Friday, December 14, 2012

Jalan-Jalan Utara - Part I

balik dr melaka, penat pun x brp nak reda lagi,
kami berjalan pulak ke utara
(ni.lai - penang - kulim - perlis - ipoh - sg besar - ni.lai)
fuhhhh...serius penat.
baju2 selama 5 hari berjalan tu x habis basuh pun lagi.
pulak tu cuaca x brp nak menentu.
almost everyday hujan.

tujuan sebnr pegi utara nih sbb nak attend kenduri kawin apit (kawan mr abah) kat arau.
mr abah nih kalau ada jemputan kenduri kawin,
mmg dia rajin pegi wpun jauh.
mcm tahun lepas kami penah attend kenduri kat tganu.
x de ke kawan mr abah kat sabah ke sarawak ek?
boleh kami berjalan ke sana pulak hahaha...

dah terlanjur berjalan, aku pun amik kesempatan hehe...
ajak mr abah bercuti ke penang.
tu pun sehari je + singkat sangat.  apa pun x blh buat huhu...
konon dok kat batu ferenggi, tp laut pun x sempat nak jengok hahaha...

kami bertolak dr rumah dlm pukul 9 pg kot.
siap singgah breakfast dulu, maka masuk highway pun dah pukul 10pg++.
terus je x berenti pun.
hujan pulak kat area lepas bukit merah.
seb baik hujan sekejap je sbb kami ada plan sebelum masuk "pulau".

plan makan mee udang kat sungai dua hehe...

aku ada buat "homework" sikit sebelum g utara nih.
jangan main2...aku siap ada tentative program lagi haha...
sebelum pegi, tunjuk kat mr abah plan tu, dia ok je...

ramai orang suggest pegi restoran aur gading nih.
ok la, senang jugak nak carik wpun mula2 tu macam x sure sbb ada kedai2 lain sebelum2 tu macam tutup je.
 bila sampai, mr abah siap tanya kat org kedai tu bukak ke x seblm bg kami semua turun keta.
dah sah2 kat entrance tu dia tulis "OPEN" haha...
tp yg buat x sure tu sbb x de orang.
kami sampai dlm kul 2 ptg camtu.
lepas kami tu, baru la ada 2-3 group sampai.



kami order mee udang untuk 2 org makan.
budak2 x nak makan mee.
jadiknya aku order nasik goreng cina (for kids) + kerang rebus + sotong goreng tepung + air laici sejag.

ok la mee udang, sedap.
udang utk 2 org makan ada 8 ekor.
harganya RM31 utk 2 org makan.
mahal sikit la pada aku sbb portionnya x de la banyak sangat.
 ada kazen mr abah kat perlis cakap, kalau nak makan mee udang yg murah sikit ada kat taiping.
in sha Allah, nanti la kami try pulak yg taiping tu.


aku booking kat hydro hotel batu ferenggi.
masuk2 je lobby from basement parking, kami jumpa pokok krismas besar.
apa lagiiii...




mama pun jakun skali haha...

 malam tu saje jalan2 carik makan kat area night market batu ferenggi.
x tau nak makan kat mana.
mostly kedai2 melayu tepi jalan penuh je aku tgk.
jumpa kedai nih (x ingat nama), betul2 depan HRH.


 


baby tido, so kita letak dia dalam carrier & boleh makan dengan aman hehe...
turun keta, naik keta, turun keta lagi, naik hotel - baby tetap tido.
penat sangat la tu kot...

*bersambung...*

No comments: