Tuesday, February 26, 2013

Cuti



semalam irfan cerita pasal kawan dia yang bercuti ke jakarta.
(amboiii...budak2 zaman skarang, cuti obersea saje ek!)


maka, irfan pun sebok la nak g jakarta jugak.

mama : x nak la g jakarta.  mama nak g hong kong.
irfan : hong kong? best ke? x pe lah, lepas kita g hong kong, kita pusing g jakarta pulak.

hahaha...nak jugak g jakarta.
tau la ada darah jawa dalam badan tu!


hmmm...lama x pegi bercuti yg betul2 bercuti.
cuti pegi utara akhir tahun lepas x kira sbb yg tu agenda utama dia nak g kenduri.

last pegi cuti ialah tahun 2011 - yang bercuti ke langkawi tu.
yg tu pun peginya bulan mac kalau x silap.
so, maksudnya dah nak masuk 2 tahun x pegi bercuti.


dah bagi hint kat mr abah untuk pegi bercuti tahun 2014 nanti.
isyraf dah 2 tahun.  boleh la nak handle rasanya sbb dah besar sket.


ok, masa untuk carik tempat mana nak tuju.
belum masanya untuk obersea kot!
kita jalan2 dalam mesia dulu.

not legoland sebab...hmmm...entah lahhh.  mama x teringin lagi nak pegi sana.


terasa nak g sabah or sarawak.
pastu cameron highlands pun macam nak pegi jugak mengenangkan dah nak masuk 10 tahun kawin nih.


ohhh tau tau...
kita buat percutian bersiri la kot!


hahahaha...giler berangan ko ek! dahhh...g buat keja!

Monday, February 25, 2013

#4 : 8 Bulan...



semalam, 24 februari 2013...
genaplah baby isyraf berusia 8 bulan (how time flies...)


lasted pic of him yang diambil semalam...




susah nak ambik gambar dia sbb bila kena flash je, confirm dia kejam mata.
x pakai flash, gambar jadik kelam pulak.
kesudahannya, asik la snap2 banyak2 kali sampai dapat gambar yg x terpejam mata dia hehe...


perkembangan dia...alhamdulillah.
dah boleh duduk tegak & stabil.
dah boleh paut2 pada sofa & berdiri macam kat bawah nih...





yang paling menakutkan kalau tinggalkan dia sorang2.
hari tu x de org nak tgkkan dia.
relaks je mama masak kat dapur.
tengok2 isyraf dah ada kat anak tangga ke6!
seb baik x jatuh.


mmg kena pasang child gate kot!
gate yang lama dah rosak.
so, kena la beli yang baru ataupun kita letak "guard" jaga tepi tangga hehe...


Friday, February 22, 2013

Cuti TBC - Day 3


11/2/2013


kalau ikut perancangan awal, hari ni patutnya nak balik ni.lai dah.
tp memandangkan mak lang beria2 sangat nak jumpa baby isyraf,
tukar plan & kita tidur lg semalam kat rumah mak lang plak.


pagi tu bagi chan kat budak2 terjun swimming pool.
(x de gambar budak2 berendam sbb mama & baby dok dalam bilik je,
so x de orang nak snappo2).
lepas check-out, kami pegi ronda2 kat berjaya megamall.






kat tengah2 mall nih, siap ada pokok sakura lagi.
pastu dia ada buat replika makanan orang cina sempena TBC kat tengah2 nih.
menarik sangat!



tujuan utama pegi sini sebab nak belanja mr abah in advance.
birthday dia kan 13hb feb.
orang nak belanja "makan besar" kat mana2 kedai seafood ke, dia x nak.
special request western style - kenny rogers roasters hehe...
so, ikut je laaaa...
(mana boleh x ikut sbb aku pun ada request nak makan kat satu tempat nih masa birthday aku nanti.  karang x pasal2, aku plak kempunan hehe...)







budak2 la paling seronok.
irfan siap re-order lagi sbb x cukup (pokai mak ko nak oiii...).
aku order choc cake seketul untuk mr abah pun, budak2 yg berebut2 huhu...
pasrah je birthday boy haha...
ye la, selalunya birthday mr abah or birthday mama kami akan berdating berdua je.
celebration kat rumah cuma kek je.
tp this year, aku sebok sket x boleh nak cuti.
lgpun birthday ni plak bersambung ngan cuti panjang tbc, x dapek la nak nolongnya haha...
(tp birthday mama, mr abah kena cuti tau hahaha...mama ngelat!)



lepas makan, mr abah saje bawak pegi TC.
ya Allahhhh...jem giler kat TC!
patah balik, kami lepak kat taman gelora je lah.







hujan time nih.
berlari2 turun kereta.
ramai orang jugak kat sini.
budak2 order makan (lagi...) tp yg sempat sampai cuma minuman je.
lambat sangat nak sampai makanannya, mak lang dah call suh datang rumah dia cepat.



malam tu, macam dah kenyang.
tp kesian kat budak2.
keluar jugak g makan tp idok le menyusahkan diri pegi tanjung lumpur.
mampoihhh...kompom x dapat makan kalau pegi sana.
makan je kat kedai paling hampir dengan rumah hehe...







besoknya, pagi2 buta dah keluar rumah.
nak balik awal sebab takut jem.
mak lang ajak pegi makan nasi lemak zaman.
giler beratur mau lebih setengah jam jugak.
tp puas hati la dah dapat rasa nasi lemak zaman yang famous nih.
bukan setakat nasi lemak je kena beratur, nak beli roti canai pun beratur jugak.







tamat la cerita cuti TBC kami untuk tahun nih...



Thursday, February 21, 2013

Cuti TBC - Day 2


10/2/2013

gong xi fa cai!!


ramai kan orang kawin pada tarikh nih, senang kot sbb mmg cuti panjang.
ada 2 jemputan kenduri kawin kawan ofis aku.
satu kat gombak, satu kat jengka.
pikir punya pikir, aku decide nak g dua-dua kenduri.
walaupun jauh & mungkin lambat sampai, tp x pe lah.
yang penting memenuhi undangan...


kenduri kat gombak mula pukul 12tghr.
(ngam2 soi lg 5 minit nak kul 12 kami sampai hehe...punya la nak kejar masa, pastu org lain x sampai lagi, mula la malu nak masuk haha...)
kenduri nih buat kat res.toran ne.layan tit.iwangsa @ go.mbak.
aku tengok kat banner, restoran ni baru bukak bulan nov 2012.


ok la, makanan semua sedap.
kuih2 pun sedap, ada air longan...ishhh, sedapnyaaa!
aiskrim pun ada.
tp sebab kami mmg nak cepat, x pandang pun kaunter aiskrim.
takut teringin haha...






sempat amik gambar ngan pengantin.
ni pun dok carik pengantin kat bilik belakang hehe...



tahniah kha.lis & ji.had!
semoga kekal ke akhir hayat & cepat menimang anak...








pastu terus g jengka pulak.
on the way tu hujan pulak, dengan x tau jalannya + ada pulak accident kereta langgar lembu huhu...tp alhamdulillah sampai jugak.

sampai kul 330pm, meja semua dah kemas.
pengantin pun sipi2 nak salin baju dah.
x de hal, kita kasi gegar pintu bilik, terus pengantin keluar balik hahaha...!
(acah je, seb baik sampai2 tu baru je pengantin nak salin baju.  so, sempat laa...)





untuk as.haari & isteri...semoga kekal hendaknya!


lepas makan, kami meneruskan perjalanan ke kuantan.
lepak semalam kat seri malay.sia kuantan, makan malam kat sa.tay zul yang packed giler malam tu, tp kami x kesah redah jugak walaupun ada budak tu order nasik goreng x sampai2, hujan lebat mencurah2 on the way balik hotel & bila sampai hotel semua dok lepak atas katil & tidur awal.


fuhhhh...penat tp puas hati sbb itinerary for day 2 nih 100% being fulfilled (walaupun timing lari).



Tuesday, February 19, 2013

Cuti TBC - Day 1


9/2/2013

masa orang sebok menyesakkan jalan raya,
kami menyesakkan ala.manda hehe...

matlamatnya banyak - nak beli hadiah kawin, nak beli beg sekolah irfan yg dah koyak (tensen aku sbb sebulan je pakai dah koyak, tp beli yg murah je pun ritu 30 hinggit), macam2 lah nak beli...

sampai sana dalam +- pukul 12pm kot...
senang je nak masuk parking area.
x payah beratoq.  nak carik parking tu biasa la kan, berpusing2.
tp x de la sesusah mana nak dapatkan parking.  so, alhamdulillah!


susah jgk ek nak carik hadiah kawin (yg within budget la kan hehe...).
penat pusing sana sini carik apa yg berkenan.
ingat nak beli jam.  pusing2 carre.four tu x jumpa plak jam huhu...



beg irfan pulak...jumpa dah beg yg mr abah & mama berkenan,
tp irfan x mau.
jadiknya, kami menuju ke bangi utama/ warta plak nak carik beg lain.
(walaupun dalam perjalanan tu tersengeh2 je la masing2 kena sound ngan mr abah sbb x beli beg tadi tu. ye lah kan, ingat senang ke nak carik beg yg ok?)


lepas dah dapat beg yg disukai,
(eh, nanti aku amik gambar ek.  rupa2nya irfan minat beg yg byk kocek haha...penuh beg ngan zip2 bagai)
mr abah ajak makan cendol kat sek.syen 4.
bangi nih mmg banyak gerai2 tepi jalan yg jual cendol.
cuma pandai ngan x pandai pilih yg sedap jek.








ok la...cendol sedap, rojak pun ok.
mr abah makan laksa, tp aku lupa plak nak rasa sket.
x pe, next time boleh datang lagi.
cuma kena tahan beratoq je la sbb gerai ni stail dia beratoq, bayar & angkat sendiri apa yg diorder.
pastikan kena booking meja setsiap.  kalau x, makan berdiri la jawabnya.





bukti kena beratoq panjang hehe...
makin lama, makin ramai tau!


Gaya Tidur




kami beli Mr E 3 tahun lepas (ke 2 tahun lepas ek? haha...hilang ingatan jap!)
sbb mengenangkan budak2 yang dah makin membesar.
pulak tu, bila jalan jauh, masing2 nak tido macam tido atas katil.


bila dah beli Mr E, camni lah gaya anak2 tido...





baby isyraf ok la sbb dia ada carrier dia sendiri.
kalau keta bergerak, mmg lena la dia tido.
bila keta berenti, even kejap kat traffic light pun, pantas je mata dia celik huhu...





farah jenis yg x banyak songeh.
tu yg tido cara macam nih pun dia ok hehe...




hahhh...ni "anak raja" haha...
tido macam kat rumah.
seat belakang mmg dia conquer sorang, bantal pun dia nak semua.


yg sorang lg tu pun "anak raja" jugak sebenarnya.
tp masa nih yg sorang tu x tido, so dia jadik co-driver hehe...
kalau x, mau bergaduh jugak sbb masing2 semua nak baring.


tunggu la nanti suh mr abah beli lori plak.
bentang tilam kat belakang lori, hamikkkk...
semua boleh baring macam kat rumah!


Monday, February 18, 2013

Hujung Minggu Kami



banyak nak cerita...
tp biasa la...
bila dah start fie.ldwork nih, mmg mood merudum huhu...


godeh2 folder dalam notebook nih,
terjumpa gambar anak2 bersantai masa balik kampung atok & atok mak weekends lepas.
mesti masa nih mama tgh sebok kat dapur hehe...
(macam rajin sangat mama korang kan?!)






nanti2 sambung citer lagi ek...
saje amik mood pagi2 morning hr isnin nih!


Friday, February 8, 2013

Itinerary



biasanya, kalau nak bercuti atau jalan jauh-jauh sikit yang melibatkan lebih dari sehari, aku suka buat itinerary.  banyak senangnya memandangkan mr abah jenis sempoi & main tanya je nak g mana, lepas nih buat apa.  so, drp kita pun sama tercangak2 x tau nak g mana macam dia, baik kita persiapkan diri sebelum ditanya hehe...


yg nih contoh itinerary yg aku buat masa nak g jalan-jalan utara tahun lepas...




ok la...
aku rasa >85% jugak yg di follow.

yg x follow tu pun ada sebab - x beli pesemboq sebab kedai tutup, jeruk pak ali tu x jumpa & cendol bakar tu plak ramai sangat orang.

rasanya organized jugak la bila ada itinerary nih...


cuti panjang tahun baru cina ni, sebenarnya x de la plan bercuti pun.
tp alang2 ada nak attend kenduri kawin, jalan-jalan ke kuantan la kami...

itinerarynya dah siap hehe...

 


x de apa sangat pun kat kuantan nun.
tp saja la buat je perancangan termasuk nak makan kat mana.
risau jugak takut jam.  mmg lari la perancangan kalau jam (insyaAllah tak kot)

kena rancang semua tu sbb aku la master mind dalam semua benda haha...
kalau tanya mr abah, memanjang je jawapan dia "ikut lah"...
untuk memudahkan semua pihak, itinerary lah jawapannya...


selamat bercuti semua!!
budak2 la syok cuti sekolah seminggu.
(tu yg aku ok je nak berjalan2 nih, kalau pikirkan nak kena iron baju bagai, rasanya baik dok rumah je kot).

aku naik2 keja rabu nih terus start au.dit fie.ldwork huhu...

Thursday, February 7, 2013

Terhangat Di Pasaran...


Orang lain semua tengah sebok dengan cerita "terhangat di pasaran" ni...







- source : google -


Aku pulak tengah terhegeh-hegeh tengok cerita yg dah suam2 kuku ni hehe...


- source : google -




Baru masuk episod 6!
Dah tengoknya either :


> malam2 buta lepas baby dah tido & dah settle semua kemas2 & readykan macam2 untuk besok, or
> sebelum pukul 8 setiap pagi, or 
> masa lunch hour break kalau x makan... 


mana la nak cepat abis tengok.  makan tahun la nak tgk smpi 80 episod tu hehe...

x pe...cuti raya cina ni kita try tengok brp byk yg boleh.
mau karang makan tapau jek...
mesti mr abah menyesal beli external harddisk semata2 nak save cerita nih utk aku from his fren haha...(tq mr abah!)

Monday, February 4, 2013

Apa Berlaku Minggu Lepas?



Work Wise
Kali pertama department aku join pertandingan ni setelah hampir 2 tahun bertungkus lumus menyiapkan dokumentasi, berhempas pulas meeting & discussion setiap hari pada 2 bulan terakhir huhu...

Hasilnya...




Bersedia untuk ke peringkat seterusnya bulan Mei 2013 nanti...insyaAllah!

Baca kat 1 website nih, faktor kejayaan program adalah penglibatan bersungguh-sungguh daripada semua staf (betul sangatttt...sbb kalau x de komitmen, mmg x akan berjaya sbb awal2 tu masing2 macam dah putus asa je)


K.I.K = “Sekumpulan kecil pekerja-pekerja daripada unit yang sama, bermesyuarat secara berkala untuk mengenalpasti, memilih, menganalisis masalah-masalah yang berkaitan dengan kerja mereka dan mengemukakan cadangan-cadangan penyelesaian kepada pihak pengurusan untuk pertimbangan dan keputusan, dan mereka melaksanakan sendiri keputusan setelah dipersetujui oleh pihak pengurusan”



Family Wise 1
Alhamdulillah, atok & atok mak dah selamat kembali semula ke Msia setelah 28 hari berada di bumi arab.  Sebelum balik, atok request ini...






Asam Pedas Ayam...from yours truly hehe...


Family Wise 2
Ada sambutan Maulidur Rasul kat KAFA irfan & farah sabtu lepas.
Macam biasa, mama dok rumah je & sila hangkut izryn skali ek...





Lawa x izryn pakai baju hijau tp tudung warna pink haha...
Tudung kecik yg ada cuma warna pink tu je lah.
Tp trendy apa? Zaman sekarang kan x main matching2 nih.  Warna pelik2 pun org main redah je...