Tuesday, May 22, 2012

Power Wash...

kalau tgk baju irfan lepas balik sekolah, mmg boleh pengsan hehe...x tau la nak cakap camne hitam & kotornya baju dia.  rasanya bila tgk bj budak2 lain, x de la plak seteruk baju dia.  x tau dia main apa smpi seteruk tu huhu...

dah macam2 jenis sabun pencuci dah aku guna.  tp yg betul2 memuaskan hati, yg membersih dan memutihkan baju dgn sebersih2 & seputih2nya, rasanya x jumpa lagi kot.

mula2 dah guna sabun serbuk biasa (tops ke, breeze ke - apa2 je la jenama yg aku guna utk washing machine) + vanish - x ok sbb abah kata susah gila nak tanggalkan kotoran.  dah aku tambah plak ngan clorox color, cam tu jugak lbh kurang.  beli plak attack power (konon ada perkataan power tu, power la sgt kan hehe...).  x ok jugaks.

then, ada members yg suggest - power wash by cosway ni plak.

nak kata ok tu, rasanya bersusah payah jugak la nak menyental baju tu.  tp ok la bila dah direndam bersekali dgn clorox color.  1st round beli power wash nih, jual mahal x mau jd member sbb konon nak test je dulu.  2nd round beli, terus jadi member hehe...ada plak promotion, buy 3 free 1.  terus zasssss...4 kotak sekali harung.
 

sefail brosurs & products catalog dia bagi. amikkkk haha...x tau la ada benda yg nak dibeli ke x.  tp power wash tu rasanya mmg confirm beli.  dah terlanjur jd member tu mungkin blh pikir benda2 lain yg boleh dibeli kot, macam cordial ke.  mcm penjual tu kata, "nanti mesti ada benda yg akak nak beli kalau tgk catalog"...ceh cehhh...pandai la ko kan nak suh aku jd member *terjebak*...

eh, ada 1 lg sabun aku nak test - biosinar! yg ni dah order, x dpt lg sbb kena beli thru ejen.  tp aku beli thru my fren, cak.  test jgn x test. smpi puas hati haha...so, sesape ada suggestion sabun yang bagus, bgtau ye!

Wednesday, May 16, 2012

Farah's Sports Day!!

*cerita basi yg lama dok kat draft mode huhu...*

Kri*ta's Sports Day 2012 - 6 May 2012.  Thn ni sports day buat kat Dewan Serbaguna Kompleks KLIA.  Rasa macam jauh plak venue this year. Kalau x last year, kat BBN ni je.  dekat sejengkal hehe...thn nih macam tahun lepas jugak, abah x de masa sports day huhu...rasanya kalau x silap tahun lepas abah ada kursus & this time around abah ada tennis tournament plak.  mula2 ingatkan nak tinggalkan si izryn ngan atok mak je (kebetulan atok mak ada kat rumah along hr tu).  tp berubah fikiran malam tu & decided to bring izryn along (tukar fikiran tp mlm tu beristigfar byk2 jgn la izryn buat perangai hahaha...).

kul 730am dah bertolak dr rmh.  boleh plak aku terlambat bgn pg tu hehe...set jam kul 530am, bangun2 dah 630am.  seb baik senang nak kejutkan the kids.  dah le x penah pegi dewan tu.  ada la map, tp aku kan jenis confused x paham map haha...seb baik x sesat & farah pun ingat sket2 laluan nak pegi tu since dia penah pegi rehearsal seblm nih.

x amik gmbr sgt pun sbb jenuh nak melayan si izryn.  belikan kopok, makan2 pastu berterabur sana sini kopok.  x reti dok diam plak tu, berebut2 plak ngan irfan nak minum milo.  adoiiiii laaaaa...irfan aku bg main galaxy tab, senyap jugak la dok main game.

perarakan masuk dewan...
 farah mmg sebok dok kata dia masuk pom pom.  syok tgk dia menari sbb tu mmg passion dia kot.  pom pom dance nih sebnrnya diaorg buat competition.  aku rasa antara 3 kindies tu, kindy farah menarik jugak tarian dia.  tp farah kata dia dpt no 3.  sapa la judges nih? x reti pilih hahaha...


farah's pom pom dance performance...
 amik gmbr dr jauh je.  pas habis pom pom nih, dah x mampu bertahan dah haha...ajak budak 2 org tu dok dlm keta.  hujan lebat plak kat luar, berpayung2 bagai masuk keta.  senang sket nak handle si izryn dlm keta.  niatnya nak suh dia tido.  sampai ke sudah, nak dkt kul 12pm br dia tido huhu...irfan je la wakil g tgk farah kat dalam dewan (tah dia tgk ke dia main x tau).  farah siap ckp "mama nih x tgk kita pun".  kesian la plak, tp nak buat camno.  aku nih ngan si izryn lah, perut memboyot lg nih.  tp bila pujuk2 cakap mama tgk dah pom pom, & yg games dia main tu abg tgk.  seb baik dia ok.


dapat la 2 hadiah - 1 silver medal & 1 note book angry birds.  kelakar buku tu siap berebut2 ngan irfan & siap farah buat notes serahan buku kat abang dia lg haha...tp notes tu irfan dah koyakkan, x sempat nak amik gmbr.


hopefully next year boleh la abah join events camni.  tp next year event for izryn la kot, budak 2 tu dah masuk primary skul.  cepatnya masa berlalu kan...



Selamat Hari Guru!


Selamat Hari Guru untuk my mom (cikgu pencen), my along (a lecturer @ UKM) & my adik ipar (a primary school teacher).  not forgetting - all my teachers dari tadika (tadika islam @ bp & tadika Grace), sekolah agama (pesta & kampung istana bp), sekolah rendah (TMS BP), sekolah menengah (TIGS BP - walaupun saya sekolah kat sini sebulan je tp still ada ilmu yg dicurahkan oleh guru kpd saya; & STF JB), matrikulasi UUM & all my lecturers @ UUM.

pukul 715 mlm semalam baru irfan cakap kat aku dia nak bg cikgu hadiah.  bila tny nak bg hadiah apa, dia jawab "perfume".  wahhhhh...high taste ko ye hehe...last2 bila aku cakap kat dia dah malam nih macamana nak g beli hadiah (serius, aku pun x brp nak ingat pasal hadiah nih, & bila teringat x de masa dah nak g beli huhu...), boleh plak dia kata, x pe lah. org lain dah bg hadiah hahaha...

untuk x menghampakan dia, aku balutkan mug yg masih lg baru & x penah guna & masih lg dalam kotak untuk dia bg kat cikgu dia.  walaupun cikgu dia ramai, tp terpaksa lah bg kat sorang cikgu yg betul2 dia nak bg.  farah pun aku sediakan jugak 2 hadiah sbb dia nak jugak2 bg kat 2 org cikgu dia (padahal dia x de sebok2 pun seblm tu.  bila irfan nak bg hadiah, dia pun nak jugak haha...).  both of them ada teacher's day celebration @ skul today.  harap2 diaorg enjoy!

Tuesday, May 15, 2012

Dinner @ AIB

semalam g dinner kat ana ikan bakar bandar baru bangi.  punya la rasanya dr mula2 preggy lagi dah request kat abah ajak g makan situ.  tp baru semalam tertunai huhu...apa taknya.  setiap kali lalu situ, mmg penuh umat.  pastu atok mak yg penah g mkn kat sana ngan along kata, waiting time adalah sgt lama. dr sebelum maghrib diaorg ada kat situ, solat semua siap, kul 9++ baru keluar dr tmpt tu.  tu yg tertangguh je nak g sana, jenuh nak tggu huhu...

tup2 semalam abah bwk g makan kat sana.  rasanya sbb abah rasa bersalah kot hehe...ye la, hr sabtu tu abah ada tournament ping pong.  keluar rmh kul 6 pg, blk semula smpi rumah kul 830pm++.  ahad keja plak tu.  aku dah la x brp nak larat.  ngan budak2 nih masing2 ngan perangai masing2.  & seriously si izryn sekrg nih makin byk songeh bila ngan aku.  ada je merengek dia, merajuk dia, macam2.  org kata budak nak dapat adik mmg camtu.  ye ke?  kalau ye, huhuhuhu *nangis*...matik la nak handle dia klu camtu.

saja je pg tu masa tgh breakfast (aku masak ns goreng, sambal sardin & lempeng), aku kata "patutnya mother's day ni mama x masak" hehe...(saje provoke haha...).

abah : nak masak apa hr ni?
aku : x tau la. x de lauk. telur la kot. tu je yg ada. (x tau kenapa, hr jumaat tu g beli lauk & sayur, beli ngam2 utk hr sabtu.  padahal tau dah ahad abah keja).
abah : x yah masak la.  nanti abg balik kita g makan kat luar.

hoyeaaaaaa...tp nak tggu abah blk petang tu, menahan kelaparan la kan.  budak2 makan lempeng.  pastu gorengkan kopok.  tu je la dihadapnya hehe...teruk betul mama.  kul 430pm (bila irfan pun dah sebok2 carik roti yg x de stok pun kat rmh tu), msg kat abah kata lapaq.  530pm dia sampai rumah, zassss terus pegi.  bajet2 ana ikan bakar bukak kul 6. tgk2 bila sampai, tu diaaa...berderet keta parking.  rupanya kul 5pm dah bukak.

waiting time adalah setgh jam. ok la, aku rasa ok je setgh jam tu.  semua yg diorder dtg lbh krg sama je masa dia.  so, kira ok la kan.

the kids with all the lauks hehe...
 we ordered - ikan siakap masam manis (saja order yg x pedas for the kids).  sedapppss & mmg x pedas.  2 ekor besar sotong goreng tepung.  syok tgk the kids makan esp irfan.  beratah2 macam tu je.  ordered sup cendawan jugak for the kids & kailan ikan masin for abah & mama.

butter prawns & pari bakar...
 terkejut tgk butter prawn dia hehe...selalu kan butter prawn jenis yg ada serabut2 tu, tp this time around butter prawn mmg betul2 macam digoreng dengan setin butter hehe...rasa dia boleh laaa, tp mcm muak sikit la. may be sbb butter dia tu + santan kot (ye ye ooo jek haha...padahal x tau pun macamana dia masak).  tp yg paling sedapss adalah pari bakar petai.  aku x makan petai tp bila makan pari nih x terasa pun rasa petainya tu.  mmg sedapsss & definately kena order kalau dtg sini.

semua skali + nasik putih for 3 org makan + air tembikai sejag = RM122.  not bad la harga dia.  abah kata lebih kurang je kalau makan kat bagan lalang.  ikan siakap tu besar tau + udang tu ada 6 ekor yg bagak2 jugak saiznya.  mmg puas hati makan la.  boleh repeat lagi next time insyaAllah...

apa ek makna mother's day? rasanya bukan budaya kita.  tp pelik bila ada yg memperbesar2kan mother's day sampai merasakan seseorang anak itu tersangat la teruk or tidak menghargai seorg ibu bila x ucapkan selamat hari ibu.  hmmmm...doa anak ke atas ibu (aku percaya...) bukan hanya terhad pada hari ibu, tetapi setiap hari & setiap masa.  memberi hadiah pun bukan hanya pada hari ibu baru nak terhegeh2 bagi hadiah, sedangkan hari2 yg x de occasions apa2 pun still boleh bagi hadiah sebagai tanda terima kasih & penghargaan.  entah lahhhh...*x de mood*