menara taming sari).  ok la asam pedas dia (tp aku lg suka asam pedas johor).  


birthday cake abah yg comel lote hehe...kek nih beli lambat sehari dr birthday abah sbb on the day itself, farah plak muntah2.  dah sampai dah depan kedai nak beli kek, farah muntah dlm keta.  dah la patah balik rumah terus & g klinik.  the next daynya, kebetulan atok, atok mak & semua adik beradik aku dtg rumah, terus beli kek.  tu pun punya kelam kabut x dak duit dlm wallet, terpaksa beli kek kecik hehe...(loqlaq aku hahaha...)

si kecik irin was hospitalized for 4 days due to diarrhea (21-25.2.2012).  fuhhhh...sangat menguji kesabaran dan kekuatan.  alhamdulillah, abah willing to look after irin at night sbb dia takut aku x selesa dok kat hospital.  1st 2 days irin dok kat wad 4 org sebilik.  since abah yg jaga dia & wad tu tempat post-natal + abah pun macam dah x keruan, dapat la tukar ke bilik sorang.  terus aku yg jaga irin malam tu hehehe...tp challenging la jaga budak sakit nih.  since dia kena masuk air for the whole 4 days, mmg susah dia nak bergerak & mgkn sbb tu jugak dia byk meragam.

rotavirus was proved -ve.  virus2 lain pun doc x dpt detect.  tp kuat jugak la virusnya sbb demam dia 3-4 days br nak ok & cirit birit tu > seminggu jugak.  ok pun selepas amik antibiotic for > 3 days. 



my birthday on 4th of march.  giler teringin nak makan RV cake.  search sendiri mana nak beli, order, bayar & amik sendiri hehe...i ordered this from http://www.anisbakery.net located at sg ramal dalam, kajang.  masa nih dia buat promo.  sedap kek dia.  jenuh nak abiskan sbb terlupa irfan x minat cheese cake.  budak yg makan 2-3 slices sekali hadap hanya makan sepotong je smpi ke sudah.  matik la aku makan sorang2 kek nih.  sampai sekrg pun x abis2 lagi walaupun dah bg org, dah bwk g ofis macam2 la huhuhu...

 birthday dinner was @ d one steak, seksyen 6, bangi.  ni pun lepas tgk jjcm la nih (kuat betul pengaruh haha...).  ok la...sedap boleh tahan, murah & cepat.  walaupun ramai org, tp servis tip top. 

oh ye...birthday aku nih jatuh hari ahad.  yeayyyy...sbb abah sanggup amik cuti hr tu.  eh, jaga budak2 masa weekends sgt menguji kesabaran tau!  so, sgt bersyukur bila abah amik cuti walaupun x g mana2 & double yeayyyy...sbb abah belikan Sam*ung Gal*xy Tab 10.1 utk aku (tu yg semangat update blog tu hehe...).


irfan's 1st test! yes, indeed dia mmg baru darjah 1. sepatutnya aku x bleh le nak kiasu sgt.  tp aku percaya "melentur buluh biar dr rebung".  1st test pun aku luangkan masa jgk each nite utk aku tau perkmbgan dia by doing some exercises, & aku nak jdkan 1st test ni ruang utk aku tau kebolehanan dia. hopefully irfan blh jwb dgn baik & make us proud (so what if he's only in standard 1) - eh, apesal aku emo nih?! ada la pasalnya hehe...