Wednesday, December 12, 2012

Jalan-Jalan Melaka

dah 2 tahun berturut2 pihak pengurusan kat agensi aku nih sponsor staf2 utk pergi retreat/ team building/ what-so-call "bengkel hala tuju".  for this year 2012, sorang staf diberi rm500 untuk pegi retreat kat mana2 yang disukai.  yg penting, x over-budget.

tahun lepas kami pergi janda baik je.
tp last year macam strict sket.  kena buat bengkel.
kluar dr environment ofis pun, dok jugak berbincang dlm meeting room.  
apa kelassss hehe...
tp this year ada sikit kelonggaran.
x yah bengkel pun x pe.  cuma lebih kepada retreat utk staf + masukkan la unsur2 team building sket.

macam biasa la.  dept aku ni kecik je.
so nak buat kat tempat yg grand sgt pun, bila x smpi 30 org, susah jugak nak nego ngan pihak hotel.
last2 kami decide pegi melaka je (29 nov - 1 dis 2012).
ada 2 orang kat deptku ada baby (1 tu aku la...), so nak travel jauh2 sangat tu agak x digalakkan.

kami dok kat d village resort ayer keroh.
chalet betul2 depan pool.  tp sekali je budak2 dapat "terjun" disbbkan masa yg singkat + banyak aktiviti lain.




masuk2 chalet je, masing2 terus landing atas katil.
baby pun tido je sepanjang jalan.

 


petang tu aktivitinya naik river cruise.
masing2 berminat nak naik waktu malam.  
aku pun teringin gak nak rasa pengalaman naik night cruise.
tp mengenangkan baby, lain kali la kot.
in sha Allah, ada rezeki nanti boleh pegi melaka lagi...




baby aku letak dalam carrier.
syok plak dia tido sepanjang dalam cruise hehe...

  malamnya = aktiviti bebas.
yg ada anak kecik nih, aktiviti bebasnya mmg confirm la dok dalam bilik hehe...
tp yg muda2 semuanya g lepak kat dataran pahlawan.
zamanku sudah berlalu huhu...




pagi besoknya, aktiviti team building kami - boling @ mibc!
budak2 pun kami booking 1 lane.
syok diaorg main baling2 bola walaupun semua ke longkang haha...
(eh, mama pun byk masuk longkang jugak huhu...).
 



kami main 2 game.
budak kecik ni mula2 ok la dok dalam buggy.
lama2, mula la dia x selesa.
aku punya turn pun, ada yg aku suruh mr abah tolong balingkan haha...
sbb sebok "memenuhi kehendak" budak kecik ini.

eh, kami ada hadiah untuk semua team.
team aku dapat no 4/ 4 hahaha...
tp mr abah dpt anugerah jatuhan pin terbanyak.
kesian...dia sorang je yg terer, team mates yg lain hampeh haha...
anugerah jatuhan pin terbanyak team kami yg menang.
anugerah paling banyak masuk longkang pun team kami jugak hahaha...

 


budak2 main 1 game je.
so sementara tggu game adults abis, kena la melayan kehendak kanak2 milenia nih!

 


petang tu lepas solat jumaat, kami pegi makan beramai2 (bayar sendiri2)
kat asam pedas selera kampung.
pastu terus g naik menara taming sari.
serabut ramai orang kat area situ sampaikan izryn hilang.
memang giler x perasan izryn x de.
lama jugak rasanya izryn hilang sbb kami sempat berposing sakan.
tiba2 baru terperasan (kalau tgk gmbr beramai2 tu, mmg izryn x de).
alhamdulillah, jumpa dia semula tgh menangis dekat dgn area nak amik gambar kat pintu masuk taming sari huhu...
masa jumpa tu mamat cameraman tu tgh pujuk2 si izryn.
adoiii la mama...kena lebih alert pasni.


malam tu, aktiviti night zoo.
aku x join sbb x berani nak bwk baby masuk hutan.

pagi sabtu mmg x de aktiviti.
tp kami check-out awal sbb nak kena g JB untuk wedding
shafiq - fatinah - my dear anak sepupu.
(dah tua weh...anak sepupu pun dah kawin).

alang2 pegi JB, terus je balik BP.
cukuplah walaupun untuk semalam je.

*penat...tp the following week lg penat.
in sha Allah, nanti citer*

No comments: