Tuesday, January 29, 2013

Jom Fiesta...



mr abah bgtau, kat karnival utu.san tu byk buku murah2.
berkobar2 jgk la aku nak pegi.
dah kata thn nih nak bykkan membaca kan?..hihi...


pg sabtu tu, kononnya x nak bersesak2.
plannya nak kluar rumah kul 930 pg.
ngam2 soi la kan sampai sana kul 10 pg.
hamikkk...kul 1110 pg br keluar rmh...


benda pertama yg si izryn nampak ialah gerai jual belon.
nak elakkan dia dr mengamuk yg mmg x dapek nak ditolong lg dah...
pasrah je la mama korbankan rm5 utk belon ipin nih.
(dah selamat dah pun belon nih pecah huhu...)




nak amik gmbr malu2 plak dia...






kakak & abang nih walaupun dah besar,
muncung jgk la bila adik dia sorang je dapat belon tu.
adoiiii...x baik membazir anak2!

belikan cheese tarts, berebut masing2.




hasil rembatan...semuanya x smpi rm30.  ok la...
ingat nak beli buku utk budak2 je,
tp utu.san mana keluarkan buku budak2 sangat.


novel banyak jugak la, tp aku beli 3 je.
(dah rambang mata nak pilih haha...)
x de la nak berabis byk pun sebenarnya.
saje nak support co mr abah.





aku beli har.moni yg cover dia apex & primadona tu.
beli 2 har.moni, dapat 1 goodies bag.

dalam goodies bag ada :

sebotol kicap - hihi...lawak! beli magazine, dpt kicap!
2 paket perencah sweet & sour - aku dah guna dah buat udang sweet sour.
boleh tahan la sedap dia, masam sket.
2 paket perencah spegetti belognese
2 paket poise
1 majalah mangga
1 majalah har.moni yg cover depan fasha tu...


ok laaaa...


 mr abah sepatutnya x keja sabtu tu.
hr rabu lepas masa kat ofis dapat sms nih...

mr abah : abang kena keja sabtu malam.
mama : amik gambar aaron aziz!



aku kenal suami ku ittew.
dia mmg x pandang artis2 nih.
nak suh dia amik gambar tu, saje je pon.
x de maknanya dia nak!
lagi dia kata "mama poyo" ada la hahah...



malam tu aku sebok mengiron segala baju.
baru nak lelap dalam kul 1245 pg, tetiba dpt sms.

"

"

"

"

"

"

"

"

"

"

"

"

"

"

"

"


taraaaa....







hehehe...demi isteri tercinta!


mr abah kata, kebetulan ni kat blkg stage.
staf utu.san je yg boleh masuk blkg nih.
kalau kat depan tu, mmg macam ulat la peminat serbu si aaron nih.


so, sapa yg poyo sebenarnya?!!
siap peluk2 bahu lagi hahaha...

Saturday, January 26, 2013

8 Tahun...



23012013 - birthday irfan yang ke-8!


2 hari sebelum birthday, mama saje buat statement...

"yeayyy...lg 2 hari birthday irfan"


mr abah plak tanya irfan...

Mr Abah : birthday nanti, irfan nak makan apa?
Irfan : irfan nak kek 2 tingkat...


hehe...amik ko!
mama & abah kawin pun kek setingkat je nak oiiiii...



sebenarnya, mmg aku dah plan dah.
since irfan mmg suka makan pizza,
kita order pizza je lah...




sedap jgk golden crab pizza tu.
ada manis2 sket sbb dia letak cerry atas tu.
tp aku suka je...
(apa je la yg aku x suka kalau pizza nih.
ada 1 pizza dulu yg letak chicken floss ke apa atas dia,
semua org x suka, aku je bantai suka hahaha...
dasar perut tong sampah!)


 


swiss black forest cake...sedapsss!


kek nih potong & makan the next day nya sbb malam tu masing2 dah kenyang.
tp mr abah kena keja plak hr maulidur rasul tu.
ingat kan nak potong je.
pastu budak2 makan nasi lemak la, tghr makan nasik plak...
masing2 dah kenyang.
kita tunggu mr abah je lah...
mr abah sampai rumah pukul 7pm, kek dah terhidang atas meja hehe...


utk irfan :

semoga menjadi anak yang soleh,
sentiasa mendengar kata orang tua,
sentiasa diterangkan hati untuk menerima ilmu dunia & akhirat,
sentiasa cemerlang dalam pelajaran,
x tinggal solat,
menjaga adik2 dengan baik...aminnnn, insyaAllah!



dah makan pizza malam tu, sebok plak pikir2 nak makan apa utk birthday adik2 dia...
nanti birthday farah, order kfc.  birthday izryn, order mcd.


hehehe...macam2 la anak2 nih.
insyaAllah, ada rezeki boleh je.
bukan birthday pun, boleh je kalau nak makan...
(cuma jangan selalu2 sangat, x elok!)

 

Friday, January 25, 2013

#4 : 7 Bulan...



semalam 24012013, genap lah isyraf 7 bulan...




menyelar dengan jayanya huhu...
dapur dah penah pegi, ruang tamu dah habis ceruk dia explore...

duduk sendiri dah boleh...
(tp x master lg la...kena monitor takut terlentang ke blkg)
angkat bon bon tinggi2 pun dah boleh...
semalam dia boleh plak dia berdiri sendiri.
sofa kat ruang atas mmg rendah sket.
x sangka plak dia boleh paut utk berdiri gara2 kakak main lego dok atas sofa.
teruja dia nak amik lego tu gamaknya, ter berdiri hehe...


anak comey, jangan la cepat sangat membesar!
nanti mr abah mintak adik lagi hahaha...
(wahhhhhh...statement berani mati nih hahaha...)


Thursday, January 24, 2013

Beg



pagi semalam dgr hot fm on the way g keja
(macam jauh sgt ofis ko kan hehe...)

cerita pasal spot check beg anak2 yg berat.
sbb katanya ada yg jumpa spanar la apa dlm beg.
ye ke ada yg bwk spanar g sekolah?



aku ni tiap2 malam mmg check beg ifan & farah.
sbbnya mmg aku yg kemas beg diaorg.
walaupun ikut jadual, mmg berat giler la beg diaorg tu.


ifan ok la sbb badan dia besar.
bila si farah bwk beg, siap terhoyong hayang aku tgk.
ada masa dia main seret je beg dia
(cepat la rosak beg ko nak oiii...)
kesian pun ada. tp dah mmg macam tu jadualnya.
x de la plak benda pelik2 dalam tu yg dibawak.
habis pelik pun roket kertas yg diaorg main kat sekolah haha...



teringat ifan cerita pasal last week masa farah baru dapat buku teks.
dia tggu farah dpn gate sekolah lama sangat,
dia pun masuk balik kawasan sekolah carik adik dia.


tgk2 farah tgh jalan slow motion sbb beg berat sangat.
abang macho pun tolong bwk beg adik skali ngan beg dia
(2 beg skali bawak, terer sungguh).
punya la x larat farah nak bwk beg dia.

sebak aku dgr cerita diaorg nih.
kesian farah 1 hal.
1 hal lagi - sbb anak2 dah makin besar, blh tolong sesama sendiri.
kalau x, asik nak bergaduh je la diaorg nih.


Wednesday, January 23, 2013

Tuesday, January 22, 2013

Iklan Saje2...






Mama : eh, karnival utusan tu ada aaron aziz ek!
Mr Abah : x tau...
Mama : tgk iklan tu macam ada je...
Mr Abah : ada la kot. ceramah agama pun ada, baik dgr ceramah...



hahaha...padan muka ko kena sebijik!


jom jom Aaronators g bangi weekends nih!!
(aku bukan Aaronators pun, saje jek...)

Friday, January 18, 2013

Minggu Transisi



semalam baca status & comments kat fb SK.DJ.
ramai mak2 sebok tanya anak2 tahun 1 dah tukar kelas ke,
dah dpt results ujian transisi ke.
walaupun hy melibatkan 2-3 org, tp berbalas2 komen jugak lah.



mula la aku pun menyebok.
bkn sebok komen, tp sebok berckp2 ngan mr abah.
pasal budak2 la apa lg kenn?


farah dah cerita, yg ada 3-4 org kawan kelas dia dah kena tkr kelas lain.
tp farah x tukar kelas.
x de plak dia cerita pasal results ujian tu.
aku pun x tanya sbb rsnya results ujian transisi tu mmg x akan diberi pada parents
(ikut pengalaman ngan irfan dulu).



mula la aku ni pot pet ngan mr abah.
nak budak2 masuk kelas terbaik lah, nak budak2 masuk asrama la bila form 1 nanti (wahhhh...jauhnya pandangan ko haha...).


jawapan mr abah...

"cuba lah jangan kelam kabut sangat.  pastu tension sendiri.
x semestinya kelas terbaik tu boleh masuk asrama"



hahahaha...senang kan org lelaki ni?
i guess, mak2 nih mmg camtu.
semua nak yg terbaik untuk anak2.
mula la nak marah anak tu bila x paham belajar ke, x nak belajar ke...
baru ku tau kenapa aku je yg ada darah tinggi dalam rumah nih haha...


minggu ni minggu akhir transisi tahun 1 SK.DJ.
hr ni farah kata dia dapat buku teks.
minggu depan dah start belajar la kot.




Thursday, January 17, 2013

Buku...



kalau dulu (sebelum kawin), aku akan make sure ada je buku untuk dibaca.
x kira la membaca 1 buku tu amik masa sebulan ke, setahun ke...
at least ada bahan bacaan utk dibaca.


aku membaca pun masa2 free x de keja esp sebelum tido.
(kagums ngan org yg boleh x tido semalaman sbb nak habiskan baca 1 buku.
aku? kalau besok hr keja nak kena bgn awal, x de maknanya
aku nak bersengkang mata baca buku haha...)


bila 1 buku habis (atau nak dkt2 abis), confirm aku akan g kedai buku carik buku lain.

oh...aku x suka kumpul2 buku byk2 sbb takut x terbaca.
(padahal sama je la bila habis 1 buku, beli yg lain.
alasan nak keluar shopping byk2 kali haha...)


itu duluuuuuuu...



cuba tgk kat side bar - 5 buku dibaca pada tahun 2011!

apa jadik pada 2012?!!!


wahhhh...giler ko x membaca langsung tahun lepas huhu...
 x membaca dalam bentuk buku la kot sbb newspaper, magazine aku baca!


oooo...tahun lepas mengandung, beranak, jaga anak...
(alasaaannnn sangatttttt!)



ok lahhhhhh...
besok pegi kedai buku lahhhhhh...


eh, betul ke 2012 aku x beli buku? (x puas hati haha...)




syok baca pasal org pegi BBW pagi2 buta.
dgn bawak baby pun ada.
aku nih alasan je lebih.
tp nak hangkut 4 org budak (+ bapak budak jugak)
erkkkk...bukan aku lah kot!!!




update :
ada laaaa...2012 aku ada beli & baca buku yeayyyy!
"Untuk Tiga Hari" - movie aku x tengok, tp buku dia aku beli & abis baca seblm movie keluar.
ada 1 lg buku x ingat tajuk sbb x abis baca dah beranak.
dalam pantang, atok mak x bg membaca.  mana ek buku tu?




Wednesday, January 16, 2013

#3 : Pemalu...



"Kebanyakkan mereka mempunyai sifat pemalu atau pendiam tatkala melangkah masuk ke dalam kelas. Tapi, jika di dalam kereta atau di rumah suara mereka sahaja yang dengar, Teacher AyuTergelak saya mendengarnya dan itulah realiti kebanyakkan anak-anak yang masih kecil di luar sana"
- blog Excel Qhalif -



Sebijik macam izryn!!!



Minggu lepas masa ambil izryn & isyraf dari taska,
cikgu cakap macam ni...


C: Kak, boleh x saya nak mintak izin?
M : Mintak izin apa ye?
C : Mintak izin nak buat uji kaji sket pada ku izryn ni.
M : Hahh? (cuak dah nih haha...)
C : Saya tgk ku (kebykan cikgu pnggl izryn dgn panggilan "ku" je) nih pemalu kat sekolah. Jadi, saya nak buat ujian sket pada dia.
Bukan la dia jadi bahan uji kaji.  Cuma saya nak test sket je.
M : Oh ok...tapi apa yg saya perlu buat ye?
C : X de apa kak. Cuma nanti saya bagi soalan ttg perangai dia kat rumah.  Akak jawab je utk saya comparekan nanti sikap dia kat sekolah plak.



Sebenarnya, kalau ikutkan, aku x de la perasan sangat sikap pemalu izryn ni.
sebab kat rumah mmg dia "paling berkuasa" haha...
kakak pun boleh kalah dengan garang dia.
tp rupanya sangat pemalu bila dia luar.



Now that i know, antara sifat2 pemalu izryn yg menyerlah :


1. kalau jumpa orang yg dia x kenal/ org yg kenal tp x selalu jumpa (atok also included), dia akan jadi reserved sket.  mula2 tu akan sentiasa melekat ngan mama or mr abah, or ikut abg & kakak je.

2. kalau dia tgh buat something (main ke, makan ke) & kita tgk dia, dia akan jadi macam tersipu2 malu.  maksudnya, jangan la tgk or tenung apa yg dia buat.  mmg x menjadi la apa yg dia buat tu.

3.  2 bulan dia menangis setiap pagi bila hantar ke taska.  giler tensen aku pagi2 kena tahan  dgr dia meraung bagai bila htr g skul huhu...



tengah mencari2 playgroup utk izryn untuk mengurangkan sikap pemalu tu...
tp rasanya kat ni.lai ni x de kot...





Tuesday, January 15, 2013

Kerahan Tenaga...



bermula tahun ni mr abah dah mula lancarkan "kerahan tenaga" (lah sangat) hehe...
irfan dah diajar utk basuh kasut sekolah sendiri...
(+ kasut sekolah farah).



so, pagi2 sabtu sementara mama sediakan breakfast...






sesi membasuh kasut bermula.


irfan pakai kasut hitam, so x de problem sangat membasuhnya.
kasut farah je yg kena sental kuat sket.






budak2 kalau dapat main air, ok je kan...


mr abah approved cara irfan basuh kasut sbb dia kata bersih.
yeayyyyy...kurang satu keja mr abah.


meh mama tambah 1 keja lain plak kat mr abah hehe...
(keja mama jugak yg x berkurang huhu...)


Friday, January 11, 2013

Makan...



baby isyraf dah mula makan...

masa abang & kakak2 dulu,
makanan pertama yg aku bagi adalah instant rice cereal.
selalunya aku akan beli yg beras merah tu.
nanti bila diaorg dah besar sket, dah 10-11 bulan &
boleh makan bubur (tanpa dijadikan puree), br aku masak makanan diaorg.


tp utk baby isyraf nih aku terlebih rajin sikitttt je haha...
buat la puree utk dia.






yg belah kanan tu - puree labu & puree epal.
yg belah kiri tu - bubur nasi.



bubur nasi tu - beras aku blend & pastu masak.
tapis utk dijadikan puree & pastu frozenkan.
aku buat stok utk seminggu selalunya sbb weekdays mana sempat nak masak.


puree yg lain2 tu ok.
cuma bubur nasi tu je bila defrost dia jadi macam ketul2.
macam mana nak cakap ek?
macam gabus camtu keadaannya, lebih kurang la.


so, aku macam rasa x best plak nak bg kat baby isyraf.
mula2 tu bg la jugak.
siap aku tapis semula lepas defrost tu.  
tp aku sendiri tgk macam x best plak walaupun bila dah campur ngan puree sayur/ buah, nmpk macam menarik.

ada aku baca somewhere, dia kata beras yg dah siap kisar boleh simpan.
nanti pg2 baru masak & campurkan la dgn mana2 puree buah or sayur.
masalahnya - pg2 mmg x sempat la nak masak bagai nih kenn...
dengan budak2 sekolahnya lagi...




solutionnya buat masa nih :
weekdays - guna je rice cereal & campur ngan puree sayur or buah yg
aku akan buat sendiri every week.

nanti kat nursery, cikgu tinggal campurkan je & buh ebm/ air panas sket.


plan je dulu nih hehe...minggu depan boleh start kot.
(cereal pun x beli lagi haha...)





posisi salah bila bg makan isyraf.
bila x de tempat duduk yg proper, kena la mintak tolong org lain pegangkan.
ini nak suap lg, nak pegang lagi,
budak tu bukan boleh dok diam.
adoiii laaa mamaaaa...


nih, sape2 yg snappo2 nih, sila la pegang baby ye...


Adalah penting bagi bayi anda untuk mengekalkan posisi tegak dan stabil jika dia mahu mengambil makanan yang disuap dengan sudu. 
Mula-mula anda mungkin perlu memegangnya. Cuba tegakkan dia di hujung sofa atau sandarkan dia atas seorang orang dewasa. Kerusi tinggi budak boleh digunakan selepas itu, apabila dia sudah pandai duduk dengan sendiri. 






Thursday, January 10, 2013

Alhamdulillah...



atok & atok mak dimurahkan rezeki untuk mengerjakan umrah.
kebetulan pak uda opel ada kat jeddah atas urusan kerja.
atok & atok mak pulak dimurahkan rezeki & dimudahkan laluan (walaupun byk kali tertangguh sbb org2 arab ni bukan senang nak bg org melawat negara dia) utk pergi.
ini bukan visa umrah ye...
ini guna visa pelawat...sbb tu susah sket nak diluluskan!



insyaAllah, atok & atok mak akan ada kat sana selama 28 hari.
teringin jugak nak pegi.
insyaAllah, 1 hari nanti.






budak ni, keja dia tarik hand luggage atok.
ke hulu ke hilir tarik beg macam stewardess plak haha...

kebetulan mmg dia sorang je ikut g airport 28 dis hr tu.
abg kakak sekolah, adik isyraf htr nursery.
so, melayan dia je lahhhh...






babai atok & atok mak.
doakan kami...
& insyaAllah dipermudahkan segalanya di sana, sihat walafiat (atok dah mula sakit2 kaki) & selamat kembali semula ke msia nanti.


opel ada kat sana,
2-3 hari adalah dia update kami menerusi fb.
dpt la jugak tau keadaan atok & atok mak kat sana.


Wednesday, January 9, 2013

WW #1 2013







orang johor yg x pandai buat laksa johor,
tp asam pedas johornya sangat marvelous...

(hahaha...perasan sangattttt!)

Tuesday, January 8, 2013

Lawatan Balas...


27 dis 2012 - kami menerima lawatan balas drp mak tam, alin & kakak.
x sangka orang perlis nak dtg rumah kami.
diaorg dtg for dinner & tido semalam kat rumah kami.

masak sempoi2 je sbb siang tu keja - ayam masak kurma 
(ayam kari or ayam kurma or sup ayam kira sempoi la utk aku sbb x perlu nak goreng bagai ayam tu.  sekrg ni tambah lg satu - ayam masak kicap.  bila try buat ayam masak kicap tanpa digoreng ayam tu, sedap plak jadinya.  bertambah la menu malas ku hahaha...), buncis goreng, sambal belacan, 
ikan goreng (kalau ada ikan pekasam mmg terangkat lah, tp x de huhu...).


the next day tu, bawak tetamu g jalan2 kat ni.lai 3.
masa singkat sbb mr abah nak g solat jumaat.
sebelum solat, kami g makan dulu kat batang benar.
rasanya orang ni.lai (& org luar ni.lai) mesti tau warung tepi jalan yang jual itik & ayam salai dekat2 dgn highway lekas.
ok la kalau nak makan makanan2 org negori macam masak lemak cili padi, boleh la singgah sini.  sentiasa penuh & lauk2 pun not bad!


petang tu, bwk tetamu makan eskem pulak!





faces of izryn sementara nak tggu eskem sampai...







order 4 jenis eskem, pastu makan ramai2.  heaven!


malam tu, mr abah belanja makan kat ana ikan bakar.
mmg favourite rest. mr abah sekrg nih.
rindu la nak makan kat bagan lalang kalau macam nih haha...






lepas makan, lepak plak kat putrajaya.
insiden dalam keta - izryn muntah huwaaaaa...
mungkin makan banyak sangat kot!





lepak2 jap kat dataran masjid putrajaya.
bagi can anak2 main berlari2.
sampai nak dkt kul 12am jugak la melepak nih.
isyraf je tido dgn nyenyaknya di bawah sinaran bintang haha...
yg lain, naik keta je terus senyap - tido!



tqvm orang perlis sbb sudi datang.
jangan serik datang lagi...


Monday, January 7, 2013

Minggu Pertama Sekolah...


aku & mr abah cuti 3 hari untuk hantar (1st day), monitor from far (2nd day - walaupun kantoi haha...) & x jenguk mereka langsung hehe...(3rd day).






tengok farah membeli kat kantin masa rehat.
ingatkan boleh la irfan tgk2kan adik.
rupanya 3 minggu pertama budak2 tahun 1 rehat setengah jam awal.

mmg dok ke hulu ke hilir ngan zeera je la.
beratur nak beli makan, siap meleset2 la apa, dah sampai depan boleh g blkg pulak...adoiii la budak sorang nih.
terus besoknya mr abah suh bawak bekal je haha...






alang2 monitor si farah, tgk jugak si irfan from far.
hehe...kelakar tgk "budak kecik" jadik pengawas.
budak2 lari, pengawas pun sama naik dok kejar.
tp ok la...at least kurang sket mainnya si irfan nih.
kalau x, baju kompem rupa belacan...





petang - KAFA pulak.
1st day ni mama & mr abah hantar.
hari2 lain mmg naik van from skul terus ke KAFA.
salin baju & lunch semua kat KAFA.


baju2 sekolah utk hr pertama & ke2, "si tukang basuh" senyum je sbb baju2 semua ok, x kotor sangat.
masuk hari ke3, dah mula dah nmpk kotoran2 degil.
terus "si tukang basuh" yg berkobar2 x nak dah outsource ke mr abah tahun nih tarik balik niat haha...


hr ni hr ke4 sekolah, so far so good.
dah belikan jam loceng utk budak2.
hr pertama bunyi jam, terus bangun mandi.
hr nih, dengar bunyi jam boleh plak tutup & tido balik huhu...
anak anakkk...


Thursday, January 3, 2013

Nasi Ayam & Rambut...



lepas pendaftaran sekolah farah hr tu,
sj ajak mr abah test makan kat restoran na.si a.yam ge.mas.
restoran br bukak kat ni.lai nih & sentiasa penuh.
masa kami pegi tu pun penuh sbb pegi kul 1 tghr.
org ofis semua tgh lunch break.






order utk 4 org makan.
ayam dia buat terus dalam pinggan hidang besar.
1 set ns ayam nih harga dia rm6.
ok la, byk jgk portion nasi & ayamnya.


lepas makan, pegi gunting rambut pulak.
dr sehari ke sehari nak potong rambut the kids esp izryn.
serabai je, nak makan pun rambut masuk mulut.






farah - sebelum & selepas.
(ishhh budak nih kalau posing...)






irfan - selepas.





izryn - sebelum & selepas.
izryn ni susah sket.
awal2 tu sebok nak potong.
bila tiba time dia nak potong, mula la buat keras dia x nak potong pulak.
tengok la muka masam mencuka dia tu.


sebenarnya aku pun nak potong jugak.
tp nanti lah kot.
biar aku pegi sendiri je, boleh basuh rambut skali hehe...


*isyraf pun potong rambut tau!*