Friday, March 29, 2013

Buah Tangan Dari Korea



huhu...masa yang betul2 mencemburui ku.
pastu boleh plak terjebak dgn "The Sims"...astaghfirullah!!


ada orang pegi seoul bulan lepas.
with RM150, aku dapat ini...






kain no 3 dari atas tu adalah hadiah hari jadi aku yg ke-tetttt hahaha...
(rahsia la sangat kan?)





brooches...& butang baju melayu.
1 brooch yang warna hijau tu hadiah jugak!






t-shirts for the kids (isyraf pun dapat t-shirt).
& pencil case utk farah (sebok dia x dapat t-shirt).

ada fridge magnets jugak tp lupa nak ambik gambar.


tqvm atok & atok mak sebab sudi tolong beli.
pegi 5 hari je x sempat nak borong sakan.
tp x pe, dapat jugak merasa pegi negara orang.
ada rezeki nanti insyaAllah boleh pegi lagi.


bila la nak hantar kain kat tailor nih??

Thursday, March 21, 2013

Tetamu



sejak kami pindah ke rumah baru nih bulan oktober lepas,
ni la first time my sil & family nih datang visit.
hmmm...makan 5 bulan jugak tu br nampak muka.


tp x pe, orang bisnes mmg busy.
kalau x, x kan la sampai 2-3 kali janji nak datang, br nih la betul2 nmpk muka.
mungkin ada benda yang x dapat nak elak.
bersangka baik.
(aku mmg x amik port pun kalau dia janji nak dtg.  kalau kami ada kat rumah, dtg je la tanpa bgtau pon.  sentiasa shj rumah nih terbuka utk tetamu.  sbbnya bila janji x ditepati, byk pihak yg susah - wahhhh, macam ahli politik plak haha...).

rumah diaorg pun jauh giler (kat ul.u la.ngat sana).
redah highway, kampung bagai jugak la kalau nak sampai ke rumah abang sendiri nih.
mau sehari jugak perjalananan kalau jalan kaki haha...
so, x pe x pe...


tetamu sentiasa dialu2kan.
x sempat la nak g kedai ke hape sbb mr abah dah janji nak g main ping pong ngan kawan dia plak ptg tu.
sedia la apa yg ada.
goreng kropok cecah sos, goreng aiskrim ketam, keluarkan biskut yang ada, buat teh o, buat sarsi sejuk - berjamu selera la semua petang tu.
sekelip mata je licin aiskrim ketam hehe...


tetiba ada plak yg suggest nak makan kat an.a ik.an ba.kar pe.tai.
janji meraikan tetamu, kami on je.
hantar sms order setsiap kat owner, lepas maghrib terus zasss...


kalau ikutkan, owner mesti balas sms order tu baru kira confirm.
tp kami redah je walaupun x balas.
padan muka, rupanya dah fully booked untuk 3 hari haha...


dah sampai ba.ngi tu, aku suggest makan kat vi.llage vi.ew je.
sebabnya nak cepat hehe...
aku suka makan kat VV sbb dia masak cepat walaupun ramai orang.


sementara tunggu order, bermaharajalela budak2 bagi makan ikan.
penuh makanan ikan dalam kolam, ikan pun x lalu nak makan hehe...






secawan makanan ikan harganya rm1.
rasa dekat rm10 jugak budak2 nih habiskan duit beli makanan ikan.
mati kembung ikan2 semua nak oiiii...





semua dah terasa2 nak makan seafood sbb dah buat senarai nak makan apa kalau pegi an.a ik.an ba.kar.
jadinya transfer je menu tadi ke sini plak.
tp menyesal boleh? hehe...

betul la kot...x semua tempat kita boleh order seafood nih.
kena carik tempat yg betul2 orang kata sedap.
boleh tahan la makan kat VV nih dr segi rasa.
tp udang kecik, sotong kecik...
hmmmm...x umppphhh la kan makan seafood camni.


x pe, len kali kita set lain plak makan kat an.a ek!






tqvm sil & sil's hubby sebab belanja kami...
next time suh abang plak belanja hehe...


Wednesday, March 20, 2013

We.t Wo.rld Pe.das



hari sabtu 2 minggu lepas, ada hal sket nak kena g cel.com se.remban.
dah alang2 pegi se.remban tu, mr abah ajak pegi wet wo.rld pe.das.
aku ok je.  budak2 lagi la ok.







gambar kat entrance je ada.
gambar mandi manda x de satu pon.
sbbnya aku pun join jugak berendam hehe...
(aku nih bukan suka sangat nak join mandi skali kalau pegi tempat2 camni,
tp saje kali nih nak "rendamkan" isyraf skali).


lama jugak rasanya kami dalam nih.
keluar2 je dah nak dekat pukul 2pm.
& budak2 pun, naik2 keta je semua pakat tido.





kalau orang yang minat we.t wo.rld yang ada macam2 slide ke hape,
rasanya x sesuai kot pegi tempat nih.

tp kalau sesaja nak bg budak2 main air,
bayar x mahal sangat (x ingat la brp rm, tp rasanya adult pun rm10 je kot),
mmg ok la pegi sini.

tak dalam sangat pun airnya.
so, x risau sangat budak2 main under minimum supervision.
lagi satu - walaupun kami pegi hari sabtu, tp x ramai sangat orang.
x crowded pon.


on the way balik tu, kami singgah makan cendol kat le.man da.wi.
aku x penah dengar pon nama tempat nih.
tp mr abah kata mmg famous gak tmpt nih sbb boleh tambah cendol foc.

beli sorang semangkuk, 1 mangkuk rm1.
pastu boleh tambah banyak mana suka.
cendol, ais & air gula mmg dia letak atas meja je untuk org tambah.


cuma, bila dah free tu, jgn la expect lebih2 plak.
kalau ikut aku, cendol nih kureng sket dari segi rasa.
tp disebabkan haus & panas, ok je aku minum 2 mangkuk.
mr abah lg la, 3 mangkuk terus hahaha...






kat sini, ada sorang pakcik yang hafal fakta2 sejarah.
siap ada scrap book tampal keratan2 akhbar berkaitan sejarah.
caya lah pakcik!
boleh bercerita pasal fakta2 sejarah jo.hor sekali nafas je.
aku pun x ingat cerita dia.
tp sepanjang kami minum tu, mmg mulut dia x berhenti2 berckp.
siap kata uk.m panggil dia bg ceramah lagi (ntah x tau la betul ke x).


sape2 yg rasa nak minum cendol puas2 tp byr semangkuk je, boleh la singgah sini.
betul2 tepi jalan menuju ke se.nawang/ pe.das.



Tuesday, March 19, 2013

#4 : Pasal Si Kecik...



lama x update...
banyak pending stories...
(my birthday celebration, makan2 with SIL & family, buah tgn from korea, pedas hot spring...eh, banyak lahh haha...)


keja makin stress...
aku nih mula la. bila stress je, nak carik keja lain hehe...
lumrah la kan...NAK je, bukan carik betul2 pun.
someone yg skema kata - "lapangkan dada, teruskan keja"
insyaAllah!!


dahhhh...pasal keja nih, kalau nak cerita aku rasa aku kena buat 1 blog lain plak kot.
totally pasal keja hehe...


sebenarnya nak cerita pasal budak nih...




ni masa dia demam last week.
makan ubat pun x turun2 jugak demam.
dari 37.5 terus shoot to 40!
jumpa doc, terus kena masuk ubat bon.tot huhu...


3 hari baru betul2 demam dia hilang.
sepanjang masa dok lap je dia dgn kain basah.
tu pun, kena bersabar dengan "marah" dia.
bukan senang nak mengelap dia nih.  semuanya x nak!
& seperti biasa...x boleh berenggang dgn mama.


isyraf sebenarnya x penah demam.
nih first time dia demam @8 months old (lg brp hari nak masuk 9 bulan).
tu yg bila sekali demam, EL terus mama hehe...
dah dia merengek sepjg malam, bawak ke pagi merengek jugak.
mama pun "weng kepala"...


alhamdulillah...dia semakin sihat.
org tua2 kata, demam nak pandai.
hmmmm...nak pandai jalan dah ke hehe...


Wednesday, March 6, 2013

Hilang...



masa irfan darjah 1 tahun lepas, berbuih jugak mulut nih membebel sebab selalu sangat hilang barang.
yang paling banyak kali hilang adalah stationary.
kecuali colour pencils & gunting, yg lain tu mmg aku buat stock kat rumah je.


buku teks & kasut pun penah hilang, tp semuanya jumpa balik.

& bila dah masuk darjah 2 nih, ada banyak improvement.
setakat nih x de lagi hilang barang or stationary (kecuali pemadam).
pandai dah la jaga barang kot.
tu pun masa dia request nak kaler yg 24 batang tu,
aku dah bgtau setsiap, jangan hilang!
kalau x, aku tarik balik "kemewahan" yg aku beri nih.  pakai kaler 12 batang sudah
(hehe...dasar kedekut mak kamu nih!).


sorang ok, sorang x ok.
bila farah plak darjah 1 sekarang nih, aku mmg dah expect dah benda yang sama akan jadik.
tp memandangkan farah tu perempuan, aku rasa mesti la kes2 kehilangan ni x banyak kot berbanding irfan.  lumrah la kan, selalunya perempuan lagi pandai jaga barang.


high expectation sangat kan mak kamu nih...
siap la...

hari2 pensil, pemadam & pembaris hilang.
(baru bulan 3, stok stationary aku dah nak abis huhu...)

kaler mmg awal2 dah hilang dah.
(aku malas nak ganti baru)

buku teks bahasa inggeris hilang sejak minggu lepas.
(mmg confirmed hilang la kot. mati la kena g carik buku teks plak dah...)

kasut sekolah pun hilang.
(yg nih hilang 2 minggu lepas, hr tu mr abah pegi bayar yuran KAFA, dia jumpa dah kasut tu tp ada sorang budak nih dah setsiap tulis nama dia kat kasut tu.  amboiii...padahal kat dalam tu dah ada dah nama farah, cuma dah sikit2 pudar.  mr abah x sampai hati nak amik.  tgk2 irfan balik sekolah sambil bawak kasut tu hehe...otai sangat haha....cuak jugak aku nih takut budak tu nangis ke apa.  tp farah kata ok je budak tu, ok la kot.  lagipun tu mmg kasut farah kan?)


adoi la farah...
lama lagi nak sekolah dalam tahun nih.
pengsan la mak kamu nih...
seb baik kasut dah jumpa.

ada solution ke untuk elak barang hilang? 
tulis nama mmg aku dah buat.
letih je la tulis nama, tp tetap hilang.
ke, aku yg kena turun padang pegi check kat kelas farah.  wahhh...kiasu sangat!


terbaru, buku teks & buku latihan KAFA semuanya x de dalam beg.
farah kata, dia tinggalkan kat sekolah je sbb x nak beg berat.
adoiiiiiiii adoiiiiii...
x kan main tinggal je kot.  mmg confirm2 la hilang.
petang nih mmg kena pegi sekolah dia kejap.
baik tanya ustazah terus br puas hati.  pening pening....