Monday, November 26, 2012

Durian...

hari sabtu lepas saja2 la round2 carik durian.
lama rasanya x makan durian.
masa pregnant, mmg x sentuh langsung durian.
itu sendiri pun dah 9 bulan.  isyraf pun dah 5 bulan.
mau setahun jugak la x sentuh durian nih.

area nilai ni rata2 durian ni hrg dia rm5/ sekilo.
boleh la setakat nak beli sebijik, puas hati makan.
bukan nak byk pun...
tp mengenangkan izryn yg batuk + br nak baik demam, hasrat hati sendiri dipendamkan.
bukannya "hantu durian" sgt pun.
abah kata "bukan mengidam pun" (amboiiii...)...

tp dah kata rezeki nak makan durian kan...
hr ahad tu boleh pulak ucu dtg hantar durian kampung (beruas mari...)
alhamdulillahhh...

ada la sebijik besar nih...
(sebenarnya ada 10 bijik kot.  1 je yg gedabak ni.  yg lain cute2 je.
tp 3 bijik je kami amik termasuk yg besar ni.
yg lain2 sedekah makan kat kawan2 abah sbb tau sendiri makan mau x abis.
jgn tamak hehe...)


giler susah nak bukak, tp orang kata, yg susah tu yg sedap!





setia menanti budak2 nih haha...

 


yeayyy...dah boleh makan.
boleh tahan jugak budak2 nih makan.
farah rasanya 5 ulas kot.  izryn 3 ulas.
irfan?  seulas pun x abis hehe...
irfan mmg x minat durian.  tp bila semua org makan, dia nak rasa jugak.
tp lemah je dia makan.  pastu terus x nak...

mama?  rasa nak makan byk, tp terhad 3 ulas je sbb kesian kat baby.
karang x pasal2 baby plak yg demam.
durian ni besar.  makan byk camtu pun ada dalam 6-7 ulas jugak balance dia kena simpan.
hr ni kita plan buat something ye...ngan durian tu.

durian crepe???

hahahaha...berangan je la.  bubur kacang durian pun buat x brp nak sedap, lagi berangan nak buat crepe...

Friday, November 23, 2012

#4 (Lagi...)


rasa tenang je bila tgk DIA tido...
 



yeayyy...dah bangun!!

 


*rambut DIA dah panjang...rasa nak botakkan je, tp abah x nak pulak.
klu tgk bhgn blkg lg la rasa nak cukur semua time2 tu jugak.
cukur bantal!!!*

*happy 5 months old baby...(besok 24.11.2012 genaplah DIA berusia 5 bulan).
kejap je masa berlalu.  susu mama pun dah makin merudum huhu...
bertahanlah bertahanlah utk tempoh sebulan lagi (sekurang2nya...) - banyak2 berdoa!*


Tuesday, November 20, 2012

Kuah Kacang

aku mmg minat sangat kuah kacang.
kalau cafe kat ofis nih buat nasi himpit & kuah kacang, mmg confirm aku beli...

taraaaa...breakfast pg nih (dah tggl seketul hehe...)






kalau ikutkan, aku boleh je buat sendiri kuah kacang nih.
tp disebabkan jarang sgt buat, so bila sekali2 buat tu, kadang2 rasa ok, kadang2 x brp ok (mmg x pandai masak punnnn...)

MIL pandai buat kuah kacang.
i mean, kena ngan taste aku la. ada manis2 sket sbb dia letak gula kabung.

masa kat ofis lama dulu pun, ada sorang collegue nih pandai jugak buat kuah kacang.
tp versi dia yg ada campur2 ngan "haiwan".
kuah kacang kerang, kuah kacang ayam, kuah kacang daging...
mmg sedap sangat...

pagi2 cerita pasal makan, karang nak buat kerja pun terliuq haha...

 

Monday, November 12, 2012

Farah - Concert & Graduation

sekitar Concert & Graduation Day farah hari sabtu lepas...



isyraf - sampai2 je terus lena.
kak yin plak x reti dok diam huhu...




lepas baca doa, terus start graduation.
kena berucap dulu, bgtau ambition masing2.
kalut minah sorang nih, tunduk2 mortar board terkena mic hehe...




lepas tu, persembahan doa & nasyid.
nasyid pun beria2 dia gerak2kan badan haha...

*tecer kata, kena pakai bj kurung biru & tudung hitam.
tecer kata, x yah beli bj baru...pki je bj kurung ala2 biru pun x pe.
masalahnya, mmg x de pun bj biru (ala2 pun x de).
gagah jugak la mama g carik bj kurung biru + tudung.
x nak g jauh2, carik je sekitar nilai nih.  dah bkn musim raya, susah jugak nak mencari.
jumpa kat Gedung Hari-Hari, rembat je.
skali tu sama bj dgn adani (bdk yg ke2 kanan farah) hehe...*

persembahan farah seterusnya 2nd last huhu...
berjanggut mama tunggu, isyraf pun dah x keruan...
kak yin dah lapar, siap mintak roti from kakak (students dpt makan).




farah dengan BFFnya - yg tinggi tu adani & yg kecik molek tu nurin.
jumpa mak adani & dia jemput ke kenduri mlm tu kat rumah dia (ila sangat peramah walaupun baru brp kali je terserempak dgn dia sbb adik adani sama nursery ngan kak yin & isyraf).
rupa2nya dia buat tahlil & yasin 100 hari pemergian ayah adani.
aku ni mmg emotional sket bab2 kematian nih, x kira siapa.



sebelum & selepas persembahan tarian "Hello Hello"...
aku ada ambik video.  ishhh...overdancing betul anak dara sorang nih haha...









Friday, November 9, 2012

Jumaat...

lunch tadi, makan ini...



tapau from "kedai bonda" - deret kedai makan depan ofis & makan kat rumah - deret rumah belakang deret kedai depan ofis hehe...

 


goreng telur mata + bawang & curah kicap...hohoho sedapss!
tetiba teringin makan telur mata walaupun dah tapau sotong goreng kunyit + kcg panjang, kerabu kcg botol + perut & ikan kembung pedas.

ohh...lauk macam2 nih bukan makan sorang.  makan ngan en abah lepas dia blk solat jumaat (perut dah berkeroncong sbb kul 2pm br nak makan).

bila dah duduk betul2 dpn ofis nih (x smpi 5 minit pun g ofis hehe...eh, lbh kurang 5 minit la kot klu ambil kira masa nak kluar simpang), bila abah shift malam & lunch time dia lapar, boleh main call or sms je mintak tolong tapau or ajak makan skali.  tp x slalu pun aku mengikut kehendak itu sbb dok ofis kena bermasyarakat kan hehe...

cuma hr jumaat tu boleh la nak balik rehat2.  eh, x sempat rehat pun.  tadi sempat basuh bj farah utk konsert dia besok (hehe...besok nak konsert br terhegeh2 nak basuh), solat, makan - dah kena blk ofis semula.

Thursday, November 8, 2012

HSH - Pagar...


cantik tak pagar rumah kami?
hahahahahaha...

pagar asal rumah ni dah nak roboh masa kami beli.
so, decide nak tukar pagar baru.
aku suka pagar yg simple je.
melintang macam nih, tp besi (sama macam gril yg lain).

abah minat plak nak buat kayu sbb tgk byk rumah kat lorong2 sebelah nih buat design camni.
bila tny kontraktor, dia kata tu semua aluminium, bkn kayu.
tp aluminium mahal (baik lah pagar besi biasa macam yg aku nak kan? murah je...).
akhirnya, ikut la kehendak abah - pagar kayu.
aku x suka kayu sbb cepat reput.
ada 1 rumah kat lorong kami nih, pagar kayu dah reput nmpk buruk.
tp kontraktor kata boleh tahan 5 tahun.
ye ke? tunggu je lah kan.
abah kata nanti dah ada duit lebih, boleh tukar aluminium pulak!

semalam ada budak pomen datang rumah sbb keta x boleh start.

pomen : siapa buat pagar nih bang?
abah : ko jgn tanya. buat sakit hati je...
pomen : teruk sangat ni bang, pagar nih...senget, x kemas.


okeh...siapa2 yg pandai buat pagar adalah DILARANG datang ke rumah kami!
 ataupun DILARANG belek2 pagar bila datang ke rumah kami!


benciiiiiiii...si pembuat pagar yg macam pandai, tp nan hadooo...


Wednesday, November 7, 2012

Buat Ayat...

kemas beg sekolah farah & terjumpa kertas ni...

 
 farah kata, cikgu suh buat ayat dengan menggunakan 1 perkataan yg diberi.
budak2 kalau buat ayat mesti ada perkataan "mak".
bagus la kan, sebab sentiasa ingat kat mak.
 
tersenyum lebar bila baca ayat no 10 :
 
'mak saya selamat masa rumah saya terbaka'
 (perkataan yg diberi adalah SELAMAT)
 
 
hehe...comey ingat kat mak macam tu (ataupun dia bersyukur mak yg gemuk nih sempat selamatkan diri masa rumah terbakar haha...)
 
"mak" tu patutnya kena tulis as "emak"..."mak" bahasa pasar kan?
& terbaka = terbakar!
 
ye lah...kita pun sebut baka, bukannya bakaR...
 
 

Tuesday, November 6, 2012

#4 : 4 months old...

budak ini dah menyiarap dgn jayanya...




tapi, lama2 sgt dia akan marah...
mama saja biarkan kejap, sbb dia marah pun ala2 manja hehe...
 


kakak enteprem...
walaupun adik tgh marah haha...