Monday, March 19, 2012

Ragam Anak-Anak...

anak2 = macam2 perangai, macam2 ragam...kalau weekends tu, cukup la sehari dok dgn diaorg kat rumah, bertukar2 karektor aku nih hah...kejap jd singa, kejap jd bibik.  namanya nak berehat, x dapek laaa...tapi kadang2 kelakar jugak bila layan bercakap ngan diaorg nih.

insiden masa aku tgh sebok mengiron baju petang semalam...

irfan : lamanya mama iron baju...
aku : memang la lama. kan byk nak iron nih.
(huhu...hr ahad je mesti nak nangis sbb kena iron bj sekolah irfan, bj sekolah farah & bj keja aku sendiri. sekali duduk mengiron, makan dekat 2 jam jugak la. dengan perut memboyot nih, senak!).
irfan : kesian mama...nanti irfan dah tua, irfan iron baju irfan sendiri.
aku : dah tua tu bila?
irfan : bila irfan umur 24 tahun...

mati la mak ko irfan oiiii, nak tggu 24 thn baru nak iron bj sendiri!!!

insiden masa aku dok lepak dalam bilik lepas siap mandikan si irin. dengar irfan dok borak ngan farah...

irfan : farah, adik pakai bj farah lah.
(semalam aku pakaikan irin bj lama farah.  penuh dah drawer irin ngan bj lama2 farah smpi x muat2).
farah : ye lah. kita mana muat lagi, dah kecik.
irfan : lain kali farah jaga la baju elok2. jgn bagi kecik!

wahahahahaha...aku senyum sorang2 dlm bilik.  apa la irfan nih...farah pun confused kot x tau nak jawab apa.

insiden farah berborak ngan abah tru phone...

abah : abah makan kambing tadi.
(abah g kenduri rumah kawan dia, ada lauk kambing kot).
farah : kambing tu bergerak ke x bergerak?

hehehe...nak jawab camne soklan camtu ek? mesti dia imagine kambing yg dok berkeliaran kat kampung2 tu.

No comments: