Friday, January 18, 2013

Minggu Transisi



semalam baca status & comments kat fb SK.DJ.
ramai mak2 sebok tanya anak2 tahun 1 dah tukar kelas ke,
dah dpt results ujian transisi ke.
walaupun hy melibatkan 2-3 org, tp berbalas2 komen jugak lah.



mula la aku pun menyebok.
bkn sebok komen, tp sebok berckp2 ngan mr abah.
pasal budak2 la apa lg kenn?


farah dah cerita, yg ada 3-4 org kawan kelas dia dah kena tkr kelas lain.
tp farah x tukar kelas.
x de plak dia cerita pasal results ujian tu.
aku pun x tanya sbb rsnya results ujian transisi tu mmg x akan diberi pada parents
(ikut pengalaman ngan irfan dulu).



mula la aku ni pot pet ngan mr abah.
nak budak2 masuk kelas terbaik lah, nak budak2 masuk asrama la bila form 1 nanti (wahhhh...jauhnya pandangan ko haha...).


jawapan mr abah...

"cuba lah jangan kelam kabut sangat.  pastu tension sendiri.
x semestinya kelas terbaik tu boleh masuk asrama"



hahahaha...senang kan org lelaki ni?
i guess, mak2 nih mmg camtu.
semua nak yg terbaik untuk anak2.
mula la nak marah anak tu bila x paham belajar ke, x nak belajar ke...
baru ku tau kenapa aku je yg ada darah tinggi dalam rumah nih haha...


minggu ni minggu akhir transisi tahun 1 SK.DJ.
hr ni farah kata dia dapat buku teks.
minggu depan dah start belajar la kot.




No comments: