Thursday, June 28, 2012

Waris KU...

Baru berkesempatan mencoretkan tulisan pnjg lebar on kelahiran Baby #4...berhari2 jgk menulis ni, mengambil sikit masa ketika baby tido & ketika badan dah semakin kuat (sbb membaca adalah 1 perkara yg x dibenarkan oleh atok mak semasa berpantang, tgk tab ni pun dah kena sound hehe...dah merasa akibatnya melanggar larangan - pening kepala!).

So, here's the story...

A new addition to the family was born on 24 june 2012, alhamdulillah...disebabkn bp readings mmg x stabil, dah tau dah it's gonna be an induced labor. Tp tetap x brp nak ready sbb check up seblm2 ni doc x ckp apa pun. Maklum la 1st time bersalin kat an nur, so mcm x blh nak expect doc dia camne huhu...doc lain2, seblm2 nih bp naik sket je doc suh rehat & bg mc semua. Dr kham nih cool je. Bp tinggi pun ok je. Aku yg dok risau sendiri hehe...

Checkup was on the 23rd. Dr kham x de, yg ganti dia dr maziah klu x silap. Doc yg sgt baik. Bp reading ms checkup tu x ok sgt, >140, terus doc suh induced. Mula2 doc kata dtg pg2 24th tu to induce, skali tu dia advise plak srh admit ptg tu jgk supaya sng nak monitor apa2 yg patut, then pg2 ahad tu blh terus induce. Check bukaan, alhamdulillah dah 2cm. Dr maziah kata, blh je nak masuk wad ptg2, kul 5-6pm. Aku pun ok la kan...sempat jgk nak prepare apa yg patut. Dgn bdk2 lg kat rmh tu x ready apa (seb baik beg hospital dah ready siap2 dlm keta).

Sekali tu, the nurses check ngan dr kham, dr kham advise plak suh admit kul 2pm huhu...kelam kabut gak la. Abah keja plak hr sabtu tu. Call dia & call mak jugak suh dtg. Tu pun sbb admit kul 2pm, budak2 kena tumpang jap rmh ibu bbsitter sementara tggu atok datang. Sempat jgk la balik rmh tu kemas2 sket2 brg nak bwk blk kmpg masa pantang nanti (tau kelam kabut hehe...), sempat jgk sediakn tilam & bantal baby, mandi, solat zohor & zassss terus ke hospital. Tu pun on the way tu, hospital siap call sbb lmbt hehe...

Steady je msk ward, amik single room so quite comfy jgk la. Dah tau nak induce on sunday kan? Walaupun cuak tu ada, tp mcm dah tau2 bila nak bersalin, so quite cool jgk la. Sekali tu dr kham dtg check kul 6pm, bukaan dah 3cm & dia terus plak advise suh induce mlm tu lps maghrib huhu...tau cuak ko!! Dan2 x smpi setgh jam pastu nurse dtg masukkan ubat suh buang air besar. Adoiiii laaaa...terus berdebar2. Bersalin x kira anak ke berapa pun, debaran nak bersalin tu tetap akan ada.

Masuk labor room around 815pm. Masa nurse nak cucuk jarum for induce tu dah kul 830pm, so dia kata tggu isyak dulu. Sempat la aku & abah solat isyak dulu dlm labor room tu. Tgh lipat telekung pas solat, nurse dah ready dtg nak cucuk jarum. Adoiiii...ko ni kan relax laaaa (hehe...nmpk sgt aku yg cuak). Sekejap je induce aku dah blh rs contraction tp x sakit sgt. Abah sempat lg tertido hehe...ms tu nurse pasang jgk mesin utk bc degupan jantung baby. Dah aku susah nak bergerak ke kiri kanan sbb mcm ssh jgk nak dgr degupan tu klu tergerak sikit. Ms contraction dah makin kuat sikit tu, mula la aku rs x selesa bila kena statik baring menelentang.

Kul 11pm dr kham dtg pecahkan air ketuban. Immediately pastu terus rs sakit giler & contraction pun makin kerap. Tu pun dr kham kata, lg 4 jam/ kul 3 dia dtg check. Abah terkejut dgr kul 3 sbb rs mcm lama sgt. Dr kham kata, klu rs nak terberak, blh je bila2 ms panggil bidan kat situ. Eh, mmg ada bidan yg dtg perkenalkan diri tp aku x ingat sgt sbb tgh sakit, mls nak amik port! Tp bidan tu quite senior gak la, so aku rs mesti byk experience tuuu...

From 11pm - 12am+, mmg giler2 punya sakit. Tp this time aku x sempat nak menangis. Cuma mampu pgg kuat2 tgn abah je. Contraction every minute aku rs huhu...selg aku blh thn rs nak ter"buang air" tu aku thn. Within that 1 hour tu ada la bidan dtg check & kluarkn urine melalui tube (ni 1st time experience sbb x penah lg ada kena buang urine ms dlm labor room huhu...). Bila dah x tahan sgt nak ter"buang", br aku bgtau nurse & bila bidan check dah 8cm. Ready for labor!! & sakit aku pun makin kuat...bidan plak dok suh tarik nafas, tggu doc apa la semua. Dr kham sampai je, terus baby keluar @ 1231am, 3.1kg (dr kham ms masuk labor room asik dok kata cepatnya...ye la, kan dia expect kul 3pg br nak dtg hehe...)

Alhamdulillah dipermudahkan kelahiran kali ini. Teringat pesanan dr kham lps pecahkn air ketuban - dr kham bisikkan ayat yg perlu dibc bila dlm kesakitan nak bersalin (& kat dinding labor room mmg ada ayat nih). Dr kham juga kata "minta maaf dgn suami masa dlm labor room sbb keredhaan & kemaafan suami memudahkan bersalin"...dan2 tu jgk bergenang air mata walaupun dah mintak maaf ngan abah seblm tu huhu...

Presenting...baby KU ISYRAF FAIZ BIN KU HASRI on his 1st day of life...1st pic tu still dlm labour room & 2nd pic tu the next morning...



Thursday, June 21, 2012

My 3 Kiddos...

nak citer pasal perkembangan anak2...konon2nya macam mid-year review la nih hahaha...(gilos aku nih, penangan mengupdate SKT pertengahan tahun kat ofis la nih...).

IRFAN
20.6.2012 - Open Day sekolah irfan.  aku siap amik cuti semata2 nak pegi jumpa cikgu irfan.  ye la kan, orang kata KSSR ni lain.  plak tu sekolah irfan ni dah 2x buat tests/ exams, tp resultsnya x de.  camne la aku nak tau perkembangan si irfan nih.  plak tu memanjang x dak homework.  nak dekat2 mid-year test hari tu je dok sebok irfan ada homework sbb cikgu suh habiskan workbook jilid 1.  tu pun, jenuh jgk mengajarnya esp maths.  risau giler aku ngan anak bujang sorang nih huhu...

feedback from cikgu irfan (despite 2-3x abah tanya pasal perkembangan irfan hehe...) - cikgu kelas dia kata "ok".  cuma KSSR nih, x de markah for every subjects.  cuma ada remarks - "menguasai" or "tidak menguasai".  ada la a few areas yg "tidak menguasai", tp cikgu kata ok lagi.


abah suh amik gmbr exam paper irfan nih...kat ruangan markah tu irfan tulis 30000 hehe...terrer sungguh score smpi 30000 ko ek! 


FARAH
Open Day kindy farah diaorg buat masa cuti sekolah hr tu - 28.5.2012 kalau x silap.  tp masa tu kan balik kampung sbb pak chik bertunang, so x dapat la nak jumpa tecer dia.  bila dpt report card & the test results, sgt bersyukur bila semua papers farah score 100% hoyeaaaaaa...kalau compare dgn keadaan dia masa 5 tahun, mmg nampak sgt perbezaannya.  walaupun dulu results dia x de la teruk sgt, tp boleh nmpk la perbezaannya.  ok jugak la aku tukarkan dia sekolah lain nih.  this time around dia dah pandai baca, so bila tny dia pasal exams tu, mmg syok la bila dia boleh paham setiap satu.  lg terer dr irfan rasanya hehe...anak perempuan lain sikit kot.  farah kalau terlupa buat homework, mau menangis pagi2, x nak g skul.  sanggup dia tgh2 mlm siapkan homework.  irfan kalu, selamba dek je bila terlupa nak buat homework.  tido pun nyenyak je haha...mama jugak yg dok resah gelisah irfan x siap homework.  siap suh bgn pg2, buat homework baru blh breakfast.  kiasu haha...tp mmg masa sekolah dulu x penah x siap homework, so rs mcm x blh terima bila irfan x siap homework huhu...



IZRYN
budak kecik yg nak ada adik nih huhu...sgt la manja.  sikit2 menangis, tp garang.  abang ngan kakak tu dia buat macam geng2 dia je - dok lepuk la, marah la esp kakak la kan...dah la kakak tu sentimental.  asik la nak dok merap dalam bilik abah & mama.  x de chance nak berdua2an dlm bilik (opppsss..), ada je dia dok menyelit sama.  x de la dia nak join abang & kakak tgk tv ke apa.  memanjang dok dalam bilik sekali, nak rehat pun x dapek huhu...

bercakap (walaupun pelat), mmg dah master la.  tp perangai dia yg dok nak something dan2 tu jugak & kalau x dapat, menangis terus macam apa - tu yg x tahan tu.  aku sekrg dok pgg rotan je la sbb dah x mampu sgt nak melayan kerenah dia.  harap2 bila ada baby nanti x de la dia buat perangai sgt camni.  yg geram tu, ngan abah tau plak takut.  mama nih, dia buat macam x dengar je bila mama marah.  adoiiii laaaaa...


at 2 years+, mama belum sempat nak toilet training lg kat budak nih huhu...kalau x, boleh jimat sket beli diapers since nak ada baby nih kan...nak mintak tolong atok mak train la masa dalam pantang nanti hehe...(atok mak jugekksss...).

Saturday, June 16, 2012

Cotton Balls...

Cotton balls sendiri bikin hehe...settle sebekas cotton balls for the baby!

Cotton balls mmg ada je terjual in any babies shops or babies sections in supermarkets. Tp x penah beli pun, & in fact x tau kegunaan sebenar cotton balls nih.  Selalunya atok mak guna cotton balls utk bersihkan pee pee or yak baby, or blh jgk bersihkan mata ke apa (masa dlm pantang). Sbb kononnya kapas lg lembut dr wipes kan? Yg penting, kena ada air suam utk rendamkan kapas tu (tu le yg leceh tu hehe...everytime nak bersihkan baby kena make sure ada air suam).

Masa izryn dulu, aku ada sedikit malas huhu...so, lg byk guna wipes drp cotton balls. Yg ni pun sebnrnya dr cotton wools yg x abis guna ms izryn dulu (punya lah lama kan hehe...). Sayang...so, aku pun merajinkn diri buat cotton balls nih. Klu ikutkan, x beli pun cotton wools this time around. Dah ready wipes je hehe...

Kenapa ek x beli cotton balls yg dah mmg ready tu je? X tau la...sejak 1st baby lg atok mak suh readykan cotton wools je. Balls tu aku yg buat sendiri bila free time. Balls dia pun blh la besar sket drp yg jual tu, mcm kecik bebenor. Lgpun mungkin sbb murah pun kot. X de dah la guna cotton balls pasni huhu...makin mls nmpknya aku.



37 weeks & counting...risau jgk ni sbb bp readings x stable. Semoga dipermudahkan...


Friday, June 15, 2012

Geram...

Tetiba geram kat budak nih - bila pg, nangis x mau pegi rmh ibu bbsitter dia. Bila petang, nangis x mau balik. Camne tu? Nak marah, bknnya paham pun. Last2 mama yg tension. Mama yg darah tinggi...adoiii laaaa...


Thursday, June 14, 2012

Testing...

One of the reasons kenapa nak sgt ada tab adalah sbb sng nak update blog, selain berfb.  Tgk2 tab ni ssh plak nak access blog huhu...installed blogaway, hampeh...sbb x tau camne nak publish.  Setakat buat entry pastu tersimpan je in draft mode. Try plak blogger-droid. Sama jgk, lg hampeh - nak buat entry pun x lps.  Ni testing guna blogger app. Harap2 ok...

Monday, June 11, 2012

Nasi Ayam...


nothing much done during the weekends.  abah keja on saturday & sunday.  so, x de g mana pun.  my bp reading was not good during the last check-up huhu...(masa izryn dulu, doc bg mc for 1 week before menyerah diri utk dibersalinkan), but this time around, doc suh monitor je kat rumah.  the readings are not getting better, maintain slightly above or below border sikit.  so, bykkan berehat je lah walaupun dok rumah dgn anak2, mana ada istilah rehat kan?  dok baring pun, dgr budak2 dok gaduh, ada yg x nak mandi lah, makan main2 bersepah sana sini - naik jugak la suara nih!

plan dr hari rabu nak masak nasik ayam on saturday.  tu pun sebab tgk status some of my frens kat fb yg dok masak nasik ayam bersilih ganti lepas sorang, sorang.  sekali tu, ngam2 lepas siapkan breakfast pg sabtu tu, gas habis!  bukan la x de spare gas kat rumah, cuma tetiba tong gas tu x ngam plak ngan kepala gas.  kena la tggu lori gas lalu depan rumah sbb abah dah rushing nak g keja pagi tu huhu...masak jugak la sbb dah plan kan, ayam semua dah defrost siap2 pg tu.  tp start masak kul 2pm la hehe (lori gas lalu dpn rumah kul 12+pm, pastu izryn dok merengek2, tidokan dia dulu sekali ngan aku2 tido haha)...seb baik tghr tu dah tapaukan budak2 kfc.

taraaaaaa...my version of nasik ayam...




 ayam tu aku rebus utk dapatkan airnya (for nasik).  rebus kejap je dalam 30 mins.  kalau lama2, nanti ayam keras x sedap.  toskan ayam & perap dgn sos tiram, kicap, madu & lada hitam.  then, bila nak makan, br goreng kejap.  ayam sgt best sbb x keras!

sempoi je without salad.  malas nak beli sebab kalau beli salad, confirm kena beli sepokok salad (ye ke penjodoh bilangan nih hehe...).  bukan ada org nak makan pun...tp my mom version of nasik ayam mesti ada sayur campur.  since the kids minat brocoli, so aku jz goreng brocoli with cendawan.  aku & abah mmg kalau makan mesti nak kena ada sayur.  kids makan sayur, tp memilih jgk la esp irfan.  bayam, carrots, brocoli - itu fav diaorg.

abah kata, ni last mama masak nasik ayam hehe...(before deliver)...


*muka2 x sabar nak mkn, tp abah "paksa" amik gmbr dulu haha...*

Friday, June 8, 2012

WWSA...

ingatkan balik kampung masa majlis pertunangan pak chik tu was the only agenda for skul hols.  tetiba abah ajak pegi wet world shah alam pulak hari sabtu lepas (2.6.2012).  bukan main happy the kids bila bagitau nak pegi water park.  yg lapar terus kenyang, yg bosan terus bersorak2 hehe...penangan water park!

mula2 aku macam malas jugak nak pegi.  tp mengenangkan cuti sekolah & kesian kat the kids, ok la.  bangun kul 6am, prepare sandwich sket, gorengkan sausages, potong2 buah, bungkuskan kek, buat air teh buah sebekas - dah ready foods for breakfast.  abah ajak g makan kat kedai, aku x mau sbb sandwich tu aku buat guna sebantal roti yg panjang.  karang x pasal2 x abis plak.

sebab aku takut lambat, decided to have breakfast kat SA je terus.  bertolak pun dah kul 9.  tp kan aku kata budak2 x lapar bila dgr perkataan water park, so x de sape yg merengek kelaparan kecuali abah hehe...sampai depan wet world, lg 2 minit kul 10 (wet world bukak kul 10).  wahhhhhh...org beratur macam semut, giler panjang huhu...

kiter breakfast dulu kat taman tasik SA...



lepas makan, baru lah berjalan g wet world.  tu pun, abah beratur nak beli tiket makan masa sejam huhu...seb baik abah bersabar this time around hehe...takut je dia ajak balik.  sebab dah sarat, aku mmg x prepare nak join the kids main air.  tgk2 ramai je ibu2 mengandung dok mandi-manda.  aku, baju pun x bawak! nak dok melepak pun x de tempat sbb mmg penuh giler dgn orang.  aku main duduk je kat mana2 kerusi kosong hat yg x de orang/ orang g mandi.  nasib la menumpang jap hehe...cabana pun penuh x de kosong langsung.

hamikkk...dok melangut tggu diaorg mandi, mau dekat 4 jam baru siap semua huhu...tu pun sbb irfan dah lapar giler macam nak pengsan sakit perut.  maklum la dah nak dekat kul 3pm.  agaknya kalau bukan sbb sakit perut, x dak maknanya nak berhenti.

the only pic @ wet world SA...



 ni sebenarnya 1st time g wet world SA nih.  selalunya pegi TDWP je.  sunway lagoon x penah pegi, LWOT pun x penah pegi.  next time around nak test GCM plak.  eh, banyak rupanya water park kat mesia nih.  cuma kesempatan nak pegi tu je, wallahualam...

Tahniah Pak Chik! - Selamat Bertunang...

tahniah pak chik sebab dah selamat melangsungkan pertunangan dengan girlfrennya - cik sa pada 27 mei 2012 yang lalu.  tarikh pertunangan adalah atas cadangan yours truly nih dengan mengambil kira cuti sekolah & tarikh nak meletops hehe...tapi tarikh kawin? pasrah je lahhhh mengikut kehendak pengantin sendiri.  insyaAllah it will be held in october 2012 (bkn cuti sekolah huhu...) & the nikah will be on friday nite (ponteng sekolah for irfan & farah *double huhu...*) & kenduri belah pak chik will be held on sunday nite (ponteng sekolah for irfan & farah on monday *triple huhu...*)

some pictures during the day...


tema adalah BIRU.  seb baik aku ada bj biru hehe...cuma farah & izryn je aku belikan yg baru.  yg lain, pakai sajor apa yg ada.
 
 menu kenduri were marvelous - nasi putih, ayam masak merah, masak lemak labu, ikan kering, ikan goreng, sambal belacan, rojak buah, puding cocktail, kuih muih, tembikai - wahhhh, makan x ingat donia.  petangnya pulak, dok lepak kat pantai hiburan & makan x hingat lagi - rojak, char kue tiow, pisang goreng, kopok lekor etc.

besoknya farah start muntah2.  the whole day terlepek & petang tu bwk dia g klinik.  balik klinik, singgah lagi pantai hiburan sbb aku teringin nak makan ABC.  balik tu irfan plak terlepek muntah2, than haziq pun sama & then tgh mlm abah plak (wahhhh...virus apakah ini?).  blk nilai, aku plak cirit birit.  adoiiiiii...dugaan sungguh.  x tau apa yg silap dimakan.  tp keluarga kitaorg je yg jadik camni (+ haziq, excluding izryn).  x tau la...klu nak ikutkan, izryn x mkn masa kenduri sbb dia tido.  mungkin makanan masa kenduri la kot.  entah...aku ni mmg "perut nipis".  salah makan sikit mmg sakit perut.  tu yg berhati2 bila nak makan apa2 esp makanan luar.  tp alhamdulillah, semua dah ok.

rasanya, cuti sekolah nih agenda for the kids hanyalah balik kampung huhu...x plan apa2 pun this time around sebab mama tgh sarat.  anak2 alhamdulillah, x request apa2 since mmg x biasakan pun diaorg dgn macam2 agenda cuti sekolah.  bila2 sempat & ada rezeki lebih, insyaAllah ada la plannya.  kalau x, dok rumah rehat2 pun ok je.