NuffnangAds

Wednesday, March 6, 2013

Hilang...



masa irfan darjah 1 tahun lepas, berbuih jugak mulut nih membebel sebab selalu sangat hilang barang.
yang paling banyak kali hilang adalah stationary.
kecuali colour pencils & gunting, yg lain tu mmg aku buat stock kat rumah je.


buku teks & kasut pun penah hilang, tp semuanya jumpa balik.

& bila dah masuk darjah 2 nih, ada banyak improvement.
setakat nih x de lagi hilang barang or stationary (kecuali pemadam).
pandai dah la jaga barang kot.
tu pun masa dia request nak kaler yg 24 batang tu,
aku dah bgtau setsiap, jangan hilang!
kalau x, aku tarik balik "kemewahan" yg aku beri nih.  pakai kaler 12 batang sudah
(hehe...dasar kedekut mak kamu nih!).


sorang ok, sorang x ok.
bila farah plak darjah 1 sekarang nih, aku mmg dah expect dah benda yang sama akan jadik.
tp memandangkan farah tu perempuan, aku rasa mesti la kes2 kehilangan ni x banyak kot berbanding irfan.  lumrah la kan, selalunya perempuan lagi pandai jaga barang.


high expectation sangat kan mak kamu nih...
siap la...

hari2 pensil, pemadam & pembaris hilang.
(baru bulan 3, stok stationary aku dah nak abis huhu...)

kaler mmg awal2 dah hilang dah.
(aku malas nak ganti baru)

buku teks bahasa inggeris hilang sejak minggu lepas.
(mmg confirmed hilang la kot. mati la kena g carik buku teks plak dah...)

kasut sekolah pun hilang.
(yg nih hilang 2 minggu lepas, hr tu mr abah pegi bayar yuran KAFA, dia jumpa dah kasut tu tp ada sorang budak nih dah setsiap tulis nama dia kat kasut tu.  amboiii...padahal kat dalam tu dah ada dah nama farah, cuma dah sikit2 pudar.  mr abah x sampai hati nak amik.  tgk2 irfan balik sekolah sambil bawak kasut tu hehe...otai sangat haha....cuak jugak aku nih takut budak tu nangis ke apa.  tp farah kata ok je budak tu, ok la kot.  lagipun tu mmg kasut farah kan?)


adoi la farah...
lama lagi nak sekolah dalam tahun nih.
pengsan la mak kamu nih...
seb baik kasut dah jumpa.

ada solution ke untuk elak barang hilang? 
tulis nama mmg aku dah buat.
letih je la tulis nama, tp tetap hilang.
ke, aku yg kena turun padang pegi check kat kelas farah.  wahhh...kiasu sangat!


terbaru, buku teks & buku latihan KAFA semuanya x de dalam beg.
farah kata, dia tinggalkan kat sekolah je sbb x nak beg berat.
adoiiiiiiii adoiiiiii...
x kan main tinggal je kot.  mmg confirm2 la hilang.
petang nih mmg kena pegi sekolah dia kejap.
baik tanya ustazah terus br puas hati.  pening pening....






1 comment:

Didie said...

Rumah kite pun dah jadik bookshop.. hehehe..