Thursday, December 20, 2012

Persiapan Sekolah 2013


tahun depan irfan darjah 2 & farah akan masuk darjah 1.
teringat aku dulu...masa darjah 1 satu sekolah dgn along darjah 2.
mak pun x berapa nak tggu kat sekolah masa mula2 masuk darjah 1 tu.
mak kata, apa2 g jumpa along haha...

tapi irfan nih garang sket ngan adik2.
risau jugak, kot la dia buat dek je dgn adik dia.
tp along pun garang jugak dulu haha...
x ingat pulak along ada marah2 aku kat sekolah.
kalau kat rumah ye lah, mana pernah x bergaduh.


baju sekolah dah settle...





dapat mama yg x reti menjahit nih, padan muka diri sendiri haha...
sbbnya 1 beg nih semua baru amik from tailor.
seluar irfan kena potong sbb panjang, baju farah kena alter sket panjang tgn dia, batch & name tag tu skali harung aku htr kat tailor.
mahal jugak la kalau ikutkan keja yg tailor nih buat, bukan susah pon.
tp dah x reti menjahit tu kan, pasrah je lah!

(tp tahun lepas aku jahit sendiri name tag irfan tu.
walaupun buruk, tp x de plak tertanggal ke apa sepanjang tahun.
elok je pun.  cuma tahun nih x brp nak sempat nak jahit.
aku jahit 4 name tag mau makan 3-4 jam hahaha...)





stationeries & all.
beli je, tp x sempat lagi nak kemas betul2.
beg sekolah farah x beli pun lagi.
x jumpa yg berkenan huhu...





aku dah beli buku2 kat kedai buku sekolah.
nasib sekolah ngan ofis dekat.
jumaat lepas masa lunch break sempat jugak la menjengah ke sekolah.
x de orang, kejap je dah settle beli.
kalau tunggu next week masa registration tu, mau beratoq panjang.


book cover pun dah beli, cuma nak menyampul tu je masih belum berkesempatan.
next week mmg kena all out
(last minute jugak akhirnya hahaha...)





buku teks irfan dah dapat sebelum cuti hari tu.
banyak yg dah ada cover.
ada 2-3 yg kena tukar cover.


huhu...dah terasa dah bahang2 tensen bila anak nak mula sekolah nih.
dah start praktis bersabar banyak2 dari sekrg haha...
& kuat kan semangat nak mula balik sesi membasuh baju sekolah di tgh2 minggu & menggosok baju selambak banyak masa weekends.
adoiiii laaaaa...

(mama kena pegi kelas motivasi hahaha...)

No comments: