Tuesday, September 25, 2012

Selepas 3 Bulan...

Secara rasminya, tamatlah cuti bersalin 3 bulan bermula semalam huhu...
Walaupun lemah longlai je nak melangkah ke ofis, tapi bab persiapan tu mmg dah mula awal sebab takut kelam kabut.  Maklum le ramai anak nak kena handle nih, termasuk diri sendiri nih jugak...

4-5 hari sebelum tu dah mula iron baju kurung kerja (wahhh...berkobar2 sgt nak keja haha...). Pastu settlekan jugak mengiron baju sekolah irfan & farah. - 1 bab settled! (kecuali baju kerja aku untuk hari khamis...bj batik nih ambik masa sket nak mengironnya.  tgk2 sampai ke sudah x sempat nak mengiron...)

Hr ahad mmg paling x keruan lah sbb abah keja.  Mana nak handle baby, ngan budak2 sedang membesar yang lain tu lagi dok keja carik makanan jek.  Last2 gorengkan cekodok pisang, pastu masakkan nasik goreng, senang creta (dasar mama "rajin" sangat kenn...).  Sempat la jugak siang tu settlekan sterilized semua botol2 isyraf & keringkan + basuh2 baju baby.

Then, hantar irfan g majlis solat hajat kat kafa dia kul 7pm & masak seround lagi nasik goreng untuk abah plak.  Pastu baru settle plak bab beg masing2.



Beg pink tu beg si izryn.  Siap beli beg baru sebab konon2 cakap kat dia, nak hantar dia g sekolah.  Nak bagi dia teruja & mmg excited pun dok usung ke hulu ke hilir.  Last2 menangis meraung jugak bila sampai taska haha...

Beg biru tu beg adik isyraf, next beg sekolah farah + beg day care dia & last skali tu tilam baby.

Ini kali pertama hantar baby kat taska.  Sebelum2 nih mmg x pernah hantar baby kat taska, semuanya hantar pengasuh jaga.  Bkn ibu pengasuh tu x nak jaga, tp persiapan untuk pindah ke rumah baru (jeng jeng jeng haha...surprise la sangat kan haha...) insyaAllah x lama lagi, jadi alang2 tu terus hantar je kat taska yang dkt ngan rumah + dekat jgk ngan ofis aku.  Nanti kalau pindah, x de la pikir lagi pasal hal budak2 nih.

 

Gambar budak2 sebelum pegi sekolah & taska semalam.  Comel sangat si isyraf tu tido mcm tu haha...Isyraf tgh batuk yg sangat teruk.  Dua kali dah ulang alik g klinik.  Kesian dia susah nak tido lena sbb kahak sangat banyak.  Cepatlah sembuh Ya Allah...pengasuh dia kata, isyraf ok je...cuma batuk tu yg buat dia tido x selesa.

Si izryn tu sengeh jek org amik gambar.  Sampai taska meraung haha...nampak keta mama parking dpn taska masa nak amik dia petang semalam, dia dah siap2 menangis.  Padahal tecer tu kata dia ok je sebelum tu (drama queen sungguh budak sorang nih...).

Yang kelakarnya, balik taska semalam tanya dia, best x sekolah, dia kata best.  Pagi td dalam keta ms on the way ke taska, tanya lg sekali best x sekolah, dia jwb plak x best haha...mmg x nak g sekolah la tu.  Dah 2 hr nih abah kena eskot g hantar kat taska pagi2.  Tu pun masih jugak menangis & x nak turun keta.  X pe lah yin...harap2 lama2 nanti ok la tu.  

Tanya dia, kak yin ada kawan x? Dia kata, x de hahaha...kesian anak aku!

Setakat nih, alhamdulillah...aku pun tgh cuba serasikan diri dengan keadaan baru nih.  Jadik surirumah hari tu, rutin dia lain, berehat pun banyak.  Ni dah keja, mmg lain la...penat pun lain macam huhu...semoga dipermudahkan semuanya insyaAllah...

1 comment:

Didie said...

Haah.. sangat comel ur baby tido camtu.. hehehe