Monday, November 26, 2012

Durian...

hari sabtu lepas saja2 la round2 carik durian.
lama rasanya x makan durian.
masa pregnant, mmg x sentuh langsung durian.
itu sendiri pun dah 9 bulan.  isyraf pun dah 5 bulan.
mau setahun jugak la x sentuh durian nih.

area nilai ni rata2 durian ni hrg dia rm5/ sekilo.
boleh la setakat nak beli sebijik, puas hati makan.
bukan nak byk pun...
tp mengenangkan izryn yg batuk + br nak baik demam, hasrat hati sendiri dipendamkan.
bukannya "hantu durian" sgt pun.
abah kata "bukan mengidam pun" (amboiiii...)...

tp dah kata rezeki nak makan durian kan...
hr ahad tu boleh pulak ucu dtg hantar durian kampung (beruas mari...)
alhamdulillahhh...

ada la sebijik besar nih...
(sebenarnya ada 10 bijik kot.  1 je yg gedabak ni.  yg lain cute2 je.
tp 3 bijik je kami amik termasuk yg besar ni.
yg lain2 sedekah makan kat kawan2 abah sbb tau sendiri makan mau x abis.
jgn tamak hehe...)


giler susah nak bukak, tp orang kata, yg susah tu yg sedap!





setia menanti budak2 nih haha...

 


yeayyy...dah boleh makan.
boleh tahan jugak budak2 nih makan.
farah rasanya 5 ulas kot.  izryn 3 ulas.
irfan?  seulas pun x abis hehe...
irfan mmg x minat durian.  tp bila semua org makan, dia nak rasa jugak.
tp lemah je dia makan.  pastu terus x nak...

mama?  rasa nak makan byk, tp terhad 3 ulas je sbb kesian kat baby.
karang x pasal2 baby plak yg demam.
durian ni besar.  makan byk camtu pun ada dalam 6-7 ulas jugak balance dia kena simpan.
hr ni kita plan buat something ye...ngan durian tu.

durian crepe???

hahahaha...berangan je la.  bubur kacang durian pun buat x brp nak sedap, lagi berangan nak buat crepe...

2 comments:

Tyha said...

Irfan makan le jugak...Najmi jamah pon x mau...dia cukup berbulu kalau kami beli durian heheheh

elly said...

klu beli durian seblm2 nih, mmg irfan x nak jamah pun. tp mgkn lama dah x de durian dlm rumah nih, tetiba dia nak rasa pulak. pelik jgk mula2 tu...tgk2 dia makan sket, pastu x nak haha...mmg x boleh nak terima la kot durian tu...