Tuesday, December 31, 2013

JJCM 31122013




last day of 2013!!!
banyak suka duka pada tahun 2013,
& more to come in 2014.


sebenarnya ada a few entries tertangguh nak stori mori kat sini.
tp x pe lah, pelan2 kayuh huhu...
insyaAllah kalau sempat nanti cerita.



nak share satu gerai makan kat ni.lai3.
in case kalau ada yang jalan2 kat sana, boleh la singgah gerai nih...







kami order roti tampal.
yang speselnya, kuning telur tu cair nyummmmm...
kalau ikutkan, x cukup satu hehe...



& kat depan gerai nih, ada satu gerai lagi yang jual kuih 3 seringgit.
hahhh...mana nak dapat kan?
kuih besar2 plak tu.
lepas makan, beli plak barang2 basah kat pasar ni.lai3 nih.
sekali harung semua boleh beli kat sini je.
cuma kedai kain & hiasan belum bukak pagi2 nih.
kalau x, lengkap sehari dok situ borong segala barang hihi...



in case ada yang nak cuba...
nama gerai nih - gerai roti canai mantin.
pagi2 mmg penuh orang, so senang nak spot lokasinya.







Monday, December 16, 2013

Basikal




yeayyy...
dah selamat beli basikal!!








sebelum sampai kedai, aku ada cakap kat mr abah.
"kita beli basikal yang harga 100 lebih dah la..."
nak beli dua basikal nih.
pulak tu bulan nih mmg over spent sket sbb dok prepare barang sekolah bagai.
tapi basikal tu memang dah janji.
so kena beli jugak.


sekali tu sampai kedai, cina tu kata.
"saya bukan x mau jual itu harga, tp kalau u beli harga tu ahh...kejap saja u pakai.
ni i jual yang kualiti ni. u try tengok ok ka tak?!!"
hehehe...ye lah pek!!
mak ko nih ketinggalan zaman.
mana ada benda yang x naik harga huhuhu...









beli dua je basikal - untuk ir.fan & fa.rah.
yang kecik tu basikal lama ir.fan.
tukar tayar dia, tambah tayar kecik.
settle iz.ryn dapat satu basikal hehe...


fa.rah sebok nak basikal ada bakul.
katanya, boleh letak botol air dalam tu.
(ye ler tu...macam jauh bebenor nak bawak basikal tu. depan rmh je pon...)
fa.rah ni x berapa mahir lagi naik basikal walaupun dah besar.
so mr abah tambah tayar kecik untuk dia.
kelakar sebab basikal besar tp ada tayar kecik hehe...



*
alhamdulillah...janji dah ditepati.
anak2 happy,
mak pak pun happy (senyum sampai ke telinga + kelat2 sket huahuahua...)






Thursday, December 12, 2013

Betul Ke Rajin?






rajin tak my anak2?
see the mother la kan hehehe...


ni sebenarnya masa balik kampung mr abah 2 minggu lepas.
rewang kenduri kazen mr abah.
aku ngelat sikit.  x de tolong pape haha...
bukan x nak tolong, tp alasan baek punya sbb jaga is.yraf.
(karang x pasal2 is.yraf tarik tiang2 hiasan pelamin yang siap ngan kain beropol2 tu,
mampuihhhh...)


disebabkan itu, bagi anak dara 2 orang tu tolong.
seb baik boleh diharap bungkus telur.
(x tau la elok ke x elok dibuatnya sbb aku pon x tengok)
is.yraf pon boleh diharap jugak.
tolong punggah barang yang orang dah susun hihi...



kalau nak ikutkan, dah berapa minggu cuti sekolah nih,
(diam x diam lagi lbh kurang 3 minggu je nak naik sekolah.
cepatnya...rasa x puas lagi x basuh & x iron baju sekolah)
balik kampung tu la satu2nya agenda jalan-jalan cuti sekolah nih huhu...
kesian budak2 dok kat rumah je.
tp diaorang pon x komplen.
kecuali sebok tuntut janji basikal tu.
(giler terok mak ko nih, basikal dok janji tu pon belum beli lagi)
ok ok...besok insyaAllah g beli.
insyaAllah (mmg dah betul2 rancang nih)...tp x bagitau budak2 pon takut karang lari planning.
sebab hari tu dah plan nak g beli sekali ngan shopping baju sekolah.
sekali tu dah petang sangat, x jadik beli.
ir.fan baca list barang yang nak beli, ada pulak aku tulis "beli basikal".
kantoi mak ko hahaha...


dah planning beberapa aktiviti for kids termasuk weekends nih, insyaAllah.
hopefully semuanya berjalan lancar seperti dirancang.
planning semuanya dok hujung2 tinggal belen2 cuti sekolah nih.
jadik lah kan!!






Wednesday, December 4, 2013

Da.yre




kalau aku senyap lama dalam blog nih, maksudnya...
yeh yeh yeh...
mmg aku tengah memerah otak la - au.dit fi.eldwork!!
walaupun memerah otak tensen tahap dewa tu hanya di ofis,
tp tetap aku x boleh nak menulis kat sini.
tak tertaip tangan aku nih hah....
hebat x penangan keja aku?!!
kalau nak test, meh la keja dalam line nih hehehe...



sana sini orang tengah sebok ngan da.yre.
eh, aku pon nak.
padahal ape je lah yang ko nak cerita.
orang lain tu kekdahnya mmg banyak aktiviti.
aku nih x dak aktiviti pon nak jugak hahaha...
x pe lah...
yang penting untuk aku, ada tempat aku nak menulis.
mmg tujuan aku menulis ni pon nak buat macam dairi je.
especially berkaitan aktiviti2 famili.
aku ni bukan makin muda, ingatan pon dah makin kurang huhu...
serius...
bila aku baca entry yang lepas2, aku pon x ingat betul ke aku buat macam yang aku tulis tu hahahaha...



so, find me at dayre.me/allizaayob - My #Dayre...Instead of Blog





Thursday, November 21, 2013

Anak Teruna





alhamdulillah...
ir.fan dah jadik anak teruna 16.11.2013 ritu.
ok je dia sebelum dan selepas kejadian.



tqvm to atok & atok mak sebab sudi datang jaga selama 4 hari.
aku ni nak cuti pon x boleh sbb baru start fieldwork huhuhu...
bila atok balik semalam, ir.fan pon dah makin ok.
so alhamdulillah senang sikit nak menjaganya.
dah boleh melompat dan berlari dah semalam.
tp makan still pantang lagi la.




~ kat klinik sebelum kejadian ~



ir.fan berkhatan sekali ngan sepupu dia.
so ok la ada kawan.
dok sama2, main sama2.
x de la boring sangat kan?




~ kat rumah selepas kejadian ~


ada orang kata badan akan naik bila lepas berkhatan.
risau aku sebab ir.fan mmg besar badan dia.
kalau sepupu dia tu, ok la kot naik badan sikit.


just wait & see...



Wednesday, November 13, 2013

#4 :@ 17Months








budak nih pakai baju gegirl hehe...
baju wakaf kat taska sebab cikgu kata baju dia basah.



malam tadi, is.yraf demam.
aku lap2 badan & kepala, dia marah aku.
pagi baru bangun bagi ubat.
pegi taska tadi dah turun dah panasnya.
aku standby je nih kot2 taska call.


Tentang Fa.rah




ok...cerita pasal fa.rah pulak.



masa aku jumpa cikgu farah awal tahun hr tu,
(sek diaorang buat open day pada bulan mac.
itu lah satu2nya open day yang diaorang buat sepanjang tahun).
cikgu kata fa.rah ok.
aku tengok results dia pon boleh tahan la
(as compared to ir.fan at that time).
suka sangat komen from cikgu sbb dia kata,
fa.rah aktif dalam kelas.
suka angkat tangan nak jawab soalan sampai cikgu terpaksa x bagi dia angkat tangan lg dah.
asik dia je kan? camno hahaha...



pencapaian dia setakat paper yang dia bawak balik untuk akhir tahun ni,
quite ok jugak la.
yang x oknya - paper pendidikan jasmani & kesihatan huahuahua...
(padahal bukan paper penting pon, tetap aku stress - mmg la mak ko nih).
sebenarnya aku teringat time fa.rah study utk paper nih.
dia kalau hari sekolah, maghrib je dia start ngantuk.
jadiknya aku x tau la apa yang masuk dalam kepala dia bila dia baca buku tu.
pagi2 tu dia bangun,
boleh pulak dia kata susah la pk, saya x ingat.
mau mak ko x risau.
belum exam dah cakap gitu haha...
tapi aku tawakal je.
buat yang terbaik anakku...



walaupun fa.rah x dapat pencapaian terbaik 1-3 masa hari anugerah tu,
tetap aku bangga bila fa.rah dapat...



~anugerah kehadiran penuh~



memang dia x pernah x datang sekolah.
memang komited.
sedangkan hari tu dia sakit mata pon,
boleh dia menangis sebab aku x bagi dia g sekolah.
(yg tu sehari dia x datang cikgu x ambik kira kot,
sbb mungkin dia dah senaraikan nama penerima anugerah).



yang terkezutnya aku hari tu,
anak2 yang dapat anugerah nih,
mak pak diaorang pon ter"seret" skali kena naik pentas.
merasa la aku pulak yang dapat anugerah huahuahua...






hahaha...tinggi sangat aku rasa anugerah perihatin tu.
sampai adik aku kata 
"ingatkan selalu sangat tunjuk muka kat sekolah, tu yang jadik perihatin tu" hehehe...



sebenarnya kesihatan yang baik &
kehendak diri budak2 tu sendiri pon kena ada untuk memastikan kehadiran penuh,
selain daripada peranan mak pak.
teringat lagi aku zaman kecik dulu.
mmg atok & atok mak adalah orang yang paling strict skali bab2 sekolah nih.
jangan harap sekali pon x datang sekolah.
dah begitu didikannya, 
aku pun sedikit sebanyak jadik gitu jugak lah bab2 mendidik anak2 nih.



aku doakan fa.rah yang baik2 juga.
agar dia sentiasa diterangkan hati untuk menerima & paham pelajaran dengan mudah.
sentiasa berusaha memperbaiki diri & sentiasa cemerlang dunia akhirat.
ni pon kira hadiah gak kan?
so dapat jugak basikal hahahaha...
(patutnya yang dapat hadiah pelajaran je aku bagi basikal,
tp x pe lah...
kenapa aku nak jgk bagi basikal kat fa.rah, nanti aku stori mori).




Tuesday, November 12, 2013

Tentang Ir.fan




alhamdulillah tahun nih ada peningkatan untuk ir.fan.
aku pun terkejut bila cikgu kata ir.fan dapat hadiah.
ye lah kan,
kalau tengok ir.fan kat rumah, aku nih menangis pon pernah.
nak suh buat latihan or even nak habiskan buku aktiviti sek tu pon, jenuh.
aku nih terpaksa lah kena suh buat 2 mukasurat or 5 mukasurat sehari.
kalau x, x boleh main or tengok tv.
baru la bergerak. tu pon 2 mukasurat.
kalau nak soh 10 mukasurat, mmg x la kan.



masa nak final exam hari tu,
walaupun x de ler aku paksa diaorang 24jam ngadap buku,
tp aku buat jugak la time table.
at least 3 jam sehari kena buat latihan/ baca buku.
alhamdulillah, masa ni ir.fan quite ok jugak la ikut time table.
(tp cuma untuk 2 minggu exam week tu la.
dah kata last minute study, apa yang sempat je la kan?
menulis nih pun teringat semputnya aku sepanjang 2 minggu tu huhu...)



sebenarnya, kalau ikutkan yang penting adalah pencapaian anak2.
x semestinya dapat hadiah kecemerlangan.
dah kalau anak ko kelas yang pertama dalam sekolah,
mesti lah semuanya pandaikan?
saingan untuk dapat no 1-3 tentulah sengit.
padahal anak ko mmg scorer.
(dalam kes nih, anak2 aku bukan kelas pertama ye.
sbb kat sek nih darjah 1-3 dia x kategorikan kelas lagi.
aku teringat dulu mr abah kena "herdik" ngan gb sbb bertanya dalam keadaan yang innocent pasal kedudukan kelas hehe...seb baik bukan aku yang kena.
kalau aku kena, mmg gb tu aku "mark" sampai sudah huahuahua...)



tapi, macam tahun lepas,
masa ir.fan darjah 1.
ada la kawan ofis aku nih, anak dia dapat hadiah cemerlang
(1 sekolah ngan ir.fan, umur pon sama tapi kelas lain).
punya lah aku down giler bila ir.fan x dapat hadiah.
x ler tunjuk depan budak2.
tapi punya psikonya aku,
aku siap cabar budak2 - kalau tahun nih dapat hadiah, aku akan belikan basikal.
aku rasa aku nih boleh sakit jantung kot.
punyalah psiko gils nak anak dapat hadiah.
pastu aku yang meroyan sendiri bila budak2 asik main je, x belajar.
bila ingat2 balik aku rasa masa aku sek ren dulu,
x de ler pulak atok & atok mak beria marah aku suh belajar.
tp ok je results aku time tu.
tp aku ingat dulu atok mmg x bagi kitaorang tengok tv kalau weekdays.
tv zaman dulu yang ada "pintu" tu, siap atok letak padlock lagi.
brutal x atok dulu2 hehehe...



hasilnya...







alhamdulillah!!
cuma aku x berapa nak tau pencapaian sebenar ir.fan.
i mean, band2 semua tu aku x tau pon.
markah exams pun yang aku tau 2 paper je yang ir.fan bgtau.
sek diaorang nih, 1 kelemahannya sebab x buat report card day masa akhir tahun.
susah jugak la nak tau pencapaian diaorang nih.
mr abah suh pegi sekolah tanya cikgu.
insyaAllah minggu nih aku carik masa pegi sekolah jap kot.


hopefully, pencapaian ir.fan akan terus meningkat setiap tahun.
& semoga sentiasa diterangkan hatinya untuk terima & faham pelajaran dengan mudah.
risau dengan persaingan zaman sekarang nih.
dah sebok dah ir.fan claim basikal dia hehe...
kena tunggu mr abah free sbb mr abah sekrg nih off day pon kena panggil keja huhu...



pasni aku cerita pasal fa.rah pulak.



*mr abah penah cakap ngan aku,
jangan ler stress sangat ngan pencapaian budak2.
kira ok la results diaorang tu.
aku budak2 dapat 80%++ pon aku down giler!
entah ler aku nih.  high expectation sangat huahuahua...
walaupun aku x der ler marah budak2, tp diri sendiri yang merana.
oiii...belajar2 lah tidak terlalu stress!!!*


Monday, November 11, 2013

Yang Aku Suka




kalau nak ikutkan,
favourite food aku memang ler banyak.
dah dasar orang yang suka makan,
of cos ler macam2 makanan yang aku suka kan?


tapi yang nih mmg aku suka...



kerabu mangga



kalau g makan kat mana2,
esp kat restoran2 thai,
mmg kompem aku akan order kerabu mangga.
aku boleh ratah camtu je sementara tunggu nasik sampai.
aku suka rasa dia yang ala ala masam pedas gitu...


yang ni aku order masa g lunch ngan mr abah last week.
kedai dekat ta.man se.marak ni je hah...
femes aku rasa sebab penuh je kedai tu.
aku pegi nih waktu lunch hari rabu.
sampai sana dalam kul 110pm, meja hampir penuh.
tp kedai nih semua kena order.
dia bukan stail buffet dah siap lauk banyak2 tu.
so, merasa la menunggu lama sikit masa mengorder tu.


oh...nama kedainya - ab.as se.afood.
(x komersil pun nama, tp yang penting sedap)



satu lagi...tauhu.
be it tauhu biasa ke, tauhu telur ke.
aku share the same passion towards tauhu dengan ir.fan.
mmg kami dua2 hantu tauhu.
(sebab tu kami putih huahuahua...)




tauhu black pepper



resepi tauhu ni kawan aku yang bagi.
ni 1st time aku try buat semalam for dinner.


senang je resepinya.
(yang aku dah olah ikut kesesuaian tekak aku la)


bawang merah, bawang putih & halia sikit.
hiris2 & tumis.
pastu masukkan oyster sauce & black pepper sauce
(kalau suka pedas letak la banyak sikit bp sauce tu.
kalau x dak bp sauce, guna bp powder pon ok.
aku rasa mesti lagi meletop. cuma bp powder aku dah abis, so aku ganti ngan sos)
yang aku masak nih aku x letak garam sbb oyster ngan bp sauce tu mmg dah masin.
masukkan tauhu yang dah digoreng.
last sekali masukkan kucai.
(nak letak daun bawang pon ok)
siapppp...
senang je, sedap pon sedap.


aku beli 2 keping je tauhu tu.
sbb yang makannya pun aku ngan ir.fan je.
yang lain esp mr abah mmg x berapa minat ngan tauhu.


so, u ols boleh la cuba ye.
ada 2 option aku bagi nih.
either nak masak or nak makan kat kedai hihi...
tp masak tauhu tu pon senang giler.
aku nih, mmg x dak la nak masak yang payah2.





Thursday, November 7, 2013

Aktiviti Hari Cuti




hari sabtu lepas (2.11.2013), aku ada pertandingan boling.
alahhh...sesaje je pon.
aku bukannya reti main.
bak kata mr abah "ishhh...ni tahap x boleh diajar nih"
(hehehe...punya lah kaki bangku tangan bangku tegar aku nih kan)


main saje nak support kawan2 ajk persatuan pegawai ofis aku nih.
siap dapat sijil tau.
don't play-play!!









petang tu g visit si kecik ma.ya kat kp.j.
(x sehat mcm is.yraf penah kena dulu masa baby...
batuk siap kahak sampai susah nak bernafas)
pastu g makan kat ri.mbun klasik ba.ngi.
lama dah x makan kat sini.
eh, not bad lah food kat sini.


mr abah & ir.fan makan ciken chop.
(padahal baru je hari tu makan western kan?!)
aku order mee goreng mamak & telur bungkus (sedap u ols walaupun sedikit pedas)
fa.rah & iz.ryn seperti biasa kalau makan kat mana2,
mesti mee goreng or kue tiow goreng.
(cuba lah adventurous sket anak2 oi...
tp serious dua2 tu pon sedap)








budak kecik ni pulak kalau nampak makanan mmg excited.
lepas tu bila bagi makan, dok la main2 (pfftttt...)







lepas makan & siap solat maghrib semua,
aku macam dah penat & ngantuk.
dah berkira2 balik rumah nak buat apa,
dah berkira2 jugak nak tido awal.
mr abah singgah pe.tronas siap beli keropok, air 2-3 botol.
pelik jugak nih.
rupa2nya dia nak bawak budak2 lepak kat da.taran ma.sjid pu.tra
(menangis aku dalam hati...).


alasan aku tidokan is.yraf cepat2.
sampai sana dia dah tido hahaha...
(alasan kuat aku boleh lepak je dalam MrE hahaha...)


tapi diaorang pun cuma bukak bonet belakang MrE,
dok situ sambil makan kopok hehe...
ramai sangat orang sampai 2x round baru dapat parking.







saje je pon, bukan ada apa,
saje2 lepak.
kul 9pm camtu, dah chow dah.
padahal waktu tu ler lagi panjang berderet kereta masuk.



then, cuti maal hijrah semalam,
aku pon berhijrah ke arah rajin sikit hihi
(yo lah tuuu...)
buat kuih keria.
punya lah berkurun x buat,
sampai sira pun x menjadik.
tp tetap licin budak2 makan x sampai 10 minit hihi...
ir.fan request suh buat lagi nanti.
maksudnya sedap la tu hehe...
(padahal rebus keledek & lenyek2 je pon hahaha...)





~ sira yang x menjadik ~





Wednesday, November 6, 2013

Wabak




wabak sakit mata sedang melanda rumah kami huhuhu...


iz.ryn yang mula2 kena.
bila bawak dia pegi klinik,
doktor kata dia bukan kena sakit mata.
lebih kepada allergic ke hape camtu.
betul la kot sebab sehari je lepas bagi eye drop tu, terus baik.



tapi the next day tu,
mr abah pulak yang kena.
mr abah kronik sikit.
mata merah cam ha.ntu, siap bengkak bagai.



lepas tu, fa.rah plak jangkit.
tp fa.rah pun x brp teruk.
merah sikit2 je & dah beransur baik.



lepas fa.rah, ir.fan pulak.
yang nih mmg teruk.
macam mr abah jugak, merah menyala mata siap dengan bengkak2.



so, dua2 jejaka nih kena pakai sunglasses kat rumah...
teruk sangat, takut nak tengok mata diaorang.








1st day mr abah pakai sunglasses, terdengar la kata2 ini :

ir.fan   :  eh, abah nih macam mr arrogant la...

(hehehe...)



bila 1st day ir.fan pulak pakai sunglasses, aku saje je cakap camni :

mama  :  eh, ir.fan ni macam mr arrogant lah.
ir.fan  :  ye ke?


(hehehe...perasan sungguh kamu nih ek! hahaha...)



buat masa ni, mama ngan is.yraf terselamat lagi dari wabak.
(alhamdulillah...)
harap2nya virus x "terbang" ke kami la insyaAllah...





Monday, November 4, 2013

Selamat




alhamdulillah,
dah selamat pindah ke lokasi ofis yang baru.
ada aku cerita kat sini sebelum nih.



walaupun ada perkara yang terbuku,
x puas hati, sakit hati...
macam2 la bercampur baur,
tapi dah begitu ketentuanNya, aku terima.



~ ofis baru ~


peringatan untuk diri sendiri & pemimpin-pemimpin di luar sana...


Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: 
“Kepimpinan itu satu amanah yang berat. Pada hari kiamat nanti ia adalah satu penyesalan dan kehinaan melainkan seorang pemimpin yang melaksanakan tanggungjawab kepemimpinannya dengan amanah dan adil kepada rakyat bawahannya.” (Hadis riwayat Abu Hanifah)



Thursday, October 31, 2013

School Trip







satu2 gambar yang ada ir.fan masa dia pegi skul trip ke me.laka semalam.
mr abah amik gambar ni kat fb sekolah.


semalam bas sampai balik ke sekolah +- pukul 8 malam.
ramai jugak yang pergi rupanya.
2 bas.


aku bagi rm25.
kalau ikutkan, makan semua mmg dah included dalam fees hr tu.
saje la bagi pocket money.
tengok2 one of the things yang dia beli - bdaman!
huahuahua...
padahal berlambak dah bdaman tu kat rumah.
mr abah pun dah warning x bagi beli lagi.
tp bdamannya tu dia kata dia bagi kawan.
entah la...budak2 nih.
sampai ke me.laka pun, bdaman jugak yang dibelinya.



sebenarnya aku kesian kat ir.fan.

kan pernah trip sebelum nih yang dibatalkan.
boleh tengok sini kalau nak tau cerita.

so bila ada trip yang ni, aku bagi la dia pergi.
walaupun risau jugak kan kalau batal jugak macam sebelum ni.
segarang2 singa aku nih x de la kejam sangat pun hehehe...






Su.pplements




hari tu the kids sebok nak aiskrim.
aku saje suh budak2 makan kat luar depan rumah.
tetiba ir.fan masuk & bagi ini kat aku...




- pic googled -


jiran sebelah bagi.
(bukan dia bg pamplet tau. dia bg sebotol pil tu)
bila tanya ir.fan,
ni bagi ke kena beli ek?
entah la ir.fan pon x tau (grrr...)



mr abah kata,
bayar je lah.  kesian pulak nak bagi balik.
sebenarnya ok je nak bagi balik.
tp pagi tadi sama2 keluar rumah ngan jiran tu,
borak2...
(1st time dia tegur aku setelah sekian lama berjiran)
macam x sampai hati pulak nak pulangkan balik huhu...
sbb dia kata boleh je bayar nanti2 huahuahua...


camtu ke orang berniaga ek?
kalau bagi free untuk orang cuba,
aku rasa ok jugak la kan.
tp kalau bagi cara gitu,
melalui anak2 plak tu,
hmmmm...
plak tu, jiran ni walaupun sebelah rumah,
mmg x penah tegur orang pon.
kadang2 aku senyum tu, dia x senyum pon.
ye lah...aku mengaku aku jarang keluar rumah & x peramah.
aku pon nak kata kategori sombong tu,
bukan la kot...cuma aku x brp reti nak mulakan conversation.
tp kalau orang start conversation dulu, aku ok je.
cuma aku x paham kekdah gitu kalau jual barang.
(harganya pon bukan setakat 20-30 hinggit tau...)


x pe lah.
boleh la aku try product nih.
mr abah kata, try je la pastu x yah beli lagi dah.
(ingat senang ke huhuhu...
tu jiran sebelah rumah kita tu bang oiiii)


insyaAllah kalau dah try kat the kids nanti aku bagi review ek...



Monday, October 28, 2013

Sabtu : Makan & Lepak




ada kawan mr abah rekemen makan kat satu tempat ni.
western food.
walaupun jauh lokasinya kat ch.eras,
tp knowing mr abah mmg dia akan berusaha jugak bawak kami2 nih.



kebetulan mmg ada nak carik barang kat ba.ngi.
dah terlanjur g ba.ngi, aku lajakkan sikit carik kain untuk buat seluar sekolah ir.fan
kat na.goya ka.jang.
sebenarnya dah x koser asik nak beli seluar kafa ir.fan.
rasanya sepanjang tahun ni ada 4-5 kali gak kot g beli seluar dia.
asik2 koyak kat lutut.
tah apa la yang dia main kat sekolah tu smpi teruk camtu skali.
so solutionnya, beli kain putih yang tebal tu.
pastu nanti tempah je buat seluar.
harap2 tahun depan dah kurang la sikit dia main sampai koyak2 lutut.
ataupun harapnya kain tu tahan la sikit drp kain nipis selama nih.



dah sampai ka.jang tu, dah x jauh sangat nak lajak ke ch.eras.
sampai awal, kedai pun belum bukak hahaha...
x pe, tggu kejap.
kami 1st customer la kira sbb tunggu diaorang set up meja hahaha...
tapi ok la datang awal.
sbb x lama lepas tu berduyun2 orang datang, sekelip mata je penuh meja.







recommended - black pepper chicken chop




serius,
black pepper ciken chop dia mmg sedap.
sauce black pepper dia tu mmg sedap sangat.
mmg licin la sauce tu aku makan.
pedas tp pedas yang boleh diterima.
ir.fan pon boleh layan.


aku bagi alamat dia kat sini,
in case ada sape2 berminat nak pegi.
deret kedai tepi jalan je.



We.stern Ca.fe Ta.man Bu.kit Ch.eras
1 Jalan 15/144A
Taman Bukit Cheras
56000 Kuala Lumpur



balik dari situ, mr abah ajak pegi lepak2 kat pu.trajaya.
tapi sebab aku nak g supermarket dekat ngan rumah nih,
lepak2 kat da.taran ni.lai je la.







budak2 berjaya pow aku malam tu.
paling cute skali yang iz.ryn punya tu hehe...
abang & kakak sebok nak pedang bagai.
dia boleh pulak pilih yang paling comey gitu.



Friday, October 25, 2013

Terjebak



tengah terjebak tengok cerita ini...









dan ini...










tapi aku tengok online je.
yang satu tu kalau x silap aku kat mustika hd yang memang aku x de pon kat rumah nih.
yang satu tu pulak pukul 7pm yang mana aku tengah busuk2 lepas masak.
malas nak layan tv.
pulak tu sekrg maghrib awal.
mmg x la aku nak mengadap tv waktu2 tu.



suka la aku tengok mr ar.rogant ngan wife dia tu.
walaupun ar.rogant gitu tp klakar pun ada.



JI.MK tu macam bosan sikit.
sbb macam lems gitu citer dia, meleret2.
dah le kejap je 1 episod tu.
aku rasa penah aku break x tengok cerita tu a few weeks jugak.
sekrg nih baru catch up balik.
sbb rasanya nak abis dah kot cerita nih.
tetiba nak plak tau endingnya.



ada lagi satu yang aku layan online...
lain sikit dari yang 2 atas nih hehe...





''




''





''





''





''










klakar giler ko!
sampai ada kawan aku kata,
sape tengok RM tp x gelak maksudnya dia sakit mental hahaha...




for those yang nak layan JI.MK & LY.MA,
aku tengok melalui add : www.moviesinfobsyok.net


& untuk RM, addnya adalah www.epdrama.com


selamat menonton!!