Monday, April 29, 2013

Log Harian



starting last week, ta.ska iz.ryn & is.yraf dah start guna buku ni...






kalau dulu, pagi2 kena isi buku log kehadiran.
& kalau nak tau the kids buat apa kat ta.ska, kena la rajin2 tanya.
(which is aku malas nak tanya sbb nanti mesti pengasuh tu kata,
"nanti saya tanya pengasuh (lain) dia ye"...
dok la dia naik tangga sana, & aku dok melangut kat bawah)


dengan adanya buku log harian nih, x perlu la aku tanya2 lagi.
semua aktiviti akan ditulis dalam nih.


cuma malam2 aku kena la tulis2 apa yg patut untuk besoknya;
contoh macam : brp pasang baju aku bekalkan, botol susu, towel dsb.
which is aku x kesah.
x sampai 5 minit pun untuk 2 orang tu.



lagi satu, ada column untuk notes from parents.
senang sket aku nak mintak tolong apa2...like

"minta tolong beri susu yang saya bekalkan ni dulu. tq"
(kes sebab pengasuh x bagi ebm kat is.yraf semalamnya huhu...).

"minta tolong jangan basahkan kepala bila mandi pagi. tq"
(kes sebab is.yraf asik selsema je...lepas dah nak baik, selsema dia teruk balik.
ada petua ke sapa2 boleh bagi?).


& aku jugak baru tau is.yraf tido sekali je sehari?
biar betulllll...
patut la jenuh aku nak jaga dia masa weekends!
tido kejap2, last2 1 keja pun aku x selesai buat huhu...
(ni lah penangan satu2nya anak yg aku x ajar tido berbuai. rasa innnn...)

No comments: