Friday, September 28, 2012

Caiyok Mama...

Ya Allah...baru seminggu keja, dah rasa macam nak pitam haha...
keja kat ofis ok lagi awal2 nih.  keja kat rumah tu yg macam x sudah2 huhu...

hr isnin & selasa lagi lah kelam kabut.  x tau apa yg dikelam kabutkan sampai bila buat keja2 kat dapur tu, ish...mmg macam nak pengsan.  nak nangis pun ada.  may be sebab hr selasa tu isyraf asik menangis je kot, sampai aku pun macam x keruan dibuatnya.  banyak sangat benda nak buat sampai x tau nak buat apa (loqlaq haha...).

nasib baik anak2 x cerewet sangat bab makan (bkn x cerewet, cuma cerewet tu berpada2 haha...).  kalau ikut abah, banyak sangat cerewetnya.  kalau masak mee/ nasik, mesti ada lauk, kalau pasta, dia x suka sangat, kalau masak stew pun dia x minat sangat.  so, camne nak buat benda simple2 kan?

sampai rumah dah kul 6pm.  sempat settlekan simpan ebm yang dipam kat ofis, isyraf dah bising nak susu (kadang2 x sempat simpan pun ebm tu, bagi susu dulu sbb isyraf kan x minum sangat kat nursery.  wajib la dia lapar).  pastu siap2 la settlekan basuh & sterilize bagai apa yg patut.  tu pun baju2 kotor adik2 yg dalam beg nursery dah outsource ke farah suh keluarkan & letak dalam laundry basket.  kalau x, aku jugek la kan...sambil2 basuh2 tu, kemas2 la sket dapur, sedia apa yg patut.

selalunya dalam 7pm+ lebih tu, isyraf nak susu lagi skali sebelum dia lelapkan mata.  lepas maghrib baru nak start masak.  bayangkan la kul brp tu.  tu pun, kalau isyraf ok.  kalau dia merengek, lain critanya plak haha...
 
minggu ni boleh kata tiap2 hari abah balik keja lambat (tu lg satu sbb la kan kenapa aku nak pengsan - x de org nak tgkkan isyraf).  so, bab makan hanya nak kesahkan budak2 je la + mak budak (mak budak x pe, tekak tong sampah.  asal makan, sudehhh).

isnin - x masak sbb bwk isyraf g klinik.  tapau je lepas blk klinik tu.
selasa - masak bubur ayam je
rabu - nasik putih lauk telur kicap + nuggets (giler malas mama nih haha...)




khamis - pasta carbonara
 



x boleh nak masak yg susah2 sangat sbb x cukup masa.  ni pun budak2 makan kul 8pm++.  nanti kul 9pm dah nak tido plak.  tu pun sambil masak, sambil jenguk jap irfan buat homework.  x siap lg homework, suh berenti kejap makan dulu.  karang kalau makan lambat, takkan lepas makan terus tido plak.  tahun depan farah plak dah darjah satu.  mau pengsan...

time2 nih la terasa nak amik maid.  tp kenangkan bayaran maid tu yg x masuk akal, lupakan je lah.  x pe lah, sementara budak2 masih kecik nih kena byk bersabar & kuatkan semangat.  hari rabu dan khamis dah nmpk mcm terurus sket schedule.  baru 1st week kenn...alah bisa, tegal biasa...CAIYOK MAMA!! 

Stok...


rasanya ada dalam 40+ bungkus kot ni (x sempat nak kira pun, main sumbat je).  x de la banyak sangat, tp ok la.  kalau anak2 sebelum ni, lg la x byk simpan stok!  ni pun dah x muat dah nak simpan.  ingat nak beli freezer, tp abah kata tunggu pindah nanti.  pastu terpikir plak camne nak transfer ebm nih ke rmh baru nanti.  rumah baru tu x de la jauh sangat, tp still...kena ada strategi jugak supaya x cair ebm tu huhu...

terpikir jugak adakah isyraf kurang minum? tapi rasanya sbb aku ada makan supplements kot.  irfan ngan farah dulu pemikiran cetek sket bab2 menyusu nih.  so, x de mkn pape pun untuk tambah susu.  pasrah jek, pam pun x haha...masa izryn, aku cuma minum jus kurma je.  dapat la jugak menyimpan stok...sikit.  dapat la izryn minum susu ibu secara eksklusif smpi umur dia 5 bln (haha...bangga la sangat kenn, anak dpt minum ebm exclusively x smpi 6 bln pun...).  tp still continue bf dia sampai 2thn.

ohh...bab2 minum susu untuk ibu yg menyusu mmg aku x ambik pun.  ntah le, mcm x bleh terima.  minum x smpi abis setin, dah terasa x nak minum dah.  membazir jek.  so, better x yah beli.  tapi, confirm tiap2 hari mmg minum milo pg2.

isyraf jenis x nak minum guna botol.  jenuh jgk mengajar dia masa dalam pantang.  puting NUK la aku beli, doctor baby pun try...byk jgk tkr2 puting.  pastu ada member suggest beli botol MAM.  aku beli + botol tommie tippee jugak (dasar membazir haha...tp ye la, sape nak ulang alik g kedai kalau dia x terima MAM tu).  last2 dia ok ngan MAM.  tp bila lapar je baru dia hisap.  selagi boleh tahan, dia tetap x nak minum.  jadik la kan...daripada x minum lgsg.  akibatnya, aku sangat risau...sbb sehari kat nursery dia cuma minum antara 2-3oz camtu (paling kuat pun sampai 4oz).  kesiannya anak aku tu huhuhu...tp nak buat camne dah dia x nak.  malam, mmg dia "pulun" la minum.  aku cuma takut dia x cukup zat je.

harap2nya, stok nih blh la berthn smpi at least 6 bln.  insyaAllah aku mmg nak bg susu ibu smpi umur isyraf 2 thn.  tp target minum secr eksklusif selama 6 bln tu yg blm tercapai lg...

Thursday, September 27, 2012

Demam Drama Korea - LYTT

Saya x de la fanatik sangat ngan crita korea.  Tapi tertanya2 jgk la bila baca blog sana sini, ramai yang dah terjebak ngan drama korea nih.  Nak follow, saya cuma ada basic internet connection & jugak basic astro subscription.  Jadiknya, x dapat la nak melayan drama2 nih walaupun keinginan tu ada...tengok online, mampos lembab haha...

Tetiba boleh plak dalam pantang hari tu, saya terfollow drama nih...




Setiap hari isnin- jumaat 4pm - 530pm astro prima...

Best sangat crita nih (pada saya lah...).  Kalau x, x kan sampai atok mak pun terjebak sama hahaha...



Jung Gyu Woon sebagai Baek Kang Ho

Memula tengok, langsung x berminat ngan hero nih.  Last2 tengok baru macam suka pulak hehe...

Disebabkan saya dah mula keja minggu ni, maka tergantunglah crita nih huhu...dah le mmg tgh climax giler crita nih sekarang.  Hero pun dah kawin ngan heroin tapi baru episod 27 ke 28 camtu.  Kalau baca kat internet, dia sampai 55 episod kot kalau x silap.  Lama lagi tuuuu...apalah jadik ngan Kang Ho-Eun Nim & Sehoon-Sun Young-Yoo Bin.  Crita nih jadik lama sebab banyak kali berenti tayangannya.  Raya hr tu x de, pastu merdeka pun dia ganti ngan crita lain, cuti hari malaysia tu pun boleh ada crita lain jugak.  Tensen makkk...(matik la orang kata saya x patriotik...).

X pe lah...nanti saya mintak atok mak je lah yang crita kat saya ending crita nih hahaha...walaupun mendgr crita tu x sebest menonton sendiri...

Tuesday, September 25, 2012

Selepas 3 Bulan...

Secara rasminya, tamatlah cuti bersalin 3 bulan bermula semalam huhu...
Walaupun lemah longlai je nak melangkah ke ofis, tapi bab persiapan tu mmg dah mula awal sebab takut kelam kabut.  Maklum le ramai anak nak kena handle nih, termasuk diri sendiri nih jugak...

4-5 hari sebelum tu dah mula iron baju kurung kerja (wahhh...berkobar2 sgt nak keja haha...). Pastu settlekan jugak mengiron baju sekolah irfan & farah. - 1 bab settled! (kecuali baju kerja aku untuk hari khamis...bj batik nih ambik masa sket nak mengironnya.  tgk2 sampai ke sudah x sempat nak mengiron...)

Hr ahad mmg paling x keruan lah sbb abah keja.  Mana nak handle baby, ngan budak2 sedang membesar yang lain tu lagi dok keja carik makanan jek.  Last2 gorengkan cekodok pisang, pastu masakkan nasik goreng, senang creta (dasar mama "rajin" sangat kenn...).  Sempat la jugak siang tu settlekan sterilized semua botol2 isyraf & keringkan + basuh2 baju baby.

Then, hantar irfan g majlis solat hajat kat kafa dia kul 7pm & masak seround lagi nasik goreng untuk abah plak.  Pastu baru settle plak bab beg masing2.



Beg pink tu beg si izryn.  Siap beli beg baru sebab konon2 cakap kat dia, nak hantar dia g sekolah.  Nak bagi dia teruja & mmg excited pun dok usung ke hulu ke hilir.  Last2 menangis meraung jugak bila sampai taska haha...

Beg biru tu beg adik isyraf, next beg sekolah farah + beg day care dia & last skali tu tilam baby.

Ini kali pertama hantar baby kat taska.  Sebelum2 nih mmg x pernah hantar baby kat taska, semuanya hantar pengasuh jaga.  Bkn ibu pengasuh tu x nak jaga, tp persiapan untuk pindah ke rumah baru (jeng jeng jeng haha...surprise la sangat kan haha...) insyaAllah x lama lagi, jadi alang2 tu terus hantar je kat taska yang dkt ngan rumah + dekat jgk ngan ofis aku.  Nanti kalau pindah, x de la pikir lagi pasal hal budak2 nih.

 

Gambar budak2 sebelum pegi sekolah & taska semalam.  Comel sangat si isyraf tu tido mcm tu haha...Isyraf tgh batuk yg sangat teruk.  Dua kali dah ulang alik g klinik.  Kesian dia susah nak tido lena sbb kahak sangat banyak.  Cepatlah sembuh Ya Allah...pengasuh dia kata, isyraf ok je...cuma batuk tu yg buat dia tido x selesa.

Si izryn tu sengeh jek org amik gambar.  Sampai taska meraung haha...nampak keta mama parking dpn taska masa nak amik dia petang semalam, dia dah siap2 menangis.  Padahal tecer tu kata dia ok je sebelum tu (drama queen sungguh budak sorang nih...).

Yang kelakarnya, balik taska semalam tanya dia, best x sekolah, dia kata best.  Pagi td dalam keta ms on the way ke taska, tanya lg sekali best x sekolah, dia jwb plak x best haha...mmg x nak g sekolah la tu.  Dah 2 hr nih abah kena eskot g hantar kat taska pagi2.  Tu pun masih jugak menangis & x nak turun keta.  X pe lah yin...harap2 lama2 nanti ok la tu.  

Tanya dia, kak yin ada kawan x? Dia kata, x de hahaha...kesian anak aku!

Setakat nih, alhamdulillah...aku pun tgh cuba serasikan diri dengan keadaan baru nih.  Jadik surirumah hari tu, rutin dia lain, berehat pun banyak.  Ni dah keja, mmg lain la...penat pun lain macam huhu...semoga dipermudahkan semuanya insyaAllah...

Tuesday, September 11, 2012

Syawal 1433...

Nak dkt abis syawal dah, br la terhegeh2 nak crita pasal raya huhu...
Walaupun menjd suri rumah sepenuh masa hampir nak masuk 3 bln nih, tp no joking...lg penat dr dok dpn desktop kat ofis. Nak amik a few minutes to type a post pun, tak de masa...
Time baby tido, time tu la nak menyiapkan keja rmh yg x penah abis.
Bila nak berehat, baby plak dah bgn.
But why am i so not looking forward to start working in 2 weeks time?
Ishhh...nak nangis rsnya bila nak kena tgglkn baby kat nursery...
Meh crita raya dulu la ek...
Buat julung2 kalinya, beraya kat sini je on 1st syawal.
Mood beraya lgsg x de sbb x syok tak menyumbang kpd kesesakan jln raya hehe...
Turn blk rmh MIL thn ni.
Bila MIL decide nak raya kat sini, kami pun beraya sini je la.
So, pg raya after solat eidul fitri, br bertolak ke kajang, rmh SIL.
Aku cuma msk kuah lodeh je.
Yg lain - ns impit, kuah kcg, rendang daging, sup tulang - semua MIL yg msk.
Mkn2, terus lepak tgk tv smpi ptg. Ni raya ke x ni hehe...
Kul 3 ptg camtu br blk johor smpi raya ke7.
Blk johor, biasa la...mmg confirm beraya ke rmh pakcik makcik sekitar teluk ramunia, pengerang, ulu tiram, kluang, parit raja & bt pahat.
Lps tu bersedia plak menerima kunjungan anak2 buah atok & atok mak.
Sempat jgk celebrate birthday alif, bersekali ngan bday farah.
Tgk gmbr je la yg x seberapa...
1. Satu2nya family pic on 1st day raya (yg x brp nak menjadi, tp ok la...)
2. 3rd day raya...
3. Bday cake...
4. Pic with atok & atok mak on raya ke7...seblm blk nilai...
Pic ni berterabur. Pandai2 la matchkn dgn descriptions kat atas nih haha...(sbb aku mls dah nak rearrange blk. Baby x tido dpn nih, dah mula hisap2 jari, so paham2 la ek...)