Friday, January 11, 2013

Makan...



baby isyraf dah mula makan...

masa abang & kakak2 dulu,
makanan pertama yg aku bagi adalah instant rice cereal.
selalunya aku akan beli yg beras merah tu.
nanti bila diaorg dah besar sket, dah 10-11 bulan &
boleh makan bubur (tanpa dijadikan puree), br aku masak makanan diaorg.


tp utk baby isyraf nih aku terlebih rajin sikitttt je haha...
buat la puree utk dia.






yg belah kanan tu - puree labu & puree epal.
yg belah kiri tu - bubur nasi.



bubur nasi tu - beras aku blend & pastu masak.
tapis utk dijadikan puree & pastu frozenkan.
aku buat stok utk seminggu selalunya sbb weekdays mana sempat nak masak.


puree yg lain2 tu ok.
cuma bubur nasi tu je bila defrost dia jadi macam ketul2.
macam mana nak cakap ek?
macam gabus camtu keadaannya, lebih kurang la.


so, aku macam rasa x best plak nak bg kat baby isyraf.
mula2 tu bg la jugak.
siap aku tapis semula lepas defrost tu.  
tp aku sendiri tgk macam x best plak walaupun bila dah campur ngan puree sayur/ buah, nmpk macam menarik.

ada aku baca somewhere, dia kata beras yg dah siap kisar boleh simpan.
nanti pg2 baru masak & campurkan la dgn mana2 puree buah or sayur.
masalahnya - pg2 mmg x sempat la nak masak bagai nih kenn...
dengan budak2 sekolahnya lagi...




solutionnya buat masa nih :
weekdays - guna je rice cereal & campur ngan puree sayur or buah yg
aku akan buat sendiri every week.

nanti kat nursery, cikgu tinggal campurkan je & buh ebm/ air panas sket.


plan je dulu nih hehe...minggu depan boleh start kot.
(cereal pun x beli lagi haha...)





posisi salah bila bg makan isyraf.
bila x de tempat duduk yg proper, kena la mintak tolong org lain pegangkan.
ini nak suap lg, nak pegang lagi,
budak tu bukan boleh dok diam.
adoiii laaa mamaaaa...


nih, sape2 yg snappo2 nih, sila la pegang baby ye...


Adalah penting bagi bayi anda untuk mengekalkan posisi tegak dan stabil jika dia mahu mengambil makanan yang disuap dengan sudu. 
Mula-mula anda mungkin perlu memegangnya. Cuba tegakkan dia di hujung sofa atau sandarkan dia atas seorang orang dewasa. Kerusi tinggi budak boleh digunakan selepas itu, apabila dia sudah pandai duduk dengan sendiri. 






No comments: